No 1 : Niat Berpurdah..?
Sebab apa nak berpurdah..? Sebab sunnah..? Sebab suami suruh, jadi nak dapat keredhaan suami dan Allah? Atau sebab trend, tengok semua pakai purdah kita terikut-ikut..? Atau sebab nak perhatian? Atau sebab nak gelaran wanita solehah..?
Tepuk dada, tanya iman, tanya diri sendiri. Kalau niat kita lurus, syukur. Kalau niat salah..? Lebih baik betulkan dulu, sebab bila terpesong niat, apa yang kita buat, orang akan mudah nampak, terutama yang bersih hati dia. Percaya la..
And siapa kata kalau dari awal niat dah lurus tak perlu diperbaharui dari semasa ke semasa..? Kalau boleh, tiap kali nak ikat purdah kat muka, cakap dengan diri sendiri, ini semua untuk teruskan sunnah. Semua ni demi menuntut keredhaan Allah.
Dah lepas etika 1..? Alhamdulillah. Ops, tunggu dulu..! Ada lagi etika lain.
No 2 : Purdah, Perlu ke Istiqamah..?
Sebab tu nak pakai purdah kena faham. Ada sesetengah orang pakai purdah untuk keselamatan. Jadi, kalau dia tak istiqamah pun tak salah. Misalnya kalau dia jalan-jalan dengan keluarga dia, dia yakin tak diancam, tak salah dia bukak.
Kalau istiqamah..? Lagi baik..! Dia rasa kuat jalankan sunnah, apa salahnya.. Yang pasti, Allah takkan kurangkan ganjaran untuk orang yang sentiasa berusaha kan..?
Jadi, tak perlu pertikaikan bila bukak tutup. Tapi, kenalah tahan sikit dengan persepsi masyarakat. Terutama bila pakai sekadar dalam gambar. Maksud saya, pakai saja-saja.. Kalau rasa tak mampu hadap, maka anda dah tersekat dalam etika no 2..
Kalau mampu..? Alhamdulillah..! Jom teruskan..!
No 3 : Bergambar Dengan Purdah, Bagaimana..?
Bagi saya, sebenarnya isu gambar ni antara isu terbesar orang berpurdah. Baik, jom kita ikut etika yang sebenar bergambar dengan purdah ya.
Pertama, digalakkan bergambar ramai-ramai. Elakkan fokus kat seorang pemakai purdah sahaja. Dan kalau boleh, jangan difokus kat muka jugak bila bergambar. Jadi melindungi daripada jadi perhatian.
Kedua, kalau nak bergambar sorang boleh, tapi biarlah tak fokus kat muka, setegasnya tak bertabaruj (Hias lebih-lebih) dan sekurang-kurangnya separuh badan nampak. Dan tak perlu la buat posing comel, posing yang orang awam taknak tengok orang berpurdah buat. Faham kan..? Dan tak perlu bertabaruj (lebih-lebih dalam berhias), sebab niat utama berpurdah ni untuk elakkan diri dipandang, bukannya makin gian dipandang.
Kalau rasa ada gambar-gambar berpurdah yang tak kena dengan etika, eloklah dipadam dan muhasabah diri masing-masing..
Kita dah lepas ketiga-tiga etika..?
No 4 : Pemakaian Berpurdah
First, kita kena faham. Saya bukan cakap pakai purdah semua serba hitam kat Malaysia ni tak boleh, tapi personally saya tak galakkan. Sebab, persepsi masyarakat, penerimaan masyarakat Malaysia berbeza dengan masyarakat Arab.
"Eleh, lantak la diorang punya penerimaan. Yang penting, niat..!"
Salah. Salah sangat. Sebenarnya dengan purdah kita boleh dakwah, dakwah melalui contoh kepada diri sendiri. Bila kita berpurdah dalam keadaan menyenangkan masyarakat, mesti masyarakat akan terima kita seadanya, seterusnya galakan sunnah diteruskan.
Tapi kalau kita takutkan diorang..? Pakai serba hitam, bak kata sedara saya macam 'momok'..? Tau tak dalam diam masyarakat luahkan perasaan yang diorang takut..? Dan ada sesetengah pihak harap Malaysia haramkan purdah demi keselesaan, keselamatan diorang..?
Sikit banyak kita dah susahkan sis-sis kita yang nak ikut tegakkan sunnah. Tak ke naya namanya..? Tak salah pun pakai purdah dengan baju berwarna. Pakai la warna yang lembut, warna yang tak menonjol, warna yang bukan berwarna-warni. Islam itu kan menyenangkan..? Masyarakat tengok pun, sejuk hati.. Tak rasa takut pun nak komunikasi dengan kita.
Purdah tu, tak perlu la bermanik berhias bagai. Pakai jela biasa-biasa punya dan tak aneh-aneh sampai menarik perhatian orang. Cukuplah ada macam-macam style tudung, sekarang purdah pulak..?
Wahai adik-adik, wahai teman-teman yang saya sayang, kalau kita pakai purdah tapi tudung tak lepas bahu, siap ada bonggol, baju menonjol sangat dengan warna-warni, nampak bentuk badan, so, apa point kita sebenarnya berpurdah..? Sekadar nak tunjuk kita berpurdah kat orang awam..?
Purdah tu, tak perlu la bermanik berhias bagai. Pakai jela biasa-biasa punya dan tak aneh-aneh sampai menarik perhatian orang. Cukuplah ada macam-macam style tudung, sekarang purdah pulak..?
No 5 : Kenapa Nak Harapkan Keselamatan Melalui Purdah Kalau Aurat Pun Tak Cukup Sempurna..?
Wahai adik-adik, wahai teman-teman yang saya sayang, kalau kita pakai purdah tapi tudung tak lepas bahu, siap ada bonggol, baju menonjol sangat dengan warna-warni, nampak bentuk badan, so, apa point kita sebenarnya berpurdah..? Sekadar nak tunjuk kita berpurdah kat orang awam..?
Fahami la konsep. Menutup aurat DENGAN SEMPURNA itu WAJIB. Allah SWT sendiri berfirman mengenai tutup aurat dengan sempurna akan dilindungiNya. Berpurdah itu SUNNAH. Ia macam tambahan lepas tutup aurat dengan sempurna.
Kalau tutup aurat dengan sempurna pun tak lepas, macam mana nak selamat dengan berpurdah..? Lain la kalau dah tutup aurat dengan sempurna, tapi rasa lebih selamat dengan berpurdah. Itu barulah betul.
Tolong betulkan niat dan fahami konsep dengan teliti. Islam itu kan halus..
No 6 : Purdah dan Akhlak
Yang ni ramai jugak tanya. Nak berpurdah, tapi takut tak kena dengan perangai. Cuba bagi tau saya sikit, perangai macam mana tu..? Kalau asyik mencarut-carut tu.. Alamak, memang perlu baiki dulu. Kalau ramah, apa salahnya..? Kenapa, semua orang berpurdah kena senyap-senyap je ke..? Kena jadi pendiam gitu..?
Cuba kita tengok si purdah luar negara. Diorang siap berani masuk televisyen, demi tegakkan kebenaran tentang pandangan buruk masyarakat Barat tentang purdah.. Diorang bersuara lantang, tegas.
Kita..? Duduk diam-diam..? Jadi bayang-bayang..?
Oh tidak. Siapa kata jadi si purdah tak boleh aktif..? Lain orang, lain personaliti. Tapi, kita kena tahu had limit kita. Kita sedar kedudukan kita, kita sedar tahap kita, kita sedar batasan kita. Cukuplah dengan segala kesedaran tu, kita buatlah macam orang normal.
Tapi selalunya bila pakai purdah ni kan, automatik kita akan sentiasa jaga adab kita. Percaya la.
No 7 : Pandai-pandai La Cari Suami
Tau tak wujud lelaki yang bila kita kahwin, suami dia tak izinkan dia pakai purdah..? Yup..! Lelaki macam ni wujud kat luar sana. So, salah satu etika aneh yang mana nak istiqamah berpurdah, jangan cakap saya tak ingatkan..! Tanya bakal suami dulu sama ada dia redha atau tidak bila kita mahu pakai purdah selepas kahwin nanti..
Apa pun jawapan bakal suami, semuanya terletak kat tangan kita.
No 8 : Bila Peraturan Tak Izinkan Pakai Purdah
Saya percaya ada segelintir si purdah kat IPTA atau kerja kerajaan yang tak boleh pakai purdah dilema dengan peraturan tu. Kalau orang tanya saya, saya jawab, ikut jela peraturan tu. Bukan bermaksud mengalah. Tapi bagi saya benda macam ni kena ada tolak ansur. Asalkan dia tak kata kakitangan LANGSUNG tak boleh pakai purdah. Tu lagi naya.
Bayangkan, kalau kita tolak ansur, tak pakai purdah time kerja. Pekerja-pekerja lain pun tak boleh cakap apa. Paling kuat pun cakap,
"Eh, dia kat luar pakai purdah tau"
Tapi ayat tu normal la. Bayangkan, kalau kita tetap degil nak pakai. Bos bagi surat amaran, pekerja-pekerja pun ngomel,
"Dia ni tak faham bahasa ke..? Purdah tu bukan wajib pun, sibuk nak pakai"
Kemudian si purdah dilabel 'Si Degil'. And kalau ramai si purdah buat macam ni, maybe pihak atasan akan mula tapis untuk ambik si purdah sebagai pekerja. Tak ke naya semua orang..? Dan bagi saya kalau nak pakai jugak, buatlah surat pengecualian. Guna jalan baik. Jangan memberontak, ikut kepala kita sendiri.
Contoh lain waktu security check kat airport. Kita perlu tolerate dengan sistem keselamatan. Alasan ini dah cukup munasabah. Cadangannya, cuba mintak untuk disediakan security guard perempuan.
Saya rasa, ni jela yang saya nak kupas harini. Mudah-mudahan bermanfaat, mudah-mudahan si purdah dan bakal si purdah faham betul-betul tentang etika purdah ni.
Tolong kaji dan fahami sepenuh hati tentang purdah. Lepas tu nak pakai, pakai la. Biar kita pakai dengan ilmu penuh di dada. Bila orang tanya nanti, takde la tersedak, terkilan. Jangan jadi nila setitik yang merosakkan susu sebelanga.
Kerana seorang si purdah yang cacat cela berpurdah tanpa ilmu, masyarakat hukum semua si purdah yang ada depan mata. Pegang erat-erat pernyataan ni,
"Bidadari dunia tidak memandang dan tidak dipandang"
18 comments:
sbb tu perlu sngt tuntut ilmu klu nk berpurdah,sbb Malaysia ramai yg guna mazhab syafie..sbb klise kt tang suami.org bnyak pandang remeh tang tu.kembali kpd si pemakai. y penting jgn talfiq atau taklid.sebelum pkai dia kena pegang suatu hukum.klu pkai qaul muktamad mazhab syafie wajib pkai sbb muka adalah aurat,tangan aurat wajib pkai sarung tangan.klu buka tnpa uzur haram..sbb tu aurat ikut mazhab syafie(in case klu suami larang pkai).klise kt tang kewajpn taat suami,kewajipan tutup aurat...klu soal pegang ijtihad ijmak,harus pkai sbb muka bkn aurat.tp klu suami larang kena taat...mcm serabut je nk explain.hihi.tp kak UM bgi point sini keyword Memegang hukum purdah.dpt ilmu bab tu bru boleh lepas bb taat suami..dn bab muka aurat.(sepupu ada,tkble buka purdah).
@Mas Wan betoi tu kak.. setuu sangat ape yang kak cakapkan tu.. Sy pon pegang hukum wajib kalau diminta buka oleh suami ke misalannye, saye pegang hukum sunat muaakad.. Samela, pade sepupu tak bukak.. Menelma cume nak mkn je.. Lain2 duduk dalam bilik je..
assalamualaikum sis.. saya nak tanya kalau berpurdah ketika berniaga? contoh berniaga di pasar malam atau bazar atau restauran. espclly berniaga makanan.. apa pendapat sis ye? harap blh mbantu... tq..
@Norazira Mohamad Othman Waalaikumussalam.. Bagi saya, tu tidak menjadi masalah. Mungkin dia niqabi tu telah istiqomah memakai niqab. Jadi, adalah baik jika teruskan memakai memandangkan berniqab adalah sunnah..
lagipun, dapat menarik org untuk memakai mnutup aurat dgn lebih sempurna. Orang boleh tahu, bahawa niqab ni tak mnjadi masalah utk lakukan aktiviti seharian. Malah memudahkan.
Cuma, masyarakat yg dtg membeli (pelanggan) mungkin ade segelintir yg kurang ade kefahaman tntg niqab, tujuan memakai, dan asal usulnye serta hukumnya.
jadi, sebagai seorang mukmin, pabila ade yg kurang suke dgn pnampilan kite ketika berniaga, senyum sahaja, tenang dan bersangka baik. anggap mereka masih dalam mengenal agama.. :)
wallahualam (:
Salam ukhti..saya teringin nak berpurdah. Dah 2 tahun tanam impian tp masih x terlaksana. Takut x istiqamah. Takut x ikhlas..Allahu, mcm mna ya ukhti?
Salam ukhti..saya teringin nak berpurdah. Dah 2 tahun tanam impian tp masih x terlaksana. Takut x istiqamah. Takut x ikhlas..Allahu, mcm mna ya ukhti?
Mksdnya dh tersekat pada etika no.2
@Fuza Maksudnya, jika kata-kata orang yang kita pertimbangkan, memang takkan ke mana-mana niat kita..
@Unknown Waalaikumussalam.. Bilaada niat dan telah bersedia untuk melangkah ke langkah seterusnya, maka teruskan.. Dan pada masa yang sama kita mula belajar tentang adab-adabnya, cara pemakaiannya dan yang berkaitan dengannya.. InsyaaAllah, Allah akan bantu memudahkan niat kita.. :)
assalamualaikum akak kalau kita da bepurdah dan da beristiqomah takpe ke kalau kita bukak depan sepupu kita atau saudara yang terdekat kita sebab muka kan bukan aurat..?
Assalamualaikum...nk tanya boleh ke,bniqab utk menuntup kesalahan yg lampau dan utk terus istiqomah juga elak dr fitnah dr rakan2
Assalamualaikum kak,mcm mne pulak kalau perempuan berpurdah tpi die suke konvoi campur laki dan perempuan beramai-ramai
Assalamualaikum. Saya berpurdah. Baru setahun. Tapi bila saya dengan keluarga, termasuk sepupu sepapat dan makcik pakcik, saya buka. Saya memegang pendapat yang mana selagi dengan mereka yang rapat dan saya rasa selamat, tak mengapa untuk saya buka. Sama juga macam dikedai makan, jika ayah saya ada, saya akan buka untuk makan macam biasa dan kemudian pakai semula. Takde masalah sebenarnya kan?
Assalamualaikum, terima kasih atas ilmunya,saya niqabi baru setahun jagung, doakan saya istiqamah ya..;)
assalammualaikum, saya nak tanya kalau saya niat nak berpurdah,tapi saya budak sekolah menengah lagi dan mestilah kebanyakan sekolah biasa tak bagi pakai purdah kan. jadi, boleh tak saya gantikan purdah dengan mask? salah satunya sebab covid. maksud saya pakai mask ni macam practice dulu ��
Terima kasih kak baru nk bermula doakan saya terus istiqamah
asalamualaikum,saya ingin bertanya? saya sudah istiqomah berpurdah!! dan kalau saya bukak tetiba adakah hukumnya haram
Kenapa perlu dibuka? Saya berpegang yang berniqab hukumnya wajib kerana dunia sekarang penuh dengan fitnah. Dan saya harap yang dah istiqamah akan terus memperbaiki cara berpakaian dengan hanya memakai warna hitam atau gelap sahaja, memakai niqab dengan menutup dahi juga kening dan kalau boleh jangan terlalu menunjukkan ruang mata yg banyak, cukuplah hanya sekadar untuk membantu kita nampak jalan, kalau tiada keperluan seperti berada dalam kenderaan turunkan juga penutup dahi supaya dapat menutup matanya atau gunakan cermin mata hitam yang bukan untuk bergaya. Mata juga dapat menarik perhatian lelaki ajnabi. Jangan lupa untuk sempurnakan dengan memakai sarung tangan penuh kerana jari jemari juga ialah aurat yang dapat menarik perhatian. Sesungguhnya seluruh badan wanita itu ialah aurat, tiada yang terkecuali.