CARA BERISTIQAMAH DAN MEMELIHARA IMAN



  1. Sentiasa mesra dengan Al-Quran, menghafal serta merenung maksudnya.. Ia merupakan rujukan dan sumber utama bagi umat Islam..

  2. Mesti beriltizam dengan segala syariat Allah dan sentiasa melakukan amal soleh dalam apa jua keadaan..

  3. Mempelajari dan menghayati kisah para Nabi dan Rasul kerana terlalu banyak pengajaran dan tauladan yang amat bernilai untuk diamalkan dalam kehidupan seharian..

  4. Mestilah sentiasa berdoa kepada Allah supaya diperteguhkan keimanan, diampunkan dosa-dosa dan diberi kebahagian dunia dan akhirat. Sesungguhnya doa ialah senjata ampuh bagi orang mukmin dan bertaqwa..

  5. Sentiasa mengingati Allah (zikir) walau di mana saja berada..

  6. Sentiasa berusaha melalui jalan yang benar dan diredhai Allah SWT.. Berani menegakkan kebenaran dan tidak takut serta malu kepada Allah untuk melanggar perintahNya..

  7. Bersungguh-sungguh menuntut ilmu dalam segenap bidah setakat termampu, sama ada agama, politik dan sebagainya..

  8. Meyakini setiap perbuatan yang baik dilakukan dengan penuh semangat dan optimis..

  9. Berdakwah menyampaikan perkara yang baik kepada orang lain dengan bijaksana dan kasih sayang..

  10. Mendekati orang-orang yang berilmu, para ulama serta orang yang boleh memberi tunjuk ajar.. Jalinkan ukhuwwah serta kasih sayang dengan mereka..

  11. Yakinlah dengan pertolongan Allah serta yakinlah bahawa hanya Islam sahaja yang dapat menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat kelak..

  12. Mengenali hakikat kejahatan, kemaksiatan dan kemugkaran supaya tidak mudah terpedaya dengannya..

  13. Mengamalkan akhlak islamiyyah dan sentiasa berusaha memperbaiki diri dengan mengamalkan sifat sabar, ikhlas, amanah, jujur dan sebagainya..

  14. Selalu meminta khidmat nasihat dari orang yang soleh dan berilmu..

  15. Sentiasa mengingati mati, azab neraka dan nikmat syurga yang akan mendorong kita melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran..

Contohlah kan, dalam bab istiqamah dalam menutup mengerjakan solat Subuh lah misalannya.. Bagi saya, banyak inisiatif yang terdapat yang boleh tangani problem ni.. Kita boleh je kunci jam, kunci lah sebanyak 200 biji alarms sekali pun.. Asalkan, kita tetap bangun Subuh dan menunaikan hakNya.. Ingat, kalau kita jaga Hak Allah, Allah akan jaga kita kembali..


Lepas tu, inisiatif lain selain daripada mengunci alarm, kita boleh gunakan khidmat kawan kita atau pun ibu bapa kita.. Seperti saya sendiri, saya selalu pesan pada mama dan adik perempuan saya.. Saya sering berpesan begini,


"Mama, kalau Siti tak bangun Subuh nanti, tak sedarkan diri A.K.A tidur mati kan, mama gerak je.. Peleng-peleng sikit kepala.. Tak pun, ambil je air sebaldi, siram.. Adik, hang kalau bangun nanti, kalau akak tak bangun, tutup je hidung akak" 

Haa, nampak tak.. Tujuan saya suruh adik saya tutup hidung saya adalah untuk memudahkan saya untuk bangun tidur..


Ok, ni bab solat la contohnya.. Jika bab aurat pula, inisiatif yang boleh digunakan pula berbeza sikit.. Solat dan aurat kan lain.. Ok, kalau bab aurat ni, contohlah kan, bab istiqamah dalam mengekalkan memakai tudung labuh.. Bab aurat ni ramai yang sukar istiqamah.. Saya tahu, sebab saya ni jenis yang suka memerhati orang-orang sekeliling, dan suka la jugak kaji kenapa manusia ni sukar sangat nak kekal dalam beristiqamah.. Selalunya, manusia ni, berubah sekejap je.. Pastu, buat perangai balik.. Sama la jugak macam saya ni.. 


Ok, macam bab aurat ni, especially dalam mengekalkan penggunaan tudung labuh, saya letakkan mind set saya macam ni, 


"Siti, ko nak ke orang sekeliling ko pandang aset berharga ko secara free..?" 

Contohlah kan, pakai tudung pendek yang paras atas dada tu, kita gunakanlah hati kita untuk berbicara sendiri dengan diri kita sendiri macam ni, 


"Ko sanggup ke, membiarkan panahan-panahan syaitan menatap payu dara ko secara rakus dan bernafsu..?"

Ya, it sounds rude sikit.. Tapi, kalau kita berbicara walaupun perbicaraan tu kasar tetapi untuk kebaikan diri kita, saya tak rasa yang ianya salah.. Am I right..? Monolog je pun.. Biasa la, terutama apabila jauh dari keluarga dan kawan-kawan je la yang kita rapat pabila di universiti.. Mulalah, kita akan terpengaruh dengan fesyen yang diperagakan oleh kawan-kawan kita kan..? Manusia sememangnya dilahirkan dengan sifat yang sukakan kecantikan.. Baik lelaki mahupun perempuan.. Sama je.. Tetapi, istiqamah dalah bertudung labuh je tak cukup jika tiada adab dan akhlak.. 


Manusia menilai seseorang melalui cara kita, adab kita, bahasa yang kita gunakan.. Kalau bertudung labuh, tapi mulut kurang ajar a.k.a langsi, to me it's nothing.. Tu bererti, si fulan tu, dah merosakkan imej Islam.. Nanti, mulalah timbul fitnah dan kutukan dari penganut anutan lain terhadap Islam.. Tapi, kita sendiri tak realize yang segalanya berpunca dari diri kita sendiri.. Kemarahan tak dikawal.. Membiarkan nafsu mengawal diri serta meletakkan nafsu di hadapan akal.. Jadi, jika hal sebegini terjadi, macam mana lah penganut-penganut agama lain, nak respect kita yang Islam ni.. 


Jika kita sendiri umpama mengajar anak ketam berjalan lurus tapi, diri sendiri pun jalan menyenget.. Sorry to say this.. But, ini adalah apa yang berlaku sekarang ni.. Boleh je perhati jika kalian tak percaya apa yang saya katakan ni.. Tak perlu perhati orang lain, diri sendiri pun ada sikap sebegini.. Segalanya bermula dari diri kita sendiri.. 


Kalau kita bersungguh-sungguh dalam beristiqamah mempertahankan pa yang telah sedia ada, InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan kita.. Allah akan mendekatkan diri kita dengan insan-insan yang juga di jalan yang sama dengan kita.. Istiqamah adalah sifat Muslim sejati.. Ia ada pada orang yang kuat mujahadahnya.. Rasulullah pernah bersabda maksudnya,


"Rambut aku menjadi uban kerana surah Nuh.." Ayat yang sangat banyak Nabi fikirkan ialah ayat yang berbunyi maksudnya : "Hendaklah kamu beristiqamah terhadap apa yang aku perintahkan"

Kerana terlalu banyak memikirkan ayat itu hingga Al-Rasul menjadi beruban.. Maksud ayat itu ialah Rasul berfikir bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah dan pada masa yang sama bagaimana juga hendak menanggung risiko tindak balas dan ancaman daripada kaum musyrikin Kota Makkah.. Ada baiknya kalau kita lihat sedikit panduan untuk mendapat istiqamah..


Pertama, banyakkan berdoa.. Doa khusus ialah minta Allah anugerahkan pada kita supaya sentiasa beristiqamah.. Doa sebenarnya satu visi.. Jika di minda ada tergambar untuk mendapatkan istiqamah sudah tentu jadi pendorong, apabila malas akan teringat pada visi..



Kedua, berkawanlah dengan mereka yang komited dengan kebaikan.. Kawan baik ialah kawan yang membantu kita berbuat baik.. Kawan baiklah kawan yang mendorong kita ke syurga.. Kawan yang baik ialah kawan yang menghalang kita daripada terjerumus ke jalan neraka..



Ketiga, untuk beristiqamah ialah dengan menulis matlamat yang kita nak capai dan lekatkan di mana-mana tempat di rumah atau pejabat serta mudah dilihat.. Ia bertujuan supaya kita tidak mudah lupa maklumlah Ramadan datang setahun sekali..



Keempat, apabila sudah dapat kita tunaikan amalan yang kita nak beristiqamah, iaitu apabila amalan itu sudah mula sebati dengan jiwa kita buatlah kenduri iaitu raikanlah kejayaan kita itu dengan doa selamat dengan menjemput sahabat terdekat..



Kelima ialah dengan berdialog dengan diri sendiri.. Biar diri kita yang memujuk diri sendiri dengan membandingkan istaqamah orang-orang dulu.. Sekiranya mereka dapat melakukannya kenapa kita tidak..? Mereka juga manusia seperti kita..



Keenam, bayangkan pahala besar yang menanti kita apabila kita dapat beristiqamah..


"Semoga Allah menerima amalan kita dan amalanmu"

Harap persoalan tentang cara beristiqamah telah terjawab.. Jika ada yang mahu menambah tips-tips lain, boleh komen entry ni atau pun, send saja soalan ke e-mail ctkhadijah.10@gmail.com atau WeChat akaun saya, ID : Khadijah_Halil



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

4 comments:

Anonymous said...

Ermm bab nak istiqomah dalam menjauhkan dri dari maksiat mcm mane ye??.. manusia nii dh berhenti buat..pastu buat balik..susah utk atasi..ade cara yg dpt atasi masalah ni tak?

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous Pendapat peribadi berdasarkan pemerhatian terhadap orang-orang hebat di sekeliling, yang pertama cari kawan yang boleh ajak kita atau pengaruhi kita ke arah yang lebih baik.. Sebab, kawan yang baik ni mampu dan akan sellalu ingatkan kita waktu kita leka..

Cara kedua, daripada zaujah Sheikh Nuruddin, cuba buat sesuatu amalan tu selama 44 hari.. InsyaaAllah ianya akan jadi habit dan takkan ditinggalkan lg selepas dah cuba beramal secara berterusan selama 44 hari.. InsyaaAllah..

Banyakkan beruzlah dari dunia.. Banyakkan refleksi diri dan tanamkan dalam diri yang orang lain jauh lebih baik dari kita.. Biiznillah..

Anonymous said...

@siti khadijah halil. Trima kasih sbb share ilmu ... akan ku cuba .. tq ^^ semoga berjaya dunia dan akhirat.

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous Biiznillah wa alhamdulillah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...