Penuhi Perkara Wajib
"Adakah aku dah penuhi yang wajib..?"
Jika, tudung pun masih singkat, lengan nampak, pakaian ketat, jarang pulak lagi, maka TANGGUHKAN niat nak berniqab tadi tu.. Saya tak cakap BATALKAN niat eh.. Saya cakap, TANGGUHKAN niat berniqab tadi tu.. Saya bukan nak larang atau bangkang.. Tapi, adalah baik jika kita tunaikan dulu yang wajib dan istiqomah, dan lepas tu baru buat yang sunnah..
Ingat ye.. Niqab ni pakaian sunnah para isteri Rasulullah SAW.. Jadi, sangat-sangat perlu dan wajib dipelihara.. Jangan jadikan pakaian sunnah ini sebagai fitnah.. Saya suka lihat isu semasa.. Bukan mencari kesalahan orang lain ye.. Cuma nak ajak masing-masing agar dapat memperbaiki diri bersama.. Kadang-kadang ada yang complain mengatakan ada muntanaqibah (Insan berniqab A.K.A niqabi) ni tutup muka tapi, lengan nampak, dada nampak, pakaian ketat, jarang, akhlak tak jaga.. Jadi, sedikit sebanyak si fulan tu tadi, dah mendatangkan fitnah buat para niqabi yang lain.. Kerana nila setitik rosak susu seperigi..
Jika, perkara yang wajib pun masih TAK MAMPU nak pelihara, macam mana nak pelihara pakaian atau perkara sunnah..? Jadi, peliharalah diri dengan penuhkan yang wajib dan lepas tu buat la yang sunnah..
Niat
Yang kedua, NIAT.. Tengok niat balik.. Adakah nak pakai niqab ni sebab trend, fashion, nak dapat pujian, bajet alim dan warak, tuntutan atau pun IKUT-IKUTAN..? Kalau kerana trend, fashion, ikut-ikutan, saya nasihatkan kita TAJDID niat kita tu.. Nanti tak pasal-pasal ramai yang tak tahu hukum berniqab ni, main ikut pakai je.. Yela, kalau kerana ikut-ikutan trend dan fashion, nak dapatkan pujian, bajet alim, semestinya ramai yang akan ikut nanti untuk pakai jika niatnya begitu.. Sedangkan tidak tahu asal usul dan tujuan berniqab yang sebenarnya.. Cukuplah, situasi 1 tadi dah mendatangkan fitnah buat para muntanaqibah, ni kita pula nak tambahkan lagi fitnah-fitnah tu..? Cukup-cukuplah.. Dah mampu nak jawab depan Allah nanti..? Fikir-fikirkanlah..
Saya bukan perlekehkan, tapi, kerana perbuatan begitulah nanti, orang lain yang tak bersalah turut mendapat cacian, hinaan.. Tapi, diorang tak salah.. Yang salah adalah kita yang buat perkara tu.. Tak kasihan ke..? Kita bukan sahaja menyebabkan orang lain dicaci-maki, dek kerana sifat kita tu, tapi juga dah menyebabkan orang ramai mengutuk pakaian dan sunnah ni..
Sumber WeHeartIt
Kalau kerana tuntutan, maka teruskanlah.. Kalau niat kita lain dari atas tu, maka tajdid lah niat tu balik.. Ada setengah kes, dia hanya berniqab di tempat-tempat tertentu, tempat yang ramai orang, atas sebab nak jaga keselamatan dan diri.. Itu tak menjadi masalah.. Kerana hikmah pemakaian niqab ni, pun, sebab nak jaga keselamatan salah satunya.. Maka teruskanlah.. Saya percaya, jika sekali dah pakai, lama-lama nanti, mesti rasa nak teruskan pakai.. Istiqomah.. InsyaAllah..
Cari Ilmu
"Kenapa awak berpurdah eh..?"
Haaa, mulalah tu.. Tercengang-cengang.. Tak tau nak jawab apa.. Sekurang-kurangnya, carilah ilmu tentang asal usul niqab ni, kenapa dan apa tujuan niqab ni.. Dalam sirah, sapa yang berniqab. Sapa para isteri Rasulullah SAW yang berniqab.. At least, cari tahu la point-point tu..
Lepas tu, cari la hukum berniqab.. Bertanyalah pada yang faqih.. Biasalah, manusia ni suka judge orang dari pakaian.. Dan kebanyakannya akan fikir si niqabi dan si serban ni jenis yang banyak ilmu dan warak.. Padahal tak pun.. Biasa-biasa je.. -,-' Bukan lah saya memaksudkan menyuruh kita fikirkan pandangan manusia, tak.. TIDAK sama sekali.. Tapi, supaya kita tak meninggalkan si penanya dalam keadaan tanda tanya.. Bila kita ada ilmu, kita dapat berdakwah.. Mungkin dalam kita sedang menjawab soalan-soalan dia tu, dapat mengubah dia ke.. Dapat mengajak si mad'u berniqab ke.. Haa, mana tau kan.. Kemungkinan tu ada.. Kalau boleh, ingat dan hafal la serta pahamkan sekali dalil-dalil pasal niqab..
Adab Sopan dan Akhlak
Mereka pun insan biasa.. Bukan malaikat yang tiada dosa.. Kadang-kadang, yang buat perkara tu sorang dua je.. Tapi, manusia ni menghukum seolah-olah semua pun same je.. Biasa la manusia, memang suka menilai.. Kebanyakan dai'e sekalipun, ramai yang dah jadi penghukum.. Dah ambil tugas Tuhan.. Mulut manusia, sampai bila pun kita tak boleh nak tutup.. Nak kawal pon tak boleh.. Dia akan senyap kalau dah ditarik nyawa atau selepas ditarik nikmat je.. Tapi, dari penilaian-penilanian yang diberikan oleh orang sekeliling, jangan la pulak para muntanaqibah ni tolak hundred percent.. Kadang-kadang apa yang orang sekeliling cakap tu betul.. Ada ibrah dan pengajaran yang kita sendiri boleh ambil.. Hatta, orang yang nasihatkan kita tu free hair sekali pun, selagi baik, ambillah.. Tak rugi.. Selagi ada manfaat, ambil, kutiplah.. Bukan untuk orang lain, tapi diri sendiri..
Perbaharui Niat
Cukuplah entri untuk kali ni.. Nanti sambung lagi.. InsyaAllah.. Kalau ada salah silap, terlajak kata, saya minta maaf.. Dan kalau ada apa-apa yang nak ditambah, tulislah di ruangan komen di bawah ni, okay..
91 comments:
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
Allah..Allah..Sgt2 bguna bg sy utk kongsikn dgn kluarga dan kwn2 y bru nk bniqab atau y sudah bniqab.sgt bguna.
Mohon shre
assalamualaikum akak , nak tanya , saya niyh nak pakai niqab , tapi mak saya ta bagi :'( saya betul betul nak pakai kak , tapi disebabkan mak saya , saya redha je la :'( so macam mana , saya patut ikut cakap mak sy ke cana ? :/
@huss sain waalaikumussalam.. silakan. alhamdulillah
@Nur Jamaliah waalaikumussalam.. :) alhamdulilah bile dah ada niat tu merupakan salah satu hidayah Allah buat adik.. ok, begini, niqab / purdah tu sunat. dengar ckp ibu bapa tu wajib, jd utamakan yg wajib..
anggap ketidakadaan izin ibu bapa tu sebagai satu cabaran untuk ubah diri. mak tak bg bkn sengaja. tp mungkin dia nk kite perbaiki diri kite. jd, kite buktikan. kite cube tunjukkan akhlak yg baik, tolong mak, keluar rumah salam peluk cium mak. nanti mak terfikir , 'dah berubah anak aku ni..' insyaaAllah lama2 lembutla hati mak tu..
Allah pegang hati manusia. doa byk2.. :)
Assalam cik puan. Saya ingin berniqab. Suami pun mengizinkan. Soalnya, saya masih tak confident... saya risau kalau ada suara sumbang yang mengata tentang saya. Saya ada baca entry cik puan tentang pengalaman cik puan mula2 berniqab. Saya juga orang yang biasa2. Ilmu agama pun masih banyak yang kurang. Sekadar yang wajib saja.
Saya ada membeli 1 niqab untuk dipakai dalam bilik. Sebab saya nak biasakan diri dengan niqab tu. Tapi saya tak pernah lagi pakai di luar :(
Saya perlukan nasihat dan pandangan dari Cik puan. Harap sudi...
@Nordiyana Jamal Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan Puan.. :) Suami tah menghalang.. Begini, mind set kan diri, 'sendiri berani buat, sendiri berani tanggung'..
Usah pedulikan suara2 sumbang yang mengata kita.. Yang penting kite utamakan pandangan Allah.. Manusia mulut dia memang tak boleh nak berhenti.. Buat baik dia tetap mengata kita, buat jahat lagi lah dia mengata.. Pokok pangkal dari awal hingga akhir memang mulut manusia ni tak mampu kita nak elak dari mengata kita.. Huhuhu..
bagi saya, bile orang mengata kite yg buruk2 pasal kite, contoh seperti, 'eh, dia tu berniqab tp, mulut mengata orang tu, mengutuk mengumpat irang ni..' solusinya, kita ambil komen negatif tu dan tukar kepada yang positif.. Jika memang betul kite berniqab tp mengata orang lain, kite ubah sikap kite tu.. Kita ambil kata2 si fulan yg mengata kite tu, dan berubah serta berhijrah ke arah yg lebih baik dan positif..
semua orang ada salah dan silap.. saya, awak, dan semua orang la ada dosa.. :) kadang2, walau seseorg tu nasihat kite, tapi dia tak lah baik mana, tp kalau ianya nasihat, kita wajib dengar.. walaupun si fulan tu sekadar cakap tak serupa bikin.. tu mungkin cara Allah nak tegur kite.. Tak kisah la dari pengantara melalui siapa..
contoh situasi, 'sy ni jahat la.. suke kutuk maki org.. tetibe sy kutuk awak.. contoh la eh.. hihi..' awk anggap yg diri saya yg buruk tu, adalah diri kite yang dulu.. anggap, diri kite yg dulu yang ngajar kite supaya jd org yg baru.. :)
maksudnya, dari sudut baiknya, Allah nak bg kite rasa cemana perasaan org lain, bila kite buat jahat pd org.. :)
Harap membantu..
Kalau nak mudah, boleh contact sy di gmail : ctkhadijah.10@gmail.com atau pun wechat saya, Khadijah_Halil :)
Asalammualaikum....
Subhanaallah perkongsian yang baik sekali.terima kasih.
@Norliza Osman Wa'alaikumussalam.. Alhamdulillah.. Harap bermanfaat.. Sama-sama :)
assalammualaikum..cik siti...saya ade bace entry cik mengenai berpurdah@niqab..niat dihati mmg ade..cuma xtahu nk mulakan mcm mana..sy ade nk add cik di wechat..siti khadijah halil..region united stade ker?senangg skit sy nk tyasal berniqab..we chat sy anna hajjar...hope cik siti dpt reply
assalammualaikum..cik siti...saya ade bace entry cik mengenai berpurdah@niqab..niat dihati mmg ade..cuma xtahu nk mulakan mcm mana..sy ade nk add cik di wechat..siti khadijah halil..region united stade ker?senangg skit sy nk tyasal berniqab..we chat sy anna hajjar...hope cik siti dpt reply
assalamualaikum awak :)
allahumma soli a'la sayyidina muhammad. sy mnta izin copy psal entri awak yg bkaitan dngn nqabi :)
@anna hajjar ye.. Khadijah_Halil .. region US tu saya.. :) awak add saya di sana.. insyaaAllah lg mudah untuk sy jawab yg termampu pertanyaan2 awk.. insyaaAllah.. :)
@Anonymous Waalaikumussalam wbt.. tafaddholi.. :)
Assalamualaikum akq siti .. Ainaa ad bce entry akq pasal niqabi nie .. Niat di aty ainaa memang nk pkai niqabi ibu ainaa first2 memang izinkn tpy lepas to ibu ainaa ckp x payah pkai sbb takut nty x boley nk bwak diri and ibu ckp x sesuai.. Yea Ainaa sedar ainaa tlmpau bnyk kurang pengetahuan dlm bab agama .. Ainaa sedey dgn diri ainaa .. Masih bnyk yg perlu diperbaiki .. Alhamdulillah stakat nie solat 5 waktu masih terjage .. Tpy ainaa skrng da lnsng x pndai bce quran dri sblm2 nie .. Ainaa bnyk dihantui perbuatan silam ainaa .. Ainaa seolah ase tidak layak untk beniqab .. Akq tlong ainaa .. ;( .. Ainaa betul2 dilema ..
Assalamu alaykum ukhti... izinkan ana add enti di wassap atau sumber laen... ana ingin berkongsi sesuatu dgn enti.. ana dlm dilema sedikit... tp inshaAllah... mnta respons ye ukhti... syukran
Waalaikumussalam wbt..
Boleh email sy tak? Nanti lepas email saya berikan nombor WA.. ctkhadijah.10@gmail.com
Sudah email ye ukhti.. syuktan...
Assalam Ukhti..alhamdulillah..Allah temukan sy dengan blog ini..
Terima kasih atas panduan..subhanAllah..perasaan ingin berniqab tu memang kuat..
Cuma sy rasa betul..yg wajib dijaga itu perlu konsisten dahulu..
Doakan saya istiqamah ukhti..
@Keynote Sakinah Wa'alaikumussalam.. Sama2.. Alhamdulillah.. Moga diteruskan perjuangannya, insyaaAllah.. TabarakAllah.. InsyaaAllah.. Semoga istiqomah.. :)
Assalammualaikum.
Akak blh x sya mta nsht tips.
Nk bniqab .
In shaa Allah sya dlm proses bniqab.
Now sya prlu kan nsht dri akak
Ntuk lbh yakin trus mlangkah ke arah bniqab.
@Uyui Nuyui wa'alaikumussalam.. insyaaAllah boleh.. ukhti ada WeChat..? Jika ada dan jika tak keberatan, boleh add saya di WeChat.. ID nya, Khadijah_Halil ..
insyaaAllah lebih mudah untuk kita berborak dan bersoal jawab.. insyaaAllah..
@Aniz Wilcha Saya tak tahu kenapa komen awak boleh hilang dari sini.. Tak pasti, awak mendeletenya atau blog yang masalah.. Nombor saya +60195016004
Assalamualaikum
sya nk tnya ni skang sya ada pkai niqab sbb sya sekolh tahfiz
dn selepas sya keluar dri tahfiz sya nk kna msuk skolh menengah untuk amik spm
dn ap yg sya perlu bwat untuk istiqamah niqab sya1
@Rohana Mamat Wa'alaikumussalam.. Alhamdulillah.. Kalau sekolah swasta insyaaAllah boleh minta pengeculian untuk berniqab.. Jika, undang-undang tidak mengizinkan, tak ape buka.. Pakai ketika di luar sekolah.. :)
Cuma, sayang sgt nak buka kalau dah istiqomah.. ^_^
Assalamualaikum. Saya nak tanya kalau kite bernazar utk berniqab boleh x?
@Kecil berlayar Wa'alaikumussalam wbt..
Selagi apa yang dinazarkan itu adalah yang kita mampu untuk tunaikan dan jika apa yang dinazarkan itu adalah perkara yanh baik, boleh aje bernazar.. :)
Terima kasih di atas pandangan yg di beri.. saye nk bernazar sekiranya mengandung, nk pakai niqab.
@Kecil berlayarSama2.. InsyaaAllah.. Semoga Allah permudahkan urusan dan makbulkan doa ukhti.. Aamiin.. :)
Terima kasih ya saudari.. :)
@Kecil berlayarSama2.. :)
Assalamualaikum sy sdg mencari kwn2 yg boleh membantu sy utk mengubah penampilan dpt berniqab kerana hati sy nak menuju kearsh ini. Tp masih ada yg perlu sy berlajar bg sy benar2 bersedia agar tidak d katakan indah khabar dr rupa perangai x ubah. Bolehh sy dptkan hubingi cik secara peribadi. T.kasih.
@roslinah tukiranWaalaikumussalam.. Boleh apa salahnya, insyaaAllah.. Buat masa sekarang ini, saya cuma ada WeChat dan email sahaja..
Jika tak keberatan, boleh add saya di WeChat ID : Khadijah_Halil
Assalamualaikum...
Niat utk bniqab sudah ad cuma dlm hati msh ad 50-50..apa perlu sy buat utk tetapkn hati...sy pasti suami tiada halangan...
@UnknownWaalaikumussalam.. InsyaaAllah.. Niat yang baik insyaaAllah, Allah akan permudahkan.. Semoga Allah permudahkan urusan ukhti.. :)
Assalamualaikum. Sy da baca & sgt bermanfaat. Sy baru mula berniqab, alhamdulillah d izin oleh suami. Ibu sy pn sudah tahu cuma sy bila dgn fmly sendiri jadi segan nk berniqab. Tapi bila dgn suami & fmly mertua sy selesa. Cmna ya nk atasi perasaan tu? Mohon penjelasan
Assalamualaikum. Sy da baca & sgt bermanfaat. Sy baru mula berniqab, alhamdulillah d izin oleh suami. Ibu sy pn sudah tahu cuma sy bila dgn fmly sendiri jadi segan nk berniqab. Tapi bila dgn suami & fmly mertua sy selesa. Cmna ya nk atasi perasaan tu? Mohon penjelasan
@bell mazlamWaalinta support dan pandangan dari suami keran suami adalah tulang belakang kepada diri kita.. InsyaaAllah rasa waswas tu akan hilang.. :)
assalamualaikum ukhty . saya nak mintak pendapat . macamana untuk kita terus kuat untuk berniqab ya ? perasaan ragu-ragu ni hadir bilamana saya dipaksa untuk cabut niqab di dalam kawasan kampus dan apabila di luar kampus saya malu untuk pakai kerana gerak kerja dengan muslimin yg dah tau muka saya dalam kampus . tapi bila pulang ke kampung, saya akan pakai niqab . bila macamni , saya rasa tak berapa senang . macamana ya nak ubati jiwa saya dalam dilema ni ? :'(
@nur maulhayati Waalaikumussalam wbt.. Sayya ernah rasa apa yg sis rasa.. Bila dah mula belajar pakai, tetapi tiba-tiba diminta untuk buka kerana undang-undang dalam kampus, rasa sedih..
Lepas tu, rasa tak yakin dengan segala kerja yang kita nak buat terutama sekali jika melibatkan interaksi 2 jantina..
Waktu saya alami perkara ni, saya buka saja macam biasa.. Tapi, dalam hati saya seolah-olah berkeras dan benci perbuatan membuka niqab tu.. Kadang-kadang, ada waktunya, kita perlu memudahkan situasi dengan ikut undang-undang setempat yg telah ditetapkan selagi mana, ianya tidak bercanggah dengan syara'..
Mungkin sis boleh cuba bertanya dan minta izin dari Dean fakulti.. Mungkin ada sisi lembutnya, memberi izin sis untuk memakai di dalam fakulti.. :)
Semoga Allah permudahkan urusan sis.. InsyaaAllah..
@siti khadijah halil Assalamualaikum, ukhti, saya dah lama berniat untuk pakai niqab, boleh dikatakan sejak habis tingkatan 5 lagi tapi sebab parents tak izinkan saya lupakan niat saya utk pakai niqab tu dlu. Tapi baru-baru ni perasaan utk pakai niqab tu menghantui saya kembali sampai termimpi-mimpi sdgkan dh 2 tahun sy lupakan hasrat utk pakai niqab ni. Bila saya suarakan kembali parents saya tetap bg jawapan yg sama "Bila dh kawen klau suami izinkan, pakailah". Apa pendapat ukhti? Adakah saya perlu melupakan kembali niat ni sehingga saya berkahwin nnti.
@najihah aziz Waalaikumussalam wbt.. Alhamdulillah, ukhti terdetik untuk berniqab.. :)Berbalik pada topik asal, kita perlu semak semula hukum berniqab..
Hukum berniqab pada asalnya adalah harus.. Tetapi, selepas menemui dalil-dalil yang mengatakan ia wajib dan sunat, maka hukum berniqab menjadi 3 iaitu, wajib, harus dan sunat..
Macam saya, saya masih berpegang dengan hukuum sunat Jadi, kita bandingkan hukum berniqab dengan hukum mendengar kata-kata / nasihat ibu dan bapa.. Kalau kita perhatikan betul-betul, hukum berniqab adalah sunat (isu khilaf) manakala mendengar cakap inbu bapa itu adalah wajib..
Jadi, adalah baik jika kita tumpuan pada yang lebih awla (utama). Jadi, utamakan yg wajib dari yang sunat / harus wallahualam..
Assalamualaikum.. saya ingin bertanya.. hati saya ini terdetik untuk berniqab.. tetapi saya dah x sekolah.. jadi rasa ragu2 kerana kebanyakan kengkawan saya semua nya ada bnyk ilmu nk dibandingkan dengan saya..mohon pandangan dari ukthi mcm mana nk hilangkan rasa ragu2 itu.. terima kasih
@Unknown Waalaikumussalam.. Perasaan ragu-ragu atau was-was tu semuanya dari syaitan.. Carilah keyakinan dari solat.. InsyaaAllah..
Kita bila dah ada niat yang baik untuk berubah ke arah yang lebih baik, kita kena mulakan dengan tindakan kita sekarang.. Kita tak boleh nak tunggu perfect semuanya baru nak berubah.. Sebab dalam dunia ni, nobody is perfect..
Jika kita penuh dengan kekurangan, kita seiringkanlah dengan usaha kita.. Kita berniab sambil mencari ilmu.. Bukan tunggu berilmu baru beramal.. Sebab ilmu ni takkan pernah habis dituntut..
Wallahualam.. :)
assalamualaikum kak...sy nk tnye..sy ade niat nk brniqab tp sy nk tau,klu dh pkai prdah,nti dgn fmly sblah mrtua mcm mne...sbb sy dh brsuami...klu dduk rmah mrtua yg ade ipar skli tu,prlu ke brpurdah jgk??hrap akk sudi jwab..��
assalamualaikum kak...sy nk tnye..sy ade niat nk brniqab tp sy nk tau,klu dh pkai prdah,nti dgn fmly sblah mrtua mcm mne...sbb sy dh brsuami...klu dduk rmah mrtua yg ade ipar skli tu,prlu ke brpurdah jgk??hrap akk sudi jwab..��
Assalamualaikum sis.
Nak tnya kalau ada hadis atau apa2 bukti yang menyatakan isteri2 Nab s.a.w dan keluarganya berniqab.. mohon ada penjelasannya..jazakillah
Assalamualaikum sis .. Saya nak minta pendapat.... Sebelum ini saya ada niat nak berniqab... Tapi saya tangguhkan sebab hati rasa berat... Sebab saya terfikir layak ke saya untuk berniqab.. Saya manusia biasa yang selalu lalai n banyak dosa salah silap... Jadi saya tangguhkan.. Saya mulakan dengan pakaian saya.. Saya mula pakai tudung.. Memang liat tapi kena gak paksa diri nie... Lama2 saya rasa selesa... Alhamdulillah.. Bila sudah bernikah,suami selalu ingatkan solat dan cara pakaian.. Dari situ saya mulakan dengan memakai tudung labuh sikit je la pakai stocking Dan baju longgar.. Mula itu serius memang tak selesa n panas.. Tapi suami says sabar nanti biasa la... Perlahan2.... Alhamdulillah saya dah mula biasa.. One day, saya tengok TV.. Cerita tentang agama n kematian .... Demi Allah, masa tu saya rasa jiwa kosong tertiba je... Hati saya terus berkata.. Allah... Banyak nya dosa Ku.. Macam mana aku mati nanti.. Tertibnya perasan takut itu muncul.. Jantung saya laju.. Bibir saya mgigil.. Dan air mata saya terus mgalir.. Sejak itu hati saya x tenang.. Mencari apa yang saya inginkan .. Keesokan hari nya.. Saya tengok TV cerita tentang mekup n niqab... Perasan jadi minat semula itu muncul... Saya terus Google mencari tentang niqab..purdah..aurat.. Saya cuba try memakai niqab.. Bila saya berdiri di depan cermin.. Tertibe air mata saya mengalir sendiri....Bibir saya mgigil dan jantung saya laju.. Dengan tibanya keluar perkataan ALLAH... Terus saya cari suami and cerita pada nya apa yang saya lalui.. Suami hanya senyum dan cakap alhamdulillah.. Saya tanya pada suami layak ke saya memakai niqab.. Suami pun berkata.. InsyaaAllah.. Terus saya jadi minat.. Saya pun berkata.. " lepas ini tegur saya kalau liat nk solat " suami pun jawab.. " dah tegur.. Tapi kalau tegur banyak kali mengajuk Pulak" hee.. Saya pun says.. InsyaaAllah.. saya minta izin pada suami.. And dia izinkan tetapi.. Suami saya ada bagi nasihat..." Untuk berniqab hati kena kuat.. Tabah dan sabar.. Macam ini la.. Disebabkan awak dah mula minat.. Pertama Sekali kita buat.. Benda wajib... Memperbetulkan solat kita.. Kita belajar sesama mengaji.. Cari ilmu.. Saya dan awak sesama belajar... Kita buat perlahan2.. Macam kita menabung... Nanti kita cari tudung labuh bagi selesa betol2.. Bila dah sampai waktunya, baru berniqab... *** maaf panjang Pulak cerita saya.. Saya berkongsi saja.. Dan kalau boleh sis kongsi la pada saya jugak.. Kongsi nasihat,pendapat,dan ilmu.. *** agar saya bole jadikan ia satu kekuatan untuk saya mulakan kehidupan yang baru... Amin .. Sekian
@Suhailah Malek Waalaikumussalam.. Allahu..! Alhamdulillah.. Teruskan memakai niqab.. InsyaaAllah, dengan asbab niqab ini, hati dan perbuatan kita akan terpelihara..
Kalau ada WeChat, add saya di Khadijah_Halil .. Di sini, saya selalu share ilmu saya yang tak seberapa..
@Rizrozita Riz Waalaikumussalam.. Maaf atas kelewatan membalas komen.. Saya baru perasan akan kewujudan komen ini..
Perlu diingatkan bahawa niqab ini ada beberapa hukum iaitu sunat, harus dan wajib.. Jika kita memegang pada hukum sunat dan harus, tak menjadi masalah jika membukanya apabila berada di dalam rumah meskipun di dalam tersebut terdapat ipar duai (bukan mahram)
Wallahualam..
@Anonymous Waalaikumussalam..
“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min : “Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Ahzab : 59)
Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, “Allah memerintahkan kepada isteri-isteri kaum mukminin, jika mereka keluar rumah kerana suatu keperluan, hendaklah mereka menutupi wajah mereka dengan jilbab dari kepala mereka. Mereka dapat menampakkan satu mata saja.” (Syeikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan bahawa perawi riwayat ini dari Ibnu Abbas adalah Ali bin Abi Thalhah yang tidak mendengar dari ibnu Abbas. Lihat Jami’ Ahkamin Nisa IV/513)
Qatadah berkata tentang firman Allah ini (QS. Al Ahzab : 59), “Allah memerintahkan para wanita, jika mereka keluar (rumah) agar menutupi alis mereka, sehingga mereka mudah dikenali dan tidak diganggu.” (Riwayat Ibnu Jarir, dihasankan oleh Syrikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami’ Ahkamin Nisa IV/514)
Diriwayatkan Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, “Wanita itu melabuhkan jilbabnya ke wajahnya, tetapi tidak menutupinya.” (Riwayat Abu Dawud, Syeikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan : Hasan Shahih. Lihat Jami’ Ahkamin Nisa IV/514)
ASSALAMUALAIKUM SIS , SAYA INGIN BERTANYA . SAYA MEMANG BERNIAT UNTUK BERNIQAB CUMA SAYA TINGGAL BERSAMA KAKAK DAN SUAMINYA . ADAKAH DIRUMAH JUGA SAYA PERLU BERNIQAB KERANA ADANYA ABANG IPAR SAYA ?
@Anonymous Waalaikumussalam.. Bergantung pada hukum yang kita pegang.. Jika sekadar memegang pada hukum harus dan sunat, maka boleh membukanya..
Jika berpegang pada hukum wajib, wajib memakainya meskipun ketika berada di dalam rumah dan ketika bersama ahli keluarga yang bukan mahram seperti sepupu atau ipar duai..
Assalam saya nk brtanya , once kita dah pakai purdah , kalau one day kita tak pakai adakah itu satu kesalahan ? sbb purdah tu kan sunnah , n lagi 1 kalau seseoran tu dia just pakai niqab kat tmpat tertentu shj mcm mana ya ?
@Haura Humayra Waalaikumussalam.. Tiada masalah jika ingin membuka niqab.. Ia tidakmenjadi kesalahan langsung.. Hukum berniqab itu sendiri ada 3 yakni wajib, harus dan sunnah.. Selain dari wajib, tiada masalah untuk membukanya dan tiada masalah juga jika ingin memakai niqab di tempat-tempat tertentu.. Ada yang berniqab kerana asbab keselamatan.. Jadi, dia hanya memakai niqab apabila dia rasa dirinya tidak selamat..
assalammualaikum sy nk bertnya niat sy sngt2 nk berniqab@berpurdah tp bgaimna harus sy mulakan . dari segi dlm rumah atau luar rumah sprti menjemur kain waktu yg sedemikian. mohon pencerahan
Assalammualaikum, saya pun ade pasang niat utk berniqab. Tapi parents and abg kakak saya semua mcm tidak setuju dan kata masih belum sesuai. Umur berapa yg agak² sesuai utk berniqab? Btw, entry akak sgt bagus dan betul² mendorong saya supaya lebih menjaga ikhtilat sebagai seorang remaja muslimah. Saya pun da mula beli tudung sekolah yg bidang 60 n beli penutup dagu. Saya juga berniat nk mendalami ilmu Al-Quran. In Sya Allah, niat utk berniqab akan diteruskan sampai bila². Akak tolong jwbkan soalan saya ye kak. Mohon pencerahan.😊
Ikut ckp mak..niqab tu sunnah sahaja..dgr ckp mak wajib
Assalamualaikum kak baru baru ini slepas sy solat tiba tuba terdetik dlm hati ingin berniqab tpi saya bukan lah seorang muslimah yg menutup aurat dgn smpurna dlm masa yg samaa sy cubaa utnk berubah dgn cuba mendalami dan memperbaiki solat dan agama tapi perasaan ingin berniqab sgt kuat smpai asyik terfikir benda itu shaja so apa patut sy buat dlm usia yg muda ini sy juga takut ini hnyala perasaan yg bercampur baur dgn apa yg saya lihat tpi ats nama allah sy ingin sekali berniqab untk menjdi seorang hmba allah yg benar benar mengikut smua ajaran dan sunnah nya .sgt bnyk kekeliruan dlm kepala membuat sy terfikir adakah ini hnya perasaan sekadar ingin berniqab ataupun benar benar berniqab tpi saya takut setelah berniqab nnti sy berubah fikiran pulak .so sis apa ptut sy buat ?
Salam akak, sy ade kawan yg baru berniqab. Tapi die masih bercapoule dan berdating. Adakah masih boleh berbuat demikian? Sy hanye inginkan penjelasan.harap akak blh berikan penjelasan kpd sy😊
Assalamualaikum kak, sy nak tanya..macam mana kita nak tahu yang kita kene berpegang pada hukum yang mana? Wajib atau sunnah? Harap sangat akak dapat bantu sy..
Assalamualaikum akak,sy ingin bertanya...sy memang dah lama berhasrat nak berniqab..tetapi undang2 di tempat kerja tidak membenarkan memakai niqab ni..apa perlu sy lakukan...harap2 akak dapat membantu sy..terima kasih..
Assalamualaikum sis.. sy nk tnya hehe... Jdi blh bukak la niqab tu kalau berada kat rumah mertua.. mksud sy, adik beradik lelaki belah suami blh ke tengok?
Salam puan....mohon bg no wasap...sya ingin bertnya ttg niqab ni lg...
Salam...mohon bg no wasap ye puan...nk tnya ttg niqab ni lg...
Kalau suami suruh pakai niqab, boleh ikut suami. Keutamaan taat, perlu ikut suami. Nnti kalau dah kahwin, bagi tahu kat suami niat nk pakai niqab tu. Kalau suami izin, boleh lah. Satu lagi kan....suruh suami lafazkan/sebutkan kepada saudari bahawa dia suruh pakai niqab kalau keluar/dsb. Kalau mak tanyatanya k pakai niqab...katalah balik, suami suruh. Kan tak tipu tu. ��
Kalau mak tanya...kenapa pakai niqab? Suami suruh. Helah untuk kebaikan....
Assalamualaikum.. sy nak tanya.. sblm nie sy xberniqab dan jiran2 kenal sy dgn tak berniqab. Bila keluar jauh dari rumah.. sy berniqab.. tp dgn jiran2 tak.. adakah tu salah?
Assalamualaikum ..Sye Nurul Salina dri Johor Bahru ..cik Sye ade terdetik nk berniqab dan berpurdah ..suami Sye pn izinkn ..tapi,Sye tak confident ..Sye ade jgk cbe pakai niqab di dalam bilik ..Sye thu klu Sye berniqab mesti orng akn mengata Sye ..blh x cik bg pendapat ??
mohon bg no whatt app or email ,, berminat n tanya pendapat
assalamualaikum..saye rasa tak yakin bile pakai niqab dekat luar sebab semue orang pandang saye macam saye ade buat salah je..saye rasa tak selesa..macam mane ye??
Assalamualaikum,,suami saya suruh saya pakai niqab,,saya pun ada keinginan juga nak pakai tapi mak saya jenis yg tak suka org pakai purdah ni.
Assalamualaikum sis..sy bru belajar berniqab.waktu mkn boleh tak kita selak keatas utk mkn..terima kasih
Assalamualaikum sis.. kalau kita niat nak pakai niqab sbb takur disihir boleh ke?
Assalammualaikum sis.sye mmg ade niat nk pkai purdah..dan parents sye pon benarkan sye pkai..sye masih belajar di universiti..saya ingin pkai purdah ini kerana saya nak bantu diri sye mnjadi org yg lebih baik dlm menutup aurat..apa pndapat sis?🤗
Saya seorg pelajar... sy teringin nk pkai niqap...sy terdetik ingin pakai..betul ke perasaan tu...adakah perasaan tu betul2 nk pkai niqap...tapi sy nie bnyk kelemahan
Assalamualaikum saya ada niat nak berniqab tapi ilmu agama saya kurang. Kadang saya cuba pkai niqab Dlm bilik Dan saya rasa tenang. Cuba saya takde kekuatan nak pakai bile keluar saya takut saya tak kuat. Tapi saya yakin niat saya bukan ikut2 trend . Saya nak berubah saya nak cari reda allah swt.
Assalamualaikum saya ada niat nak berniqab tapi ilmu agama saya kurang. Kadang saya cuba pkai niqab Dlm bilik Dan saya rasa tenang. Cuba saya takde kekuatan nak pakai bile keluar saya takut saya tak kuat. Tapi saya yakin niat saya bukan ikut2 trend . Saya nak berubah saya nak cari reda allah swt.
Assalamualaikum saya ada niat nak berniqab tapi ilmu agama saya kurang. Kadang saya cuba pkai niqab Dlm bilik Dan saya rasa tenang. Cuba saya takde kekuatan nak pakai bile keluar saya takut saya tak kuat. Tapi saya yakin niat saya bukan ikut2 trend . Saya nak berubah saya nak cari reda allah swt.
Assalamualaikum, saya ada niat nak pakai niqab, bukan nak ikut fesyen atau orang2 tapi memang selalu jugak saya rasa macam nak pakai, tapi saya perlu cermin diri saya dlu sbb banyak pekara yang harus saya ubah, mean solat, cara pakaian, saya mohon doakan saya yaa,, husband ada kata, kalau awak nak pakai niqab pakai tapi betul kan niat, ubah penampilan, adab Dan akhlak,
Ikut cadangan mak dulu. Sebab suami setuju, jadi hanya nk tanya dgn mak dulu dgr penjelasan dia. Mungkin ada sst yg dia nk kata. Dan cuba lagi minta mak kasi pakai.
*minta izin mak utk pakai
Boleh ke saya nk wsp sis... Nk minx pendapat?
betul jaga yg wajib solat puasa,...ini ada hamba allah baru nk berniqap tapi solat tak bila di tnya nati qada mcm pelik pulak penampilan dah cantik solat x jaga...
Assalamualaikum..saya nak minta pendapat..mak ayah saya izinkn saya memakai niqab..sekrang diorang tengah 50-50 sama ada nak masukkan saya madrasah atau sekolah biasa..saya nak sangat masuk madrasah..saya ada tengok video seorang akak niqabis ni dia kata..lembutkan hati mak ayah dengan cara berdoa dan tunjuk kesungguhan kita nak masuk madrasah tu..jadi disebabkan mak ayah saya izinkan sya pakai niqab..sya nak pakai walau belum masuk madrasah..jadi saya boleh tunjuk kesungguhan sya nak belajar kat madrasah..pada pendapat akak betul ke tindakan sya ni?
assalamualaikum nak tanya kalau depan family boleh ke kita buka? untuk keselesaan
Assalamualaikum , nak tanya saya dh ada niat berpurdah , aurat dijaga dengan baik alhamdulillah . tapi ilmu saya kurang , soalannya , boleh ke saya pakai purdah walaupun ilmu kurang . saya juga masih tak pandai baca jawi dengan lancar , baca alquran pun kurang lancar . disebab kan itu saya rasa tak confident sebab banyak kekurangan diri . tapi saya rasa nak sangat pakai purdah , dh dpt keizinan mak tapi belum ready untuk pakai sebab takut dengan kekurangan diri saya akan disebut² oleh org sekeliling .
Assalammualaikum. Sejak covid kena pakai mask untuk keluar rumah lepastu saya slow2 pakai purdah. Bila keluar dgn pakai purdah saya jadi yakin dgn diri sendiri tapi bila tak pakai saya rasa seolah ada yg kurang dekat muka bila keluar. Sy cuba istiqomah sampai sekarang. Cuma sekarang nie walaupon berpurdah tapi ilmu agama saya masih cetek, baca alquran pon merangkak. Tapi saya sentiasa cuba untuk baiki diri jadi lebih baik dari sebelum nie. Sedar byk dosa2 besar yg sy buat sebelum nie. Bukan untuk nampak baik tapi saya nak jadi orang baik dari diri saya sebelum ini. Ada pandangan utk situasi diri saya berpurdah?
Assalamualaikum.. what if saya nak pakai niqab tu disebabkan nk jaga tingkah laku daripada melakukan perkara maksiat? solat saya x berapa nk perfect lagi. Pemakaian saya. Tapi saya takut saya makin jauh if saya kena follow step by step. So saya niat nak direct pakai niqab, so saya dapat jaga semua tu. Insyaallah. Apa pendapat saudari?
Assalamualaikum..saya dah lama berniat nk berniqab..sebelum ni sy hadir mjlis taklim di online sagaja n Allah qabul hajat saya hdir mjlis ilmu berdepan..niat bniqab sy makin kuat..tapi sy jd thalang dsbabkan sy bkerja sbgi seorang nurse n bpkaian uniform n btemu n deal ng pesakit n doc lelaki..mcm mna ya sy nk jga ikhtilat sy..🥲