Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna,
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga,
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah,
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama,
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.
Ya Allah Ya Ilahi,
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
Berfikir sebelum bertindak,
Santun dalam berbicara,
Tenang ketika gundah,
Diam ketika emosi melanda,
Bersabar dalam setiap ujian.
Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
Sebijaksana Umar bin Khattab,
Sedermawan Uthman bin Affan,
Sepintar Ali bin Abi Thalib,
Sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu 'anhum..
Aamiin Ya Rabbal'alamin..
KENAPA AKU DIUJI..?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji..? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.."(Al-Ankabut : 2 - 3)
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN..?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"(Al-Baqarah : 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI..?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"(Al-Baqarah : 286)
RASA FRUST..?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
(Al-Imran : 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA..?
"Wahai orang-orang yang beriman..!! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"(Al-Imran : 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"(Al-Baqarah : 45)
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI..?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"
(At-Taubah : 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP..?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya.. Hanya kepadaNya aku bertawakkal"
(At-Taubah : 129)
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI..!!!
"... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"(Yusuf : 12)
I said to Allah,
"I hate life"
Allah replied,
"Who asked you to love life..? Just love me and life will be beautiful..!!"
Sahabatku, janganlah kau merasa takut, rugi dan menyesal untuk meninggalkan sesuatu kerana Allah.. Janji Allah itu pasti dan Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.. Sesungguhnya ada sesuatu yang lebih baik yang telah Dia takdirkan buat hambaNya yang tidak pernah berputus harap untuk memohon hanya yang terbaik dariNya.. Tak kan menyesal buat mereka yang melakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu semata-mata hanya kerana Allah
The Beauty of Islam
No comments: