MACAM MANA DAKWAH BOLEH TERBANTUT..?

"Dakwah media jalan tau, tapi dakwah realiti ni cam emmm"


"Aku tak faham kenapa ramai orang marah bila aku bangkitkan isu couple ni"


"Aku peliklah, asal dakwah dia tak jalan ehh..?"


Dakwah kita akan terbantut apabila kita yang membantutkannya.


Eheh..?! 


Cane tuhhh..??




Aku akui, aku sebagai budak sekolah agama, pun nak dakwah. Dan kadang-kadang, dakwah aku tak kena. Something is hanging around.


Daa ~ Sekarang aku jumpa. Actually, aku tau, aku juga remaja. Nak jugak ada kawan lawan jenis ni. Tapi, aku buang niat tu, sebab aku belajar.




Ikhtilat



Di mana tiada dalil sahih yang membenarkan pergaulan lawan jenis ni. So, korang fahamlah kan apa hukumnya kan..? Yes, HARAM hukumnya. HARUS hanya berlaku apabila berhadapan dengan dua keadaan sahaja iaitu :


HAJAT Maksudnya, kalau ada benda yang penting yang kena melibatkan kaum mujahideen dan mujahidat, itu tak apa. Ok sebagai contoh :


Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengawas kena handle satu program. JAWATAN TERTINGGI, aku yakin mesti ada mujahideen dan mujahidat. Sebab, yang mujahideen mestilah ada kerjanya, begitu juga mujahidat. YAKIN..!


Begitu juga dengan kelas. Mujahideen mesti kena buat tugas berat sikit berbanding ngan perempuan (masa bertugas dalam kelas). Kan..? So, mesti ada interaksi antara lawan jenis kan..? Ok takpa.


But, hang on..!


Tapi, janganlah ambil kesempatan pulak ~ Macam gurau senda dalam masa korang berinteraksi atau dalam masa korang bertugas tu..! Hello. Cheq , masa nih dah jatuh HARAM balik.



DARURAT Ok. Contoh situasinya : Ada seorang Muslimah ni menjerit minta tolong, sebab dia dikepung oleh seorang lelaki jahat. Kau sebagai Muslim ni kebetulan pulak, kau seorang je saksi kat kawasan tu. Haa, masa ni, kau kena selamatkan dia dari lelaki jahat tu. Lepas selamatkan tu, tetiba TERtentang mata pulakkk..?! Dari mata, of course la akan jatuh ke hati kan..? Haa, masa ni dah HARAM.


Pehe dop..?


Back to the main idea. Kita dakwah kencang, feeling like we have been successful..! But actually, dakwah kita sekerat jalan tanpa kita sedar. Kita rasa macam kita dah berjaya melalui jalan dakwah ni. Tapi sebenarnya TAK..! ANDAI.. Ikhtilat kita tah ke mana :( ANDAI.. Hubungan kita dengan Allah, em :'(


H I P O K R I T..!!


Macam apa yang Ustaz Adnin Roslan (Tarbiah Sentap) kata dalam blog dia,

"Saya jumpa ramai sangat PELAJAR AGAMA, tak kisah, sama ada pelajar sekolah agama, pelajar universiti jurusan agama, yang hancur lebur disebabkan IKHTILAT ni. Orang ikhtilat ni, dakwah dia akan terbantut, potensi diri dia akan jatuh menjunam, self estim dia akan hilang, dan yang sama waktu dengannya. Namun begitu, ada juga yang tak jatuh ~ Dia still steady, namun DAKWAH TERBANTUT tu confirm. Mungkin dia rasa, dakwah dia mekar subur. Tapi ukuran 'mekar subur' yang dia rasa, sebenarnya bertentangan dengan ukuran yang telah digariskan oleh para ulama' FIQH DAKWAH. Mereka ingat dakwah mereka berjaya. Namun sebenarnya menjadi fitnah agama"


See..?




"Tapi, hidup ni mesti ada kawan lawan jenis untuk share pendapat tentang masalah ummat Islam masa kini"


Ya ~ memang tu kena. Boleh, takde siapa pun kata tak boleh. Tapi, jangan terlalu biasa sangat nak kawan tuh..! Syaitan ni licik sekali. Niat awalnya, baik, tapi akhirnya, tercalar sikit. Lagi pun , iman ummat sekarang senang goyah. Jentik sikit, puup, sedar-sedar dah jatuh -.-' So, aku suggest hati-hati dalam mencari kawan lawan jenis.






Ukhuwah antara muslim dan muslimah

Ok. Bab ni menarik sekali..! Bab ni yang orang suka kalu fren ngan lawan jenis..


Akhi : "Assalamualaikum :) Thanks approve me as your friend :) Ta'aruf..?"


Ukhti : "Waalaikumussalam. Most welcome ^_^ Mulakan dulu."


Akhi : "Sasuke 17 Kedah :)"


Ukhti : "Sakura 15 Pinang ^^ "


Akhi : "Salam Ukhuwah"


Ukhti : "Salam Ukhuwah aidhon"


Akhi : "Ana suka post enti. Ana ingat enti 20an bab post enti macam budak U gituhh, rupanya, pangkat adik :3"


Ukhti : "Uhuk huk ~ haha muda lagi la ~~ ana pun ingat camtu gak. Hek hek rupanya sekolah menengah jugak ~"







Muntah pelangi jugak aku sat gi ~ Haha.. Itu baru satu, banyak lagi aku jumpa. Mujahideen dan mujahidat sekalian. Thanks sebab bertahan sampai sekarang membaca post ni. Aku pun ada je akhi-akhi tegur aku cam tu, tapi takde la aku tergedik-gedik. Alasan nak mesej dengan aku kerana dakwah.


"They said, aku punya post tak macam budak sekolah, macam budak universiti. Err..???" *Bunyi cengkerik* 


Tapi aku tau, aku pun tak kuat, maka aku tolak pelawaan dia yang agak aku curiga :/ Ya ~ aku bukan apa. Aku agak tak selesa. Apabila aku tau punca dakwah terbantut tu disebabkan oleh ikhtilat. So, from now on, daripada aku calarkan identiti aku sebagai pendakwah media, and especially, my position as BUDAK SEKOLAH AGAMA, baik aku berhubung dengan bukan mahram atas perkara penting saja. Sorry if muka aku cam tak de mood bila cakap ngan lawan jenis. Ya, memang muka aku macam tu. Bhahahahahahahaha -..-



Tak guna kita post islamik, share like ustaz ustazah, pencetus ummah, da'ie milenia, ustazah pilihan and so on. Kita hanya MEMBURUKKAN agama sahaja. Nak ajak orang buat baik, kita pun kena berubah.


Ukhuwah fillah antara mujahid dan mujahidah ialah apabila masing-masing menjaga kehormatan diri sendiri dengan tidak bertegur sapa kecuali atas perkara yang penting sahaja.


Aku suka ayat ni,

"Ramai orang yang nak berdakwah, tapi tak ramai yang nak dirinya ditarbiah. Banyak beza diantara dakwah orang yang ditarbiah dengan yang belum ditarbiah"




Deep, isn't it..? So , take notes :)


Bila korang rasa dipanggil untuk menerima hidayah, jangan sombong. Walaupun orang respect kita as ustaz ustazah, pencetus ummah, da'ie sekolah or media, pandai agama bagai, kau pegang jawatan bahagian dakwah sekalipun, tapi kalau kau tolak hidayah Allah, tak ke mana kau. Kalau katalah, Allah bukak aib kau masa kau dakwah, such as, maybe kau tengah couple, hilang respect orang kat kau weyy.


Tu yang orang kata tu,

"Dakwah orang yang berhijrah / pernah ditarbiah ni lebih sentap berbanding orang yang tak hijrah / tak ditarbiah. Sebab diorang dah berpengalaman. Diorang sedar zaman 'jahiliah' diorang tu agak bodoh dan malu bila diingat :("


So, from now on, let us seek for Allah's forgiveness. Kita dah calarkan kesucian dakwah yang Rasulullah ajar kepada kita. Astaghfirullah *Tertunduk malu*



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

NIQABIS DAN PANGGUNG WAYANG

Tiba di panggung wayang. Aku terasa pelik. Semua mata memandang ke arahku. Ke mana ku bergerak pasti aku jadi perhatian. Tiba-tiba aku baru teringat.


Ya Allah, aku sedang memakai jubah dan niqab..! Serba hitam. Sedangkan semua orang di sekelilingku memakai pakaian ketat. Sebab itu aku menjadi perhatian. Bagaimana bisa wanita yang telah molek menutup aurat dan menutup wajah boleh berada di tempat maksiat..?!


Astaghfirullah.


Pasti mereka tak sangka orang berniqab seperti aku boleh berada di tempat begitu. Aku telah merosakkan imej pemakaian sunnah..! Pemakaian anak tersayang Rasulullah tidak ingin dilihat tapi menayang diri di khayalak ramai. Apakah itu yg dikatakan mengelak dari fitnah..?


Perlahan-lahan aku melangkah ke bilik air. Tiba-tiba seorang lelaki melanggar bahuku. Dia hanya berlalu tanpa memohon maaf. Ya Allah, sejak aku memakai pakaian sunnah aku sering dihormati . Tidak pernah ada lelaki berani mendekatiku hatta melanggarku dengan tidak sengaja pun tidak pernah..! Namun pada malam itu, aku seperti tidak dihormati lagi.


Terasa seperti 'murah' bagai tidak berharga. Ya Allah.. Aku hanya berada di tempat 'maksiat' tapi aku tidak pun melakukan maksiat tapi aku dapat rasakan betapa murkaNya diriMu padaku pada saat itu.
Aku kaku berdiri berdekatan bilik air. Mataku tertumpu kepada telefon. Hanya teman di group whatsapp menjadi penemanku. Ahli group Pencinta Ummul Mukminin tidak henti-henti menyarankan ku untuk keluar dari situ.


"Ukhty, keluarlah dari situ..!"


"Ukhty, pi lah surau baca yassin jangan masuk sana"


"Ukhty, itu tempat maksiat. Jangan pi"


Tiba-tiba seorang ahli merayu..


"Ukhty.. Jangan kotorkan pemakaian ummul mukminin"


Aku kehilangan kata-kata. Ya Allah, andai Saidatina Fatimah melihatku sekarang.. Pasti dia tidak ingin melihat diriku yang munafik ini..! Sehina-hina mereka yang berpakaian ketat, berpegang tangan dengan bukan mahram hina lagi diriku yang bersembunyi disebalik pakaian sunnah tapi buat maksiat..! Mereka buat dosa dalam keadaan jahil sedangkan aku dalam keadaan sedar.


Aku malu dengan Allah. 


Aku malu dengan Rasulullah.


Aku malu dengan penduduk langit.


Aku malu mengaku 'muslimah'


Bermacam ragam manusia di situ. Membuatkanku rindu ketenangan berada di rumah Allah. Berada di situ membuatkan ku sesak. Lemas..! Ya Allah aku ingin pulang. Aku ingin pulang. Aku rindu ketenangan itu. Rumah Allah terlayar di mataku. Aku mesti pulang..!


"Aunty.. Saya mengantuklah.. Saya pulang hotel dulu ya. Korang tengoklah wayang" tipuku. 


Mulanya mak cik ku turut ingin ikut pulang namun suaminya berkeras nak tengok wayang akhirnya dia terpaksa menurut suaminya. Kunci hotel diserahkan padaku.


"Kamu tahu jalan pulang ke hotel kan..?" Aku hanya mengangguk. 


Padahal aku langsung tidak tahu jalan pulang ke hotel..! Tapi aku tekad juga ingin pulang.. Dengan hanya bertawakal kepada Allah aku keluar dari panggung wayang. Mulutku tidak henti-henti berdoa,


"Ya Allah bantulah aku, ya Allah bantulah aku. Ya Allah bantulah aku"


Dalam kegelapan malam aku berjalan mencari hotel penginapan kami. Kakiku tidak berhenti berjalan seolah-olah sudah tahu ke mana arah menuju hotel. Walhal aku sendiri tidak tahu. Aku hanya bertawakal kepada Allah. Dia pasti tidak membiarkan aku sendiri. Innallaha Ma'ana..!


Seperti tidak percaya. Kini aku berada di depan hotel kami. Ya Allah, Kau telah bawaku pulang. Segala puji bagimu ya Allah. Walau diriku hina Kau masih sudi menemaniku.

Kepada mereka yang membawa pakaian ummul mukminin. Jagalah dirimu. Jaga akhlakmu. Jangan zahirnya seperti wanita solehah tapi hakikatnya dirimu munafik..! Manusia itu sering lalai dan alpa, selalu berpaling dari Dia yang Maha Esa. Moga aku, dan kamu terus istiqomah menjadi Al-Khansa..!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

JIWA KACAU


Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan kerenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.


Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untukNya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmatNya.


Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.


Bila hati tidak yakin dengan janjiNya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdirNya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.


Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.


Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepadaNya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suciNya.


Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemuNya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepadaNya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.
Hati itu bukan hati aku lagi.


I beg to you Ya Rabb..
Please heal my heart..


"Dosa yang membuatkan kamu menyesal dan bertaubat kembali padaNya lebih disukai Allah daripada kebaikan yang kamu buat tetapi menjadikan kamu bermegah-megah dengan kebaikan itu" 
(Ali bin Abi Thalib RA)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...