
 
- Niqabis ni pelajar lulusan Al-Azhar Mesir ke..? Sekolah pondok..? Madrasah..? Tahfiz..?
Tak semestinya. Mereka cuma suka tutup aurat dan tutup wajah atas tujuan menghindari fitnah. Keinginan mengikut sunnah.
 
- Niqabis nak makan macam mana ya..?
Macam biasa je. Cuma singkap niqab dan makan dgn cermat. Tak ada masalah pun.
 
- Niqabis wajib pakai hitam ya..? 
Tak wajib pun semuanya hitam. Asalkan menutup aurat dan tak bertabarruj.
 
- Niqabis tak bergaul dengan yang tak berniqab ke..? 
Kami berkawan dengan semua takde pilih yang berniqab sahaja.
 
- Niqabis memang jenis tak bercinta ke..?
Ada rasa cinta tapi tak la "over"
 
- Niqabis ni pandai ilmu agama kan..?
Tak semestinya. Mereka juga masih belajar untuk melengkapkn diri dengan ilmu-ilmu agama.
 
- Niqabis ni ada yang niqab on / off. Main-mainkan pemakaian sunnah ke..? 
Mereka berniqab atas tujuan khusus maka berniqab mengikut keadaan dan berusaha untuk istiqomah. Kadang soal kerja yang mendesak niqab untuk dibuka sementara.
 
- Niqabis ni semua cantik sangat ke sampai nak tutup wajah..? 
Berniqab bukan bukti bahawa niqabis itu cantik. Cuma niat sendiri nak meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
 
- Niqabis tutup wajah mesti nak elak kecacatan di paras wajah kan..? 
Niqabis tutup wajah bukan kerana malu dengan ciptaan Allah tetapi hanya ingin menjaganya.
 
- Niqabis tak takut ke jadi perhatian / cemuhan..? 
Nak berada di jalan yang diredhai Allah tentu ada banyak ujiannya.. Dah biasa. 
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments: