MAHU PAKAI NIQAB

Kali ni, post saya adalah mengenai purdah.. Bagaimana saya mula memakai purdah..


Permulaannya begini.. Saya dah lama menaruh niat dan hajat untuk berniqab.. Sejak masuk sekolah menengah.. Pernah saya bertanya pada ustazah di sekolah, bolehkah berniqab di sekolah, malangnya, jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati saya..


Sehinggalah masuk IPT, Alhamdulillah niat tu masih ada dan masih kekal.. Di IPT ni pun sebenarnya tak boleh pakai niqab.. Adat belajar.. Harus guru atau pensyarah kita kenal pelajarnya.. Tapi, di luar IPT atau pun dalam kawasan IPT masih dibenarkan berniqab..


Walaupun saya baru sahaja berjinak-jinak dalam pemakaian niqab ni, tapi, saya rasa, tak salah saya berkongsi pada akhawat di luar sana.. (n_n*) Walaupun pengalaman tu, sikit saje.. Segalanya bermula, sewaktu outing bersama roommate Siti Aminah Ishak, waktu tu, kami pergi shopping di PKNS, Plaza Alam Sentral dan SACC Mall, Shah Alam.. 


Waktu tu, dalam sekitar jam 3-4 petang.. Kami berada di salah 1 butik di Kompleks PKNS.. Di hadapan butik tu, ada satu kedai pakaian-pakaian untuk pergi haji.. Saya masuk ke kedai tersebut.. Saya bertanya, pada pemilik kedai tu, ada tak jual niqab.. Dia kate ada.. Tapi, di kedai tu, hanya ada jual 2 warna je.. Hitam dan putih.. Ade yang jenis separuh, dan juga jenis penuh.. 


Waktu sedang membelek-belek niqab-niqab yang dijual tu, tiba-tiba rommate saya datang dari belakang.. Mula-mula saya pegang dan berniat nak beli niqab yang penuh.. Yang tutup dahi tu.. Tapi, saya dinasihati oleh roommate saya, supaya beli yang separuh tu dahulu.. Sahabat saya tu cakap, untuk permulaan, adalah baik bermula dari bawah.. Takut jika terus bermula dari atas, ianya akan menjadi satu bebanan pada kita..


Selepas itu, saya pun testing lah pakai niqab tu di kedai tu.. mula-mula pakai yang penuh.. Kawan saya membantu saya memakainya.. Waktu pakai tu, saya menangis.. Tak tahu nak cakap macam mana.. Rasa macam manis sangat berniqab, rasa selamat, selesa.. Saya terus membeli niqab berwarna hitam..


Ada juga berbincang dengan mama dan ayah, yang saya mahu berniqab.. Pada mulanya mama membantah juga lah.. Tapi, ayah saya tak membantah.. Ayah saya sokong.. Tertanya-tanya jugak 1001 sebab kenapa mama melarang.. Rupa-rupa nya, mama suruh beristiqomah dulu.. Bukan lah, mama berniat untuk menghalang terus dari berniqab.. (n_n*) 


Betul juga apa yang mama cakap.. pastu, saya pun fikir sehabis-habis nya.. Nasib baik waktu tu, hampir ke cuti penggal pertama semester 2.. Hari jumaat dah boleh balik rumah.. Pada hari jumaat tu, saya terus pakai niqab.. Ayah dan mama terkejut jugalah.. Terdiam.. (n_n*) Tapi, Alhamdulillah kedua-duanya terima dengan hati yang terbuka.. Seronoknya hati, Allah je la yang tahu.. 


Selepas ade koleksi warna hitam je niqab, mama, dalam diam-diam, tempah khas niqab untuk saya.. macam-macam versi dan warna ada, mengikut tudung-tudung yang saya ada.. Warna hitam, biru, pink dan lain-lain warna.. Saya prefer yang warna hitam, sebab hitam feveret warna saya.. Koleksi jubah-jubah hitam pun bertambah.. Baru-baru ni, mama beli lagi 1 jubah.. Alhamdulillah.. Time kasih mama.. 


Jadi, walauapa pun yang kite nak lakukan, berkat dan keredhaan dari ibu bapa itu sangat penting.. Jadi, bagi semua yang baru berjinak-jinak dalam niqab tu, teruskan beristiqomah.. 

"Sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa"
(Al-A'raaf)


Lakukannya kerana Allah.. Insya Allah ada barakahnya.. Itu saja untuk kali ini, sekian wassalam.. (n_n*)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

41 comments:

shazwan: shazwan: said...

Alhamdulillah :)

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

Alhamdulillah.. (n_n*)

kak rose kak rose said...

mendoakan juga agar ibubapa sy seperti anda....amin..... moga mereka terbuka hati untuk memahami... =)

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

Insya Allah.. ana doakan enti juga boleh berniqab dengan mudah tanpa halangan.. Amiin.. ^_^

Anonymous said...

assalam ;) sy jga ada berniat nk pakai purdah/niqab. tetapi sy tertanya2 kat mana nk beli purdah mahupun cara menghasilkannya ;( (anta beli kat mana?hehe)

ps: apa beza purdah dan niqab? adakah purdah hanya menutupi sparuh muka manakan niqab menutupi hampir keseluruh muka kecuali mata? :) mohon penjelasan ye. syukran! <3

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous Waa'laikumussalam.. Alhamdulillah.. Enti dah ade niat baik.. Teruskan.. Biiznillah, Allah akan permudahkannya.. ^_^ .. Ana beli di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.. Kerna ketika itu ana belajar di sana.. ^_^ ..

Boleh juga, dicari di, kedai-kedai pakaian ihram.. InsyaAllah, ada yang menjualnya.. Atau pun, boleh dibeli secara online di page-page yang terdapat di laman sosial fb.. Tapi, mungkin sukar sedikit.. Sebab kite tak dapat, pegang dan rasa tekstur kain nya..

Purdah dan niqab tu sama aje sebenarnye.. Purdah tu bahasa melayu.. Manakala, niqab tu, bahasa Arab.. Niqab / purdah ni, ade 2 jenis.. Sama ada yang menampakkan mata hingga ke dahi, atau pun, hanya mata sahaja.. Perbezaannya cume nama niqab / purdah tu saje..

Afwan.. ^_^

Anonymous said...

@Siti Khadijah Halil Di tempat saya mungkin sedikit susah untuk mencari kedai pakaian ihram.. boleh recommend kan mana2 nama kedai yang terdapat Plaza Alam Sentral tu? tidak pun enti boleh membuat entry baru tentang di mana tempat nak beli purdah yang berkualiti dan selesa :) ianya pasti akan banyak membantu saya dan muslimah lain di luar sana yang mungkin baru nak berjinak-jinak memakai purdah, insyaAllah.

terima kasih atas info mengenai purdah/niqab tersebut. :D

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous InsyaAllah, ana akan buat entry baru mengenai tempat-tempat yang jual niqab.. :) Syukran atas cadangan yang diberikan.. :D

Anonymous said...

Assalamu Alaykum. saya berniat nak berniqab jugak. tapi takpe ke kalau on-off?
saya ni masih student. insya-Allah akan jadi guru tahun depan.
dah tentu2 sebagai guru takboleh berniqab...hmm..

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous Wa'alaikumussalam.. Alhamdulillah.. Niat dah ade elok diteruskan.. Taufiq dan hidayah dariNya tu.. :) Boleh on off.. Harus hukumnya, kerana etika kerja dan undang2 belajar.. Cume, ianya mungkin akan mengganggu konsistensi dan beristiqomah.. Wallahua'lam..

eirasahiera said...

@Siti Khadijah Halil

eirasahiera said...

Assalamualikum..saya berniat ingin memakai tdg labuh tetapi saya takut kalau saya selalu on off..disamping itu, saya jatuh hati pada tdg labuh kerana sorg lelaki yg sllu meingtkan kaum wanita ttg mnutup aurat..saya takut kalau niat saya ini bukan kerana allah tetapi kerana dia.

minah macho said...

Assalamualaikum,saya teringin nak pakai niqab, tapi saya takut tak istiqamah. masa sekolah dulu saya ada memakai tudung labuh lepas berpindah yg terpaksa memakai tudung biasa semula atas faktor jurusan yg sya ikuti.tapi sekarang sya menuntut di ipta dan baru berjinak2 memakai jubah dan tudung labuh. rasanya belum sampai sebulan.apa yg merisaukan saya,saya takut saya tak istiqamah.

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@eirasahiera wa'alaikumussalam.. Maaf atas kelewatan membalas komen awak.. :) tak pe.. untuk berhijrah memakai tudung labuh atau berubah ke arah yg lebih baik, ite mule kan dulu dari bawah.. Cuba sikit demi sikit.. Mulakan dengan stokin dulu ke, pastu up pd handsocks, pastu tudung labuh.. Tapi, kalo mampu ubah semua sekaligus, lagi bagus.. Alhamdulillah..

Bukan apa, kita ubah sikit demi sikit agar tak rasa terbeban dengan perubahan tu.. Sebab tu la, ayat2 Allah tu turun sikit demi sikit.. Berperingkat2.. Sebab Allah tahu tahap iman setiap hamba2 Nya.. :)

Mula2 mungkin niat nye kerana seseorang, lame2 nanti, insyaAllah hati kita akan automatik berniat kerana Allah.. Mungkin melalui lelaki tu, Allah turunkan teguranNya.. :) Teruskan niatmu.. InsyaAllah, jika benar2 bersungguh2 serta ikhlas, Allah pasti membantu.. InsyaAllah..

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@minah macho wa'alaikumussalam.. Maaf atas kelewatan membalas komen awak.. :) tak pe.. untuk berhijrah memakai tudung labuh atau berubah ke arah yg lebih baik, kite mule kan dulu dari bawah.. Cuba sikit demi sikit.. Mulakan dengan stokin dulu ke, pastu up pd handsocks, pastu tudung labuh.. Tapi, kalo mampu ubah semua sekaligus, lagi bagus.. Alhamdulillah..

Bukan apa, kita ubah sikit demi sikit agar tak rasa terbeban dengan perubahan tu.. Sebab tu la, ayat2 Allah tu turun sikit demi sikit.. Berperingkat2.. Sebab Allah tahu tahap iman setiap hamba2 Nya.. :)

Lepas tu, banyakkan minta nasihat tntg tudung labuh ni dari kawan2 yg sealiran, atau pun ustaz ustazah.. Pedulikan pandangan manusia.. Kejarilah cinta Dia.. InsyaAllah, jika benar2 bersungguh2 serta ikhlas, Allah pasti membantu hambaNya.. Allah dah bg hidayahNya tu.. :D

MIMI Minah Macho MIMI Minah Macho said...

@Siti Khadijah Halil terima kasih sgt2. InshaAllah harap saya boleh istiqamah dalam perubahan ni. Moga Allah membalas jasa baik dan nasihat yang bermanfaat ini pada awak.Amin.

Anonymous said...

Niat nk brnqab dah lme , tp blom trlksana . Sye tkut dngn kate2 org , self cnfident sye rndah .

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous Perasaan ingin memakai niqab tu adalah tanda2 hidayah yg Allah bg buat awk. Allah dah bg petandaNya tu pastinya bersebab.. Ya, diakui, kate2 org dan penilaian dari sekeliling tu yg sering mengganggu kite. terutame sekali yg komen negatif. yg negatif tu, lbh menjurus diri kite kpd "jgn pakai".. kite manusia biae, mudah tertarik dan ditarik.

mcm lalang, kalau angin tiup, dia pon menghala ke situ.. tuu lah sifa mnusia.. yang penting penilaian dari Dia. penilaian manusia juge perlu, agar diri dpt diperbaiki. tp, harapnya, komen2 org sekeliling beri tu adalah komen2 yg membina la. Dan bukan komen yg menjatuhkan diri org lain..

Jika rase, komen org lain tu baik utk diri, maka, ambillah.. Jika tidak baik, maka tingalkanlah.. :)

Anonymous said...

assalammualaikum sy aisyah sy nk tnya adakah seorg yg berniqab perlu pandai baca alquran...perlu tau meluas ttg agama...makin hari sy tertanya2....dan sy x tau kenapa sy tetarik untuk berniqab...makin hari makin terpikir2...sedangkn sy sebelum ni sggt jauh dr dr yg sekarang

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous wa'alaikumussalam.. jika tak fasih al quran.. boleh belajar.. yang penting ade ilmu dan kefahaman tntg niqab.. sirah2 nya.. kenapa berniqab.. untuk ape.. tujuan.. dalil2.. dan lain2.. tu yang penting.. cari ilmu bukan sekadar melalui pembacaan.. tetapi, sebaik2nye adalah berguru.. cari guru yg mursyid yg bersanadkan rasulullah SAW.. berakidahkan Islam..

manusia boleh berubah.. jika diri kite masih kurang dala sesuatu sudut ilmu.. kite boleh belajar.. dan perbaiki kekhilafan diri kite pada masa lalu.. ^_^

siti natrah siti natrah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum.^^
Nk tnya skit..akak tahu x mcam mna keadaan di ipta apbila brniqab??
Sy dgr di ipta tidk dbenrkn brniqab/brpurdah..

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous wa'alaikumussalam.. bergantung pd fakulti.. setengah fakulti lecturer tak kisah.. dan kalau nak pakai juga, boleh mintak izin dan tulis surat pd dekan.. :)

Anonymous said...

Thanks akak..^^

Anonymous said...

Assalamualaikum ukhti, saya ingin bertanya. Saya Teringin untuk bepurdah sejak di bangku sekolah lg, namun pd waktu itu, bnyk hlgn jd sy tngguhkn dulu. Skrg sy menuntut di ipta dan sy dri jurusan Tesl. Sgt jarang pljr yg brniqab dari Fakulti sy , sbb nnt sy akan ada praktikal di sek. Rendah. Sy agak risau sbb skolah xbnrkan guru berniqab. Tp sy bnr2 ingin lksanakn niat sy. Allahu, apa patut sy lakukan ukhty.

Anonymous said...

Assalamualaikum ukhti, saya ingin bertanya. Saya Teringin untuk bepurdah sejak di bangku sekolah lg, namun pd waktu itu, bnyk hlgn jd sy tngguhkn dulu. Skrg sy menuntut di ipta dan sy dri jurusan Tesl. Sgt jarang pljr yg brniqab dari Fakulti sy , sbb nnt sy akan ada praktikal di sek. Rendah. Sy agak risau sbb skolah xbnrkan guru berniqab. Tp sy bnr2 ingin lksanakn niat sy. Allahu, apa patut sy lakukan ukhty.

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous waalaikumussalam.. tiada masalah jika terpaksa buka atas faktor situasi setempat. lagi pula, ukhti bkn sengaja utk bukak.. demi tugas. bg mengelakkan situasi seperti 'niqabi ni tak reti patuh undang2, degil dll' lebih baik kite elakkan diri kite dari terjebak.

lagi pula, adab belajar, molek guru kenal anak murid, dan molek anak murid kenal guru.

nabila official nabila official said...

As slm...terlanjur membaca blog akk ni sy sgt tertarik dan ingin sgt bertanya.apakah aurat niqabis sesama sepupu lelaki dan pkcik2 di dalam rumah contoh ketika mereka ada swktu blik kg hari raya misalnya.perlu ke kita ttp niqab atau skdar tdg labuh.utk memudahkn makan beramai dgn kluarga mgkin...dan apakah hukum berniqab tetapi sewaktu kita makan di khalayak ramai kte selak ke ats niqabnya.dan bagaimana kalau bniqab ttp sewaktu rewang niqab tdk di pakai skdar pakai tdg labuh.bolehx..maaf bnyk soalan.terima kasih.wallahualam.

nabila official nabila official said...

As slm...terlanjur membaca blog akk ni sy sgt tertarik dan ingin sgt bertanya.apakah aurat niqabis sesama sepupu lelaki dan pkcik2 di dalam rumah contoh ketika mereka ada swktu blik kg hari raya misalnya.perlu ke kita ttp niqab atau skdar tdg labuh.utk memudahkn makan beramai dgn kluarga mgkin...dan apakah hukum berniqab tetapi sewaktu kita makan di khalayak ramai kte selak ke ats niqabnya.dan bagaimana kalau bniqab ttp sewaktu rewang niqab tdk di pakai skdar pakai tdg labuh.bolehx..maaf bnyk soalan.terima kasih.wallahualam.

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@nabila official Wa'alaikumussalam.. Pendapat paling syadid (Tegas) pelu juga tutup walau dengan sepupu.. Kerna sepupu adalah bukan mahram / ajnabi yang boleh menikahi kita.. Tapi, jika niqab tu menimbulkan satu suasana yg kurang menyenangkan ketika bersama keluarga.. Boleh buka.. :)

Untuk makan, boleh buka.. Diharuskan.. Demi kemaslahatan untuk memudahkan keadaan.. InsyaaAllah.. Jika kita nak lebih yadid, boleh bukak jika makan sesama perempuan atau di tempat yg tertutup.. :)

Anonymous said...

indahnya awak berpurdah
isteri saya juga berpurdah sejak awal mngenalinya
hanya melihat untuk pertama kalinya sewaktu hari pertunangan

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous Alhamdulillah.. semoga bakal isteri saudara istiqomah dalam pemakaian sunnah ini.. insyaaAllah aamiin..

Anonymous said...

Assalamualaikum saye baru umur 11 tahun.. Tapi dilubuk hati ni ade terniat nak pakai purdah... Tapi saye keliru sikit.. Ape itu istiqomah kak?
Terima kasih ��

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous masyaaAllah.. mudanya adik ni.. Alhamdulillah.. istiqomah tu berterusan.. Maknanya amalan yg diamal secara berteruran..

Anonymous said...

Oo... Terima kasih kak

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous sama-sama adik

Anonymous said...

As salam akak..kalu sayo nok no fon akak boleh tak..nak.memudahkan saya brhbg dgn akak

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous Wa'alaikumussalam.. +60195016004.. WhatsApp aje, okay.. :)

sya sya sya sya said...

alhmdulillah, syukur, ana jgk masih bru dlm dunia niqabis, sprtimna yg diolah oleh enti berkat dn keredhaan drpd ibu bapa, ttpi situasi ana berbeze, parents ana benarkn ana pkai but mreka rgu2 akn istiqomah ana, ana skrng pkai niqab tnpa pgthuan mreka, mlah tkut untk mmbrthu,ana hye berjinak2 pkai diluar n dlm ipt, bile pulng ke rumh ana tkut nk pkai, disni ana nk tye pendpt enti, bgaimana cara ana nk brthu pd parents ana ,tntg pghijrhn ana dlm berniqab?

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@sya sya Cuba tanya parents, tentang pendapat mereka tentang niqab.. Dan cuba tanya pula, "Kalau saya pakai niqab, apa pendapat ummi..?"

Kalau jawapannya positif atau pun negatif, cuba slow talk dengan parent.. Beritahu mereka bahawa ukhti sedang berjinakjinak dalam berniqab.. Pakai ketika tidak bersama keluarga..

InsyaaAllah, ummi ukhti boleh terima jika sekadar memakai ketika berada di luar (Tidak bersama keluarga)

bbm 3412 bbm 3412 said...

@Siti Khadijah Halil saya juga tergolong dalam golongan yang ingin memakai purdah, tapi disebabkan faktor sekeliling saya sukar untuk membuat keputusan untuk pakai atau tidak, tetapi saya berharap satu hari nanti saya akan memakainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...