BELAJARLAH WALAUPUN DARI KEHINAAN

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.


Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.


Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
Sebijaksana Umar bin Khattab,
Sedermawan Uthman bin Affan,
Sepintar Ali bin Abi Thalib,
Sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin



Ambillah hikmah meskipun dari cubitan malu dan kehinaan.


Suatu hari, sekumpulan perompak memecah masuk sebuah rumah ilmuwan di kota raya. Hampir kesemua barang-barang dan harta-harta mewah dikebas oleh sekumpulan perompak tersebut.


Tuan Rumah
: "Ambillah engkau apa sahaja yang ada di dalam rumah ini. Kecuali dua benda. Nyawa dan buku-buku aku."


Perompak : Perompak hairan. Dia bertanya, "Bukan ke harta-harta dengan buku-buku kau tu, bila dibandingkan maka harta yang lebih berharga..?"


Tuan Rumah : "Itu bagi kau. Bagi seorang perompak maka harta yang lebih berharga. Tetapi tidak bagi aku, seorang ilmuwan. Aku lebih berilmu berbanding kau. Kalau harta yang kau rompak, aku boleh cari lagi. Tetapi bila buku aku yang kau rompak, bagaimana aku nak rujuk balik..?"


Perompak : "Hmm, bukankah kalau benar orang itu berilmu, ilmunya ada di dada dan bukannya semata-mata di dalam buku..? Sememangnya aku tidak tahu sebab aku bukan ilmuwan, tidak berilmu. Jika ilmu hanya dibuku, maksudnya ilmu tu dapat diaplikasikan bila kau ada kat depan buku je la ye..?"


Siapa yang telan tulang ikan, confirm terasa tercekiknya kat tekak..

"Ketuk pintu bagi salam, tanya minda minta jawapan, tepuk dada tanya iman"



Sesiapa yang akan menduduki peperiksaan dalam masa yang terdekat ni, semoga Allah mengurniakan hanya yang terbaik. Terbaik di mata manusia tidak semestinya terbaik di 'mata' Allah dan terbaik di 'mata' Allah semestinya terbaik untuk kita dunia akhirat.


Confirm..!


Konklusinya, buat sehabis baik Lillahitaala sebab grade di 'mata' Allah yang perlu kita kejar hanya, REDHA ALLAH. Berbanding grade dunia, ada A+, A-, B+, B-, C+, C-, D+, D-, F.


Banyak kan..?


Teruskan untuk USAHA DOA TAWAKKAL


Takpe. Biar pun orang tak nampak apa kita buat, Allah tak pernah bosan untuk tenung kita. Bergantunglah pada yang tidak pernah mati. Pada yang tidak pernah bosan dengan kerenah kita. Pada yang tidak pernah penat penuhi permintaan kita. Pada yang tidak pernah merungut bila kita membebel. Pada yang tidak pernah malas dengan luahan hati kita. Pada yang tidak pernah mengata kita. Pada yang tidak pernah mengantuk arrange hidup kita.


Yang tidak ada selain Dia. Hanya Allah tempat kita berpaut dan bertaut.



Allah yusahhil.

"Positive mind comes from positive emotion and positive emotion comes from positive mind"

"Be a positive thinker. Don't forget to spread positive emotions to the others in order to get positive life"


I wanna be the prettiest me at the moment when I meet Him. Without any make up even such a colorful and branded dress. 
Aameen Ya Allah..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

GEDIK YANG SOLEHAH

Pada hari ini, saya melihat kebanyakan muslimah yang ku kenali sangat goyah imannya. Bagaimana saya ingin menghuraikannya..? InsyaAllah saya cuba. Tidak perlu melihat pada yang jauh, cukup pada mereka yang berada di sekitarku.


Fenomena 'berubah menjadi alim' sudah banyak berlaku. Lebih-lebih lagi saya melihat di laman sosial facebook yang beratus-ratus status dan post mengenai Islam di wall mereka. Terlalu banyak sehingga imanku tercabar. Saya hampir mendakwa mereka semua itu berlakon alim.


Maaf, saya cuba untuk tidak berprasangka yang tidak baik kepada mereka. Selama ini saya sangat berpegang kepada husnudzon (bersangka baik) dan saya tetap dengan prasangka baik kepada mereka. Moga saya yang menulis ini dijauhkan daripada perasaan riak dan juga berasa sudah cukup alim.


Melihat kepada sahabat terdekat, perubahan yang amat ketara telah ku perhatikan. Saya sangat mengenalinya. Dahulu bertudung bawal sekarang sudah bertudung labuh. Dahulu FB nya penuh dengan luahan ketidakpuashatian, sekarang dipenuhi dengan kata-kata dan juga mutiara hikmah.


Sekali lagi iman ku tercabar apabila melihat kata-kata dan mutiara hikmah lebih ke arah mencari suami dan menanti suami yang soleh. Siapa solehah dapat suami soleh. Saya tidak pandai untuk mengarang ayat. Apapun, begitulah maksud yang ku simpulkan dari kebanyakan kata-kata yang tertera di laman terkenal itu.


Saya gembira dengan perubahan drastik itu, tetapi caranya mencabar imanku. Saya tidak layak nak tahu hatinya, berubah kerana apa. Husnodzon hati berbicara. Saya berjaya mengatasi prasangka buruk. Saya harap tulisan ini dapat membetulkan niat saya dan mereka yang ingin rapat dengan Allah.


Saya tidak pernah nafikan janji Allah dalam Al Quran yang bermaksud,

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
(An-Nur : 26)


Saya juga mengalami situasi mempunyai adik-beradik yang mempunyai teman wanita. Memang niatnya untuk memperisterikan teman wanitanya, tetapi caranya membimbangkan. Dia ingin mengubah wanita itu menjadi solehah. Lalu dia meminta teman wanitanya itu memakai tudung labuh dan berjubah, dia sentiasa memberi mesej kepada teman wanitanya untuk solat di awal waktu dan juga bangun tahajud.


Apakah semua itu..?


Di suatu sudut yang lain pula, satu comment yang terpampang di wall rakan FB ku. Ku baca dengan teliti dan ingin ku kongsikan bersama kalian.

"Sangat geli melihat ustazah-ustazah berpurdah,bertudung labuh, berjubah tapi asyik post status rindukan 'imam', dan yg berkaitan dengannya. Sebaiknya gunakan imej yang terbaik itu untuk sampaikan nasihat dan dakwah buat panduan muslimah seluruhnya, bimbang orang akan gelar ini adalah contoh 'gedik yang solehah'."



Saat membacanya, apa yang kalian fikirkan..? 


Saya cuma ingin berpesan, kepada mereka yang sudah berpunya atau sedang menanti, janganlah kalian berubah mengikut nafsu inginkan imam yang soleh. Dan janganlah kamu berubah kerana taat kepada kekasih hati yang ingin melihat kamu berubah.


Kalian pernah terfikir..? Apakah kesudahan jika kamu berubah bukan kerana taat kepada Allah..? Jika ditinggalkan oleh imam yang selama ini didamba-dambakan, bagaimana..?


Beruntunglah bagi mereka yang memperoleh imam yang benar-benar ditakdirkan oleh Allah untuk dijadikannya sebagai isteri. Tetapi bagaimana yang sebaliknya..? berakhir di pertengahan jalan. Takdir Allah, memutuskannya dengan dua cara. Semasa hidup atau mati.


Saya bukan ingin mengatakan saya adalah terbaik, saya pun pernah melakukan kesilapan, saya juga bukan ahli agama. Atas asbab itulah, saya cuba sebatikan kata-kata Imam Hassan Al-Basri dalam hidup.

"Sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah bermakna aku adalah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"


Saya sedar, saya juga tergolong di kalangan mereka yang mudah terpesona dengan lelaki soleh. Justeru, satu cara saya menjauhi mereka dengan tidak berpersatuan dengan mereka yang nampak soleh dan saya sesekali tidak akan mempunyai teman lelaki kecuali dia yang bernama suami. Moga dengan cara ini saya lebih dekat dan teguh iman kepada Allah.


Mungkin juga ada yang berfikir saya tidak cantik, sebab itu tiada siapa yang minat kepadaku. Apapun yang kalian fikirkan, terserah pada kalian. Sesungguhnya kecantikan ini hanya untuk seorang yang halal untukku. Tiadakan ku kongsi pada mereka yang belum tentu menjadi suamiku.


Pesan khusus untuk diriku dan sahabat-sahabat muslimah, taatlah kepada Allah. Janganlah 'taat' kepada mereka yang bukan bernama suami atau bakal suami sekali pun. Apa sahaja yang diminta oleh mereka, dengan relanya kita memberikannya.


Yakinlah, setiap yang tertutup itu lebih terindah, namun akan lebih indah lagi jika setiap yang ada pada diri itu tertutup rapat tanpa seoarang pun dapat melihatnya / membacanya.


Yang pernah melakukan kesilapan, saya berdoa kalian akan benar-benar berubah kerana taat kepada Allah. Saya sangat gembira jika Muslimah itu berubah kerana taat kepada Allah. Itu saya lebih utamakan.

"Dan taatlah kamu kepada ALLAH dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat"
(Ali Imran : 132)


Saya harap tulisan ini dapat menjawab soalan sahabatku yang bertanya tentang keikhlasan mereka yang ingin berubah. Dahulu saya menjawab pertanyaan sahabatku dengan lisan.


"Siapa kita untuk mengukur niat seseorang, insyaAllah jika benar dia tidak ikhlas Allah akan betulkan, jika sebaliknya kita yang berdosa menuduhnya"


Saya terdiam dan menamatkan jawapan setakat itu. Saya harap inisiatif menulis coretan ini dapat menjawab persoalan sahabat-sahabat di luar sana agar Allah mengampuni dosa kita semua jika kita tersalah menduga yang tidak baik lebih-lebih lagi keikhlasan seseorang.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...