Negara kita sahaja lahir begitu banyak gerakan-gerakan dakwah dengan pelbagai uslub dan manhaj dakwah yang tersendiri. Ideologi yang berbeza-beza. Harapan saya agar kita sama-sama bergabung dengan gerakan-gerakan Islam yang ada dan yang paling dekat dengan hati kita. Walaubagaimanapun saya tegaskan di sini bekerjalah bersama-sama dengan gerakan-gerakan Islam yang lain dan jangan menjatuh-jatuhkan sesama harakah Islam kerana matlamat kita adalah sama cuma manhaj dan uslub yang digunakan sahaja yang berbeza-beza.
Jika ada kesalahan atau ada sesuatu perkara yang kita rasa perlu diperbetulkan di dalam gerakkan-gerakkan yang lain maka ajaklah berbincang secara ilmiah dengan duduk semeja dan bertukar-tukar pandangan akan hal yang tidak dipersetujui itu. Dan jika suatu keputusan telah ditetapkan maka berpeganglah kepada keputusan tersebut. Jika hal ini berlaku insyaAllah taadud jemaah ini akan menjadi satu kelebihan kepada Islam dan umatnya tetapi jika hal seperti ini tidak berlaku maka ianya adalah satu fitnah buat Islam dan umatnya.
Ta'addud Jamaah bermaksud berbilang-bilang jamaah. Menurut Al-Imam Asy Syafie di dalam kitabnya 'Ar-Risalah' merengakan bahawa mengikut fahaman saya terhadap Rasulullah SAW,
Gerakan Islam ni sepatutnya satu ja. Walaupun demikian, sabda junjungan dan pendapat para ulama’ yang muktabar tetapi kenyataannya tidak sedemikian khususnya di negara kita. Di negara kita ini terdapat bermacam-macam jamaah yang menamakan jamaah mereka dengan gerakan Islam.
Sebenarnya, apabila diteliti sebab wujudnya pelbagai jamaah dan memerhati tabiat kemunculannya, kita akan dapati bahawa kebanyakannya berpunca dari perbezaan manhaj dan cara bekerja para daie. Mereka memilih jalan yang difikirkan paling sesuai dan lebih dekat untuk mencapai matlamat, berpandukan nas-nas Al-Quran dan al-hadith dan membuat beberapa penyesuaian mengikut keperluan semasa.
Para nabi telah diutuskan ke atas muka bumi ini dengan manhaj dan syariat mereka yang berbeza. Firman Allah SWT dalam Al-Maidah 5 ayat 48.
Ta'addud Jemaah
"Wajiblah kamu bersama-sama Jamaah Islam dan kepimpinan mereka"
Gerakan Islam ni sepatutnya satu ja. Walaupun demikian, sabda junjungan dan pendapat para ulama’ yang muktabar tetapi kenyataannya tidak sedemikian khususnya di negara kita. Di negara kita ini terdapat bermacam-macam jamaah yang menamakan jamaah mereka dengan gerakan Islam.
Hakikat Perbezaan dan Perselisihan
Para nabi telah diutuskan ke atas muka bumi ini dengan manhaj dan syariat mereka yang berbeza. Firman Allah SWT dalam Al-Maidah 5 ayat 48.
"Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikanNya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukanNya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu"
Kita meyakini bahawa perbezaan ijtihad yang didasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah samalah dengan perbezaan manhaj para nabi dan syariat mereka dalam sesetengah perkara, sedangkan agama mereka sama. Firman Allah SWT Al-An'am 6 ayat 161,
"Katakanlah : 'Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, (yaitu) agama yang benar ; agama Ibrahim yang lurus ; dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik'"
dan An-Nahl 16 ayat 123,
"Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) : 'Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif' dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan"
Kepelbagaian manhaj inilah yang telah mempengaruhi cara berfikir para pendakwah hai ini. Hal ini telah mengajak mereka untuk berijtihad berdasarkan pemahaman mereka terhadap nas-nas al-Qur’an dan al-Hadith. Ijtihad ini sendiri mungkin tepat dan mungkin tidak tepat. Jadi ia mempunyai ruang untuk perbincangan dan kritikan.
Hasil daripada perbincangan di atas menjelaskan bahawa di sana terdapat kepelbagaian dan perbezaan yang telah menjadi fitrah manusia. Walaubagaimanapun ini tidak menafikan perpaduan yang dituntut serta larangan perpecahan ummahkerana perbezaan dalam persepsi ini sememangnya suatu yang diharuskan oleh syara’ dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan.
Sumber : serambidakwah.blogspot.com
No comments: