KISAH RENUNGAN : PENGANTIN MATI KETIKA SUJUD




Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan 'Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat "Isyak"


Ibunya terkejut,



"Apa kamu gila..?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu..! Bagaimana dengan make-up..? Nanti habis dirosakkan oleh air"


Tambah ibunya lagi,



"Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang..! Wallahi.. Jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu"


Anak perempuannya menjawab,



"Wallahi.. Saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat..! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta..!!"


Ibunya berkata,




"Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up..?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka..! Mereka pasti akan mentertawakan kamu..!"


Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya,




"Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka..? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya..? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya"


Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.. 
Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir..!


Ya..! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud..! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya..! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh..!!



Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya..!



Dia mahu menjadi lebih dekat kepadaNya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepadaNya..! SubhanAllah..!


Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta..!


Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu..! Apa yang anda akan lakukan..? Apa yang anda akan pilih : Pujian manusia atau Maha Pencipta..?



Wahai sekelian insan..! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya..? Jam..? Atau bulan..?!! Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang..? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut..? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu..?



Wahai muslimah..! Apa yang kita pilih..? Bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab..? 
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab..?


Para Muslimin sekalian, yang mempunyai "hubungan halal" atau "hubungan bebas", adakah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat..? Esok..?! Apa yang anda pilih..? Keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di akhirat..?!


Semoga Allah membimbing kita semua untuk keredhaanNya dan memberikan kepada semua orang yang membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang baik, Aamiin..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

CARA DETECT GAMBAR PALSU DI FACEBOOK

Cara-cara nak detect gambar palsu macam ni



  • Sila pergi ke www.google.com.my

  • Lepas dah buka google tu, dia akan keluar macam ni.. Klik gambar bawah ni untuk lebih jelas..




  • Lepas dah klik, dia akan keluar simbol kamera dekat sudut search tu.. Macam gambar bawah ni..




Sila klik..! dijamin tidak meletup..



  • Lepas tu, dia akan keluar "Search by Image" Sila masukkan URL gambar atau korang boleh upload gambar dari folder korang sendiri..



  • Lepas korang dah siap masukkan URL atau upload gambar, sila search.. Maka akan terkeluarlah gambar kemungkinan atau lebih kurang dengan gambar yang korang upload tadi..

  • Kalau korang pakai gambar "curi" kemungkinan nak jumpa gambar yang serupa atau lebih kurang adalah tinggi..!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

REDHA ALLAH ATAU REDHA MANUSIA..?

Sudah menjadi lumrah apabila manusia sentiasa hendak dilihat menarik dan menjaga adab mereka walau di mana mereka berada di hadapan orang sekeliling. Kalau boleh semuanya ingin nampak sempurna dan terbaik. Dari segala aspek hidup, manusia akan menjaga tingkah laku sebaik-baiknya demi menjaga nama baik dan maruah seperti di majlis keramaian, di pejabat, majlis berbentuk protokol.


Manusia mengaplikasikan peraturan yang dicipta manusia sendiri, tetapi malangnya manusia lalai dalam mengaplikasikan peraturan yang hakiki yang dicipta oleh Yang Hakiki iaitu Allah SWT. Manusia lupa bahawa mematuhi peraturan sebenarnya yang akan dihitung, ditimbang dan dinilai di akhirat kelak berdasarkan amalan dan tingkah laku sehari-hari adalah 'standard'. Dan 'standard' inilah yang perlu dijaga sebaik-baiknya.



MENJAGA 'STANDARD' DI PEJABAT

Kebanyakan pekerja sememangnya menjaga nama baik, sama ada nama baik diri, kumpulan mahupun jabatan. Waktu rehat pejabat secara umumnya adalah pada pukul 1 petang hingga 2 petang bagi pekerja awam dan swasta. Kebanyakan pekerja yang sentiasa mengikut peraturan akan keluar rehat pada pukul 1 tepat untuk melepak bersama kawan-kawan dan berborak sehingga hampir pukul 2 petang. Selepas itu, masuk semula ke pejabat pada pukul 2 petang, pekerja tersebut belum lagi solat walaupun waktu solat Zuhur sudah masuk.




"Eh, dah pukul 2.00 lah. Aku naik pejabat dululah, tunjuk muka dulu, nanti turun ke surau untuk solat"




Sampai begitu sekali kah kita menjaga 'standard' di hadapan manusia..? Sehinggakan kita mengabaikan tahap 'standard' yang sepatutnya kita jaga di hadapan Allah.


Abdullah bin Mas'ud telah bertanya kepada Rasulullah SAW,


"Apakah amalan yang paling disukai Allah SWT..?" Sabda Rasulullah SAW : "Solat dengan menjaga waktunya" 
[Riwayat Bukhari, Al-Jaami Al-Sahih No. 2782]


Astaghfirullahala'zim.. Kita sanggup melewat-lewatkan solat hanya kerana tidak sanggup mendengar orang mengata kita. Kita sanggup mengabaikan 'pertemuan dengan Kekasih' kita, mengutamakan pertemuan dengan manusia.




MENJAGA 'STANDARD' DI MAJLIS KERAMAIAN


"Nanti aku nak beli baju baru berwarna merah dan hitam sebab konsep tema Makan Malam Tahunan kolej kita adalah warna hitam dan merah kan..?"



"Alah.. Pakai sahaja baju yang kau ada, makan malam tu sekejap sahaja, jangan membazir"



"Mana boleh, nanti orang akan pandang aku pelik dan mesti orang akan mengutuk aku sebab aku tak ikut tema"



Selalu sahaja terjadi kepada kita kan..? Astaghfirullahala'zim.


Selalu sahaja kita ingin mengejar peraturan yang dicipta manusia sendiri. Kalau boleh, kita hendak dilihat mengikut keseragaman dan kesempurnaan di mata manusia. Tetapi kita lupa dan lalai bahawa Allah sudah menetapkan peraturan berpakaian yang sepatutnya bagi kaum Hawa dan Adam. Lantas, kita berlebih-lebihan, tidak menutup aurat dan menunjuk-nunjuk asbab ingin lebih mulia di sudut pandangan manusia.



Tidak salah hendak mengikut tema sesuatu majlis selagimana tidak lupa pada peraturan hakiki yang sebenar-benarnya. Namun, hakikatnya ramai manusia lebih memilih untuk menjaga 'standard' di hadapan manusia lain, sehingga tidak hairan lah ada yang lebih selesa berpakaian tidak menutup aurat sebaik-baiknya. Malah ada yang berpakaian tetapi singkat dan jarang. Hanya kerana tidak mahu dikatakan kolot dan tidak mengikut trend dan fesyen.



Kita berlumba-luma untuk kelihatan anggun dan cantik di hadapan manusia. Tetapi kita selekeh dan comot sekali di hadapan Allah. Tidak sedarkah kita..?


Mu'awiyah bin Haidah mengatakan,


"Aku pernah bertanya, Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain..?" Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu" Aku bertanya lagi : "Ya Rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat..?" Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu" Aku masih bertanya lagi : "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian..?" Baginda menjawab : "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain" 
[Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud]


Sesungguhnya kita hendak sahaja mengelakkan orang berprasangka buruk kepada kita, kerana itu dalam segala aspek kita hendak menjaga 'standard' di hadapan manusia, tetapi kita langsung tidak takut dan malu pada pandangan Allah SWT terhadap kita.


Kita lebih mencari kecintaan manusia lain berbanding kecintaan Allah SWT terhadap kita. Kita lebih inginkan kemuliaan manusia daripada kemuliaan Allah SWT kepada kita.


Kita meraih redhanya manusia daripada redhanya Allah SWT sehingga sanggup mengenepikan hak Allah dengan melanggar perintah dan suruhanNya hanya kerana ingin menunaikan haknya manusia. Teringat suatu ketika Mu'awiyah meminta wasiat kepada isteri Baginda SAW iaitu Aisyah RA lalu 'Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda SAW yang bermaksud,



"Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia"
[Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi]


Justeru, manakah yang lebih baik..? Yang lebih mulia..? Yang lebih tinggi..? Redhanya manusia atau redhaNya Allah.. Lalu mengapa kita terlalu menjaga 'Standard' di Hadapan Manusia..? Kenapa Tidak Kerana Allah..?



Semoga kita sentiasa muhasabah diri dan menjadi yang terbaik di hadapan Allah. Jom 'Menjaga 'Standard' di hadapan Allah sebagai langkah ke Syurga..! InsyaAllah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

JAUH DI MATA, DEKAT DI HATI

Salam ceria penuh semangat dari jiwa yang kerdil buat jiwa-jiwa yang besar yang sentiasa mencari ketinggian dan kemulian disisi Allah.. Marilah kita sama-sama merafakkan rasa syukur penuh kehambaan buat Dia.. Dialah yang memberi kekuatan pada kita selama ini untuk terus hidup, untuk beribadah dengan rasa aman.. mashaAllah, semuanya atas kehendak Allah.. 


Buat sahabat tersayang, kata-katamu meruntun jiwa yang dahagakan redhaNya..



"Kita merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cintaNya.."

SubhanaAllah, cintanya Allah pada kita setiap masa.. Tidak pernah sekali pun lupakan kita.. Allah jualah yang setiap masa ingat pada kita.. Tapi sejauh manakah kita ingat Allah..? Pada waktu kita sedih sahajakah, atau pada waktu kita susah sahajakah..? Mari kita tanya iman kita, jika kita beriman, jika kita cinta pada Allah, sebanyak mana kita ingat akan Dia..? SubhanaAllah.






"Sungguh menakjubkan urusan orang Mukmin.. Sesungguhnya semua urusannya adalah kebaikan.. Apabila mendapat nikmat, maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya.. Dan, apabila ditimpa ujian (kesempitan), maka dia bersabar, dan itu kebaikan baginya"
(Riwayat Muslim)


Hidup sentiasa ada pilihan, hati kita juga sentiasa berperang dan menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan. Hanya iman di dada yang mampu bertahan, yang mampu membantu kita dalam menghadapi semua ini,  berdoalah setiap masa agar pilihan kita adalah datang dari Allah, dipenuhi hidup kita dengan segala kebaikan, insyaAllah kita akan tenang bila mana kita redha dengan setiap ketentuan Allah.



Setiap hari baru yang kita lalui, diselitkan ujian di dalamnya untuk menguji tahap keimanan seorang hamba yang mana nak tak nak, kita kene harungi juga walaupun terpaksa.. Kita tak kan mampu lari, tapi apa yang mampu kita lakukan adalah hadapi semuanya dengan iman. Kadang-kadang rasa nak stop je masa, untuk tunggu kita sekejap, untuk kita kejar segala yang kita tak dapat dahulu untuk kita ubah segalanya, untuk kita putar masa balik ubah segalanya.. Tapi semua itu ketentuan, bukan kuasa kita.. Tapi kuasa Allah.. Sungguh, hidup adalah pentas ujian.. Ujian yang mana jika kita lihat, setiap hari menggugat iman di dada.. 


SubhanAllah, Allah memang tak nampak, tapi dekat di hati.. Semoga Allah basahkan hati kita dengan mengingatiNya.. Cukuplah nikmat-nikmat, tanda-tanda di sekeliling yang menjadi bukti kuasa dan kasih sayang Allah..




SubhanAllah = 100 000 kali..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

BETULKAH NIAT PUASA KITA

Tibalah satu lagi Ramadhan untuk kita. Satu bulan penuh rahmat, penuh keberkatan dan juga peluang meningkatkan prestasi ibadah. Anggaplah bulan ini sebagai satu titik perubahan untuk kita, daripada buruk kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik. Satu isu yang menonjol dalam dunia tarbiyah setiap kali menjelang Ramadhan, adalah kefahaman dan kecintaan terhadap bulan puasa itu sendiri. Jadi bukanlah sesuatu yang perlu bagi saya untuk memberi pendapat tentang isu ni, kerana ia sudah terlalu banyak dibicarakan di internet.


Saya cuma ingin ketengahkan satu perkara ; niat kita berpuasa. Saya pernah terbaca dalam satu artikel bahawa,

"Orang Malaysia memang suka buat ibadah sunat, walhal ibadah wajib ditinggalkan"


Perkara ini, pada hari-hari biasa pun, banyak berlaku depan mata kita. Sebagai contoh, ada yang berpuasa sunat Isnin dan Khamis walaupun solat fardhu kadang-kadang ditinggalkan (contohnya, kita sangat susah untuk bangun menunaikan Solat Subuh). Ada juga yang bersedekah beratus-ratus ringgit tetapi zakat tidak ditunaikan. Niat sebenar..? Berpuasa untuk menjimatkan duit, bersedekah untuk mendapat pujian. Takkan berguna puasa dan infak itu. Sia-sia.


Konsep menyambut Ramadhan sebagai bulan puasa adalah tidak adil. Ramadhan bukan bulan untuk berpuasa semata-mata. Kita sepatutnya menyambut Ramadhan sebagai satu medan pertarungan satu-dengan-satu (one-on-one) dengan nafsu kita. Jika tiada syaitan pada bulan Ramadhan, kenapa masih ada orang yang buat jahat..? Kenapa masih ada yang mencuri, menipu, apatah lagi ponteng puasa..?


Apabila tiada syaitan, yang tinggal hanya nafsu kita. Kita berperang dan bertarung dengan nafsu saban hari - bermula dari saat bangun daripada tidur, sampailah waktu kita pejam mata untuk tidur. Berpuasa adalah untuk menahan nafsu, bukan untuk menahan lapar dan dahaga semata-mata. Berpuasa adalah untuk menjaga hati, lidah dan perbuatan. Berpuasa adalah untuk mengenal erti penat lelah, memahami dan mensyukuri nikmat yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Berpuasa adalah untuk syurga yang hakiki.


Betulkan semula niat kita. Bukan cuma sekadar menyatakan lafaz, dan menahan diri daripada makan dan minum, tetapi fahami erti sebenar berpuasa. Barulah ibadah itu akan terkesan, lalu membawa kepada istiqamah selepas Ramadhan. Bercakap tentang istiqamah, apabila mendengar orang menyebut Ramadhan Kareem, kita digalakkan menjawab dengan Allahu Akram. Maksudnya, Ramadhan yang mulia, Allah lebih mulia.


Ingatlah pesanan Imam Hassan Al-Basri,

"Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana) jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan)"


Ingatlah juga pesanan dari Rasulullah SAW, Daripada Umar bin Khathab RA berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya segala amalan itu tergantung pada NIATnya. Dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya. Dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju." 

(HR Bukhari dan Muslim)


Kalau setakat baca niat puasa, dan esoknya cuma tahan makan dan minum, budak darjah satu pun mampu buat..! Kita tak nak ibadah puasa kita sia-sia. Rasulullah SAW bersabda,

"Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga"

(Riwayat An-Nasa'i)

Puasa kita mungkin sah pada mata manusia. Tapi mungkin tidak sampai ke Arasy Allah. Mungkin tak tercapai maksud dan tujuan utama berpuasa. Jadi betulkanlah niat kita. Tahanlah marah. Tak perlu cakap benda-benda yang tak penting. Hentikanlah mengumpat. Sekalipun bercakap benda yang sia-sia mampu membatalkan puasa anda.


Daripada Abu Hurairah RA katanya bahawa Nabi SAW bersabda,

"Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya"


Pengakuan jujur, saya sendiri pun susah nak menjaga benda-benda macam ini. Niat adalah sesuatu yang memakan masa untuk diterapkan. Tapi apa salahnya mula sekarang..? Kita makin tua, hidup makin singkat. Entah-entah esok lusa kita mati. Insya-Allah, makin kurang usia di dunia, makin kurang dosa kita.


Kalau niat anda rumit untuk diperbetulkan, tak apa. Puasa dulu. Ikut ajaran Islam. Macam orang nak pakai tudung, pakai dulu. Nanti akan datang satu 'hadiah' daripada Allah, yang cuma Allah boleh bagi. Bila dapat 'hadiah' itu, insya-Allah. Anda akan rasa manisnya iman bila niat kita betul-betul fisabilillah. Kita bukan sekadar tahu sebut, kita akan tahu rasa. Nak rasa..? Cubalah sendiri.


Jadi, sebelum tidur malam ini, kita baca niat puasa dulu. Tak, bukan sekadar baca, tapi cuba kita rasa. Rasa niat puasa. Rasa suasana Ramadhan. Rasa indahnya keberkatan. Rasa kepuasan melawan nafsu. Menang dengan diri sendiri.


Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,

"Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan Allah akan jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya"


Mari kawan-kawan, kita berpesta ibadah. 
Salam alaik



Tambahan 

Doa yang dianjurkan Nabi Muhammad sewaktu hendak berbuka atau bila-bila sahaja,

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku mohon ampun kepada Allah, kami mohon kepada-Mu akan syurga dan kami mohon perlindunganMu dari neraka"


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

FITNAH LELAKI TERHADAP WANITA

Seringkali kita dengar pasal fitnah perempuan terhadap lelaki. Fitnah perempuan yang kita nampak, memang dari banyak sudut. Lirik senyumnya, matanya, auratnya, potongan badannya, wangi-wangian, dan macam-macam lagi yang tak larat nak ditulis dekat sini.


Mungkin disebabkan terlalu fokus terhadap fitnah wanita terhadap lelaki, kita terlepas pandang pasal fitnah lelaki terhadap wanita. Ya, benar fitnah wanita terhadap lelaki itu kita nampak lebih dominan, menonjol dan tertonjol. Itu tidak dapat dinafikan.



Tapi, disebabkan terlalu fokus pasal wanita, kita lupa pasal lelaki. Al-Quran dan Hadis sememangnya menekankan tentang fitnah wanita, tetapi Al-Quran dan Hadis tidak melupakan pasal fitnah lelaki terhadap wanita..!



Sebagai contoh para muslimin mengambil gambar dan memuat naik gambar-gambar yang bermacam-macam pose di Facebook.



Apa tujuan semua itu..?


Mungkinkah untuk menggalakkan seseorang muslimin itu menyimpan janggut, memakai serban atau kopiah..?



Perkara itu amatlah jarang berlaku, sebaliknya menimbulkan fitnah terhadap wanita. Ada juga golongan yang warak memuat naik gambar dalam Facebook. Dah lah perwatakannya warak, kacak pulak tu. Lalu ramailah pulak golongan muslimah "like" gambar tu.


Bukan saja "like", malah apa yang kita dapat lihat, ramai pulak muslimah yang 'tersangkut' dek mata kail fitnah lelaki warak tu. Kononnya memuat naik untuk menggalakkan orang lain untuk meniru cara Nabi SAW, padahal tindakannya itu membawa fitnah kepada muslimah..!



Kalau pun memuat naik gambar tu sekadar nak bagi kenal, tak perlulah bubuh gambar yang besar-besar dan bermacam-macam pose sampai membuatkan muslimah lain tersangkut di mata kail tu. Cukuplah sekadar gambar biasa-biasa saja. Tapi, apa yang berlaku banyak pulak para muslimah tersangkut.



Bermacam-macam pujian 
diberikan,


"Cutenyaaa, muka awak nampak alim, kacaknya, hensemnya"


Dan lain-lain. Ada juga pujian fitnah yang 'berbentuk Islamik' ya..? Contohnya,


"Indahnya ciptaan Allah, hensemnya ciptaan Allah ni"



Dan macam-macam lagilah..!


Jadi, jangan fikir hanya wanita sahaja boleh bawak fitnah pada lelaki. Lelaki pun boleh bawak fitnah kepada wanita jugak. Ini adalah kerana kaum wanita juga dikurniakan gharizatul nau' (naluri berkasih-sayang / seksual)


Mereka juga boleh terangsang dengan gambar-gambar kaum Adam. Oleh itu, berpada-padalah dalam bergambar dan memuat naik gambar di Facebook dan laman sosial lain. Kita asyik fokus pada fitnah wanita, dalam masa yang sama kita terlupa pasal fitnah lelaki terhadap wanita.




Petikan dari ayat 28 surah An-Nisa,

"Allah ingin memberikan kamu keringanan, kerana manusia dijadikan bersifat lemah"


Tuan Guru Haji Hadi Awang A.K.A Ayah Chik dalam kuliahnya mengatakan,

"Antara maksud ayat ini ialah manusia itu sememangnya lemah dalam menghadapi godaan lawan jenisnya, lelaki akan lemah bila berhadapan dengan wanita, begitu juga sebaliknya"



Jangan ingat lelaki sahaja yang boleh tergoda dengan penampilan seorang wanita, wanita juga boleh tertarik dengan penampilan seorang lelaki, contoh terbaik ialah kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha. Jadi pada jejaka-jejaka hensem di luar sana, janganlah upload gambar anda banyak sangat di Facebook. Bersyukurlah dengan kehenseman anda.. 


Peace Yaww..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...