KENAPA AKU DAN BUKAN MEREKA..?

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama, 
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.,
Penulisan ini bukan kerana harta, 
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga,
Bukan juga kerana terpaksa, 
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. 
Ini bukan kerana sesiapa, 
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama,
Penulisan ini hanyalah kerana Allah, 
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah..


Ya Allah Ya Ilahi, 
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, 
Berfikir sebelum bertindak, santun dalam berbicara, 
Tenang ketika gundah, diam ketika emosi melanda, 
Bersabar dalam setiap ujian..


Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq, 
Sebijaksana Umar bin Khattab, 
Sedermawan Uthman bin Affan, 
Sepintar Ali bin Abi Thalib, 
Sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu' anhum.. 
Aamiin Ya Rabbal'alamin..




Aku tersesat di sebuah hutan belantara. Aku adalah satu-satunya mangsa kapal terbang yang terhempas yang terselamat dan masih hidup.. 


Apabila aku menyedari bahawa hanya aku seorang yang terselamat dan berada seorang diri di hutan yang tebal dan terpencil itu, aku berdoa kepada Allah tanpa rasa jemu dan ragu pada setiap hari, setiap saat, setiap detik dan setiap ketika agar ada yang menyelamatkan pada suatu hari nanti..



Di samping itu, aku tidak putus-putus meninjau sekitar hutan yang tidak berpenghujung itu dengan harapan ada insan yang lalu dan dapat menyelamatkan. Namun, segala harapanku hanya tinggal harapan..


Akhirnya aku membina sebuah pondok kecil di tepi sungai sebagai tempat berteduh daripada sebarang ancaman binatang buas yang berbahaya dan berlindung daripada dinginnya bayu di malam hari..


Suatu hari, aku meredah di tengah-tengah hutan untuk mencari sesuap makanan.. Sebaik pulang, aku mendapati pondokku hangus terbakar dijilat api yang marak.. Tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul-kepul naik ke langit..


Aku terduduk merenung nasib.. Merenung nasib yang malang, aku mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa diriku..


"Kenapalah nasib aku begitu malang sekali..? Kenapalah Allah uji aku sampai ke tahap ini..? Kenapa aku..? Kenapa bukan mereka yang lain..? Kenapa mesti aku sahaja yang masih hidup..? Kenapa tidak sahaja nyawa aku ditarik sebagaimana sahabat-sahabat seperjuangan aku yang lain..? Kenapa aku..? Kenapa akuuuuuuu..?!"


Petang itu, sedang aku berehat di bawah sepohon pokok meranti merenung langit nan biru, aku ternampak kelibat sebuah helikopter.. Sehabis daya aku terjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan mereka yang berada di dalam helikopter nampak akan kehadiranku di dalam hutan itu.. Jelaslah kapal itu memang sedang berusaha untuk mencari tempat yang sesuai untuk mendarat..



Akhirnya aku diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan minuman.. Namun aku masih berasa hairan bagaimana kapten kapal tahu aku berada di pulau itu..


Aku bertanya kepada kapten itu,


"Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau itu..?"


Kapten kapal itu lalu menjawab,


"Kami ternampak asap dari pulau ini.. Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada seseorang yang memerlukan bantuan"




Kita silap.. Selalu mempunyai sangkaan bahawa, jika tersepit dalam sesuatu keadaan, hanya manusia yang bisa menolong.. Terlalu bergantung kepada manusia. Manusia yang lemah yang sama dengan kita.. Manusia yang akan mati suatu hari nanti.. 


Kenapa tidak bergantung pada Dia yang kekal dan tidak akan pernah mati..? 


Pada Dia yang menciptakan kita..? 


Pada Dia yang tidak pernah putus-putus memerhatikan kita agar tidak jauh terpesong dari jalan-Nya..? 


Pada Dia yang tidak pernah langsung walau sekali mengkhianati kita..?

Ya Ilahi, jauhilah kami dari kecintaan dunia sehingga membawa kepada butanya mata hati.. Nau'uzzbillah.. Aamiin Ya Rabbal Alamiin..


Mata hati kita kurang sharp.. Rabun agaknya sebab kita manusia biasa yang kerap terlupa dan perlu selalu diingatkan.. Berdoalah agar kita dikurniakan Allah akan insan-insan soleh dan solehah yang akan selalu mengingatkan kita hanya kepada-Nya tempat kita bergantung dan bukannya kepada manusia.. Insan-insan yang mencintai kita hanya kerana Allah dan bukan kerana duniawi..



"Aku kesempitan duit.. Hutang keliling pinggang.. Dalam keadaan ni, 'pinjam Along' adalah jalan terakhir aku"



"Terima kasih lah, Odah..! Kalau kau tak de tadi, mati aku.. Aku dah tak tau nak buat apa tadi"



"Tolonglah saya, doktor.. Saya merayu.. Selamatkan suami, saya.. Saya mampu bayar berapa pun kosnya.. Hanya doktor yang mampu menyelamatkan suami saya.. Bantu suami saya, doktor"


Jangan sesekali mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai hamba yang dicintai-Nya.. Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang memberi keuntungan di kemudian hari.


"Diwajibkan bagi kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." 
(Al-Baqarah : 216)



"Wahai manusia..! Kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah Yang Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji"
(Fatir  : 15)


Secara logiknya, pencipta atas segala sesuatu lebih mengenali dari mereka yang lain akan ciptaan yang diciptanya sendiri.. Baik kelebihannya dan kekurangannya.. Hatta tiap kekuatannya dan kelemahannya.. Siap ada guideline nak betulkan kalau ciptaannya tu rosak.. Siap ada petua macam mana nak jage elok-elok dan baik-baik.. Siap ada pantang larang supaya kualiti ciptaannya tu tak terjejas.. Senang cerita, mudah nak mai habaq, serba serbi si pencipta ni tahu mengenai hasil ciptaannya..


Waktu sekola rendah dulu, selalu jumpe nama ; Alexander Graham Bell si pencipta telefon, Thomas Edison si pencetus Elektrik.. Tanya je si Alexander ni kenapa kalau time nak call je kene jerit-jerit sebab tak dengar suara si pemanggil tu..? Dengan izin Allah, confirm dia tahu causes nya..



Tanye je si Thomas ni pasal Elektrik, kenapa kat rumah lampu kat ruang tamu, kejap wane pink, kejap warna jingga, kejap warna hitam pula, dengan izin Allah, confirm dia tahu apa puncanya..


Tapi kene ingat, Allah Yang Maha Kuasa yang menciptakan si Alexander dan si Thomas ni semua idea tu datangnya dari Allah.. Tak ade satu bende pun kat dunia ni yang boleh kita bawa dan jinjing dengan bongkaknye untuk tayang kat seantero dunia.. Semuanya milik Allah.. Allah lebih mengetahui tiap kekurangan, kekuatan, kelebihan dan kelemahan kita.. We're nothing without Him..!!!



Allah turunkan guideline untuk kita jika kita memerlukan sesuatu untuk dirujuk : Al-Quran



Allah hadiahkan kita wireless melepasi langit secara percuma tanpa sebarang cukai tambahan untuk kita menghubungiNya pada setiap saat tak kira malam, petang atau siang : Du'a



Allah temankan kita pada setiap saat tak kira time kita sedang sedih atau gembira tanpa berkelip walau sekali dengan mengurniakan kita insan-insan yang mencintai kita hanya kerana Dia, Rasulullah SAW, keluarga, guru-guru dan sahabat-sahabat..


Allah selalu tegur kita kalau kita ada tersilap dan tersalah dalam kehidupan seharian agar kita belajar dari kesilapan dan tidak mengulangi supaya tak teruih hanyut dalam kesesatan dan kegelapan : Tarbiyyah dan Ujian



Tak terasa diri kita dicintai ke..?


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadaMu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintahKu) dan beriman kepadaKu, agar mereka beroleh kebenaran." 
(A-Baqarah : 186)


"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu." 
(Al-Baqarah : 152)


The Beauty of Islam.
Let's Mengislahkan Diri =)
Jangan tunggu lagi sebab kiamat sudah dekat..!!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...