Malam itu, Pak Rahman sanggup menghantar bekalan itik bakar buat Safiyya. Kasihan terasa kerana gara-gara mengidamkan itik bakar, anaknya ditimpa pukulan hebat sekali. Semasa Pak Rahman tiba, Safiyya dilihat duduk termenung di jendela dapur.
"Ya Allah, berikanlah kekuatan buat anakku, Safiyya. Berikan bahagia buatnya', Doa Pak Rahman.
"Fiya, ayah datang ni", Beritahu Iqmal.
Safiyya berpaling dan tersenyum manis buat ayahnya. Dia menyembunyikan rasa kecewa itu. dalam hatinya tertanya,
"Kenapa maknya tidak ikut sekali. Barangkali mak kecewa dengan aku. Tapi adakah ini salah aku..?'
"Ayah". Safiyya segera mencium tangan ayahnya
"Ini untuk Fiya dan cucu ayah"
Pak Rahman menghulur bungkusan kepada Safiyya sambil tersenyum simpati.
"Terima kasih, ayah"
Iqmal mempelawa Pak Rahman duduk di ruang tamu. Sambil menonton rancangan di televisyen, mereka berbual kosong. Safiyya datang menghidang minuman dan itik bakar tadi.
"Jemput minum ayah, awak sekali ya", Seloroh Safiyya pada Iqmal dan Pak Rahman
"Argh..! Safiyya memang pandai menyembunyikan perasaan kecewanya", Desis Iqmal
Safiyya duduk di atas permaidani berdekatan meja. Senang baginya duduk di bawah sambil makan itik bakar.
"Fiya ikut Iqmal pindah ke Jordan juga", Tanya Pak Rahman.
Safiyya diam. Sebenarnya, sejak petang tadi lagi Iqmal dah bertanya kepada Safiyya namun dia masih memikirkan jawapan ke Jordan. Akhirnya, dia mengangguk. Biarlah dia dan Iqmal mulakan kehidupan baru di sana dan sememangnya, Safiyya tidak meragui Iqmal.
"Bagusla. Harap Fiya bahagia di sana ya, nak", Pak Rahman berharap lagi.
"InsyaAllah, ayah. Lusa kami akan berangkat" Jawab Safiyya.
"Yeke. awalnya..? Rumah ni..?", Pak rahman jadi hairan.
"Emm, dah ada penyewa, ayah. Mereka sanggup bayar lebih kerana perabot juga ada walaupun tak banyak. Kami cuma perlu bawa pakaian dan barangan penting sahaja. Di sana juga ada apartment buat kami. Kerja banyak di sana, jadi saya terpaksa pergi awal.", Iqmal mencelah.
Safiyya mengangguk lagi.
"Ayah tolong tengok-tengokkan rumah ni ya", Pinta Safiyya.
Pak Rahman tersenyum. Tiba di lapangan terbang, Safiyya duduk kepenatan. Dia sudah sarat sebenarnya dengan kandungannya. Cuma Mak Limah dan Pak Jalil yang menghantar mereka. Maklumlah, Iqmal sebenarnya anak tunggal. Safiyya menunggu ayahnya. Perasaannya gelisah. Takut-takut ayahnya terlewat dan mereka tak sempat bertemu.
"Jangan risau, ayah mesti datang", Iqmal cuba menenangkan isterinya.
Selang beberapa minit, Pak Rahman datang bersama keluarga kakak sulung Safiyya, Sakinah. Safiyya tersenyum. Namun Mak Siti tidak kelihatan. Hatinya hampa.
"Jaga diri baik-baik, nak"
Pak Rahman berpesan sambil mengusap kepala Safiyya yang tunduk mencium tangannya. Safiyya tersenyum lagi. "kirim salam saya buat mak" Pak Rahman mengangguk. Seterusnya, Safiyya merapati Sakinah.
"Jaga ayah dan mak untuk saya ya", Sambil memeluk kakaknya."
"Baiklah. Kamu tu, jangan banyak sangat fikir. Kirim e-mail bila kelapangan pada kakak tau. Kakak nak tengok anak saudara yang satu ni", Pesan Sakinah sambil memegang lembut kandungan Safiyya.
Ada air jernih membasahi pipi Safiyya dan Sakinah. Namun mereka tetap tersenyum. Kapal terbang Air Asia itu meninggalkan bumi Malaysia seperti Safiyya sendiri, meninggalkan segala kepahitan yang dirasanya.
"Fiya, minum dulu sayang", Iqmal menghulurkan coklat panas.
Satu untuk Safiyya, dan satu lagi buat dirinya. Lamunan Safiyya terhenti dengan pelawaan Iqmal. Sedari tadi Safiyya merenung keluar jendela malam.
"Awak. kita balik raya tahun ni ya..?", Safiyya bertanya. Iqmal terdiam.
Dia merenung ke arah Safiyya. Dia takut luka isterinya akan berdarah lagi.
"Awak jangan la takut. Saya cuma nak bawa Aman balik jumpa atok dan neneknya. dah 5 tahun anak itu. Ibu awak pun mesti nak tengok cucunya kan..?", Safiyya menyakinkan Iqmal.
"Ok. Kita pun dah lama sangat beraya kat sini. Rindu juga saya pada mereka", Iqmal menambah.
Safiyya duduk di lantai bersebelahan suaminya. Kepalanya diletakkan betul-betul di atas peha Iqmal yang duduk di atas kerusi.
"Awak, maafkan saya atas segala yang berlaku pada kita bertahun dulu. Luka saya dah pulih. Saya percayakan awak sebab itu saya akan pertahankan awak. Biarla yang berlalu itu saya simpan jadi sejarah atau mungkin boleh saya buang sahaja. Asalkan kita tetap bersama kerana cintakanNya", Safiyya kepiluan.
Iqmal meletakkan cawan yang dipegang. Rambut Safiyya di usap lembut.
"Ya Allah, Kau telah kurniakan aku isteri yang solehah. Moga cinta kami sentiasa di landasan Mu, Tuhan", Doa Iqmal dalam hati
"Awak tak salah. Saya yang bersalah. Jangan risau, sayang. Selagi ada jodoh kita, hanya ajal memisahkan ikatan pernikahan ini.", Iqmal berjanji
"Terima kasih, sayang", Safiyya membalas.
"Ya Allah, Kau telah kurniakan aku sebaik-baik suami. Jangan Kau hilangkan rasa cintaku ini padanya dan jangan pula Kau lekakan kami dengan cinta ini", Hati Safiyya berbisik.
Safiyya tersenyum dan berharap agar Syawal tahun itu membahagiakan mereka sekeluarga.
No comments: