Jika kita perasan, Rabiatul Adawiyah, Sumayyah, Aisyah Humaira nama mereka kurang disebut dibibir-bibir kanak-kanak terutamanya perempuan. Sebaliknya mereka lebih banyak menyebut nama-nama puteri dalam cerita dongeng bah kan berangan-rangan untuk memiliki kecantikan mereka dan sifat-sifat mereka. Happily ever after yang diangankan yang bermula dari kehidupan kelas biasa kemudian datang keajaiban dan akhirnya mereka dapat kebahagiaan di penghujung cerita.
Tahukah kita bahawa wanita-wanita zaman sahabat, Tabi', Tabii'in juga mempunyai kelebihan-kelebihan seperti itu bah kan lebih lagi. Bukan dari segi kecantikan atau akhirnya berjumpa putera raja kerana anda sendiri tahu bahawa perjuangan Muslimah sejati itu bukan pada kehidupannya semata.Dia bukan memperjuangkan bahagianya, tetapi bahagia Islam seluruhnya.
Sebelum merapu lebih panjang, mari kita berkenalan dengan watak-watak utama dalam entry ni. Tak kenal maka tak cinta bukan..?
Biodata ringkas
Nama : Cinderella
Karakter : Seorang orang gaji yang ditindas akhirnya kahwin dengan anak raja
Keistimewaan : Bajunya boleh bertukar jadi cantik dan labu tanamannya boleh bertukar jadi kereta
Hobi : Suka berangan nak kahwin dengan anak raja
Percintaan : Akhirnya dapat jugak merasa kahwin dengan anak raja
Nama : Snow White
Karakter : Lari dari umah dan berjumpa dengan 7 orang kerdil
Keistimewaan : Bila dia menyanyi smua haiwan seperti tupai, burung dan mentarang pi tempat dia
Hobi : Suka bercakap ngan org asing sesuka hati dan suka makan epal beracun
Percintaan : Akhirnya ada prince yang kejutkan dia masa dia dalam keranda kaca
Nama : Sleeping beauty
Karakter : Dia tidur sebab disumpah
Keistimewaan : Oleh sebab dia sorang, satu istana pun dapat tidur gak
Hobi : Suka tidur tidur dan tidur
Percintaan : Akhirnya dia terjaga dari tidur sebab putera raja.
Nama : Rapunzel
Karakter : Berambut cantik yang sangat panjang
Keistimewaan : Tak perlu bina tangga bila dah ada rambut dia.
Hobi : Sesuka hati je bagi orang tarik-tarik rambut dia.
Percintaan : Akhirnya ada seorang lelaki yang selamatkan dia dari terus menjadi mangsa mereka yang tak bertangga.
Mari kita bermuhasabah sejenak..
Sayang-sayang Cinderella sayang, anda mempunyai sifat ketabahan walau diherdik, impian dan cita-cita yang tinggi bahkan bila terus dihina anda masih mampu bersabar.. Tetapi ketahuilah bahawa, muslimah kami lebih tabah menjalani hidupnya.. Dia lebih tabah dalam bermujahadah walau disinisi oleh masyarakat sekitarnya.. Tidak perlu dia mengharap lamaran putera raja untuk membuatnya bahagia, kerana dia tahu kebahagiaan itu adalah bersama Ilahi. Kerana sampai bila-bila pun baginya kepahitan itu tetap indah. Biar dihina dicaci diherdik dan -bila pun dia sanggup bermujahadah dalam kepahitan ini. Walau tiada pengakhiran indah. Kerana Allah segalanya sempurna.
Sayang-sayang Snow White sayang, anda memang mempunyai hati yang baik. Sikap ramah dan bertimbang rasa dengan orang lain. Bahkan semua di sekeliling anda sayangkan anda. Tetapi ketahuilah bahawa muslimah kami lebih mulia hatinya. Muslimah kami juga cintakan ukhwah. Muslimah kami juga suka menyambung tali persaudaraan. Muslimah kami juga bersifat penyayang dan menyayangi makhluk Allah lainnya. Bahkan Muslimah kami tegas tentang pergaulannya dan berwaspada tentang maruah dirinya. Kerana ketahuilah, takkan sanggup muslimah kami serumah dengan mereka yang bukan Mahramnya.
Sayang-sayang Sleeping beauty sayang. Anda memang seorang yang disayangi. Semua orang menyayangi anda. Malahan anda dikurniakan kecantikan, dan hampir segalanya. Tetapi ketahuilah bahawa muslimah kami tidak pernah tidur dalam amalnya. Bahkan Muslimah kami tidak pernah tidur dan alpa dari mujahadahnya. Bahkan seusai lelap malamnya. Muslimah kami terjaga dengan semangat dan harapan. Harapan untuk memulakan perjuangan yang lebih baik dari semalam. Tidak perlu muslimah kami mengharapkan pertolongan seorang lelaki untuk mendamba cintanya dan menyelamatkannya dari kesedihan. Cukup Allah baginya untuk terus kuat dan tabah..!
Sayang-sayang Rapunzel sayang. Anda memang dikurniakan mahkota diri yang indah. Rambut yang panjang mengurai itu menjadi aset diri. Tetapi ketahuilah bahawa muslimah kami itu indah kerana hijabnya. Muslimah kami indah kerana tersembunyi menjaga maruahnya. Muslimah kami tidak memerlukan pujian untuk mahkota diri itu kerana mahkota diri yang indah itu hanya layak ditatap suami. Bukan ditatap percuma oleh lelaki-lelaki asing. Muslimah kami lebih rela menjadi seperti pohon semalu yang berduri dari kecantikkannya dinikmati oleh sang kumbang yang memerhati. Tersembunyi, terpelihara, dan sukar disentuh dan dimiliki. Malah melihat tawadduk dan perlakuannya sahaja sudah cukup untuk memanggil kita untuk bermuhasabah diri. Di sanalah indahnya muslimah kami..!
Betapa lalainya dunia kita dengan hiburan-hiburan semata tanpa bermuhasabah diri. Kita lebih mengambil karakter-karakter dari Barat sebagai contoh dan berangan-rangan tanpa menyedari agama kita juga mempunyai contoh yang baik. Sehingga karakter-karekter ciptaan barat ini sudah menjadi sebati dalam diri kanak-kanak Islam hari ini. Ketahuilah bahawa, Islam itu merangkumi segala aspek dan contoh hidup yang terbaik. Kita lebih tahu tentang karakter disney princess yang dongeng belaka dari menyedari muslimah kita adalah watak terindah yang benar-benar wujud..!

"Sekarang, mana satu karekter puteri pilihan anda..?"
No comments: