Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.
Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
Sebijaksana Umar bin Khattab,
Sedermawan Uthman bin Affan,
Sepintar Ali bin Abi Thalib,
Sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin
Ambillah hikmah meskipun dari cubitan malu dan kehinaan.
Suatu hari, sekumpulan perompak memecah masuk sebuah rumah ilmuwan di kota raya. Hampir kesemua barang-barang dan harta-harta mewah dikebas oleh sekumpulan perompak tersebut.
Tuan Rumah : "Ambillah engkau apa sahaja yang ada di dalam rumah ini. Kecuali dua benda. Nyawa dan buku-buku aku."
Perompak : Perompak hairan. Dia bertanya, "Bukan ke harta-harta dengan buku-buku kau tu, bila dibandingkan maka harta yang lebih berharga..?"
Tuan Rumah : "Itu bagi kau. Bagi seorang perompak maka harta yang lebih berharga. Tetapi tidak bagi aku, seorang ilmuwan. Aku lebih berilmu berbanding kau. Kalau harta yang kau rompak, aku boleh cari lagi. Tetapi bila buku aku yang kau rompak, bagaimana aku nak rujuk balik..?"
Perompak : "Hmm, bukankah kalau benar orang itu berilmu, ilmunya ada di dada dan bukannya semata-mata di dalam buku..? Sememangnya aku tidak tahu sebab aku bukan ilmuwan, tidak berilmu. Jika ilmu hanya dibuku, maksudnya ilmu tu dapat diaplikasikan bila kau ada kat depan buku je la ye..?"
Siapa yang telan tulang ikan, confirm terasa tercekiknya kat tekak..
"Ketuk pintu bagi salam, tanya minda minta jawapan, tepuk dada tanya iman"
Sesiapa yang akan menduduki peperiksaan dalam masa yang terdekat ni, semoga Allah mengurniakan hanya yang terbaik. Terbaik di mata manusia tidak semestinya terbaik di 'mata' Allah dan terbaik di 'mata' Allah semestinya terbaik untuk kita dunia akhirat.
Confirm..!
Konklusinya, buat sehabis baik Lillahitaala sebab grade di 'mata' Allah yang perlu kita kejar hanya, REDHA ALLAH. Berbanding grade dunia, ada A+, A-, B+, B-, C+, C-, D+, D-, F.
Banyak kan..?
Teruskan untuk USAHA DOA TAWAKKAL
Takpe. Biar pun orang tak nampak apa kita buat, Allah tak pernah bosan untuk tenung kita. Bergantunglah pada yang tidak pernah mati. Pada yang tidak pernah bosan dengan kerenah kita. Pada yang tidak pernah penat penuhi permintaan kita. Pada yang tidak pernah merungut bila kita membebel. Pada yang tidak pernah malas dengan luahan hati kita. Pada yang tidak pernah mengata kita. Pada yang tidak pernah mengantuk arrange hidup kita.
Yang tidak ada selain Dia. Hanya Allah tempat kita berpaut dan bertaut.
Allah yusahhil.
"Positive mind comes from positive emotion and positive emotion comes from positive mind"
"Be a positive thinker. Don't forget to spread positive emotions to the others in order to get positive life"
I wanna be the prettiest me at the moment when I meet Him. Without any make up even such a colorful and branded dress.
Aameen Ya Allah..
1 comment:
ALLAH pasti akan balas usaha n tawakal kita. have faith in him :')