JAGALAH IKHTILAT

Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu Ilahi menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia.


"Dan jika kamu menuruti kebanyakkan orang-orang yang dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)"
(Al-An''am : 116)


Ikhtilat dalam pergerakan Islam adalah suatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap orang yang terlibat secara langsung dalam pergerakan Islam sama ada dia seorang ahli usrah, naqib atau pun masul. Syariat Islam tidak memandang siapa yang memegang jawatan dalam jemaah dalam melaksanakan syariat tersebut.


Perkataan ikhtilat itu pada adatnya bermaksud pergaulan. Di dalam konteks Islam, ikhtilat boleh diertikan sebagai suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan wanita ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari termasuklah mereka yang berkecimpung dalam pergerakan Islam sendiri. 


Tambahan pula, kemajuan era teknologi sekarang ini, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan wanita yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, Friendster dan Facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama pemuda pemudi Islam.


Kita juga didedahkan bahawa rukun yang perlu diketahui dalam pergerakan Islam adalah rukun taaruf. Akan tetapi, apa yang membimbangkan kita adalah perhubungan yang dimulakan atas dasar taaruf tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian ilmu dan kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Ada juga, kononnya beralasan hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Apa yang lebih menakutkan adalah perhubungan tersebut menjadi barah 'cinta' walaupun pada zahirnya seakan-akan kita melihat mereka saling mengambil berat (salah guna atas nama usrah). Perkara ini, seolah-olah mencari keredhaan Allah, sedangkan mereka sudah terjerus dalam kemurkaan Allah. Kerana itulah kita perlu memahami konsep sebenar dalam bekerja kerana Allah dan batas pergaulan dalam bekerja.



1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya

Lelaki dan perempuan jangan sekali-kali jeling-menjeling dengan tujuan untuk menarik perhatian antara satu sama lain), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat serta nafsu dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat.


Allah SWT berfirman,

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya"
(An Nuur : 30 - 31)



Sabda Nabi Muhamad SAW,

"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram"
(HR Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)



2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan


Sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampakkan bentuk tubuh.


"Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..

Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..

Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita"


Allah SWT berfirman,

"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya"
(An Nuur : 31)


Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya,

"Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu"
(Al Ahzab : 59)


Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan-perempuan yang lain. Dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.


"Don't judge book by its cover"


Tetapi jika hendak diaplikasikan didalam agama Islam, perlulah dinilai sedalam-dalamnya telebih dahulu. Ramai di antara kita yang sering beranggapan,


"Hati kami baik walaupun kami tidak menutup aurat"


"Orang yang solat, belum tentu baik"


"Orang yang berpuasa belum tentu solat"


"Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh, belum tentu baiknya"


TETAPI,


Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah dengan tidak menutup aurat..?


Orang yang solat belum tentu baik..?


Tetapi ketahuilah bahawa orang yang baik tentu akan solat..


Orang yang puasa belum tentu solat..? 


Tetapi sedarlah bahawa orang yang solat tentu berpuasa..


Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh belum tentu baiknya..? 


Tetapi sudah tentu wanita yang baik dan solehah akan menutup auratnya untuk mengelakkan diri dari menjadi anak panah syaitan yang berbahaya..


"You're what you're saying.. You're what you're doing.. So, please behave and be yourself because sometimes they need to judge you from your appearance"

"Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya" 
(HR Bukhari dan Muslim)




3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara. Terutama ketika bermuamalat dengan lelaki


I) PERCAKAPAN :

Kaum hawa hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan kaum Adam. Jangan sesekali kau pancing nafsunya melalui lunaknya suaramu. Mahukah kau kaum Hawa tergolong dikalangan bala tentera Syaitan dan Iblis dalam menumpaskan anak cucu Adam AS..?


Allah SWT berfirman,

"Wahai isteri-isteri Nabi..! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 
(Al Ahzab : 32)

II) BERJALAN :

Allah SWT berfirman,

"Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan"
(An Nuur : 31)


Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya,

"Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan dengan malu-malu"
(Al Qashah : 25)


III) PERGERAKAN :

Tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.




4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya


Jauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai di rumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti" 
(HR Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)

"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina"
(HR Abu Musa Al-Asy'ari)


Fudhail bin Iyadh Rahimahullah, seorang yang alim, soleh, ahli ilmu dan ibadah, 40 tahun tak pernah ia lambat untuk mendapat saaf pertama dalam solat, namun ia mengatakan,


"Sungguh yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita"




5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka


Ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya. Ingat pesanan Rasullullah SAW,

"Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan"
(HR Tabrani)


Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.. Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan laknatullah. Tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin 'terbakar dengan maraknya' ia kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berdua-duaan.




6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat


(Contoh : mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa (anak-anak)




7. Menundukkan hati

Apabila kita berurusan dengan bukan muhrim, kita perlu risaukan kemurkaan Allah Taala. Perbanyakkanlah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta daripadaNya supaya dipelihara diri dari busur panahan syaitan. Luruskan kembali niatmu buat tiap ketika kerana syaitan itu licik..


Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita. Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati yang mempunyai harga diri dan takut kepada Ilahi..


Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Kita manusia biasa yang dikurniakan nafsu dan cinta. Allah menciptakan rasa cinta dan nafsu bersama-sama dengan batas pergaulan buat hamba-hamba Nya kerana Dia tahu apa kelemahan dan kekuatan yang terletak tiap pada ciptaanNya.


Sabda Rasulullah SAW,

"Barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal"



Rujukan :
  1. Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi

  2. Dipetik dari : MUHAMMAD HANIS BIN ABDUL MUTALIB PISMP PENGAJIAN AGAMA 23 FEBRUARI 2010

  3. FARAHIYAH MAT DAUD



Saidina Umar RA berkata, 

"Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita"


Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham 1 001 fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya..?




Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izinNya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut..


Wahai sahabatku wanita solehah yang cantik kerana akhlak dan budi pekertimu.. Jangan sekali-kali kau gadaikan segala apa yang Allah telah kurniakan untukmu hanya untuk menarik perhatian lelaki-lelaki diluar sana. Mahkota kau hanya satu. Hanya satu untuk dipelihara dengan sebaiknya..! Dirimu bukannya bahan tontotan ramai lelaki untuk penyedap nafsu. Dirimu hanya untuk seorang lelaki..! Seorang lelaki yang bergelar suami..




What's the difference between LIKE and LOVE..?

Well, let's just say, if you LIKE a flower, you PLUCK it.

But when you LOVE that flower, you WATER it..
(Anonymous)


Jika kau kasihkan orang yang kau kasihi,
Ingatkan mereka bila mereka terlupa.
Ingatkan aku, bila aku terlupa..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...