BOLEH KE PAKAI NIQAB ON / OFF..?

Sejak 2 menjak ni, ramai yang mesej saya di WeChat, Whatsapp, malah email bertanyakan soalan yang sama.. Jadi, saya rasa molek la kalau saya buat terus menulis satu entri simple tapi padat, agar masing-masing bersama dapat sedikit kefahaman.. InsyaaAllah..


Niqab on off..? 

Boleh ke tak..? 


Ok, first of all, bergantung pada HUKUM yang dipegang oleh si pemakai.. Sama ada memegang hukum WAJIB mahupun SUNAT mahupun HARUS..


Ok, bagi insan-insan yang memegang hukum WAJIB, memang tak digalakkan untuk buka melainkan demi satu kemaslahatan.. Contohnya, kita lemas, jadi bagi menyelamatkan nyawa kita, kita kene jalani rawatan CPR.. Jadi, boleh le buka.. Atau pun, kita accident.. Niqab kita tersangkut, tersepit di celahan kereta, maka boleh lah bukak..


Bagi yang memegang hukum SUNAT serta HARUS, anda boleh je buka.. On off pun tak jadi masalah.. 


Sebab apa..? 


Meh saya terangkan dengan contoh situasi.. Ok, kalau kita pergi ke sesetengah tempat misalannya, contoh di airport, kita nak fly ke luar negara, imigresen memang nak tengok muka tak kisah la kita berniqab ke, berburqa ke apa ke.. Jadi, diharuskan bukak.. 


Untuk apa..? 


Untuk memudahkan urusan-urusan pihak lain.. Yela, dari tak buka, nanti orang menghukum niqabis ni degil, keras kepala, lagi memburukkan nama niqabis dan Islam kan..? Islam tu kan mudah.. Jadi, jangan jadikan ia susah.. Lagi pun, diorang bukannya nak sangat bukak dan tengok muka kita pun, tapi procedure untuk isu keselamatan yang mennyebabkan kita perlu diperiksa.. Muka sama ke dengan yang tertera di passport dan sebagainya..


Kadang-kadang, ada orang tak mampu nak pakai sepenuh masa.. Contohnya ketika belajar di universiti.. Rata-rata bagi pelajar-pelajar di Malaysia la kebanyakannya, memang universiti dalam Malaysia mengharamkan pemakaian purdah, kecuali jika meminta izin pada Dekan dan pihak-pihak atasan yang berkaitan.. Baru lah dibenarkan.. Jadi, bagi sesiapa yang mengalami situasi macam ni, boleh je bukak niqab.. Tak menjadi masalah apa pun..


Situasi ketiga, boleh juga buka kalau keluarga macam kurang suka kita memakainya.. Kita semua ni berlatarkan latar belakang agama yang berbeza.. Ada orang, memang familynya faham selok belok agama, ada sesetengah orang, keluarganya biasa-biasa, kurang kefahamaan.. Jadi, consider bab itu.. Boleh buka pabila berada atau semasa berkumpul bersama family, then pakai la ketika berada di belakang mereka dan ketika berada di tempat lain.. Tak menjadi hal pun..Ingat, niqab tu sunat / harus.. Tapi, mendengar cakap ibubapa tu wajib.. Jadi, utamalah yang wajib.. Okay..?


Kalau dapat pakai walau berada di dalam situasi yang memaksa untuk membuka niqab, tu lagi bagus.. Usaha dulu untuk terus memakai sebelum give up untuk memakainya lagi.. Sayang bila dah istiqomah lama, tup tup kena bukak atas sebab tu je..


Okay, tu je.. Kalau ada problem ke nak share dengan saya, kindly contact di :-

Email : ctkhadijah.10@gmail.com

WeChat : Khadijah_Halil

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

8 comments:

Unknown Unknown said...

terima kasih kerana memberi tahu:)

Unknown Unknown said...

Kalau kite memakai niqab hanya untuk ke kelas ii agama Dan program ii keagamaan boleh k?

Anonymous said...

Bergantung pda niat awk, awak pakai sbb apa.

Anonymous said...

Assalamualaikum saya nak tnya, saya ni seorang pesilat. Pada pendapat kamu bolehkan saya bersilat sambil memakai niqab?

Tujuan untuk saya memakai niqab ni adalah untuk mengubah diri. Saya rasa malu dengan diri saya yang dulunya seorang yang naif. Jadi Demi mendapat keberkatan Dan keredhaan Allah SWT saya ingin Cuba berubah menjadi org yang lebih baik. Juga Demi kawan², keluarga Dan seseorang yang saya cintai. Saya mahu ubah diri Demi kebaikan semua. Lagipula saya ini sudah terpesong jauh dari agama Islam. Saya ingin mencintai Allah SWT semula. Saya ingin menyayangi Dia Dan disayangi Dia. Saya ingin kembali ke jalan yang benar semula. Selama ini saya mengejar kecantikan Demi dipandang orang Dan mendapatkan perhatian mereka. Tapi selepas fikir kembali saya sngatlah malu menampak aurat² saya selama ini

Saya harap kamu balas pertanyaan saya

Anonymous said...

Askum..sye br nk belajar pakai niqab tp off memng x benarkan utk pakai..bole ke sye on off means dipej x pakai diluar pakai..

Anonymous said...

Saye almost 2year pakai niqab. Tup2 skang suami cakap dia dah tak berkenan saya pakai niqab. Tapi dia tetap izinkan kalau saye nak teruskan. Saye rase mcm serba salah. Hati da rase berat nak buka2 balik ni. Apa patut saya buat

Anonymous said...

Alhamdulillah terima kasih menulis vloq ini . semoga di permudahkan segala urusan.

Anonymous said...

Sy dh beli purdah , tapi sy tk bagitau pun fam. Tapi sy pernah ade ckp sy nk pakai , tapi fam macam tk support

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...