CINTAILAH DIA

Ya Allah Ya Ilahi,
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
Berfikir sebelum bertindak,
Santun dalam berbicara,
Tenang ketika gundah,
Diam ketika emosi melanda,
Bersabar dalam setiap ujian.


Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
Sebijaksana Umar bin Khattab,
Sedermawan Uthman bin Affan,
Sepintar Ali bin Abi Thalib,
Sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid R.A,
Amiin ya Rabbal'alamin..



Kau diuji lagi..?


Bersyukurlah sahabatku kerana kau di antara suara hamba-hamba yang dirindui Ilahi. Tak semua insan merasai apa yang kau sedang rasai. Kau hamba yang terpilih..!


Rasa dicintai.. Dicintai oleh Yang Maha Kaya, Yang Maha Agung dan Yang Maha Mengetahui segala apa yang tidak dapat kau ketahui.. Alhamdulillah, Ya Wahhab.. Berbahagialah wahai sahabatku.. =)



Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan, kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul, kadang-kadang kita minta bahagia tapi hura-hara pula datang. Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tabah.


Hebat kan Allah..?


Apa yang terjadi terselit sebuah hikmah yang tiada siapa dapat duga..

"Teruskanlah untuk sentiasa tersenyum kerana ketahuilah bahawa tiada yang pernah sia-sia di atas muka bumi Ilahi"
(Anonymous)


Kalaulah manusia tahu hadis ini, telah berkata Jibril,

"Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu"


Maka Allah menjawab,

"Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya (doanya)" 

(HRAnas bin Malik)


"Sesiapa sahaja yang suka Allah SWT mengabulkan doanya ketika dalam kesusahan maka hendaklah ia memperbanyakkan doa ketika berada dalam kesenangan"

(HR At-Tirmizi dari Abu Hurairah)

The Beauty of Islam

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...