Safiyya masih duduk berteleku di atas sejadahnya usai solat Isyak. Malam itu terasa asing sekali baginya. Peristiwa 6 tahun lalu kembali membebankan fikirannya. Iqmal pula sekadar memandang simpati pada isterinya. Apa yang dapat dia bantu isterinya, telah pun terlaksana. Dia membawa luka hati isterinya jauh dari keluarga sendiri. Harapannya supaya sang isteri kembali tersenyum dan bahagia di sisinya.
7 tahun pernikahannya dengan Iqmal membawa kebahagiaan dan Iqmal adalah cinta sejati yang dikirim Tuhan buatnya seperti yang dia selalu sebut dalam doa-doanya. Tapi bagi sesetengah ahli keluarganya, dia bagaikan perampas kekasih orang..! Dia adalah orang yang langsung tak kenang budi..!
"Argh..! bukan salah aku..!" Desis hati kecil Safiyya.
Baginya, itulah ayat yang selalu menyedapkan perasaannya. Iqmal menggeleng kepala apabila mendengar esakan Safiyya menjadi-jadi. Iqmal jadi serba salah.'barangkali, Fiya teringat kejadian itu', Iqmal bermonolog sendirian. Buku di tangannya ditutup rapi. Daripada pembaringannya, dia duduk pula kerana mulai risau akan si isteri.
"Fiya, kenapa menangis..?", Iqmal mulakan bicara.
Safiyya cepat-cepat mengesat air matanya. Dia tak mahu Iqmal terasa hati kerana dia teringatkan peristiwa 6 tahun dulu.
"Tak ada apa-apa. Fiya cuma selsema sikit", Jawabnya berbasi-basi.
"Yeke awak selesema ni..?. Makan ubat dah..?", Iqmal mencari kepastian
"Err.. Dah. Panadol saja", Safiyya bangun dan melipat telekung dan sejadahnya.
Memang betul Safiyya dah telan pil penahan sakit itu bagi melegakan sakit kepalanya tengah hari tadi tapi bukan sebab selsema. Safiyya membuka jendela di luar. Pandangannya terus ke langit gelap yang dihiasi bintang-bintang malam. Dia tersenyum dan satu keluahan berat dilepaskan. wajahnya berubah suram.
Iqmal pula hanya memandang kosong kepada isterinya. Dia betul-betul jadi serba salah. Lalu, dia keluar dari kamar tersebut seraya turun ke ruang tamu. Dan Safiyya masih di situ. Lima bulan selepas pernikahan dia dan Iqmal, mereka sudah mampu membeli sebuah rumah di Shah Alam berdekatan sahaja dengan pejabat Iqmal. Itulah hasil daripada berjimat cermat mereka. Rasa bahagia itu bertambah apabila Safiyya sendiri telah hamil 2 bulan.
Pagi sabtu itu benar-benar memenatkan pasangan tersebut. Mereka sangat sibuk mengemas rumah baru itu. Sesekali Safiyya tersenyum melihat Iqmal mengangkat barang-barang berat bersama pekerja-pekerja indonesia yang diupah. Kasihan pun ada, lucu pun ada. Kadang-kadang dia pun tak percaya bahawa Iqmal adalah suaminya sendiri. Alahai.. Perempuan la katakan, berangan tak ingat..!
Safiyya hanya mampu membantu yang ringan-ringan sahaja. Iqmal sendiri akan bising kalau Safiyya cuba mengangkat barang-barang ke tingkat atas. Safiyya menggeleng sahaja. Malas mahu berbahas dengan pembantu pengarah di sebuah syarikat perakaunan itu.
"Awak nampak tak kotak yang isinya barang-barang dapur..?", Tanya Safiyya.
Diam. Iqmal sudah pun ada di luar ketika Safiyya bertanya.
"Buk, tuannya lagi di luar itu", Jawab pekerja indonesia dengan loghatnya.
"Oh"
Safiyya berpaling sambil tersipu-sipu malu kepada pekerja tersebut. Safiyya berjalan keluar mencari suaminya. Dia ternampak seorang perempuan bersama Iqmal.
"Barangkali, jiran sebelah rumah" Desis hati Safiyya.
"Eh, Kak Maya..! Baru sampai..?"
Safiyya menegur dan dia mula kehairanan melihat suaminya menggelabah sedikit. dan Kak Maya..? Kenapa dia boleh tahu kami pindah di sini..? Padahal Safiyya sendiri belum beritahu keluarga terdekatnya.
"Dah lama aku sampai. saja nak melihat-lihat istana bahagia korang ni..!", Sinis dan kasar sekali kata-kata Maya.
Safiyya tertawa kecil. Baginya Kak Maya mungkin bergurau.
"Oh ya. Ini suami saya. Iqmal namanya. Akak kan tak jumpa lagi dia. Masa kami nikah dulu, akak bercuti dengan kawan-kawan kat Singapura kan..?", Ramah Safiyya membuatkan Maya menjadi meluat.
"Awak, ni kakak sepupu saya, Kak Maya", Safiyya menjelaskan lagi kali ini kepada Iqmal.
"Masukla dulu kak", Pelawa Safiyya. Iqmal masih terdiam dan menjadi serba salah.
"Ehh perempuan..! Jangan tunjuk baik ye..!", Bentak Maya dengan menunding-nunding jari telunjuknya kepada Safiyya.
Safiyya terkejut. mukanya kini benar-benar terkejut. 'apa salah aku lagi..?', Safiyya jadi hairan
"Ehh perampas..! Kau tahu tak Iqmal ni kekasih aku..? Kenapa kau kahwin juga dengan dia..? Dasar perempuan tak tahu malu..!" Maya menuduh Safiyya.
"Perampas..? Kekasih akak..?", Safiyya keliru. Pandangannya beralih kepada Iqmal.
"Awak, apa semua ni..?", Safiyya gelisah jadinya.
Pandangan Iqmal terus kepada Maya.
"Maya..! hubungan kita dah lama berakhir, cukup Maya..! Kau yang tinggalkan aku terkapai-kapai. Kau yang ada lelaki lain kan..? Kau lupa ke macam mana kau tinggalkan aku 2 tahun dulu..? Kau hina mak bapa aku, Maya.", Iqmal menjelaskan.
Terasa geram sekali dengan perempuan itu. Walaupun bertudung litup, tapi hatinya kotor..! Safiyya terduduk di lantai. Dia terasa seram sejuk dan wajahnya mulai pucat.
"Iqmal, maafkan I, sayang. Kita boleh mula lagi sekali kan. U kan masih sayangkan I..? Ingat tak kita dah janji nak kahwin, lepas tu kita nak berbulan madu di Paris..? Sayang, ingatkan..? Ceraikan sahaja perempuan ni. I sanggup terima U walaupun duda", Rayu Maya sambil memegang tangan Iqmal dan memeluk erat lengannya.
Safiyya menutup telinga dan matanya. Dia rasa berdosa melihat perbuatan anak Mak Longnya itu. Iqmal menolak Maya ke tepi. Seraya mendapatkan Safiyya di lantai.
"Pergi mampus dengan semua tu..! Baik kau pergi sekarang. Muka kau buat aku muak tahu tak..!?" Iqmal menghalau Maya.
Maya geram.
"Oh! I tahu permainan you. You kahwin dengan dia, sebab nak dekat dengan I kan..? Tak apalah sayang, I sanggup tunggu you. Take your time ok..! Bye sayang..!"
Jawab Maya lalu berjalan terkedek-kedek meninggalkan perkarangan rumah dan mendapatkan keretanya. Safiyya bangun. Rasa sakit hatinya mula menghasut jiwa. Dia hilang arah. Lalu masuk ke rumah dan terduduk di sofa baldu merah. Iqmal mengekori belakang sambil menyuruh pekerja-pekerja upahan itu pulang selepas selesai kerjanya. Iqmal duduk dilantai mendekati isterinya.
"Sayang. Maafkan saya. Ya. saya mengaku dulu kami pernah bercinta. Saya sayang dia sangat tapi dia berani hina mak ayah saya depan saya pula tu. Kami putus pun sebab dia juga ada lelaki lain. Sebenarnya dia yang tinggalkan saya macam tu saja. Saya sendiri terkilan. Tapi itu dah lama dulu. Saya berjaya lupakan dia. Dan berkat doa saya, saya jumpa awak, Safiyya. Sekarang, saya hanya ada awak." Sungguh-sungguh Iqmal menjelaskan.
Safiyya tetap diam. Hatinya bagai diremuk. Apa perlukah dia percaya pada suaminya..? Tak, dia tak boleh ego dengan suami sendiri. Safiyya cuba berlembut hati.
"Fiya. saya minta maaf sebab tak bagitahu awak mengenai ini. Saya sendiri tak tahu dia sepupu awak. kalau saya tahu"
"Kalau awak tahu, awak tak akan nikah dengan saya..?" Safiyya mencelah bagi mencari kepastian.
Dia tahu hati budi suaminya. Orangnya penyabar dan ikhlasnya tergambar dalam renungan matanya.
"Tidak sayang. Kalau saya tahu, saya akan terus terang dengan awak. Saya sendiri terlupa tentang semua hal mengenai Maya. Awak yang melupakan saya tentang semua tu. Saya bersyukur sangat memiliki awak, sayang" Iqmal menjawab.
Safiyya tersenyum kelat kepada suaminya. Dia tak mahu Iqmal terasa dihukum. Safiyya sendiri perlu masa untuk menelan semuanya. Aduh! mesti ahli keluarga yang lain sudah pun tahu tentang ini. Macam mana dia perlu menjelaskan perkara sebenar..?
Safiyya bangun dari sofa.
"Fiya", Panggil Iqmal.
"Saya nak masak" Jawab Safiyya ringkas.
Senyuman Safiyya sebentar tadi cukup memberitahu Iqmal betapa hatinya terluka. Iqmal melepaskan keluhan berat.
Bersambung..
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya