Ketika itu, jangan hanya dilihat 'sebab' tetapi lihatlah pada 'penyebab' segala sebab. InsyaAllah, jika kita mengadu dan merayu kepada Allah, Allah pasti akan mendengar dan memberi jalan penyelesaiannya.
Sama ada semua masalah kita akan diselesaikanNya atau pun Allah akan menjadikan hati kita tabah dan gagah untuk menghadapinya. Dengan kekuatan itu kita tidak akan terus mengutuk kegelapan, tetapi kita akan terus berusaha mencari cahaya. Kita tidak akan berterusan mengharapkan ikan, tetapi kita akan berusaha sedaya upaya memiliki jorannya..!
Ingatlah, apabila Rasulullah SAW menyuruh Sayyidina Bilal RA mengumandangkan azan, baginda akan berkata,
"Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat."(Riwayat Ahmad)
Menerusi permintaan itu, Rasulullah menegaskan bahawa solat sebenarnya memberi suatu kerehatan bagi orang yang mendirikannya. Diriwayatkan daripada Sayidina Huzaifah,
"Apabila Rasulullah mengalami suatu kesulitan, baginda akan segera mengerjakan solat."(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Tindakan Rasulullah ini selaras dengan anjuran Allah yang bermaksud,
"Dan pintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat."(Al Baqarah : 45)
Tentu sahaja dalam solat itu, Rasulullah menemui ketenangan dan kekuatan. Bayangkan, betapa kukuh dan teguhnya jiwa Rasulullah. Baginda dibantu oleh wahyu dan diperkuatkan oleh mukjizat. Namun, baginda masih mencari kekuatan dengan solat. Lalu, siapakah diri kita yang begitu lemah, tetapi terus angkuh daripada mendapat bantuan Allah menerusi solat..?
Marilah mencari kerehatan dengan solat.
Semoga bermanfaat.
Wallahhu'alam
No comments: