JODOH

"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di bumi"


Tak, jodoh takde kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.. Lagi panjang jambatan, lagi jauh perjalanan.. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.. Umur 25 tahun tak la lewat sangat.. Umur 35 tahun takde ape sangat kalau sepanjang usia tu kita isi dengan kecemerlangan.. Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita dalam doa setiap kali seusai solat.. Allah Maha Mendengar..


Wanita baik untuk laki yang baik dan begitu juga sebaliknya.. Biar lambat jodoh asalkan dapat Mr / Mrs Right tepat pada orangnya daripada nanti jadi mangsa lelaki tak beriman.. Memang kita ni senang salah faham dengan kehidupan.. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau dapat ni.. Hakikatnya, apa yang kita mahukan tu, ia juga datang bersama masalah..


Contohlah, kita tengok orang bawa kereta mewah.. Terdetik di hati, bestnya dia.. Bahagianya.. Hakikatnya, apabila kita sendiri bawa dan ada kereta mewah tu, kita ditimpa lagi dengan kerenahnya.. Tak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa bayar lebih kalau beli durian dekat tepi jalan.. Orang lain beli dengan harga biasa, dia terpaksa bayar berganda..


Waktu kita terperangkap dalam kesesakan jalan raya, moto boleh mencelah-celah sampai boleh cepat balik rumah.. Kita mengeluh,

"Andai aku bawa motor mesti dah sampai dah"

Padahal penunggang moto tadi fikir,

"Bilalah aku dapat memandu kereta di tengah bandar raya ni"

Bukan semua yang kita sangka tu membahagiakan tu betul-betul membahagiakan.. Bahagianya mungkin ada, tapi deritanya juga datang sekali.. Semua benda ada baik buruknya..


Sama la macam perkahwinan.. Ia baik sebab dibenarkan agama, sunnah Nabi, sebagai saluran untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya.. Tapi, ia juga buruk sebab ramai orang kahwin hidupnya lagi tak terurus..


Ramai orang tempah neraka sebaik saje melangkah ke alam rumahtangga.. Bukankah dengan ijab kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang dipikul juga akan bertambah banyak..?

Bukankah kalau gagal laksanakannya, kita bina dosa seterusnya jambatan ke neraka..?

Betapa ramai orang yang menyesal dengan perkahwinan masing-masing, padahal dulu janji hidup semati, bermati-matian bina janji, pupuk kasih sayang malah ada yang sanggup berkorban apa saje asalkan segala impian jadi nyata..


Kalau tak sanggup untuk bergelar isteri, jangan kahwin lagi.. Kalau rasa tak cukup ilmu untuk bergelar ibu / ayah , belajar dulu.. Kalau rasa belum sedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran tu.. Jangan berkahwin dulu sebab kenyataannya ramai yang tak bersedia untuk melangkah tapi dah melompat.. Akhirnya, jatuh terjerumus dan tak jumpa akar berpaut tatkala cuba bangkit kembali..


Kahwin tu nikmat dan indah bagi orang yang betul-betul tahu tuntutannya.. Kahwin tu menjanjikan pahala yang tak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, cintai Allah dan syurga sebagai matlamat. Kahwin tu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan, bagi yang tahu rahsia-rahsianya..


Berkahwinlah kerana Allah dan Nabinya.. Bukan berkahwin sebab perasaan dan mengikut kebiasaan.. Jodoh jangan dirisaukan.. Tiba masanya, ia akan menjemput.. Namun perlu juga kita buka lorongnya, agar jemputan tu mudah sampai dan tak terhalang..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

2 comments:

Wak Lat Wak Lat said...

salam ziarah,. ;p

ps. kawen tu sonok, nk jaga perkawenan tu yg tak brape nak sonok

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@tiga lalat Bernikahlah kerana Allah dan kerana sunnah baginda SAW.. Dalam dunia ini, perkara yang paling penting adalah tanggungjawab..

Tanggungjawab terhadap Allah, agama, ibu dan bapa, tanggungjawab terhadap kerja, tanggungjawab terhadap majikan, suami, tanggungjawab terhadap isteri, tanggungjawab terhadap anak-anak dan tanggungjawab terhadap yang lain-lain..

Maka, perkahwinan itu bukan sekadar tempat untuk menghalakan nafsu syahwat semata-mata.. Tapi, juga tanggungjawab.. Jika tak dapat menunaikan tanggungjawab terhadap isteri atau suami sepenuhnya, maka dikira dosanya ingkar akan arahan Allah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...