Sejak 2 menjak ni, ramai adik-adik, akak-akak yang add saya di facebook dan bertanyakan tentang langkah-langkah awal nak berpurdah atau berniqab.. Jadi, bagi memudahkan situasi dan keadaan, saya rasa adalah lebih mudah jika saya buat entri khas tentang soalan-soalan diorang di blog zuhud saya ni.. Bagi memudahkan insan-insan lain merujuk entri ini buat mereka yang mungkin bertanyakan hal yang sama pasal niqab ni..
Ok. firstly, saya nak cita pasal pengalaman berpurdah dulu.. Dulu saya pernah buat entri pasal nak berniqab ni.. Boleh klik sini .. Takpe, biar saya cerita balik pasal awal-awal berniqab dulu..
Saya merupakan seorang gadis yang berumur 21 tahun pada tahun ini tapi belum lah genap lagi.. Keluarga saya biase-biase saje.. Bukan dari kalangan a'lim ulama'.. Tak wara' pon.. Sangat biasa-biasa.. Bukan dari family yang belajar agama la.. Bukan dari keluarga ustaz ustazah.. Tapi, sekadar basic yang wajib tu, alhamdulillah tahu..
Time saya tadika, saya bersekolah di Tadika Islam, Bukit Temoh, Tapah, Perak Darul Ridzuan.. Yaa, teman orang peghok weh.. Lepas tu, time sekolah rendah, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Satu (1) , Jalan Hospital, Tapah, Perak Darul Ridzuan.. Sekolah rendah dekat sekolah tu, dari darah 1 sampailah UPSR iaitu darjah 6..
Selepas tu khudrat masih ada, nikmat sihat tubuh badan masih lagi dikurniakan, saya sambung belajar di Government English Secondary School, Tapah.. Sekolah sekular.. Campur lelaki perempuan, Islam bukan Islam.. Bukan juga aliran agama.. Saya budak Geografi, sebab cita-cita nak jadi Ahli Geologi, tapi apakan daya, lagi kita target, lain yang Allah dah tentukan..
Lepas SPM, dengan berbekalkan result SPM, saya dapat tawaran belajar ke sebuah IPTA di ibu kota Selangor, iaitu di Shah Alam.. Dalam bidang yang jauh jugak dari target saya.. Dalam Bidang Undang-Undang..
Saya mula bertudung labuh sejak sekolah lagi.. Alhamdulillah.. Tapi, honestly, memang dulu niat saya lain.. Biasa la perempuan, semua nak nampak lawa, comel je.. Jadi, saya pon salah seorang yang nak nampak ayu gitu.. Saya mula tertarik untuk memakai tudung labuh bidang 60 selepas saya lihat seorang wanita ni pakai.. Saya rasa macam sejuk hati bila tengok dia pakai tudung labuh.. Dia dengan saya bukan sapa-sapa pun.. Sedarah tapi daging lain-lain.. Dia ialah sepupu saya.. Insan yang paling saya rapat..
So, saya pon beritahu la mama yang saya nak pakai tudung labuh.. Mama tak halang.. Mama terus beli kain, jahit tudung sendiri.. Dan, saya pon pakai la tudung labuh bidang 60 yang dijahit tu ke sekolah.. Ok, sangat selesa.. Alhamdulillah, tak ada kecaman ke apa dari rakan-rakan yang rapat dengan saya.. Tak de yang kutuk cakap,
"Bajet a'lim, wara' bla.. bla.. bla"
Ok, lepas dah masuk IPT tu, alhamdulillah, sepanjang duduk hostel, memang saya ditempatkan bersama-sama rakan-rakan yang ada basic agama.. Dekat hostel IPT tu, sebilik 4 orang.. Termasuk diri sendiri la.. Jadi, time sem 1 tu, saya dibilikkan bersama-sama, 3 lagi kawan.. Sorang tu, budak imtiyaz di Terengganu, hafizah 30 juzuk, sorang lagi, anak imam masjid di Perlis.. Sorang lagi, anak pensyarah.. Pada kawan saya yang pelajar imtiyaz ni la yang saya selalu tanyakan soalan dan kemusykilan bab-bab agama..
Time sem 2 pula, kite orang dah bertukar roommates.. Saya duduk sebilik dengan seorang budak sekolah agama.. Dia orang Perak jugak.. Duduk Sungkai.. Lepas tu, lagi 2 orang rommates, orang Sungai Buloh course TESL dan lagi seorang dia lah roommate dan jugak classmate, orang Melaka..
Kalau nak ikutkan, yang time sem 2 ni, dengan kawan yang duduk Sungkai tu la yang menjadi tempat rujukan kalau ada apa-apa kemusykilan.. Huhu.. Nama dia pon sama dengan saya.. Siti namanya.. Memandangkan nama kite orang sama, jadi, nickname saya pon bertukar.. Sejak masuk U ni la, macam-macam nickname baru ada.. Siti Katy Perry la, Katy Perry la.. Tapi, majoriti orang panggil Kate la.. Sebab nak elakkan nama sama kan.. So terima je la.. Haha..
Penghijrahan bermula time saya dengan Siti keluar outing di pekan la.. Kite orang pergi PKNS, Plaza Alam Sentral dengan SACC.. Pergi shopping.. Tempat pertama yang kite orang jejak berdua, bersama adalah PKNS.. Kite orang berdua merayap la, dari aras bawah sampai la ke seterus-seterusnya.. Time tu, kite orang naik aras 1.. Kite orang berpecah, dia pergi kedai sebelah, saya pergi ke satu kedai yang jual pakaian-pakaian ihram.. Saya masuk ke kedai tu.. Belek la semua barang yang ada..
Sampai di satu sudut, di hujung kedai, saya nampak banyak niqab yang dijual.. Niqab separuh tu je la.. Dan niqab full tutup dahi tu pon ada.. First, saya amik yang full tu, tapi, suddenly Siti datang dari belakang sambil berkata,
"Kat, kalau nak mula pakai, pakai yang separuh dulu.. Takut nanti kalau drastik sangat rasa macam tak mampu nak teruskan"
Ermm, saya pun fikir jugak apa yang Siti cakap tu.. Ada betulnya jugak.. Almaklumlah, baru nak berhijrah.. Baru nak belajar berniqab.. So, lepas fikir-fikir tu, saya pun letak lah balik niqab full tu, dan ambil niqab separuh tu.. Saya test pakai.. Menghadap ke cermin sambil dibantu oleh Siti.. Siti yang tolong pakaikan niqab tu..
Allah, sungguh speechless saya time tu.. Memandang cermin dalam keadaan bertutup.. Rasa macam lain sangat.. Latu, mata pon berkaca-kaca.. Saya menitiskan airmata time dekat kedai tu.. Time tu, kami je pelanggan kedai tu.. Jadi, time nangis memang tak tau nak kata apa la, memang diperhatikan oleh pekerja kedai dan tuan kedai tu.. Allah je yang tahu bagaimana rasanya.. Sungguh indah..
Memang hasrat berniqab telah lama saya pendamkan.. Sejak di bangku sekolah.. Ada satu ketika tu, saya pernah bertanya pada ustazah saya di sekolah.. Time tu saya form 5.. Time kelas agama.. Memandangkan time tu, saya duduk depan sekali, depan meja cikgu pulak tu, jadi, saya pun tanya la ustazah saya tu..
"Ustazah, dekat sekolah boleh berpurdah tak..?"
Ustazah jawab,
"Tak boleh.. Peraturan sekolah cakap tak boleh"
Yang saya pegang dari dulu dalam diri saya,
"Kalau benda yang buruk-buruk, benda jahat-jahat, semuanya berdosa kalau kita buat"
Tu je la yang saya pegang dulu.. Alhamdulillah, Allah beri saya rezeki untuk belajar agama selepas SPM.. Aku yang dahulunya tak kenal apa itu Usrah, sekarang dah tahu.. Sebenarnya, baru tahun lepas, saya join usrah.. Tu la first time tahu usrah tu cemana dan apa benda usrah tu..
Ok, berbalik balik time dekat kedai tu, lepas test pakai purdah tu, saya pun terus beli purdah separuh tu.. Time tu, belum beritahu parents lagi niat nak berpurdah tu.. Lepas je beli purdah tu, terus beli sarung tangan semua..
Lepas tu, minggu seterusnya, saya balik rumah.. Saya tak pernah naik bas ekpress kalau nak balik rumah.. Or ke mana-mana saja tanpa mahram.. Memang mak ayah akan jemput saya balik.. Kadang-kadang, balik dengan sepupu.. Sepupu selalu balik Tapah setiap minggu, so, tumpang la sekali.. Kalau nak balik ke kampus ke kadang-kadang naik dengan sepupu, kadang-kadang mama dengan ayah yang hantar balik hostel..
Time dah balik rumah tu, memang ada mintak izin mama dan ayah, yang saya nak berniqab.. Tapi, at first, mama tak bagi.. Tapi, ayah pula menyokong.. Elok la, jaga diri.. Mama persoalkan,
"Dalam U boleh ke berniqab"
Saya jawab la tak boleh.. Tapi, bleh pakai time keluar kampus.. Mama kata,
"Tunggu masa yang sesuai"
Ok, agak kecewa, tapi, tak de la geram ke hape.. Sebab saya tahu, mama mesti nak yang terbaik buat anaknya.. Mesti tak nak tengok anaknya terima apa-apa ujian macam hinaan dan lain-lain tu.. Saya paham.. Another week had gone, kali ni nak balik rumah jugak.. Cuma kali ni, mama dengan ayah yang jemput dekat hostel.. Walaupun time tu masih mama tak beri keizinan untuk pakai niqab, tapi, time balik tu, menuju ke kereta tu, saya dah pakai niqab.. Mama dengan ayah macam speechless je.. Memang pandang je la.. Ayah ok.. Mama pon, lastnya ok.. Alhamdulillah..
Lepas je saya berniqab dan mula istiqomah, time belajar tu, mama pun ada tempah purdah mengikut warna tudung yang saya ada.. Mama hadiahkan jubah.. And, I felt like, I've been accepted.. Huhu.. So glad.. Macam dunia ni "aku" yang punya je rasanya.. Lepas habis belajar dekat IPT tu, kembali la menganggur di rumah..
Time exam MUET pun saya pakai je niqab.. Examiner yang bukan Islam tu pun tak de suruh bukak pun.. Sangat hormat dan faham tentang tuntutan dalam agama Islam.. Sangat bersyukur.. Kawan-kawan pun, ok.. Tak de yang kutuk.. Malah support je.. Alhamdulillah sangat.. Even though, one of my best friends, dia non-Muslim, yang beragama Kristian Katolik dan seorang yang sangat kuat agama.. Saya suka sembang dengan dia.. Kita orang sama floor.. Memang selalu la pergi bilik dia.. Makan bersama semua la.. Suka berbicara hal agama.. Walaupun berbeza agama.. Saya selalu tanya pasal Bible.. Sekadar untuk pengetahuan.. Dan, dia pun ok je dengan Islam.. She is really a good friend.. Kita orang berempat, best friend.. Yang lain-lain, semua okay.. Supportive.. Walaupun kite orang biasa-biasa je. Tak ada basic agama pun.. Huhu..
Lepas graduate dari IPT tu, saya niat tak nak teruskan ambil law.. Sebaliknya, ambil STAM.. Tujuan amik STAM tu bukan untuk nak melanjutkan pelajaran ke Mesir ke apa.. Tapi, tujuannya memang nak belajar agama je.. Tak ada niat lain.. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa.. Saya belajar di sebuah Maahad Imtiyaz bawah jajahan ISMA di Ipoh.. Walaupun tempat ISMA, tapi, saya bukan ISMA.. Mana yang baik, kita ambil.. Yang buruk tolak tepi jauh-jauh..
Alhamdulillah, dah tamat dah belajar di bumi AIM.. Sekarang tengah tunggu result STAM.. Huhu.. Dan alhamdulillah juga, segala rintangan yang dihadapi, dapat dihadapi dengan baik.. Time mula-mula pakai tu, memang tiada halangan keluarga.. Tetapi, halangan dari pihak lain pula yang datang menjengah.. Entah lah, sejak saya di bangku sekolah rendah lagi, ada seorang insan ni, yang dengki sangat dengan saya.. Lepas satu, satu tohmahan yang dilontarkan..
Saya pernah dituduh sebagai Syiah time belajar di bumi Selangor.. Dan tohmahan tu, sampai melibatkan mama sekali.. But, it's okay.. Saya tak rasa apa pun, sedih pun tak.. Rasa neutral je.. Saya ni jenis hati kering sikit.. Jadi, kata-kata dia tu memang tak jadi kudis pun pada saya.. Lagi pun, saya tak nak lah, keadaan jadi lebih buruk.. Kalau nak bukak aib anak dia, boleh je.. Tapi, fikirkan dosa bukak aib tu, saya diam je la.. Ada sampai satu detik tu, saya rasa macam tak nak balik rumah.. Time tu lagi 2 hari nak raya.. Saya siap call mama, cakap tak nak balik.. Raya dekat kampus.. Lagipun memang ramai la yang tak balik.. Tambah budak-budak yang duduk Sabah dan Sarawak.. Disebabkan si fulan tu, menyebarkan fitnah, sampai mama saya tension pula..
Tapi, mama dan ayah datang jemput anak dara sulungnya ini di hostel pada hari tu jugak.. Hehe.. So, saya pun balik la..
Dah cukup panjang lebar dah cerita saya ni.. Saya bukan tak nak cerita keseluruhan pengalaman.. Tapi, saya tak nak, para insan yang baru nak berniqab rasa terbantut nak berhijrah sebab takut hadapi perkara yang sama seperti saya dan para muntanaqibah yang lain..
Tak pe la, cukup la untuk kali ni.. InsyaAllah, lepas ni, saya akan buat entri, persediaan sebelum berniqab..
Ok, babai.. Salam Alaik..
47 comments:
Assalamualaikum, akak.
Dkat IPTA mmg boleh berniqab ke? Saya nie tgh blajar kat matrikulasi, & niat nk pkai niqab tu kuat sgt. Tpi x tawu nk mula dari mana.
@Nordiana Iziany Nordin Wa'alaikumussalam.. Boleh.. Tapi, kene buat surat untuk mintak keizinan dari dekan.. :) Utk nak mule berniqab ni, mule2 cari ilmu dulu.. lepas tu, mula tutup aurat dgn sempurna.. Dan try pakai niqab.. biasakan pakai.. InsyaAllah, lama2 nanti, biasa la.. :)
Assalamualaiku. Kak..sya ade soalan..sy mmg berniat nk berniwab..tapi masalah sy satu jer..tempat kerja..yelaa company mana2 pon x ambik yg berniqab ni..boleh ke kalau pergi kerja sy x pakai..luar kawasan kerja sy pakai??adekah sy hipokrit??
@Anonymous waalaikumussalam.. tak jadi masalah jika on off kerna atas sebab yg perlu.. tidak dikira permain2kan pakaian sunnah atau hipokrit.. hipokrit bermaksud menzahirkan keimanan tp kenyataannye munafiq (Berpura2 nampak alim)
Salam kenal ..
Sy pun br berjinak2,alhmd so far mak ayah pon blh trima cuma diorng pun risau x istqamah
Cuma...ada on off krn kerjaya
@yong norliza Alhamdulillah.. semoga istiqomah dgn apa yg telah dimulaksn :)
Assalamualaikum kak. Umur saya bru 16 tahun tapi niat nk pkai niqab tu kuat sgt. Saya teringin jugak dkt luar nk pkai niqab....tapi tak kesampaian sbb faktor sekeliling. Yelah dkt sekolah tak boleh pkai niqab...lgpun saya tak bgtahu makayah lg nk berniqab...akk rasa saya patut mula bila? Umur 18 time dh belajar kt u nnt? Tq
@Anonymous Waalaikumussalam adik.. :) Alhamdulillah.. Ada niat dah bagus.. Pendapat akak, mula2 minta izin mak ayah.. Klaau bagi, teruskan pakai.. Boleh on off.. Belajar pakai untuk permulaan.. Tapi, jika hati adik rasa macam nak terus pakai dan tak mau on off, elok pakai lepas SPM..
Bagi akak, lg cepat lagi bagus.. :) Allah nilai usaha dan keikhlasan memakainya.. insyaaAllah ^_^
Assalammualaikum awk,
Mm sy nk tnye tntng stam...lbh lanjut kalau awk xkeberatan boleh awk jawap soklan sy...
Mula awk msk stam umur braper?
Mcm mne awk seswaikn dri disana ?
D stam sana tiada kenderaan ..mmg awk bwa kenderaan sndri ker?
@ilmu cahaya Waalaikumussalam.. saya masuk STAM umur 20 tahun.. di tempat saya ambil STAM tu, syarat kemasukan lepasan SPM.. Tiada basic pon boleh.. Tapi, kene belajar arab la..
Kebanyakan batch saya semua adik2.. Alhamdulillah, tak kira umur memang adik2 jenis friendly, dan senang rapat dgn saya.. :) Ustaz2 pon okay.. Baik.. Sana ikhtilat sangat2 dijaga api.. Dalam kawasansekolah ada asama.. Jadi, jika nak outing DLL, boleh call teksi.. dan kalau nak balik boleh naik bas jika jauh.. dan boleh minta tolong ustaz hantarkan ke stesyen bas.. ustaz2 amat ambil berat keselamatan2 pelajar perempuan terutamanya dan sanggup ambil pelajar di stesyen bas atau KTM walau pd waktu tengah malam..
Jarak rumah saya dgn sekolah jauh juga.. Saya balik setiap minggu.. ibu bapa yg ambil.. :) Nak bawa kenderaan sendiri juga boleh.. Tiada masalah..
Assalamualaikum ukhti. Sye sangat tertarik dengan entry ukhti. Sye memang dah lama berniat nak pakai purdah, tapi sye tangguhkan dulu sebab sye nak lakukan yg wajib dgn sempurna. Sye dari aliran biasa, ilmu agama tidak tinggi. Allahu. Sye pernah bertanya pd parents, mulanya mereka agak terkejut tapi akhirnya mereka benarkan alhamdulillah. Tapi sampai sekarang sye belum memakai niqab. Dan sye taktahu nak mulakan macamana. Boleh ukhti bagitahu sye cara nak memulakannya? Terima kasih :)
@norazizah Waalaikumussalam saudari.. (: Kita berada di situasi yg sama.. Saya juga aliran biasa, tiada asas agama,.. Namun semua tu tak menjadi halangan.. Tak perlu sekolah agama untuk pakai tudung labuh, berpurdah, berburqa.. Ada ilmu, tahu tuntutannya, tahu sunnahnya, insyaaAllah pakai aja terus.. Dan, pada masa yang sama, kita belajar memperbaiki diri masing-masing.. InsyaaAllah.. :)
Ok, mula2, penuhi yang wajib.. Tudung labuh bawah dada, baju tak jarang, baju tak ketat, pakai handsocks, stokin.. dah penuh tu, mulakan berpurdah.. Boleh mulakan dengan on off, supaya dapat belajar buat permulaan ni.. Kalau tak nak on off, boleh aje pakai tp time makan (selalunye ni yg menjadi masalah bg amateur) time makan, boleh bukak.. tak de masalah juga,,
lepas tu, mulakan belajar sunnah2 isteri2 nabi, kenapa niqab ni digalakkan.. insyaaAllah dapat membantu sikit :)
@norazizah Waalaikumussalam saudari.. (: Kita berada di situasi yg sama.. Saya juga aliran biasa, tiada asas agama,.. Namun semua tu tak menjadi halangan.. Tak perlu sekolah agama untuk pakai tudung labuh, berpurdah, berburqa.. Ada ilmu, tahu tuntutannya, tahu sunnahnya, insyaaAllah pakai aja terus.. Dan, pada masa yang sama, kita belajar memperbaiki diri masing-masing.. InsyaaAllah.. :)
Ok, mula2, penuhi yang wajib.. Tudung labuh bawah dada, baju tak jarang, baju tak ketat, pakai handsocks, stokin.. dah penuh tu, mulakan berpurdah.. Boleh mulakan dengan on off, supaya dapat belajar buat permulaan ni.. Kalau tak nak on off, boleh aje pakai tp time makan (selalunye ni yg menjadi masalah bg amateur) time makan, boleh bukak.. tak de masalah juga,,
lepas tu, mulakan belajar sunnah2 isteri2 nabi, kenapa niqab ni digalakkan.. insyaaAllah dapat membantu sikit :)
Assalamualaikum,kak..saya baru berumur 18 tahun n saya memang dh lama niat nak berniqab..Alhamdulillah,abah n mak saya izinkan utk saya berniqab..Masalahnya disini,saya dikelilingi oleh abg2 sepupu saya iaitu anak makcik (kakak kepada abah) saya...kami satu keluarga besar tinggal di dlm rumah trsebut...Saya memang kena tutup aurat bila melangkah keluar dari bilik,kdg2 tu,ada jugak trbabas trlihat aurat..malu sgt..jd,saya nak tanya,walaupun brada dlm rumah sendiri,saya kena jugak pakai niqab ye?..
Assalamualaikum kak. Kak duduk tapah ea? Sy blajar dekat uitm tapah hehehe :D teringin nak jumpe akak. Kite jumpe nak kat tapah? Pleaseeee. Kalau setuju please contact sy kat 0178790786 heeee :D ♡
semoga saya juuga diberi kemudahan oleh Allah utk memulakan sesuatu yg besar dlm hidup sy ni ... Doakan saya ..
@Naurah Nawwarah InsyaaAllah.. Ganbatte.. :)
Sya bru sekali pkai purdah. First time pkai sbb nk kluar tpi muka penuh makeup. Sya xbiase pkai makeup keluar dari rumah. Sya pn nak ikut mak sya kluar jd sya ambik niqab ubah jdi purdah. Sya pkai handsock, stoking and jubah. Pstu sya kluar prgi kdai buku. Sya terpndang sorang laki, trus sya tnduk ( sbb biase mcm tu) sya pn trus teringat yg sy pkai purdah. Jadi xde la malu sngat. Hahaha. Keesokannya sya kluar prgi bt lesen kereta. Sya xpkai la purdah sbb sya pkai sluar. Rse mcam xsesuai je nk pkai purdah jd sya lupakan je. Tak lepas tu, ayah sya ajak sya prgi meniaga kat tmpat dia. Tmpat muslimin gtu, sesuai la kalau sya pkai purdah. Bila sya dh siap pkai semua. Adik sya tgur, dia ckap baik tak payah pkai kalau nk pkai buka tutup mcm tu. Mcm prmainkan agama je. Kcik hti sya, trus sya lari msuk dlm blik. Sya xprgi tolong pun ayh sya. Mak sya yg prgi tolong. Bile mngadu kt bf sya. Dy pn suh jgan pky bt mse skrg. Tp dy ckp dy sokong sya. Dlm kluarga sya, yg btl2 sokong mak sya je. Dia sorang yg prmudahkan jalan utk sya pakai purdah. Sayang umi.
Assalamualaikum..
Saya nak tnye sis...ramai yg kate Kalau X pki purdah semasa belajar pon xpe tapi diluar waktu belajar blh pki..diluar waktu belajar tu maksudnye setelah keluar dari dewan kuliah ke luar dari kawasan kampus or universiti..
@Nabieylah Sloves Alhamdulillah.. Situasi yahng awak pakai tu, kira terbaik dah awak.. Pakai ketika berada di tempat muslimin ramai.. Tiada isu mempermainkan agama pun.. :) Pakailah.. InsyaaAllah Allah akan permudahkan..
Jika ada yang tidak menyokong, takpe.. Kami semua ada di belakang awak.. Dan sentiasa menyokong.. InsyaaAllah.. :)
@Anonymous Waalaikumussalam..
Di luar waktu belajar, maksudnya sama ada di luar fakulti atau di luar kampus.. Bergantung pada undang2 universiti.. Setahu saya, undang2 universiti tidak membenarkan untuk memakai purdah di kawasan kampus.. Jadi, maksudnya di luar kampus..
Namun, jika ada keizinan dari orang atasan, mungkin setiap kali keluar dari kawasan fakulti, boleh pakai terus purdah.. :)
Assalammulaikum..akak..sye nk sngt berniqab..tpi keizinan mak ayah pnting...boleh ke saya bniqab sbb masalah kesihatan??...for example like 'xboleh terdedah dngn asap or jerebu'...
Mcm mna ye??
Hrp dpt jwapan😢😢
@Nor Madiha Samsuddin Waalaikumussalam.. Boleh pakai tiada masalah.. Tapi, nak lg berkat, utamakan keizinan ibu bapa.. Sebab ianya wajib dari berniqab..
Salam.. Dulu time sy skola sy kna pakai purdah.. Then lama kelamaan saya mula teringin nak truskan memakai purdah.. Tpi ibu n ayah sy melarang memakai purdah.. So saya cuma truskan memakai tudung labuh je tpi sy berniat nk memakai purdah selepas berkhwin.. Alhamdulillah dngan izin Allah selepas saya berkahwin, suami saya izinkan saya memakai purdah..saya mula pakai purdah jenis biasa2 je.. Sbb sy xde ilmu agama sangat..sy juga msh memakai celak2 di kening lg krn alasan yng tertntu.. Tpi lama kelamaan saya teringin nak pakai niqab yang jenis tutup dahi skali.. Tpi kawan saya tgur saya kalo nk pkai mcm tu dia kna tinggikan ilmu agama dlu bru blh pakai.. Sekarang saya nak tnya betul ke orng yang nk pakai niqab ni ilmu agama dia kna tinggi?? Saya nak pakai sbb sy nak betul2 berubah ..walaupon saya pakai celak di kening sy xnk bg orng lain tngk kecuali suami sy sj.. Saya mntk bg pnjelasan skit tntang ni.. Terima kasih ��
@Hamba Allah Waalaikumussalam wbt..
Beramal biarlah apabila kita berilmu.. Dan jika mempunyai ilmu, maka beramallah.. Sebab apa ada peribahasa macam tu..? Supaya ilmu yang diketahui itu tak menjadi sia-sia.. Nak berpurdah juga perlu ada ilmu.. Tapi, tak semestinya perlu ilmu yang terlalu tinggi sebab tahap ketinggian ilmu itu tak dapat diukur melalui menuntut ilmu.. Semuanya dapat diukur melalui amalan kita..
Jadi, teruskan pakai, dan dalam pada masa yang sama, tingkatkan ilmu.. InsyaaAllah.. :)
Assalamualaikum ukhti . Umur saya baru 15 . Saya start berniaqab last year . Kadang2 saya rasa dah taknak pkai niqab sebb faktor org sekeliling and sedara sendiri . Saya tak kuat nak dgar semua tu . Benda tu buatkan saya rasa down . Lagipun saya takut saya tak dpat nk jaga ikhtilat sebb klas sya cmpur llaki prmpuan . Mna taknya pndang depan je nmpk llaki . Hmm .
@Ayuzawa Misaki Waalaikumussalam wbt..
Alhamdulillah, tahniah sebab dah berniqab.. Okay, macam ni.. Mulut orang ni kita tak boleh nak tutup, berniqab atau tidak, sama je mulut diorang.. Diorang tetap akan mengata dan mengdown'kan kita.. Tai, apa yg kita boleh buat ialah, kita boleh ambil kata-kata egatif diorang tu kepada positif.. Anggap tu semua adalah ujian untuk menguji atau menambah tahap kesabaran kita..
Normal dik alami perkara macam tu.. Yang salah tu mulut mereka yang suka mengdownkan kita.. Niqab tu tak salah.. Jadi, kenapa nak tanggalkan niqab walhal adik buakan berada di pihak yang salah..?
Tentang ikhtilat.. Ikhtilat ni pergaulan antara lelaki dan perempuan.. Ikhtilat memang wajib dijaga tapi bukanlah bermakna segala interaksi antara lelaki dan perempuan tu salah dan haram..
Kalau bertegur, dan berbincang tentang group work etc, tak salah.. Diharuskan sebab tu sebahagaian daripada muamalah.. Tutup aurat dengan sempurna, suara tak dimanjakan, tundukkan pandangan, bercakap dengan nada yang tegas.. Ada semua ni, tak jadi masalah untuk berinteraksi atas perkara-perkara yang diharuskan..
Assalamualaikum akak. Saya ni tergolong dari golongan orang orang yang melakukan banyak dosa. Saya banyak meninggalkan perkara yang wajib tetapi tak tahu pulak kenapa saya teringin sangat nak pakai niqab tu. Sekarang saya dah betudung tetapi masih melakukan benda yang dilarang oleh Allah. Niat nak berniqab tu mula timbul last 4 months dan sejak tu saya memang suka melihat prempuan yang memakai niqab sejuk jee hati saya kak tetapi yang yang menghalang saya untuk bertaubat di sebab kan orang orang yang selalu di sekeliling saya (adik beradik) sebab mereka ni pun sama seperti saya. Boleh tak akak tolong saya cara nak kembali ke jalan syurga kejalan yang benar? ��
@Anonymous Waalaikumussalam.. Alhamdulillah bila dah ada niat baik macam sekarang ni.. Jika adik yakin, melalui niqab ni dapat mengawal dosa adik, teruskan pakai.. Pesan akak, bila kita ada niat yang baik untuk dibuat, jangan tangguhkan..
@Siti Khadijah Halil assalamualaikum...diq...akak ni xpandai dlm ilmu agama...setakat halal haram...in shaa Allah..boleh phm ckt2...cuma nya...akak mmng xpandai dlm bab al quran dan sunnah...tp akak selalu bila terpandang wanita2 berniqab...hati terpanggil2 untuk turut sama...selalu ckp kt suami...awak...kalau sy pakai mcm ni ok tak...suami kate xkesah...akk rase...mungkin dengan berniqab kite boleh mengawal tingkah laku sebagai seorng wanita islam...jd...klau kite xde ilmu agama yg kuat...jd kesalahan ke klau kite nk berniqab?mohon tunjuk ajar...
@nurzaiyana matisa Waalaikumussalam.. Alhamdulillah.. Hidayah Allah buat akak dah sampai.. :) Orang kata, beramal setelah berilmu.. Namun, tidak menjadi masalah jika kita beramal sambil kita menuntut ilmu.. Yang penting ada ikhtiar dan usaha untuk menuntut ilmu sambil-sambil memperbaiki diri.. InsyaaAllah, by time kita akan faqih dah tahu atas asbab apa kita beramal.. :)
Assalamualaikum ukhti. Kalau nak kita dah sedia maklum bahawa kampus itu tidak benarkan kita berniqab, tapi kita memang pakai niqab sewaktu nak keluar, ukhti pakai niqab waktu bila? Dari dalam bilik atau keluar pagar kampus baru pakai?
@AnonymousWaalaikumussalam.. Jika ketika outing, saya memakainya dari bilik dan keluar seperti biasa..
Assalamualaikum kak.. saya teringin nak bertanya mengenai purdah dan life di kampus... adakah akak sepenuhnya pakai purdah di kampus dan di kelas? dan bagaimana jika ada pembentangan? adakah mereka faham dan dengar dengan jelas apa yang kita sampaikan? lagi satu, bolehkah saya buka purdah bila mengajar (tuisyen) dan bila saya jumpa berdua sahaja dengan pensyarah wanita?
@Anonymous Waalaikumussalan.. Saya tidak pakai secara full time ketika berada di IPT.. Saya cuma mengenakan niqab ketika outing sahaja..
Tidak menjadi masalah jika ingin membuka niqab ketika mengajar.. Kerana pada asasnya kita ketahui bahawa niqab itu tidak wajib (hukum ada 3 iaitu harus, sunat dan wajib)..
Lagi pula, adab ketika belajar dan mengajar.. Seeloknya biarlah anak murid mengenal gurunya dan begitu juga sebaliknya.. Dan ketika sesama wanita, juga tida menjadi masalah jika tidak memakai niqab..
Wallahualam..
Assalamualaikum kak , saya ingin meminta sedikit nasihat , buat masa ini , saya rasa saya dalam proses hijrah ke yang lebih baik , tdng saya alhamdulillah tiada masalah tapi saya bernazar untk memakai niqab , tapi niat sya terbantut apabila kwn sya kata pakai niqab ini iman nak kena kuat , ilmu kena tinggi . Andaian saya , klu saya berniqab tapi dalam mse y sama sya sedikit sedikit menimba ilmu tentang islam , baiki kelemahan diri boleh kan ?lagi satu , hbngn saya dngn abngsaya amt rapat sehingga hampir kemana sahaja kami bersama , dan keluarga saya ni bukanlah dari glngn ustaz ustazah dan sering berkelakuan kasar antara adik beradik , dan saya fikir sekiranya saya memakai niqaa , adakah abang sya akan rasa terganggu dngn perubahan diri saya . Terima kasih kak sekiranya menjawab.
@Unknown Waalaikumussalam.. Sebaiknya begitulah.. Sambil berniqab, sambil tu kite perbaiki diri..
Kedua-duanya baik.. Berilmu dahulu baru berniqab pun baik.. Berniqab sambil menuntut ilmu pun bagus.. :)
Asslmualaikum,, akak sy nak tanya ni akak dulu stam kat mane erk? Boleh ke sy masuk stam even bkn dri sklh agama(?) stam kat mana yg boleh yer kak. Sbb stahu sy stam hnya d tawarkn utk pljr dri sklh agama sahaja. Tp sy macam brminat nak masuk stam (antara pilihn pngajian lps dpt result) ;)
Dan brp lama tmpoh pengajian d stam ye?
Hmm. Lagi. Setakat ni ade tak univrsiti
Yg bole pakai purdah spnuhnya(?) uiam boleh gune tak kak? Kalau sy masuk asasi uia boleh ke guna dlm kls ?
Sy berniat sgt nk guna purdah. Tpi niat ni masih sy simpan dlm hati je . keluarga xprnh tahu. Sy takut nak britahu ;'( sy tak tahu nk explain mcm mna nnti.. Lagipun dlm kluarga sy sebelah ibu dn ayah tk de sorng pn brpurdah. Hmm akak sy tkut sgt nntikn ape pndngn kluarga sy nnti.
Dulu mse prmulaan hijrah guna tudung labuh pun bnyk sgt dugaannya.
Sy mcm tk kuat tp alhamdulillah sy kuat gk. Skrg kluarga dh biasa tngok sy guna tudung bwl labuh. Tp cemuhan tu sgt perit smpai sekarg msih brbekas. Mcm2 aunty sy cemuh. Jiran,sepupu..dn hmpir sy hilang kwn. Sedih sgt. Tp tiba2 dtg hsrt nk brpurdah. Sy trfikir mcm mna pnerimaan org trhdp sye nnti(?)
Sy ade je kwn brpurdah. Rasa nk sgt jadi mcm diorg. Rasa bahagia sgt. Rasa nk duduk tmpat dorg je. Ye lah sye ni mcm impossible je nk teruskn niat.
Sy ade try pakai ala2 niqab sorok2..tp dlm hti trjentik -aku ni berangan je lebih tup2 ibu tk kasi! Hmm. Sedih pulk ;'(((
@Anonymous Waalaikumussalam.. STAM boleh diambil jika tiada kelulusan agama.. Atau bukan dari aliran agama.. Cuma perlu struggle sikit la belajar arab semula ketiga ambil STAM.. STAM lebih kurang 1 tahun.. Kalau gagal, boleh repeat.. Tiada masalah.. Ada 10 subjek.. Boleh google Maahad Imtiyaz Ikatan Muslimin / Akademi Ikatan Muslimin.. Boleh WhatsApp saya di +60195016004 dan saya akan berikan nombor telefon ustaz di AIM..
Universiti yang boleh pakai niqab, jika IPTA memang tiada.. Kalau tak silap UIA boleh pakai sebab dulu saya pernah ada program di UIA dan ada students yang memakai niqab.. Cuma saya tak pasti sama ada diorang pakai secara full time atau sekadar pakai di luar fakulti / ketika program luar.. Wallahualam..
Tak salah nak pakai.. Pakai on off pun takpe.. Kalau keluarga tak izinkan, ikutlah cakap mereka.. Think positive.. Theyknow better.. Mungkin mereka nak kita perbaiki diri kita sebelum memakainya.. Lagipun, niqab kan sunat saja.. Utamakan yang lebih wajib iaitu mendengar kata ibu bapa.. Wallahualam..
@Siti Khadijah Halilapa hukum seseorang itumelakukan sunnah ......chat sya kat ig *kadarxx_555*
Assalamualaikum kak saya nk tnye blh ke berpurdah walaupon x de ilmu agama yg tinggi sebb saya dh niat dri umur 14 saya nk berpurdah mk dengn ayah pon dh thu niat saya diorg x halang tpi tu lh ilmu yg saya thu setakat halal haram je lh blh ke berpurdah?
assalam akak , pakai purdah boleh celak mata dan maskara ke ? saya tanya sebab banyak nampak
Assalamualaikum, awak sy ni jenis yg suka kan kecantikan bila keluar sy mmg akan slalu makeup untuk naikkan keyakinan diri sy. Tapi sejak2 akhir ini sy betul2 tertarik dengan pemakaian niqab. Tapi sy bimbang iman turun naik dan akan pakai on off pula nanti. Jadi sy nk tnya bila berniqab kita dibolehkan ke memakai makeup yg tipis, cthnya spt celak dan lens berwarna? mohon pencerahan ya awak ðŸ˜. Terima kasih
Assalamualaikum akak. Umur saya baru 14 tahun (xgenap lagi) tapi saya nak sangat pakai purdah, tapi tulah saya sekolah menengah kebangsaan so tak boleh pakai sbb undang ii sekolah... Dari umur 12 lagi saya suka tengok orang berniqab.. Saya ada cerita dekat ibu, tapi ibu beriak biasa. Mungkin sebab saya terlalu muda time tu... Jadi, saya berazam untuk pakai niqab lepas habis sekolah... Akak doakan saya ye... Lagi satu, saya suka blog akak... Akak bagi saya semangat untuk terus mencuba memakai niqab... Assalamualaikum...
Waalaikumussalam, Ada niqabis lain Yang mengatakan jika Ada tamu Baru mereka pakai niqab Tu.
Harap membantu:)
Assalamualaikum ukhti semua. Masya Allah, saya amat terharu dengan mereka yang dah memulakan hijrah untuk berniqab. Sebagai seorang muslimah, saya sangat menyokong usaha ini. Berniqab/berpurdah bagi saya dapat memelihara kita dari fitnah dan gangguan lelaki di luar sana. Ia mengajar kita untuk menjaga akhlak sebagai muslimah. Sebagai seorang yang berniqab, suka saya untuk mengajak semua yang berniqab untuk mengelakkan dari bertabarruj. Kalau boleh pakailah warna hitam dan gelap, tutup juga dahi dan kening kerana ia sebahagian dari muka. Kalau tidak ada kesulitan, tutup juga mata dengan eye veil atau turunkan sikit niqab di dahi supaya mata tidak terlalu kelihatan. Pakai jubah yang longgar, yang tidak menunjukkan bentuk badan. Jangan lupa pakai stokin kaki warna gelap dan pakai juga sarung tangan penuh yang menutup jari kerana dari tangan juga boleh datang fitnah. Dengan menutup seluruh tangan dengan jari ia melengkapkan lagi penutupan aurat kita sebagai muslimah perindu redha Allah. Saya memang kalau boleh nak tutup semua macam wanita di Arab Saudi. Suka sangat tengok pakaian yg menutup seluruh tubuh tanpa menampakkan sedikit kulit pun.
@paenut
Bila kita berniqab, kita berniat untuk mengelakkan fitnah dan untuk mengelakkan tabarruj. Memakai celak dan maskara adalah bertabarruj, boleh memakai celak dan maskara tapi niqab haruslah menutup bahagian yg ada solekan tersebut. Maka apabila memakai solekan mata, mata juga perlu ditutup dgn kain yg jarang atau turunkan bahagian niqab di atas supaya bahagian yg ada solekan tidak kelihatan. Jgn lupa juga untuk yg berniqab, kaki perlu memakai stokin dan tangan juga sebenarnya ialah aurat yg mesti ditutup kerana dari jari jemari juga boleh mendatangkan fitnah. Pakailah sarung tangan yg penuh kerana wanita itu seluruh tubuhnya ialah aurat.