BELAJARLAH WALAUPUN DARI KEHINAAN

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.


Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.


Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
Sebijaksana Umar bin Khattab,
Sedermawan Uthman bin Affan,
Sepintar Ali bin Abi Thalib,
Sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin



Ambillah hikmah meskipun dari cubitan malu dan kehinaan.


Suatu hari, sekumpulan perompak memecah masuk sebuah rumah ilmuwan di kota raya. Hampir kesemua barang-barang dan harta-harta mewah dikebas oleh sekumpulan perompak tersebut.


Tuan Rumah
: "Ambillah engkau apa sahaja yang ada di dalam rumah ini. Kecuali dua benda. Nyawa dan buku-buku aku."


Perompak : Perompak hairan. Dia bertanya, "Bukan ke harta-harta dengan buku-buku kau tu, bila dibandingkan maka harta yang lebih berharga..?"


Tuan Rumah : "Itu bagi kau. Bagi seorang perompak maka harta yang lebih berharga. Tetapi tidak bagi aku, seorang ilmuwan. Aku lebih berilmu berbanding kau. Kalau harta yang kau rompak, aku boleh cari lagi. Tetapi bila buku aku yang kau rompak, bagaimana aku nak rujuk balik..?"


Perompak : "Hmm, bukankah kalau benar orang itu berilmu, ilmunya ada di dada dan bukannya semata-mata di dalam buku..? Sememangnya aku tidak tahu sebab aku bukan ilmuwan, tidak berilmu. Jika ilmu hanya dibuku, maksudnya ilmu tu dapat diaplikasikan bila kau ada kat depan buku je la ye..?"


Siapa yang telan tulang ikan, confirm terasa tercekiknya kat tekak..

"Ketuk pintu bagi salam, tanya minda minta jawapan, tepuk dada tanya iman"



Sesiapa yang akan menduduki peperiksaan dalam masa yang terdekat ni, semoga Allah mengurniakan hanya yang terbaik. Terbaik di mata manusia tidak semestinya terbaik di 'mata' Allah dan terbaik di 'mata' Allah semestinya terbaik untuk kita dunia akhirat.


Confirm..!


Konklusinya, buat sehabis baik Lillahitaala sebab grade di 'mata' Allah yang perlu kita kejar hanya, REDHA ALLAH. Berbanding grade dunia, ada A+, A-, B+, B-, C+, C-, D+, D-, F.


Banyak kan..?


Teruskan untuk USAHA DOA TAWAKKAL


Takpe. Biar pun orang tak nampak apa kita buat, Allah tak pernah bosan untuk tenung kita. Bergantunglah pada yang tidak pernah mati. Pada yang tidak pernah bosan dengan kerenah kita. Pada yang tidak pernah penat penuhi permintaan kita. Pada yang tidak pernah merungut bila kita membebel. Pada yang tidak pernah malas dengan luahan hati kita. Pada yang tidak pernah mengata kita. Pada yang tidak pernah mengantuk arrange hidup kita.


Yang tidak ada selain Dia. Hanya Allah tempat kita berpaut dan bertaut.



Allah yusahhil.

"Positive mind comes from positive emotion and positive emotion comes from positive mind"

"Be a positive thinker. Don't forget to spread positive emotions to the others in order to get positive life"


I wanna be the prettiest me at the moment when I meet Him. Without any make up even such a colorful and branded dress. 
Aameen Ya Allah..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

GEDIK YANG SOLEHAH

Pada hari ini, saya melihat kebanyakan muslimah yang ku kenali sangat goyah imannya. Bagaimana saya ingin menghuraikannya..? InsyaAllah saya cuba. Tidak perlu melihat pada yang jauh, cukup pada mereka yang berada di sekitarku.


Fenomena 'berubah menjadi alim' sudah banyak berlaku. Lebih-lebih lagi saya melihat di laman sosial facebook yang beratus-ratus status dan post mengenai Islam di wall mereka. Terlalu banyak sehingga imanku tercabar. Saya hampir mendakwa mereka semua itu berlakon alim.


Maaf, saya cuba untuk tidak berprasangka yang tidak baik kepada mereka. Selama ini saya sangat berpegang kepada husnudzon (bersangka baik) dan saya tetap dengan prasangka baik kepada mereka. Moga saya yang menulis ini dijauhkan daripada perasaan riak dan juga berasa sudah cukup alim.


Melihat kepada sahabat terdekat, perubahan yang amat ketara telah ku perhatikan. Saya sangat mengenalinya. Dahulu bertudung bawal sekarang sudah bertudung labuh. Dahulu FB nya penuh dengan luahan ketidakpuashatian, sekarang dipenuhi dengan kata-kata dan juga mutiara hikmah.


Sekali lagi iman ku tercabar apabila melihat kata-kata dan mutiara hikmah lebih ke arah mencari suami dan menanti suami yang soleh. Siapa solehah dapat suami soleh. Saya tidak pandai untuk mengarang ayat. Apapun, begitulah maksud yang ku simpulkan dari kebanyakan kata-kata yang tertera di laman terkenal itu.


Saya gembira dengan perubahan drastik itu, tetapi caranya mencabar imanku. Saya tidak layak nak tahu hatinya, berubah kerana apa. Husnodzon hati berbicara. Saya berjaya mengatasi prasangka buruk. Saya harap tulisan ini dapat membetulkan niat saya dan mereka yang ingin rapat dengan Allah.


Saya tidak pernah nafikan janji Allah dalam Al Quran yang bermaksud,

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
(An-Nur : 26)


Saya juga mengalami situasi mempunyai adik-beradik yang mempunyai teman wanita. Memang niatnya untuk memperisterikan teman wanitanya, tetapi caranya membimbangkan. Dia ingin mengubah wanita itu menjadi solehah. Lalu dia meminta teman wanitanya itu memakai tudung labuh dan berjubah, dia sentiasa memberi mesej kepada teman wanitanya untuk solat di awal waktu dan juga bangun tahajud.


Apakah semua itu..?


Di suatu sudut yang lain pula, satu comment yang terpampang di wall rakan FB ku. Ku baca dengan teliti dan ingin ku kongsikan bersama kalian.

"Sangat geli melihat ustazah-ustazah berpurdah,bertudung labuh, berjubah tapi asyik post status rindukan 'imam', dan yg berkaitan dengannya. Sebaiknya gunakan imej yang terbaik itu untuk sampaikan nasihat dan dakwah buat panduan muslimah seluruhnya, bimbang orang akan gelar ini adalah contoh 'gedik yang solehah'."



Saat membacanya, apa yang kalian fikirkan..? 


Saya cuma ingin berpesan, kepada mereka yang sudah berpunya atau sedang menanti, janganlah kalian berubah mengikut nafsu inginkan imam yang soleh. Dan janganlah kamu berubah kerana taat kepada kekasih hati yang ingin melihat kamu berubah.


Kalian pernah terfikir..? Apakah kesudahan jika kamu berubah bukan kerana taat kepada Allah..? Jika ditinggalkan oleh imam yang selama ini didamba-dambakan, bagaimana..?


Beruntunglah bagi mereka yang memperoleh imam yang benar-benar ditakdirkan oleh Allah untuk dijadikannya sebagai isteri. Tetapi bagaimana yang sebaliknya..? berakhir di pertengahan jalan. Takdir Allah, memutuskannya dengan dua cara. Semasa hidup atau mati.


Saya bukan ingin mengatakan saya adalah terbaik, saya pun pernah melakukan kesilapan, saya juga bukan ahli agama. Atas asbab itulah, saya cuba sebatikan kata-kata Imam Hassan Al-Basri dalam hidup.

"Sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah bermakna aku adalah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"


Saya sedar, saya juga tergolong di kalangan mereka yang mudah terpesona dengan lelaki soleh. Justeru, satu cara saya menjauhi mereka dengan tidak berpersatuan dengan mereka yang nampak soleh dan saya sesekali tidak akan mempunyai teman lelaki kecuali dia yang bernama suami. Moga dengan cara ini saya lebih dekat dan teguh iman kepada Allah.


Mungkin juga ada yang berfikir saya tidak cantik, sebab itu tiada siapa yang minat kepadaku. Apapun yang kalian fikirkan, terserah pada kalian. Sesungguhnya kecantikan ini hanya untuk seorang yang halal untukku. Tiadakan ku kongsi pada mereka yang belum tentu menjadi suamiku.


Pesan khusus untuk diriku dan sahabat-sahabat muslimah, taatlah kepada Allah. Janganlah 'taat' kepada mereka yang bukan bernama suami atau bakal suami sekali pun. Apa sahaja yang diminta oleh mereka, dengan relanya kita memberikannya.


Yakinlah, setiap yang tertutup itu lebih terindah, namun akan lebih indah lagi jika setiap yang ada pada diri itu tertutup rapat tanpa seoarang pun dapat melihatnya / membacanya.


Yang pernah melakukan kesilapan, saya berdoa kalian akan benar-benar berubah kerana taat kepada Allah. Saya sangat gembira jika Muslimah itu berubah kerana taat kepada Allah. Itu saya lebih utamakan.

"Dan taatlah kamu kepada ALLAH dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat"
(Ali Imran : 132)


Saya harap tulisan ini dapat menjawab soalan sahabatku yang bertanya tentang keikhlasan mereka yang ingin berubah. Dahulu saya menjawab pertanyaan sahabatku dengan lisan.


"Siapa kita untuk mengukur niat seseorang, insyaAllah jika benar dia tidak ikhlas Allah akan betulkan, jika sebaliknya kita yang berdosa menuduhnya"


Saya terdiam dan menamatkan jawapan setakat itu. Saya harap inisiatif menulis coretan ini dapat menjawab persoalan sahabat-sahabat di luar sana agar Allah mengampuni dosa kita semua jika kita tersalah menduga yang tidak baik lebih-lebih lagi keikhlasan seseorang.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

UNTUK SI NIQABIS

Ya Allah.. 
Cuba sahabat-sahabat merenung sambil termenung daripada seorang muslimin ni..

"Sahaja diriku berniqab kerana 'Allah Ta'ala'"

"Hindarilah sifat kemunafikan apabila berniqab"

"Sila jauhkan diri daripada menjadi pelakon terbaik"



Aku berniqab kerana :-
  1. BOLEH - Aku sudah selidik hukumnya

  2. BOLEH - Aku sudah selidik sirahnya

  3. SALAH - Kerana ikut-ikutan

  4. SALAH - Kerana fesyen

  5. SALAH - Kerana mahukan pujian


Tetapi kerana :

  1. Menjaga agama Allah

  2. Menghindari fitnah

  3. Menjaga maruah

  4. Menjaga aurat

  5. Kerana sunnah 

Tidak bersolek di mata secara berlebih-lebihan dan bukannya kerana nak posing di Facebook dan berbagai-bagai lagi..!!!

"Kebanyakkan muslimah terpengaruh dengan niqabis FB.. Take Note..!!"


Bila terpandang niqabis itu menjadi tumpuan dan berlainan dan menjadi pula kegilaan muslimin ala-ala imam muda hati mula terdetik nak mencuba..


Lalu dikhabarkan ya inilah "hidayah" yang aku terima, terus memakainya tanpa mengenal,


"Apa itu cebisan kain di muka"


Maka terjadinya fenomena NIQABIS PELIK DAN ANEH di Malaysia. Yakni BERNIQAB bertudung pendek. Berseluar jeans, baju yang mengikut bentuk badan. Aurat tangan tidak dijaga, kaki terbuka gitu aje. Akhlak pula ikut selamba tiada sedikit pun rasa ingin berusaha mengubahnya (bila dikata, this is myself. Aku memang perangai gile-gile macam ni)


Lalu masyarakat yang kekurangan ilmu agama mula mempersoalkannya,


"Apakah..? Apakah..? Apakah..? Bling bling.."


Kesannya, cebisan kain itu kian pudar penghormatannya.. Kian pudar kesuciannya..


Kata lelaki beriman pula,


"Alangkah cair dan tergodanya aku akannya. Sedang aku tidak pernah menatap foto muslimah sebegini lama..! Waaa yang ni ok waa yang ni sesuai..! Waaa subbhanallah bidadari bidadari''


Mulalah si niqabis melayan perasaannya, 

"Mana ada, mana ada, ana biasa-biasa je. Syukran''


Di manakah perjuangan kita..?


Di manakah perjuangan kita untuk mengelak fitnah..?


Di manakah kitau ntuk mengapai redhaNya..? 


Apakah sambil menyelam minum air..?

Zaman sekarang dah berputar kembali seperti zaman jahiliyyah

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

JAGALAH IKHTILAT

Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu Ilahi menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia.


"Dan jika kamu menuruti kebanyakkan orang-orang yang dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)"
(Al-An''am : 116)


Ikhtilat dalam pergerakan Islam adalah suatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap orang yang terlibat secara langsung dalam pergerakan Islam sama ada dia seorang ahli usrah, naqib atau pun masul. Syariat Islam tidak memandang siapa yang memegang jawatan dalam jemaah dalam melaksanakan syariat tersebut.


Perkataan ikhtilat itu pada adatnya bermaksud pergaulan. Di dalam konteks Islam, ikhtilat boleh diertikan sebagai suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan wanita ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari termasuklah mereka yang berkecimpung dalam pergerakan Islam sendiri. 


Tambahan pula, kemajuan era teknologi sekarang ini, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan wanita yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, Friendster dan Facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama pemuda pemudi Islam.


Kita juga didedahkan bahawa rukun yang perlu diketahui dalam pergerakan Islam adalah rukun taaruf. Akan tetapi, apa yang membimbangkan kita adalah perhubungan yang dimulakan atas dasar taaruf tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian ilmu dan kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Ada juga, kononnya beralasan hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Apa yang lebih menakutkan adalah perhubungan tersebut menjadi barah 'cinta' walaupun pada zahirnya seakan-akan kita melihat mereka saling mengambil berat (salah guna atas nama usrah). Perkara ini, seolah-olah mencari keredhaan Allah, sedangkan mereka sudah terjerus dalam kemurkaan Allah. Kerana itulah kita perlu memahami konsep sebenar dalam bekerja kerana Allah dan batas pergaulan dalam bekerja.



1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya

Lelaki dan perempuan jangan sekali-kali jeling-menjeling dengan tujuan untuk menarik perhatian antara satu sama lain), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat serta nafsu dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat.


Allah SWT berfirman,

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya"
(An Nuur : 30 - 31)



Sabda Nabi Muhamad SAW,

"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram"
(HR Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)



2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan


Sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampakkan bentuk tubuh.


"Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..

Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..

Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita"


Allah SWT berfirman,

"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya"
(An Nuur : 31)


Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya,

"Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu"
(Al Ahzab : 59)


Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan-perempuan yang lain. Dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.


"Don't judge book by its cover"


Tetapi jika hendak diaplikasikan didalam agama Islam, perlulah dinilai sedalam-dalamnya telebih dahulu. Ramai di antara kita yang sering beranggapan,


"Hati kami baik walaupun kami tidak menutup aurat"


"Orang yang solat, belum tentu baik"


"Orang yang berpuasa belum tentu solat"


"Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh, belum tentu baiknya"


TETAPI,


Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah dengan tidak menutup aurat..?


Orang yang solat belum tentu baik..?


Tetapi ketahuilah bahawa orang yang baik tentu akan solat..


Orang yang puasa belum tentu solat..? 


Tetapi sedarlah bahawa orang yang solat tentu berpuasa..


Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh belum tentu baiknya..? 


Tetapi sudah tentu wanita yang baik dan solehah akan menutup auratnya untuk mengelakkan diri dari menjadi anak panah syaitan yang berbahaya..


"You're what you're saying.. You're what you're doing.. So, please behave and be yourself because sometimes they need to judge you from your appearance"

"Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya" 
(HR Bukhari dan Muslim)




3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara. Terutama ketika bermuamalat dengan lelaki


I) PERCAKAPAN :

Kaum hawa hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan kaum Adam. Jangan sesekali kau pancing nafsunya melalui lunaknya suaramu. Mahukah kau kaum Hawa tergolong dikalangan bala tentera Syaitan dan Iblis dalam menumpaskan anak cucu Adam AS..?


Allah SWT berfirman,

"Wahai isteri-isteri Nabi..! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 
(Al Ahzab : 32)

II) BERJALAN :

Allah SWT berfirman,

"Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan"
(An Nuur : 31)


Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya,

"Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan dengan malu-malu"
(Al Qashah : 25)


III) PERGERAKAN :

Tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.




4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya


Jauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai di rumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti" 
(HR Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)

"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina"
(HR Abu Musa Al-Asy'ari)


Fudhail bin Iyadh Rahimahullah, seorang yang alim, soleh, ahli ilmu dan ibadah, 40 tahun tak pernah ia lambat untuk mendapat saaf pertama dalam solat, namun ia mengatakan,


"Sungguh yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita"




5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka


Ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya. Ingat pesanan Rasullullah SAW,

"Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan"
(HR Tabrani)


Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.. Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan laknatullah. Tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin 'terbakar dengan maraknya' ia kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berdua-duaan.




6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat


(Contoh : mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa (anak-anak)




7. Menundukkan hati

Apabila kita berurusan dengan bukan muhrim, kita perlu risaukan kemurkaan Allah Taala. Perbanyakkanlah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta daripadaNya supaya dipelihara diri dari busur panahan syaitan. Luruskan kembali niatmu buat tiap ketika kerana syaitan itu licik..


Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita. Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati yang mempunyai harga diri dan takut kepada Ilahi..


Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Kita manusia biasa yang dikurniakan nafsu dan cinta. Allah menciptakan rasa cinta dan nafsu bersama-sama dengan batas pergaulan buat hamba-hamba Nya kerana Dia tahu apa kelemahan dan kekuatan yang terletak tiap pada ciptaanNya.


Sabda Rasulullah SAW,

"Barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal"



Rujukan :
  1. Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi

  2. Dipetik dari : MUHAMMAD HANIS BIN ABDUL MUTALIB PISMP PENGAJIAN AGAMA 23 FEBRUARI 2010

  3. FARAHIYAH MAT DAUD



Saidina Umar RA berkata, 

"Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita"


Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham 1 001 fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya..?




Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izinNya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut..


Wahai sahabatku wanita solehah yang cantik kerana akhlak dan budi pekertimu.. Jangan sekali-kali kau gadaikan segala apa yang Allah telah kurniakan untukmu hanya untuk menarik perhatian lelaki-lelaki diluar sana. Mahkota kau hanya satu. Hanya satu untuk dipelihara dengan sebaiknya..! Dirimu bukannya bahan tontotan ramai lelaki untuk penyedap nafsu. Dirimu hanya untuk seorang lelaki..! Seorang lelaki yang bergelar suami..




What's the difference between LIKE and LOVE..?

Well, let's just say, if you LIKE a flower, you PLUCK it.

But when you LOVE that flower, you WATER it..
(Anonymous)


Jika kau kasihkan orang yang kau kasihi,
Ingatkan mereka bila mereka terlupa.
Ingatkan aku, bila aku terlupa..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

HALUSNYA TARBIYAH ALLAH

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna..
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga..
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah..
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama..
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah..


Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian..


Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
Sebijaksana Umar bin Khattab,
Sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
Sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin..


Teringat kata-kata seorang ustaz,

"Yang bahawasanya kita selalu lupa yang Allah itu banyak memberi kepada hamba-Nya dari mengambil sesuatu dari hambaNya"


Sebagai contoh.. Bila seseorang disahkan menghidap batu karang, sembelit dan buasir barulah tersedar bahawa betapa besarnya nikmat membuang air kecil dan besar. Nampak kotor dan jijik bila disentuh berkaitan dengan isu ini tapi manusia akan tersedar bila nikmat telah ditarik Allah..


Contoh lain.. Bila saya selesema teruk sampai nafas pun berbunyi, hingus pun asyik meleleh di saat kita sedang bersujud, baru nak tersedar bahawa betapa nikmatnya nikmat pernafasan dalam kehidupan seharian kita.. Baru kita rasa betapa sukarnya untuk kusyuk dalam keadaan selesema.. Nampak simple, mudah dan remeh sebab kita tak mampu untuk melihat oksigen dengan mata kasar..


Rupa bentuk hidung kita tak mampu lihat pada setiap masa melainkan bila ada kat depan cermin.. Kita hirup tanpa perlu tekan button start and stop, on and off.. Tapi, di saat bila nikmat bernafas ditarik sedikit oleh Allah, baru kita tersedar.. Bila dah ditarik sepenuhnya oleh Allah, itu maknanya kita telah kembali ke alam barzakh..


Seterusnya, nikmat 10 sen.. Nampak murah, tak berharga dan useless kan..? Kalau 10 sen tu berada di atas lantai, confirm disapu.. Kalau 10 sen tu dalam poket insyaAllah tak terasa.. Kalau 10 sen tu dalam purse, kadang-kadang memang tak terperasan pun kehadirannya.. Teringat zaman sekolah menengah.. Nak guna public phone sebab nak call ibu ayah. Baru terkinja-kinja nak cari duit syiling dekat kantin, kiosk, koperasi dan pinjam kawan pun tak termalu dah.. 50 sen, 20 sen dan 10 sen time tu adalah matawang yang sangat berharga.. Jatuh dalam longkang pun sanggup kutip.. Tanpa 10 sen, public phone dengan tanpa segan silunya mematikan panggilan yang didail oleh anda.. Baru terasa betapa bernilainya sesuatu itu apabila kita berkehendak ke atasnya..


Ada lagi.. Bila mata mulai rabun dan bila mata kian silau baru terasa disaat itu betapa nikmatnya nikmat penglihatan yang diberi pinjam oleh Allah..


Lagi dan lagi.. Bila kita makan, kita kenyang, kita buang.. Sebab apa..? Sebab kita yakin dengan duit yang berkepuk di dalam purse kita, kita yakin bahawa esok kita akan makan sesedap hari ini bahkan maybe lagi enak dari hari ini.. Tapi kalau sekali Allah tarik, maybe sebutir nasi, seulas bawang, secubit bahulu pun kita akan anggap sesuatu yang sangat bernilai.. Manusia mencari tempat untuk membuang sisa makanan terbuang yang kelihatannya masih 'enak'.. Tapi, mereka yang diuji Ilahi terus dan terus mencari sesuatu untuk mengalas perut yang sememangnya sudah lama tiada 'beralas'



Jangan sia-siakan, remeh-remehkan, senda-sendakan, kecil-kecilkan sesuatu yang kita rasa tiada nilai disisi kita walaupun dengan hanya seukir senyuman kita kepada ibu ayah, suami isteri, guru-guru, sahabat-sahabat, adik beradik, jiran tetangga. Siapa tahu dengan senyuman itulah mampu mengubat kesedihan yang ada di hati mereka tanpa kita ketahui dengan penglihatan mata kasar.. Lihatlah dengan mata hati.. Siapa kita untuk menilai sesuatu..? Kita tiada hak da hanya Allah yang berhak..


Hargai dan syukuri setiap sesuatu termasuk diri kita sendiri.. Belajar untuk memberi sesuatu untuk menerima sesuatu.. Kita mencintai Allah dan Allah menghantar orang-orang yang dicintaiNya hadir dalam jalan cerita hidup kita dalam pelbagai cara.. Di bulan Ramadhan kali ini, didik diri untuk memberi walau hanya dengan seukir senyuman biar pun kita lapar, sebiji karipap biar pun kita kekurangan seteguk air, biar pun kita haus sekelumit tenaga, biar pun kita penat..


InsyaAllah tiada yang terlepas di mata Allah..


Sama-sama berdoa agar kita semua istiqamah di jalanNya



"Katakanlah (Muhammad), 'Wahai hamba hamba-Ku yang beriman..! Bertaqwalah kepada Tuhan-Mu..' Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan.. Dan bumi Allah itu luas. hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batasan"
(Az-Zumar : 10)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

CARA MENGUBATI MULUT CELUPAR

Adakah kita pernah terfikir dan sedar kita bermulut celupar..? 


Sedarkah kita apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain..? 


Pernahkah kita dipinggirkan kerana kita suka bercakap ‘lepas’..? 


 Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.. Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar..


Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza'iy RA menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, 


"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam"


Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah.. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari.. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita..


Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, 



"Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati"

Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan..


Kedua-dua kalimat itu adalah 'subhanallah wa bihamdihi' dan 'Subhanallah hil azim' yang membawa maksud 'Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya' dan, 'Maha suci Allah yang Maha Besar'


Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 'subhanallah wa bihamdihi' sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meskipun sebanyak buih di lautan..


Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus 'rancak' membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya..


Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, 'Astaghfirullahazim' disertakan 'perasaan menyesal' di dalam hati. Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya..



Gunakan lidah anda dengan sebaiknya.. Jangan kerana mulut badan binasa.. Siapa tahu, suatu hari nanti orang yang anda syok umpatkan tu datang dan membelasah anda.. Badan anda juga yang binasa.. Bercakap apabila perlu dan jauhi segala perkataan-perkataan kesat dan langsung tidak membawa manfaat kepada anda.. Banyakkan istighfar..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

CARA BERISTIQAMAH DAN MEMELIHARA IMAN



  1. Sentiasa mesra dengan Al-Quran, menghafal serta merenung maksudnya.. Ia merupakan rujukan dan sumber utama bagi umat Islam..

  2. Mesti beriltizam dengan segala syariat Allah dan sentiasa melakukan amal soleh dalam apa jua keadaan..

  3. Mempelajari dan menghayati kisah para Nabi dan Rasul kerana terlalu banyak pengajaran dan tauladan yang amat bernilai untuk diamalkan dalam kehidupan seharian..

  4. Mestilah sentiasa berdoa kepada Allah supaya diperteguhkan keimanan, diampunkan dosa-dosa dan diberi kebahagian dunia dan akhirat. Sesungguhnya doa ialah senjata ampuh bagi orang mukmin dan bertaqwa..

  5. Sentiasa mengingati Allah (zikir) walau di mana saja berada..

  6. Sentiasa berusaha melalui jalan yang benar dan diredhai Allah SWT.. Berani menegakkan kebenaran dan tidak takut serta malu kepada Allah untuk melanggar perintahNya..

  7. Bersungguh-sungguh menuntut ilmu dalam segenap bidah setakat termampu, sama ada agama, politik dan sebagainya..

  8. Meyakini setiap perbuatan yang baik dilakukan dengan penuh semangat dan optimis..

  9. Berdakwah menyampaikan perkara yang baik kepada orang lain dengan bijaksana dan kasih sayang..

  10. Mendekati orang-orang yang berilmu, para ulama serta orang yang boleh memberi tunjuk ajar.. Jalinkan ukhuwwah serta kasih sayang dengan mereka..

  11. Yakinlah dengan pertolongan Allah serta yakinlah bahawa hanya Islam sahaja yang dapat menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat kelak..

  12. Mengenali hakikat kejahatan, kemaksiatan dan kemugkaran supaya tidak mudah terpedaya dengannya..

  13. Mengamalkan akhlak islamiyyah dan sentiasa berusaha memperbaiki diri dengan mengamalkan sifat sabar, ikhlas, amanah, jujur dan sebagainya..

  14. Selalu meminta khidmat nasihat dari orang yang soleh dan berilmu..

  15. Sentiasa mengingati mati, azab neraka dan nikmat syurga yang akan mendorong kita melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran..

Contohlah kan, dalam bab istiqamah dalam menutup mengerjakan solat Subuh lah misalannya.. Bagi saya, banyak inisiatif yang terdapat yang boleh tangani problem ni.. Kita boleh je kunci jam, kunci lah sebanyak 200 biji alarms sekali pun.. Asalkan, kita tetap bangun Subuh dan menunaikan hakNya.. Ingat, kalau kita jaga Hak Allah, Allah akan jaga kita kembali..


Lepas tu, inisiatif lain selain daripada mengunci alarm, kita boleh gunakan khidmat kawan kita atau pun ibu bapa kita.. Seperti saya sendiri, saya selalu pesan pada mama dan adik perempuan saya.. Saya sering berpesan begini,


"Mama, kalau Siti tak bangun Subuh nanti, tak sedarkan diri A.K.A tidur mati kan, mama gerak je.. Peleng-peleng sikit kepala.. Tak pun, ambil je air sebaldi, siram.. Adik, hang kalau bangun nanti, kalau akak tak bangun, tutup je hidung akak" 

Haa, nampak tak.. Tujuan saya suruh adik saya tutup hidung saya adalah untuk memudahkan saya untuk bangun tidur..


Ok, ni bab solat la contohnya.. Jika bab aurat pula, inisiatif yang boleh digunakan pula berbeza sikit.. Solat dan aurat kan lain.. Ok, kalau bab aurat ni, contohlah kan, bab istiqamah dalam mengekalkan memakai tudung labuh.. Bab aurat ni ramai yang sukar istiqamah.. Saya tahu, sebab saya ni jenis yang suka memerhati orang-orang sekeliling, dan suka la jugak kaji kenapa manusia ni sukar sangat nak kekal dalam beristiqamah.. Selalunya, manusia ni, berubah sekejap je.. Pastu, buat perangai balik.. Sama la jugak macam saya ni.. 


Ok, macam bab aurat ni, especially dalam mengekalkan penggunaan tudung labuh, saya letakkan mind set saya macam ni, 


"Siti, ko nak ke orang sekeliling ko pandang aset berharga ko secara free..?" 

Contohlah kan, pakai tudung pendek yang paras atas dada tu, kita gunakanlah hati kita untuk berbicara sendiri dengan diri kita sendiri macam ni, 


"Ko sanggup ke, membiarkan panahan-panahan syaitan menatap payu dara ko secara rakus dan bernafsu..?"

Ya, it sounds rude sikit.. Tapi, kalau kita berbicara walaupun perbicaraan tu kasar tetapi untuk kebaikan diri kita, saya tak rasa yang ianya salah.. Am I right..? Monolog je pun.. Biasa la, terutama apabila jauh dari keluarga dan kawan-kawan je la yang kita rapat pabila di universiti.. Mulalah, kita akan terpengaruh dengan fesyen yang diperagakan oleh kawan-kawan kita kan..? Manusia sememangnya dilahirkan dengan sifat yang sukakan kecantikan.. Baik lelaki mahupun perempuan.. Sama je.. Tetapi, istiqamah dalah bertudung labuh je tak cukup jika tiada adab dan akhlak.. 


Manusia menilai seseorang melalui cara kita, adab kita, bahasa yang kita gunakan.. Kalau bertudung labuh, tapi mulut kurang ajar a.k.a langsi, to me it's nothing.. Tu bererti, si fulan tu, dah merosakkan imej Islam.. Nanti, mulalah timbul fitnah dan kutukan dari penganut anutan lain terhadap Islam.. Tapi, kita sendiri tak realize yang segalanya berpunca dari diri kita sendiri.. Kemarahan tak dikawal.. Membiarkan nafsu mengawal diri serta meletakkan nafsu di hadapan akal.. Jadi, jika hal sebegini terjadi, macam mana lah penganut-penganut agama lain, nak respect kita yang Islam ni.. 


Jika kita sendiri umpama mengajar anak ketam berjalan lurus tapi, diri sendiri pun jalan menyenget.. Sorry to say this.. But, ini adalah apa yang berlaku sekarang ni.. Boleh je perhati jika kalian tak percaya apa yang saya katakan ni.. Tak perlu perhati orang lain, diri sendiri pun ada sikap sebegini.. Segalanya bermula dari diri kita sendiri.. 


Kalau kita bersungguh-sungguh dalam beristiqamah mempertahankan pa yang telah sedia ada, InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan kita.. Allah akan mendekatkan diri kita dengan insan-insan yang juga di jalan yang sama dengan kita.. Istiqamah adalah sifat Muslim sejati.. Ia ada pada orang yang kuat mujahadahnya.. Rasulullah pernah bersabda maksudnya,


"Rambut aku menjadi uban kerana surah Nuh.." Ayat yang sangat banyak Nabi fikirkan ialah ayat yang berbunyi maksudnya : "Hendaklah kamu beristiqamah terhadap apa yang aku perintahkan"

Kerana terlalu banyak memikirkan ayat itu hingga Al-Rasul menjadi beruban.. Maksud ayat itu ialah Rasul berfikir bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah dan pada masa yang sama bagaimana juga hendak menanggung risiko tindak balas dan ancaman daripada kaum musyrikin Kota Makkah.. Ada baiknya kalau kita lihat sedikit panduan untuk mendapat istiqamah..


Pertama, banyakkan berdoa.. Doa khusus ialah minta Allah anugerahkan pada kita supaya sentiasa beristiqamah.. Doa sebenarnya satu visi.. Jika di minda ada tergambar untuk mendapatkan istiqamah sudah tentu jadi pendorong, apabila malas akan teringat pada visi..



Kedua, berkawanlah dengan mereka yang komited dengan kebaikan.. Kawan baik ialah kawan yang membantu kita berbuat baik.. Kawan baiklah kawan yang mendorong kita ke syurga.. Kawan yang baik ialah kawan yang menghalang kita daripada terjerumus ke jalan neraka..



Ketiga, untuk beristiqamah ialah dengan menulis matlamat yang kita nak capai dan lekatkan di mana-mana tempat di rumah atau pejabat serta mudah dilihat.. Ia bertujuan supaya kita tidak mudah lupa maklumlah Ramadan datang setahun sekali..



Keempat, apabila sudah dapat kita tunaikan amalan yang kita nak beristiqamah, iaitu apabila amalan itu sudah mula sebati dengan jiwa kita buatlah kenduri iaitu raikanlah kejayaan kita itu dengan doa selamat dengan menjemput sahabat terdekat..



Kelima ialah dengan berdialog dengan diri sendiri.. Biar diri kita yang memujuk diri sendiri dengan membandingkan istaqamah orang-orang dulu.. Sekiranya mereka dapat melakukannya kenapa kita tidak..? Mereka juga manusia seperti kita..



Keenam, bayangkan pahala besar yang menanti kita apabila kita dapat beristiqamah..


"Semoga Allah menerima amalan kita dan amalanmu"

Harap persoalan tentang cara beristiqamah telah terjawab.. Jika ada yang mahu menambah tips-tips lain, boleh komen entry ni atau pun, send saja soalan ke e-mail ctkhadijah.10@gmail.com atau WeChat akaun saya, ID : Khadijah_Halil



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

KISAH RENUNGAN : PENGANTIN MATI KETIKA SUJUD




Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan 'Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat "Isyak"


Ibunya terkejut,



"Apa kamu gila..?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu..! Bagaimana dengan make-up..? Nanti habis dirosakkan oleh air"


Tambah ibunya lagi,



"Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang..! Wallahi.. Jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu"


Anak perempuannya menjawab,



"Wallahi.. Saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat..! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta..!!"


Ibunya berkata,




"Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up..?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka..! Mereka pasti akan mentertawakan kamu..!"


Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya,




"Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka..? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya..? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya"


Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.. 
Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir..!


Ya..! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud..! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya..! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh..!!



Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya..!



Dia mahu menjadi lebih dekat kepadaNya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepadaNya..! SubhanAllah..!


Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta..!


Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu..! Apa yang anda akan lakukan..? Apa yang anda akan pilih : Pujian manusia atau Maha Pencipta..?



Wahai sekelian insan..! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya..? Jam..? Atau bulan..?!! Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang..? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut..? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu..?



Wahai muslimah..! Apa yang kita pilih..? Bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab..? 
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab..?


Para Muslimin sekalian, yang mempunyai "hubungan halal" atau "hubungan bebas", adakah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat..? Esok..?! Apa yang anda pilih..? Keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di akhirat..?!


Semoga Allah membimbing kita semua untuk keredhaanNya dan memberikan kepada semua orang yang membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang baik, Aamiin..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

CARA DETECT GAMBAR PALSU DI FACEBOOK

Cara-cara nak detect gambar palsu macam ni



  • Sila pergi ke www.google.com.my

  • Lepas dah buka google tu, dia akan keluar macam ni.. Klik gambar bawah ni untuk lebih jelas..




  • Lepas dah klik, dia akan keluar simbol kamera dekat sudut search tu.. Macam gambar bawah ni..




Sila klik..! dijamin tidak meletup..



  • Lepas tu, dia akan keluar "Search by Image" Sila masukkan URL gambar atau korang boleh upload gambar dari folder korang sendiri..



  • Lepas korang dah siap masukkan URL atau upload gambar, sila search.. Maka akan terkeluarlah gambar kemungkinan atau lebih kurang dengan gambar yang korang upload tadi..

  • Kalau korang pakai gambar "curi" kemungkinan nak jumpa gambar yang serupa atau lebih kurang adalah tinggi..!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

REDHA ALLAH ATAU REDHA MANUSIA..?

Sudah menjadi lumrah apabila manusia sentiasa hendak dilihat menarik dan menjaga adab mereka walau di mana mereka berada di hadapan orang sekeliling. Kalau boleh semuanya ingin nampak sempurna dan terbaik. Dari segala aspek hidup, manusia akan menjaga tingkah laku sebaik-baiknya demi menjaga nama baik dan maruah seperti di majlis keramaian, di pejabat, majlis berbentuk protokol.


Manusia mengaplikasikan peraturan yang dicipta manusia sendiri, tetapi malangnya manusia lalai dalam mengaplikasikan peraturan yang hakiki yang dicipta oleh Yang Hakiki iaitu Allah SWT. Manusia lupa bahawa mematuhi peraturan sebenarnya yang akan dihitung, ditimbang dan dinilai di akhirat kelak berdasarkan amalan dan tingkah laku sehari-hari adalah 'standard'. Dan 'standard' inilah yang perlu dijaga sebaik-baiknya.



MENJAGA 'STANDARD' DI PEJABAT

Kebanyakan pekerja sememangnya menjaga nama baik, sama ada nama baik diri, kumpulan mahupun jabatan. Waktu rehat pejabat secara umumnya adalah pada pukul 1 petang hingga 2 petang bagi pekerja awam dan swasta. Kebanyakan pekerja yang sentiasa mengikut peraturan akan keluar rehat pada pukul 1 tepat untuk melepak bersama kawan-kawan dan berborak sehingga hampir pukul 2 petang. Selepas itu, masuk semula ke pejabat pada pukul 2 petang, pekerja tersebut belum lagi solat walaupun waktu solat Zuhur sudah masuk.




"Eh, dah pukul 2.00 lah. Aku naik pejabat dululah, tunjuk muka dulu, nanti turun ke surau untuk solat"




Sampai begitu sekali kah kita menjaga 'standard' di hadapan manusia..? Sehinggakan kita mengabaikan tahap 'standard' yang sepatutnya kita jaga di hadapan Allah.


Abdullah bin Mas'ud telah bertanya kepada Rasulullah SAW,


"Apakah amalan yang paling disukai Allah SWT..?" Sabda Rasulullah SAW : "Solat dengan menjaga waktunya" 
[Riwayat Bukhari, Al-Jaami Al-Sahih No. 2782]


Astaghfirullahala'zim.. Kita sanggup melewat-lewatkan solat hanya kerana tidak sanggup mendengar orang mengata kita. Kita sanggup mengabaikan 'pertemuan dengan Kekasih' kita, mengutamakan pertemuan dengan manusia.




MENJAGA 'STANDARD' DI MAJLIS KERAMAIAN


"Nanti aku nak beli baju baru berwarna merah dan hitam sebab konsep tema Makan Malam Tahunan kolej kita adalah warna hitam dan merah kan..?"



"Alah.. Pakai sahaja baju yang kau ada, makan malam tu sekejap sahaja, jangan membazir"



"Mana boleh, nanti orang akan pandang aku pelik dan mesti orang akan mengutuk aku sebab aku tak ikut tema"



Selalu sahaja terjadi kepada kita kan..? Astaghfirullahala'zim.


Selalu sahaja kita ingin mengejar peraturan yang dicipta manusia sendiri. Kalau boleh, kita hendak dilihat mengikut keseragaman dan kesempurnaan di mata manusia. Tetapi kita lupa dan lalai bahawa Allah sudah menetapkan peraturan berpakaian yang sepatutnya bagi kaum Hawa dan Adam. Lantas, kita berlebih-lebihan, tidak menutup aurat dan menunjuk-nunjuk asbab ingin lebih mulia di sudut pandangan manusia.



Tidak salah hendak mengikut tema sesuatu majlis selagimana tidak lupa pada peraturan hakiki yang sebenar-benarnya. Namun, hakikatnya ramai manusia lebih memilih untuk menjaga 'standard' di hadapan manusia lain, sehingga tidak hairan lah ada yang lebih selesa berpakaian tidak menutup aurat sebaik-baiknya. Malah ada yang berpakaian tetapi singkat dan jarang. Hanya kerana tidak mahu dikatakan kolot dan tidak mengikut trend dan fesyen.



Kita berlumba-luma untuk kelihatan anggun dan cantik di hadapan manusia. Tetapi kita selekeh dan comot sekali di hadapan Allah. Tidak sedarkah kita..?


Mu'awiyah bin Haidah mengatakan,


"Aku pernah bertanya, Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain..?" Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu" Aku bertanya lagi : "Ya Rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat..?" Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu" Aku masih bertanya lagi : "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian..?" Baginda menjawab : "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain" 
[Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud]


Sesungguhnya kita hendak sahaja mengelakkan orang berprasangka buruk kepada kita, kerana itu dalam segala aspek kita hendak menjaga 'standard' di hadapan manusia, tetapi kita langsung tidak takut dan malu pada pandangan Allah SWT terhadap kita.


Kita lebih mencari kecintaan manusia lain berbanding kecintaan Allah SWT terhadap kita. Kita lebih inginkan kemuliaan manusia daripada kemuliaan Allah SWT kepada kita.


Kita meraih redhanya manusia daripada redhanya Allah SWT sehingga sanggup mengenepikan hak Allah dengan melanggar perintah dan suruhanNya hanya kerana ingin menunaikan haknya manusia. Teringat suatu ketika Mu'awiyah meminta wasiat kepada isteri Baginda SAW iaitu Aisyah RA lalu 'Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda SAW yang bermaksud,



"Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia"
[Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi]


Justeru, manakah yang lebih baik..? Yang lebih mulia..? Yang lebih tinggi..? Redhanya manusia atau redhaNya Allah.. Lalu mengapa kita terlalu menjaga 'Standard' di Hadapan Manusia..? Kenapa Tidak Kerana Allah..?



Semoga kita sentiasa muhasabah diri dan menjadi yang terbaik di hadapan Allah. Jom 'Menjaga 'Standard' di hadapan Allah sebagai langkah ke Syurga..! InsyaAllah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

JAUH DI MATA, DEKAT DI HATI

Salam ceria penuh semangat dari jiwa yang kerdil buat jiwa-jiwa yang besar yang sentiasa mencari ketinggian dan kemulian disisi Allah.. Marilah kita sama-sama merafakkan rasa syukur penuh kehambaan buat Dia.. Dialah yang memberi kekuatan pada kita selama ini untuk terus hidup, untuk beribadah dengan rasa aman.. mashaAllah, semuanya atas kehendak Allah.. 


Buat sahabat tersayang, kata-katamu meruntun jiwa yang dahagakan redhaNya..



"Kita merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cintaNya.."

SubhanaAllah, cintanya Allah pada kita setiap masa.. Tidak pernah sekali pun lupakan kita.. Allah jualah yang setiap masa ingat pada kita.. Tapi sejauh manakah kita ingat Allah..? Pada waktu kita sedih sahajakah, atau pada waktu kita susah sahajakah..? Mari kita tanya iman kita, jika kita beriman, jika kita cinta pada Allah, sebanyak mana kita ingat akan Dia..? SubhanaAllah.






"Sungguh menakjubkan urusan orang Mukmin.. Sesungguhnya semua urusannya adalah kebaikan.. Apabila mendapat nikmat, maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya.. Dan, apabila ditimpa ujian (kesempitan), maka dia bersabar, dan itu kebaikan baginya"
(Riwayat Muslim)


Hidup sentiasa ada pilihan, hati kita juga sentiasa berperang dan menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan. Hanya iman di dada yang mampu bertahan, yang mampu membantu kita dalam menghadapi semua ini,  berdoalah setiap masa agar pilihan kita adalah datang dari Allah, dipenuhi hidup kita dengan segala kebaikan, insyaAllah kita akan tenang bila mana kita redha dengan setiap ketentuan Allah.



Setiap hari baru yang kita lalui, diselitkan ujian di dalamnya untuk menguji tahap keimanan seorang hamba yang mana nak tak nak, kita kene harungi juga walaupun terpaksa.. Kita tak kan mampu lari, tapi apa yang mampu kita lakukan adalah hadapi semuanya dengan iman. Kadang-kadang rasa nak stop je masa, untuk tunggu kita sekejap, untuk kita kejar segala yang kita tak dapat dahulu untuk kita ubah segalanya, untuk kita putar masa balik ubah segalanya.. Tapi semua itu ketentuan, bukan kuasa kita.. Tapi kuasa Allah.. Sungguh, hidup adalah pentas ujian.. Ujian yang mana jika kita lihat, setiap hari menggugat iman di dada.. 


SubhanAllah, Allah memang tak nampak, tapi dekat di hati.. Semoga Allah basahkan hati kita dengan mengingatiNya.. Cukuplah nikmat-nikmat, tanda-tanda di sekeliling yang menjadi bukti kuasa dan kasih sayang Allah..




SubhanAllah = 100 000 kali..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

BETULKAH NIAT PUASA KITA

Tibalah satu lagi Ramadhan untuk kita. Satu bulan penuh rahmat, penuh keberkatan dan juga peluang meningkatkan prestasi ibadah. Anggaplah bulan ini sebagai satu titik perubahan untuk kita, daripada buruk kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik. Satu isu yang menonjol dalam dunia tarbiyah setiap kali menjelang Ramadhan, adalah kefahaman dan kecintaan terhadap bulan puasa itu sendiri. Jadi bukanlah sesuatu yang perlu bagi saya untuk memberi pendapat tentang isu ni, kerana ia sudah terlalu banyak dibicarakan di internet.


Saya cuma ingin ketengahkan satu perkara ; niat kita berpuasa. Saya pernah terbaca dalam satu artikel bahawa,

"Orang Malaysia memang suka buat ibadah sunat, walhal ibadah wajib ditinggalkan"


Perkara ini, pada hari-hari biasa pun, banyak berlaku depan mata kita. Sebagai contoh, ada yang berpuasa sunat Isnin dan Khamis walaupun solat fardhu kadang-kadang ditinggalkan (contohnya, kita sangat susah untuk bangun menunaikan Solat Subuh). Ada juga yang bersedekah beratus-ratus ringgit tetapi zakat tidak ditunaikan. Niat sebenar..? Berpuasa untuk menjimatkan duit, bersedekah untuk mendapat pujian. Takkan berguna puasa dan infak itu. Sia-sia.


Konsep menyambut Ramadhan sebagai bulan puasa adalah tidak adil. Ramadhan bukan bulan untuk berpuasa semata-mata. Kita sepatutnya menyambut Ramadhan sebagai satu medan pertarungan satu-dengan-satu (one-on-one) dengan nafsu kita. Jika tiada syaitan pada bulan Ramadhan, kenapa masih ada orang yang buat jahat..? Kenapa masih ada yang mencuri, menipu, apatah lagi ponteng puasa..?


Apabila tiada syaitan, yang tinggal hanya nafsu kita. Kita berperang dan bertarung dengan nafsu saban hari - bermula dari saat bangun daripada tidur, sampailah waktu kita pejam mata untuk tidur. Berpuasa adalah untuk menahan nafsu, bukan untuk menahan lapar dan dahaga semata-mata. Berpuasa adalah untuk menjaga hati, lidah dan perbuatan. Berpuasa adalah untuk mengenal erti penat lelah, memahami dan mensyukuri nikmat yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Berpuasa adalah untuk syurga yang hakiki.


Betulkan semula niat kita. Bukan cuma sekadar menyatakan lafaz, dan menahan diri daripada makan dan minum, tetapi fahami erti sebenar berpuasa. Barulah ibadah itu akan terkesan, lalu membawa kepada istiqamah selepas Ramadhan. Bercakap tentang istiqamah, apabila mendengar orang menyebut Ramadhan Kareem, kita digalakkan menjawab dengan Allahu Akram. Maksudnya, Ramadhan yang mulia, Allah lebih mulia.


Ingatlah pesanan Imam Hassan Al-Basri,

"Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana) jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan)"


Ingatlah juga pesanan dari Rasulullah SAW, Daripada Umar bin Khathab RA berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya segala amalan itu tergantung pada NIATnya. Dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya. Dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju." 

(HR Bukhari dan Muslim)


Kalau setakat baca niat puasa, dan esoknya cuma tahan makan dan minum, budak darjah satu pun mampu buat..! Kita tak nak ibadah puasa kita sia-sia. Rasulullah SAW bersabda,

"Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga"

(Riwayat An-Nasa'i)

Puasa kita mungkin sah pada mata manusia. Tapi mungkin tidak sampai ke Arasy Allah. Mungkin tak tercapai maksud dan tujuan utama berpuasa. Jadi betulkanlah niat kita. Tahanlah marah. Tak perlu cakap benda-benda yang tak penting. Hentikanlah mengumpat. Sekalipun bercakap benda yang sia-sia mampu membatalkan puasa anda.


Daripada Abu Hurairah RA katanya bahawa Nabi SAW bersabda,

"Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya"


Pengakuan jujur, saya sendiri pun susah nak menjaga benda-benda macam ini. Niat adalah sesuatu yang memakan masa untuk diterapkan. Tapi apa salahnya mula sekarang..? Kita makin tua, hidup makin singkat. Entah-entah esok lusa kita mati. Insya-Allah, makin kurang usia di dunia, makin kurang dosa kita.


Kalau niat anda rumit untuk diperbetulkan, tak apa. Puasa dulu. Ikut ajaran Islam. Macam orang nak pakai tudung, pakai dulu. Nanti akan datang satu 'hadiah' daripada Allah, yang cuma Allah boleh bagi. Bila dapat 'hadiah' itu, insya-Allah. Anda akan rasa manisnya iman bila niat kita betul-betul fisabilillah. Kita bukan sekadar tahu sebut, kita akan tahu rasa. Nak rasa..? Cubalah sendiri.


Jadi, sebelum tidur malam ini, kita baca niat puasa dulu. Tak, bukan sekadar baca, tapi cuba kita rasa. Rasa niat puasa. Rasa suasana Ramadhan. Rasa indahnya keberkatan. Rasa kepuasan melawan nafsu. Menang dengan diri sendiri.


Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,

"Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan Allah akan jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya"


Mari kawan-kawan, kita berpesta ibadah. 
Salam alaik



Tambahan 

Doa yang dianjurkan Nabi Muhammad sewaktu hendak berbuka atau bila-bila sahaja,

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku mohon ampun kepada Allah, kami mohon kepada-Mu akan syurga dan kami mohon perlindunganMu dari neraka"


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

FITNAH LELAKI TERHADAP WANITA

Seringkali kita dengar pasal fitnah perempuan terhadap lelaki. Fitnah perempuan yang kita nampak, memang dari banyak sudut. Lirik senyumnya, matanya, auratnya, potongan badannya, wangi-wangian, dan macam-macam lagi yang tak larat nak ditulis dekat sini.


Mungkin disebabkan terlalu fokus terhadap fitnah wanita terhadap lelaki, kita terlepas pandang pasal fitnah lelaki terhadap wanita. Ya, benar fitnah wanita terhadap lelaki itu kita nampak lebih dominan, menonjol dan tertonjol. Itu tidak dapat dinafikan.



Tapi, disebabkan terlalu fokus pasal wanita, kita lupa pasal lelaki. Al-Quran dan Hadis sememangnya menekankan tentang fitnah wanita, tetapi Al-Quran dan Hadis tidak melupakan pasal fitnah lelaki terhadap wanita..!



Sebagai contoh para muslimin mengambil gambar dan memuat naik gambar-gambar yang bermacam-macam pose di Facebook.



Apa tujuan semua itu..?


Mungkinkah untuk menggalakkan seseorang muslimin itu menyimpan janggut, memakai serban atau kopiah..?



Perkara itu amatlah jarang berlaku, sebaliknya menimbulkan fitnah terhadap wanita. Ada juga golongan yang warak memuat naik gambar dalam Facebook. Dah lah perwatakannya warak, kacak pulak tu. Lalu ramailah pulak golongan muslimah "like" gambar tu.


Bukan saja "like", malah apa yang kita dapat lihat, ramai pulak muslimah yang 'tersangkut' dek mata kail fitnah lelaki warak tu. Kononnya memuat naik untuk menggalakkan orang lain untuk meniru cara Nabi SAW, padahal tindakannya itu membawa fitnah kepada muslimah..!



Kalau pun memuat naik gambar tu sekadar nak bagi kenal, tak perlulah bubuh gambar yang besar-besar dan bermacam-macam pose sampai membuatkan muslimah lain tersangkut di mata kail tu. Cukuplah sekadar gambar biasa-biasa saja. Tapi, apa yang berlaku banyak pulak para muslimah tersangkut.



Bermacam-macam pujian 
diberikan,


"Cutenyaaa, muka awak nampak alim, kacaknya, hensemnya"


Dan lain-lain. Ada juga pujian fitnah yang 'berbentuk Islamik' ya..? Contohnya,


"Indahnya ciptaan Allah, hensemnya ciptaan Allah ni"



Dan macam-macam lagilah..!


Jadi, jangan fikir hanya wanita sahaja boleh bawak fitnah pada lelaki. Lelaki pun boleh bawak fitnah kepada wanita jugak. Ini adalah kerana kaum wanita juga dikurniakan gharizatul nau' (naluri berkasih-sayang / seksual)


Mereka juga boleh terangsang dengan gambar-gambar kaum Adam. Oleh itu, berpada-padalah dalam bergambar dan memuat naik gambar di Facebook dan laman sosial lain. Kita asyik fokus pada fitnah wanita, dalam masa yang sama kita terlupa pasal fitnah lelaki terhadap wanita.




Petikan dari ayat 28 surah An-Nisa,

"Allah ingin memberikan kamu keringanan, kerana manusia dijadikan bersifat lemah"


Tuan Guru Haji Hadi Awang A.K.A Ayah Chik dalam kuliahnya mengatakan,

"Antara maksud ayat ini ialah manusia itu sememangnya lemah dalam menghadapi godaan lawan jenisnya, lelaki akan lemah bila berhadapan dengan wanita, begitu juga sebaliknya"



Jangan ingat lelaki sahaja yang boleh tergoda dengan penampilan seorang wanita, wanita juga boleh tertarik dengan penampilan seorang lelaki, contoh terbaik ialah kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha. Jadi pada jejaka-jejaka hensem di luar sana, janganlah upload gambar anda banyak sangat di Facebook. Bersyukurlah dengan kehenseman anda.. 


Peace Yaww..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

KENAPA AKU DIUJI YA WAHHAB..?

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama, 
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna,
Penulisan ini bukan kerana harta, 
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga,
Bukan juga kerana terpaksa, 
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah,
Ini bukan kerana sesiapa, 
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama,
Penulisan ini hanyalah kerana Allah, 
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.


Ya Allah Ya Ilahi, 
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, 
Berfikir sebelum bertindak, 
Santun dalam berbicara,
Tenang ketika gundah, 
Diam ketika emosi melanda, 
Bersabar dalam setiap ujian.


Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq, 
Sebijaksana Umar bin Khattab, 
Sedermawan Uthman bin Affan, 
Sepintar Ali bin Abi Thalib, 
Sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu 'anhum.. 
Aamiin Ya Rabbal'alamin..







KENAPA AKU DIUJI..?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji..? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.." 
(Al-Ankabut : 2 - 3)




KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN..?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Baqarah : 216)






KENAPA UJIAN SEBERAT INI..?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" 
(Al-Baqarah : 286)





RASA FRUST..?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
(Al-Imran : 139)





BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA..?

"Wahai orang-orang yang beriman..!! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)" 
(Al-Imran : 200)




"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 
(Al-Baqarah : 45)




APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI..?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"
(At-Taubah : 111)




KEPADA SIAPA AKU BERHARAP..?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya.. Hanya kepadaNya aku bertawakkal"
(At-Taubah : 129)




AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI..!!!

"... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir" 
(Yusuf : 12)







I said to Allah,


"I hate life"


Allah replied,


"Who asked you to love life..? Just love me and life will be beautiful..!!"

Sahabatku, janganlah kau merasa takut, rugi dan menyesal untuk meninggalkan sesuatu kerana Allah.. Janji Allah itu pasti dan Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.. Sesungguhnya ada sesuatu yang lebih baik yang telah Dia takdirkan buat hambaNya yang tidak pernah berputus harap untuk memohon hanya yang terbaik dariNya.. Tak kan menyesal buat mereka yang melakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu semata-mata hanya kerana Allah
The Beauty of Islam

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...