RAHSIA ZUHUD HASSAN AL BASRI

Hasan Basri ditanya,


"Apa rahsia zuhudmu di dunia ini..?"


 Beliau menjawab,


"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"



Sahabat-sahabatku,


Jangan tertipu  dengan usia MUDA kerana syarat mati TIDAK harus TUA.


Jangan terpedaya dengan tubuh yang SIHAT kerana syarat mati TIDAK mesti SAKIT.


Jangan terperdaya dengan  harta kekayaaan sebab si kaya pun tidak pernah menyiapkan Kain Kafan 
buat dirinya meskipun cuma selembar.


Mari terus berbuat BAIK, berniat untuk jadi BAIK, berkata yang BAIK-BAIK, memberi nasihat yang BAIK meskipun TIDAK banyak orang yang mengenalimu dan tidak suka dengan nasihatmu.


Cukup lah اللهِ yang mengenalimu lebih dari pada orang lain.


Jadilah bagai jantung yang tidak terlihat, tetapi terus berdegup setiap saat hingga kita terus dapat hidup, berkarya dan menebar manfaat bagi sekeliling kita sampai diberhentikan olehNYA



Sahabat-sahabatku,

"Waktu yang ku sesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam, amalku tidak bertambah sedikit pun, padahal saat ini umurku semakin berkurang"
(Ibnu Mas'ud RA)

Nasihat ini untuk diri sendiri dan untuk share dengan kawan-kawan..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

BEREHATLAH DENGAN SOLAT

Siapa yang tidak pernah ditimpa masalah dalam hidup..? Bahkan hidup ini telah diumpamakan oleh sesetengah ahli falsafah sebagai 'tempat untuk menyelesaikan masalah'. Justeru, apabila berdepan dengan masalah, segeralah dapatkan kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaran untuk menyelesaikannya. Bagaimana..? Ya, dengan mengadu kepada Allah yang 'memberi' masalah itu..!


Ketika itu, jangan hanya dilihat 'sebab' tetapi lihatlah pada 'penyebab' segala sebab. InsyaAllah, jika kita mengadu dan merayu kepada Allah, Allah pasti akan mendengar dan memberi jalan penyelesaiannya.


Sama ada semua masalah kita akan diselesaikanNya atau pun Allah akan menjadikan hati kita tabah dan gagah untuk menghadapinya. Dengan kekuatan itu kita tidak akan terus mengutuk kegelapan, tetapi kita akan terus berusaha mencari cahaya. Kita tidak akan berterusan mengharapkan ikan, tetapi kita akan berusaha sedaya upaya memiliki jorannya..!


Ingatlah, apabila Rasulullah SAW menyuruh Sayyidina Bilal RA mengumandangkan azan, baginda akan berkata, 

"Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat." 
(Riwayat Ahmad)


Menerusi permintaan itu, Rasulullah menegaskan bahawa solat sebenarnya memberi suatu kerehatan bagi orang yang mendirikannya. Diriwayatkan daripada Sayidina Huzaifah,

"Apabila Rasulullah mengalami suatu kesulitan, baginda akan segera mengerjakan solat." 
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Tindakan Rasulullah ini selaras dengan anjuran Allah yang bermaksud, 

"Dan pintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat." 
(Al Baqarah : 45)

Tentu sahaja dalam solat itu, Rasulullah menemui ketenangan dan kekuatan. Bayangkan, betapa kukuh dan teguhnya jiwa Rasulullah. Baginda dibantu oleh wahyu dan diperkuatkan oleh mukjizat. Namun, baginda masih mencari kekuatan dengan solat. Lalu, siapakah diri kita yang begitu lemah, tetapi terus angkuh daripada mendapat bantuan Allah menerusi solat..?


Marilah mencari kerehatan dengan solat.


Semoga bermanfaat. 
Wallahhu'alam

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

AKAUN BANK SAYYIDINA OTHMAN

Adakah kamu mengetahui bahawa Sayyidina Othman Ibnu Affan ada mempunyai akaun bank di Saudi..? 


Siapakah yang membina Hotel Othman Ibnu Affan di sebelah masjid Nabawi di Madinah..? 


Adakah anak cucunya yang membinanya dan meletakkan namanya sebagai nama hotel..?


Ikuti kisah ini :


Satu ketika di Madinah semasa Nabi SAW mula hijrah dari Mekah ada sebuah telaga yang sangat besar dan sangat dalam serta airnya tak pernah kering. Nama Telaga itu Bi'ru Rummah (Telaga Pemanah). Orang Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yg dimiliki oleh seorang Yahudi.


Maka Yahudi itu telah bertindak menjual air dengan harga yang sangat mahal. Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Sayyidina Othman b Affan RA. Lantas Sayyidina Othman b Affan RA bertemu Yahudi itu dan minta nak beli telaga tersebut. Yahudi tak mahu jual sebab dia tahu dia untung besar. Sayyidina Othman b Affan RA akhirnya minta beli separuh saja telaga tu. Yahudi pun setuju. Bermakna sehari milik Yahudi dan sehari làgi milik Sayyidina Othman bin Affan RA. Yahudi sangka dia cerdik sebab Sayyidina Othman b Affan RA memang peniaga yang glamour dikenali oleh orang Arab, menyangka perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan.


Rupa-rupanya Allah takdirkan sebaliknya bila orang tak lagi beli air daripada Yahudi itu sebab pada hari milik Sayyidina Othman bin Affan RA dia beri orang-orang Islam dan bukan Islam air percuma. Jadi, hari giliran milik yahudi itu siapa pun tak nak beli. Akhirnya Yahudi bankrap dan nak jual kepada Sayyidina Othman bin Affan RA separuh bahagian lagi Telaga Rummah tu kepada Sayyidina Othman bin Affan RA sebab dia dah rugi.


Sayyidina Othman bin Affan RA beli dengan 20 000 dinar. Kemudian beliau waqafkan kepada orang Islam. Kemudian ada seorang sahabat lain yang juga hartawan minta nak beli telaga tu daripada Sayyidina Othman bin Affan RA. Sayyidina Othman bin Affan RA tanya berapa harga yang dia sanggup bayar..? Hartawan menjawab bahawa dia sanggup membayar 3 kali ganda harga yang dibeli oleh Sayyidina Othman bin Affan RA. Sayyidina Othman bin Affan RA tidak setuju dan bertanya lagi, berapa sanggup bayar..? Hartawan menjawab, 9 kali ganda harga yang dibeli Sayyidina Othman bin Affan RA. Sayyidina Othman b Affan RA masih tak setuju.


Hartawan bertanya kehairanan. Siapa lagikah yang sanggup membeli dengan harga yang lebih mahal daripadanya..? Maka Sayyidina Othman bin Affan RA menjawab, "ALLAH". Akhirnya orang Islam dapat minum air telaga itu secara percuma. Dengan takdir Allah di tepi telaga itu akhirnya tumbuh beberapa pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga berjumlah 1 550 pokok jumlahnya dan berbuah dengan sangat lebat.


Kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga kurma itu dan hasil jualan tamar-tamar itu dan menyimpannya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi yang mengambil alih dan tubuhkan akaun bank atas nama Sayyidina Othman bin Affan RA di salah satu bank Saudi. Duit itu akhirnya terkumpul dengan banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sekeping tanah di tepi Masjid Nabawi dengan tujuan membina hotel lima bintang. Hasilnya nanti dibahagi kepada dua. Separuh diinfaqkan untuk anak yatim dan miskin, yang sebahagian lagi disimpan dalam akaun Sayyidina Othman bin Affan RA. 


Yang anehnya, setelah 14 kurun, sedekah Sayyidina Othman bin Affan RA bercambah dan membiak membuak-buak tanpa hentinya. Inilah kelebihan Sedekah. Oleh itu, marilah sama sama kita ringan tangan untuk bersedekah dan yang paling mudah adalah dengan menyebarkan kisah ini dalam group dan fb anda. InshaaAllah, anda akan dapat pahala sedekah yang berganda-ganda.



MOGA-MOGA BERMANFAAT DUNIA AKHIRAT.
والله اعلم


OLEH : DR JAMNUL AZHAR B MULKAN

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

JODOH ATAU AJAL..?

Hari ni, aku nak share 1 benda yang kita sering terlupa (termasuk diri aku) .. Hari-hari kita post moment berkaitan JODOH.. Ya, semua orang menunggu saat-saat ni dengan harapan yang tinggi kita berjodoh dengan orang yang kita cinta, kita sayang dia, segala yang kita lalui dengan dia semua indah belaka.. Kita cuma set dialah matlamat hidup kita, tapi, lepas tu..?


Lepas tu apa..? Ada tak cuma sekali kita berfikir, adakah jodoh aku akan mendahului ajalku..? Atau adakah ajalku yang akan mendahului jodohku..? Kita terlalu sibuk dengan dunia, sibuk dengan cinta kepada manusia.. Kita dah rasa hebat ada pasangan.. Kita rasa dia lah satu-satunya yang boleh jaga kita dengan baik lebih baik dari apa pun.. Tapi kita terlupa.. Adakah dia mampu lindungi kita di mahsyar..?


Tempat di mana segala amalan akan dihitung.. Tempat di mana Allah SWT akan hadir pada hari itu dalam keadaan sangat murka, yang mana tiada perlindungan bagi kita pada masa tu melainkan perlindungan dari Allah.. Tidak pernah ada hari di mana Allah sangat murka melainkan pada hari itu.. Kita pulak takut kiamat.. Takut matahari naik sebelah barat.. Benda paling kita takut adalah kiamat.. Bila dengar matahari akan naik di sebelah barat, kita mulai insaf.. Tapi hanya sekejap saja.. Lepas tu kita ulangi lagi dosa-dosa kita.. Nauzubillahimindzalik.


Sahabat,


Apa yang perlu kita takuti bukanlah kiamat.. Yang telah pun Allah janjikan kebenarannya.. Tapi, apa yang perlu kita risaukan adalah AJAL, yang tidak pula kita tahu bila waktunya.. Nampak tak betapa hitam dan kerasnya hati kita..? Jika ada rasa takut, tanda hidayah itu sedang datang.. Tapi, kita pernah tak kaji balik kenapa diri aku ni masih belum nak berubah..? Kenapa..? Sebab apa..?


Sebab tak ada taufiq, kekuatan untuk melakukan perubahan diri.. Jika kita sekarang di alam barzakh, pasti kita akan merayu-rayu minta Allah kembalikan ke dunia walau hanya sesaat untuk beriman dengan Allah.. Jika masih sukar menggerakkan diri berubah, tanda hati masih tergila-gilakan dunia.. Kalaulah kita boleh tengok betapa dahsyatnya mahsyar, keadaan di mana Nabi kata akan ada golongan yang peluhnya sampai ke lutut, ada yang sampai ke pinggang, ada pula yang sampai berenang dalam peluh sendiri.. Kita hari ni masih diberi kesempatan hidup.. Alangkah ruginya tak menggunakan kesempatan tu dengan baik..


Biar aku cerita.. Dalam dunia ni ada lebih kurang 7 billion manusia.. Tapi, yang Islam hanyalah 1.5 billion sahaja.. Dalam jumlah inilah ramainya yang tidak solat, ramainya yang berbuat zina, ramainya yang melakukan kemungkaran sehinggakan dalam seribu orang laki-laki hanya seorang yang dimasukkan ke dalam syurga.. Manakala 999 lagi ke neraka.. Yang solat pulak, yang dah tutup aurat pulak, Allah uji lagi.. Ujian hati pulak.. Yang tak tertanggung dosa hati, yang tak pula kita lihat dengan mata.. Apa yang boleh aku simpulkan di sini, solat kita, ibadah kita belum menjanjikan kita ke syurga.. Cuba check balik..


Ada tak kita bermusuh dengan saudara seagama kita..? Tidak akan mencium bau syurga bagi mereka yang memutuskan silaturahim.. Lagi satu, ada ke tidak kita sakitkan hati saudara kita dengan kata-kata..? Banyaknya sahabat.. Salah kita yang kita tak nampak..?


Yang ni akan dihisab juga.. Apa salahnya hari ni, kita buang ego kita yang tinggi tu, yang selalu merasakan diri ni tak salah dan tak nak minta maaf.. Sebab bila dah masuk dalam kubur nanti, kita menyesal tak sudah.. Menangis air mata darah jugak tak guna.. Hanya untuk mintak kembali ke dunia untuk minta ampun pada saudara kita.. Aku bagi contoh.


Sebiji guli yang kalian campakkan ke dalam lautan luas, jika diperintahkan kalian menyelam untuk cari semula, sanggup tak..? Macam tu la kita ni nak mencari saudara kita yang kita zalimi di mahsyar.. Ditambah pulak dengan matahari sejengkal di atas kepala, mendidih otak ni.. Tak tertanggung..!


Lagi satu, kita selalu tak sedar, kita banyak dosa dengan manusia, mengumpat, mengata orang walau hanya benda kecil tetap berdosa.. Dosa mengumpat adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar.. SubhanAllah.. Tak rasa rugi ke kita beramal banyak kat dunia, bila depan Allah kita muflis..? Semua pahala diberi kepada orang yang kita umpat..? Rugikan..? Lepas dah habis pahala, kita tanggung pulak dosa dia..


Nampak tak..? Semua orang nak ringankan dosa masa tu, tak nak masuk neraka, kita pulak dapat dosa yang tak pernah-pernah kita buat dosa tu di dunia.. Rugi tak kita..?


Berkaitan aurat pulak, bahagian tubuh mana yang terdedah itulah yang akan menjadi makanan api neraka.. Sanggupkah kita tanggung..? Sanggupkah kita pakai baju api neraka yang busuk lagi hina..? Bukan sehari, bukan pula setahun kita di neraka, beribu tahun, sanggupkah kita..? Kita umat Nabi Muhammad, umat yang kerdil, sedangkan umat-umat dulu yang saiz dan tubuh badan mereka yang besar juga tak sanggup di neraka, tak tertahan... Cubalah sekali ini, aku merayu, kita tolehlah ke sebuah dunia yang sangat panjang perjalanannya, iaitu alam akhirat..! Bila dihadapkan di hadapan Allah SWT, adakah boleh kita menipu Allah..? Memberi alasan bahawa di dunia dulu tak ada yang menegur..?


Sahabatku,


Jika dalam dunia ini ada orang yang menerima alasan, tidak akan setanding dengan Allah yang paling menerima alasan..! Hingga saat kita dihadapkan di hadapan Allah untuk dipersoalkan atas dosa dan kesalahan kita, Allah masih meminta kita alasan agar Dia dapat ampunkan kita..! Betapa kasihnya Allah pada kita.. Dia angkat buku amalan kita tapi Dia tak tunjuk pada malaikat yang buruk tentang kita, Dia tunjuk yang baik-baik saja.. Dia jaga aib kita.. Tapi, kita tak penah bersyukur.. Kita sekarang lebih cintakan kekasih kita, cintakan dunia.. Rasulullah pulak menangis tengok umatnya yang berjalan ke mahsyar dengan muka..


Sebab apa..? Sebab banyak dosa-dosa kita.. Di mana kita..? Adakah sedang berselawat ke atas baginda..? Atau masih bergelak ketawa menghadap dunia..? Di mahsyar kelak, semua Rasul Allah tidak meminta untuk orang lain melainkan minta untuk diri sendiri agar Allah selamatkan mereka dari azab api neraka Allah.. Bayangkanlah, mereka tidak meminta untuk kaum mereka, tapi mereka pula lebih takut pada Allah, takut Allah mengazab mereka..! Tapi, nabi kita, Ya Rasulullah meminta pada Allah, bukan untuk dirinya tapi untuk umat baginda.. Meminta untuk diberi syafaat pada kita yang lupa pada baginda ni.. Betapa sayangnya baginda pada kita sehinggakan di mahsyar juga baginda berdoa untuk kita.. Di dunia, baginda dah menanggung separuh sakitnya sakaratul maut seluruh umatnya di akhir zaman yang bukan seorang, tapi tak terhitung..


Post ini bukan untuk aku meleteri kalian.. Tapi kerana aku sayangkan saudaraku, aku ingin memperingati diriku juga agar kita tidak lalai dan lupa.. Allah tak kata ajal kita datang di hari tua.. Bila-bila masa saja kita boleh mati.. Bolehkah kalian menjamin bahawa kalian masih hidup pada esok hari..? Pasti tidak bukan..?


Jadi dengan kesempatan ini, marilah kita sama-sama muhasabah diri kita.. Ambil sedikit masa mengenangkan ibadah kita.. Cukupkah ibadah itu..? Sekadar itu sajakah..? Allah itu Maha Penerima Taubat..
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

ILMU YANG TIDAK DIAMALKAN

"Ilmu itu tidak akan bermanfaat selagi ianya tidak diamalkan, dan Imam Tarmizi mengajar kita antara cara untuk mengamalkan sesuatu ilmu itu adalah dengan bertahajud.. Solat tahajud syaratnya adalah dilakukan selepas bangun dari tidur, sekiranya seseorang itu langsung tidak tidur dahulu kemudian dia solat maka ia bukanlah solat tahajud..


Solat tahajud bukan seperti solat witir dan solat dhuha sebagainya, ianya apabila kita solat selepas bangun tidur maka ia adalah solat tahajud, dan baginda solat tahajud berdiri di hadapan Allah sehingga bengkak kaki baginda, sehingga Sayyadatina Aishah RA menyatakan,

"Ya Rasulullah tuan bersolat shingga bengkak kaki tuan sedangkan Allah telah mengampunkan tuan, lalu nabi menjawab bukan kah aku perlu menjadi hambaNya yang bersyukur" 


Maka solat tahajud rasulullah adalah kerana inigin meluahkan rasa syukur. Jika golongan yang awam maka ia beramal untuk mendapat ganjaran-ganjaran syurga dan sebagainya. Perumpamaannya seperti seorang raja yang duduk dalam istana, terdapat 3 golongan yang berkhidmat kepada raja tersebut, yang takut, yang ingin mendapat ganjaran, dan yang hanya kerana rasa suka dan cinta kepada raja maka ia adalah tahap yang paling tinggi,


Sekiranya ingin mengenal orang yang soleh, maka ia sentiasa beristighfar sewaktu sahur, ada 3 suara yang didengari malaikat, suara ayam, suara pembaca al quran dan suara yang beristighfar di waktu sahur, Rasulullah bersabda,

"Jika mendengar suara ayam berkokok maka berdoalah kepada Allah kerana ia melihat malaikat, jika mendengar suara keldai maka berlindunglah kerana ia melihat syaitan, dan antara suara yang dibenci oleh Allah, ialah suara seruling, dan suara perempuan terpekik-pekik" 

Imam Al Ghazali menyebutkan suatu nasihat dari luqman Al Hakim yakni wali Allah yang sangat mulia sehingga namanya disebut di dalam al quran, dan terdapat surah yang bernama Surah Luqman,

"Wahai anakku, janganlah ayam itu lebih pandai daripadamu, dia berkokok di waktu subuh sedangkan engkau masih tidur"

Ad Daie Ilallah,
Al Habib Kazim Jaafar Assagaf

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...