GEDIK YANG SOLEHAH

Pada hari ini, saya melihat kebanyakan muslimah yang ku kenali sangat goyah imannya. Bagaimana saya ingin menghuraikannya..? InsyaAllah saya cuba. Tidak perlu melihat pada yang jauh, cukup pada mereka yang berada di sekitarku.


Fenomena 'berubah menjadi alim' sudah banyak berlaku. Lebih-lebih lagi saya melihat di laman sosial facebook yang beratus-ratus status dan post mengenai Islam di wall mereka. Terlalu banyak sehingga imanku tercabar. Saya hampir mendakwa mereka semua itu berlakon alim.


Maaf, saya cuba untuk tidak berprasangka yang tidak baik kepada mereka. Selama ini saya sangat berpegang kepada husnudzon (bersangka baik) dan saya tetap dengan prasangka baik kepada mereka. Moga saya yang menulis ini dijauhkan daripada perasaan riak dan juga berasa sudah cukup alim.


Melihat kepada sahabat terdekat, perubahan yang amat ketara telah ku perhatikan. Saya sangat mengenalinya. Dahulu bertudung bawal sekarang sudah bertudung labuh. Dahulu FB nya penuh dengan luahan ketidakpuashatian, sekarang dipenuhi dengan kata-kata dan juga mutiara hikmah.


Sekali lagi iman ku tercabar apabila melihat kata-kata dan mutiara hikmah lebih ke arah mencari suami dan menanti suami yang soleh. Siapa solehah dapat suami soleh. Saya tidak pandai untuk mengarang ayat. Apapun, begitulah maksud yang ku simpulkan dari kebanyakan kata-kata yang tertera di laman terkenal itu.


Saya gembira dengan perubahan drastik itu, tetapi caranya mencabar imanku. Saya tidak layak nak tahu hatinya, berubah kerana apa. Husnodzon hati berbicara. Saya berjaya mengatasi prasangka buruk. Saya harap tulisan ini dapat membetulkan niat saya dan mereka yang ingin rapat dengan Allah.


Saya tidak pernah nafikan janji Allah dalam Al Quran yang bermaksud,

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
(An-Nur : 26)


Saya juga mengalami situasi mempunyai adik-beradik yang mempunyai teman wanita. Memang niatnya untuk memperisterikan teman wanitanya, tetapi caranya membimbangkan. Dia ingin mengubah wanita itu menjadi solehah. Lalu dia meminta teman wanitanya itu memakai tudung labuh dan berjubah, dia sentiasa memberi mesej kepada teman wanitanya untuk solat di awal waktu dan juga bangun tahajud.


Apakah semua itu..?


Di suatu sudut yang lain pula, satu comment yang terpampang di wall rakan FB ku. Ku baca dengan teliti dan ingin ku kongsikan bersama kalian.

"Sangat geli melihat ustazah-ustazah berpurdah,bertudung labuh, berjubah tapi asyik post status rindukan 'imam', dan yg berkaitan dengannya. Sebaiknya gunakan imej yang terbaik itu untuk sampaikan nasihat dan dakwah buat panduan muslimah seluruhnya, bimbang orang akan gelar ini adalah contoh 'gedik yang solehah'."



Saat membacanya, apa yang kalian fikirkan..? 


Saya cuma ingin berpesan, kepada mereka yang sudah berpunya atau sedang menanti, janganlah kalian berubah mengikut nafsu inginkan imam yang soleh. Dan janganlah kamu berubah kerana taat kepada kekasih hati yang ingin melihat kamu berubah.


Kalian pernah terfikir..? Apakah kesudahan jika kamu berubah bukan kerana taat kepada Allah..? Jika ditinggalkan oleh imam yang selama ini didamba-dambakan, bagaimana..?


Beruntunglah bagi mereka yang memperoleh imam yang benar-benar ditakdirkan oleh Allah untuk dijadikannya sebagai isteri. Tetapi bagaimana yang sebaliknya..? berakhir di pertengahan jalan. Takdir Allah, memutuskannya dengan dua cara. Semasa hidup atau mati.


Saya bukan ingin mengatakan saya adalah terbaik, saya pun pernah melakukan kesilapan, saya juga bukan ahli agama. Atas asbab itulah, saya cuba sebatikan kata-kata Imam Hassan Al-Basri dalam hidup.

"Sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah bermakna aku adalah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"


Saya sedar, saya juga tergolong di kalangan mereka yang mudah terpesona dengan lelaki soleh. Justeru, satu cara saya menjauhi mereka dengan tidak berpersatuan dengan mereka yang nampak soleh dan saya sesekali tidak akan mempunyai teman lelaki kecuali dia yang bernama suami. Moga dengan cara ini saya lebih dekat dan teguh iman kepada Allah.


Mungkin juga ada yang berfikir saya tidak cantik, sebab itu tiada siapa yang minat kepadaku. Apapun yang kalian fikirkan, terserah pada kalian. Sesungguhnya kecantikan ini hanya untuk seorang yang halal untukku. Tiadakan ku kongsi pada mereka yang belum tentu menjadi suamiku.


Pesan khusus untuk diriku dan sahabat-sahabat muslimah, taatlah kepada Allah. Janganlah 'taat' kepada mereka yang bukan bernama suami atau bakal suami sekali pun. Apa sahaja yang diminta oleh mereka, dengan relanya kita memberikannya.


Yakinlah, setiap yang tertutup itu lebih terindah, namun akan lebih indah lagi jika setiap yang ada pada diri itu tertutup rapat tanpa seoarang pun dapat melihatnya / membacanya.


Yang pernah melakukan kesilapan, saya berdoa kalian akan benar-benar berubah kerana taat kepada Allah. Saya sangat gembira jika Muslimah itu berubah kerana taat kepada Allah. Itu saya lebih utamakan.

"Dan taatlah kamu kepada ALLAH dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat"
(Ali Imran : 132)


Saya harap tulisan ini dapat menjawab soalan sahabatku yang bertanya tentang keikhlasan mereka yang ingin berubah. Dahulu saya menjawab pertanyaan sahabatku dengan lisan.


"Siapa kita untuk mengukur niat seseorang, insyaAllah jika benar dia tidak ikhlas Allah akan betulkan, jika sebaliknya kita yang berdosa menuduhnya"


Saya terdiam dan menamatkan jawapan setakat itu. Saya harap inisiatif menulis coretan ini dapat menjawab persoalan sahabat-sahabat di luar sana agar Allah mengampuni dosa kita semua jika kita tersalah menduga yang tidak baik lebih-lebih lagi keikhlasan seseorang.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

4 comments:

Anonymous said...

salam, sy ingin tahu salahkah niat sy utk berubah selama ini jika mngharapkan kelak dpt bertemu dengan seseorang yg soleh? kerana sy teringat pd "permpuan yg baik utk laki2 yg baik,laki2 yg baik utk prempuan yg baik".
-untuk pengetahuan,sy hanyalah biasa2 saja,kurang titik beratkan soal aurat, ikhtilat malah pernah bercouple sebelum ini.di awal perkenalan dgn bf sy dia mnjaga batas dgn baik tapi apabila masuk bulan ke 6 perangainya kian berubah..cuba memegang tgn sy,bertanya perkara yg bukan2 dan kdgkala tgnnya merayap dipeha sy.sy rasa sgt berdosa pd ketika itu dan sy terfikir, jika diberi peluang atau jodoh kami berpanjangan pun, rasanya sy tidak mahu bersuamikan seorang seperti itu.mungkin sy tidak sebaik mana,tp sy perlukan seorang yg mampu membimbing sy kelak.setidaknya cuba memperbaiki diri.bukan sy x mnegur tindakannya, malah dibalasnya,"orang lain boleh je manja2 dengan girl diorang,sy pon nk jugak"..sejak tu sy nekad putuskan hubungan n terfikir akan kata2 diatas,mungkin sy tidak cukup baik utk memperoleh lelaki yg baik..jadi sy mula memperbaiki diri sy sdikit demi sdikit..namun,sy berasa ragu sama ada niat sy sudah terpesong setelah membaca entry saudari ini..harap boleh beri pandangan..terima kasih :)

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous wa'alaikumussalam.. Allahurobbi.. jika ada perasaan yang sebegitu, tu bererti Allah berikan awak hidayah.. Alhamdulillah.. Sebaiknya janganlah bercouple sebelum nikah.. Sebab, tak semestinya orang yg kita coupe itu akan menjadi suami kita.. Setahu saya, berdasarkan para motivasi punya quote, laki ni couple sekadar suka2 aja.. Untuk berfoya2 dan main2 aja.. Tak serius.. Jika berbalik pd kisah awak ni, dia ada menyentuh awak.. Sebaiknya putuskan aja.. Tapi jika dia tidak mahu, cuba masing2 ubah cara masing.. Percepatkan perkahwinan dan bertaubat.. InsyaAllah Allah akan bantu.. :)

Ye, laki yg baik untuk perempuan yg baik.. Itu janji Allah dalam Al Quran.. Tapi, itu tidak bererti awak tidak baik.. Sangat panjang tafsir tntg laki yg baik untuk wanita yg baik ni sebenarnye.. Takpe, yg khilaf dahulu tu, awak cuba ubah sikit demi sedikit.. :)

Selagi mampu, usaha.. Chaiyok2.. Dan jika benar, dia seorang yg baik, dia takkan sentuh awak.. Dia takkan rosakkan awak selagi belum nikah.. Dan jika dia betol2 serius dengan awak, mesti dia akan cari inisiatif untuk segera berikah dan pasti dia telah bertemu dengan wali awak.. Ayah serta keluarga awak.. :D

Unknown Unknown said...

assalamualaikum...
btl kte awk... sye sokong...!
izinkn sye utk copy paste

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@nuri syah waalaikumussalam.. silakan copy.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...