JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP WANITA

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).


"Ah..! Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang." Begitu bisikan syaitan.



Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.


Maka syaitan berbisik, 




"Hah, tak apa-apa kan..?"




2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.



"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah..! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka"


Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk 'V'






3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, 



"Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus..! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang"


Maka tergodalah si wanita.




"Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin" Begitu syaitan menokok-nambah.


Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi SAW sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang)






4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.


"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha..? Dengan itu kamu lebih selesa..?"


Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.





5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih 'power'. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. 



"Oh, ada yang terlupa..! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung"




6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.



"Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan"


Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.





7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, 



"Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran..? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"


Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama..?


Namun bisikan syaitan menyahut, 




"Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini"


"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki..?" Hati si wanita curiga.


"Fitnah..? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka..?" Syaitan menghasut.


Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada..!!



Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan..!



Nauzubillah.




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

MAHU PAKAI NIQAB

Kali ni, post saya adalah mengenai purdah.. Bagaimana saya mula memakai purdah..


Permulaannya begini.. Saya dah lama menaruh niat dan hajat untuk berniqab.. Sejak masuk sekolah menengah.. Pernah saya bertanya pada ustazah di sekolah, bolehkah berniqab di sekolah, malangnya, jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati saya..


Sehinggalah masuk IPT, Alhamdulillah niat tu masih ada dan masih kekal.. Di IPT ni pun sebenarnya tak boleh pakai niqab.. Adat belajar.. Harus guru atau pensyarah kita kenal pelajarnya.. Tapi, di luar IPT atau pun dalam kawasan IPT masih dibenarkan berniqab..


Walaupun saya baru sahaja berjinak-jinak dalam pemakaian niqab ni, tapi, saya rasa, tak salah saya berkongsi pada akhawat di luar sana.. (n_n*) Walaupun pengalaman tu, sikit saje.. Segalanya bermula, sewaktu outing bersama roommate Siti Aminah Ishak, waktu tu, kami pergi shopping di PKNS, Plaza Alam Sentral dan SACC Mall, Shah Alam.. 


Waktu tu, dalam sekitar jam 3-4 petang.. Kami berada di salah 1 butik di Kompleks PKNS.. Di hadapan butik tu, ada satu kedai pakaian-pakaian untuk pergi haji.. Saya masuk ke kedai tersebut.. Saya bertanya, pada pemilik kedai tu, ada tak jual niqab.. Dia kate ada.. Tapi, di kedai tu, hanya ada jual 2 warna je.. Hitam dan putih.. Ade yang jenis separuh, dan juga jenis penuh.. 


Waktu sedang membelek-belek niqab-niqab yang dijual tu, tiba-tiba rommate saya datang dari belakang.. Mula-mula saya pegang dan berniat nak beli niqab yang penuh.. Yang tutup dahi tu.. Tapi, saya dinasihati oleh roommate saya, supaya beli yang separuh tu dahulu.. Sahabat saya tu cakap, untuk permulaan, adalah baik bermula dari bawah.. Takut jika terus bermula dari atas, ianya akan menjadi satu bebanan pada kita..


Selepas itu, saya pun testing lah pakai niqab tu di kedai tu.. mula-mula pakai yang penuh.. Kawan saya membantu saya memakainya.. Waktu pakai tu, saya menangis.. Tak tahu nak cakap macam mana.. Rasa macam manis sangat berniqab, rasa selamat, selesa.. Saya terus membeli niqab berwarna hitam..


Ada juga berbincang dengan mama dan ayah, yang saya mahu berniqab.. Pada mulanya mama membantah juga lah.. Tapi, ayah saya tak membantah.. Ayah saya sokong.. Tertanya-tanya jugak 1001 sebab kenapa mama melarang.. Rupa-rupa nya, mama suruh beristiqomah dulu.. Bukan lah, mama berniat untuk menghalang terus dari berniqab.. (n_n*) 


Betul juga apa yang mama cakap.. pastu, saya pun fikir sehabis-habis nya.. Nasib baik waktu tu, hampir ke cuti penggal pertama semester 2.. Hari jumaat dah boleh balik rumah.. Pada hari jumaat tu, saya terus pakai niqab.. Ayah dan mama terkejut jugalah.. Terdiam.. (n_n*) Tapi, Alhamdulillah kedua-duanya terima dengan hati yang terbuka.. Seronoknya hati, Allah je la yang tahu.. 


Selepas ade koleksi warna hitam je niqab, mama, dalam diam-diam, tempah khas niqab untuk saya.. macam-macam versi dan warna ada, mengikut tudung-tudung yang saya ada.. Warna hitam, biru, pink dan lain-lain warna.. Saya prefer yang warna hitam, sebab hitam feveret warna saya.. Koleksi jubah-jubah hitam pun bertambah.. Baru-baru ni, mama beli lagi 1 jubah.. Alhamdulillah.. Time kasih mama.. 


Jadi, walauapa pun yang kite nak lakukan, berkat dan keredhaan dari ibu bapa itu sangat penting.. Jadi, bagi semua yang baru berjinak-jinak dalam niqab tu, teruskan beristiqomah.. 

"Sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa"
(Al-A'raaf)


Lakukannya kerana Allah.. Insya Allah ada barakahnya.. Itu saja untuk kali ini, sekian wassalam.. (n_n*)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...