Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna..
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga..
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah..
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama..
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah..
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian..
Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
Sebijaksana Umar bin Khattab,
Sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
Sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin..
Teringat kata-kata seorang ustaz,
"Yang bahawasanya kita selalu lupa yang Allah itu banyak memberi kepada hamba-Nya dari mengambil sesuatu dari hambaNya"
Sebagai contoh.. Bila seseorang disahkan menghidap batu karang, sembelit dan buasir barulah tersedar bahawa betapa besarnya nikmat membuang air kecil dan besar. Nampak kotor dan jijik bila disentuh berkaitan dengan isu ini tapi manusia akan tersedar bila nikmat telah ditarik Allah..
Contoh lain.. Bila saya selesema teruk sampai nafas pun berbunyi, hingus pun asyik meleleh di saat kita sedang bersujud, baru nak tersedar bahawa betapa nikmatnya nikmat pernafasan dalam kehidupan seharian kita.. Baru kita rasa betapa sukarnya untuk kusyuk dalam keadaan selesema.. Nampak simple, mudah dan remeh sebab kita tak mampu untuk melihat oksigen dengan mata kasar..
Rupa bentuk hidung kita tak mampu lihat pada setiap masa melainkan bila ada kat depan cermin.. Kita hirup tanpa perlu tekan button start and stop, on and off.. Tapi, di saat bila nikmat bernafas ditarik sedikit oleh Allah, baru kita tersedar.. Bila dah ditarik sepenuhnya oleh Allah, itu maknanya kita telah kembali ke alam barzakh..
Seterusnya, nikmat 10 sen.. Nampak murah, tak berharga dan useless kan..? Kalau 10 sen tu berada di atas lantai, confirm disapu.. Kalau 10 sen tu dalam poket insyaAllah tak terasa.. Kalau 10 sen tu dalam purse, kadang-kadang memang tak terperasan pun kehadirannya.. Teringat zaman sekolah menengah.. Nak guna public phone sebab nak call ibu ayah. Baru terkinja-kinja nak cari duit syiling dekat kantin, kiosk, koperasi dan pinjam kawan pun tak termalu dah.. 50 sen, 20 sen dan 10 sen time tu adalah matawang yang sangat berharga.. Jatuh dalam longkang pun sanggup kutip.. Tanpa 10 sen, public phone dengan tanpa segan silunya mematikan panggilan yang didail oleh anda.. Baru terasa betapa bernilainya sesuatu itu apabila kita berkehendak ke atasnya..
Ada lagi.. Bila mata mulai rabun dan bila mata kian silau baru terasa disaat itu betapa nikmatnya nikmat penglihatan yang diberi pinjam oleh Allah..
Lagi dan lagi.. Bila kita makan, kita kenyang, kita buang.. Sebab apa..? Sebab kita yakin dengan duit yang berkepuk di dalam purse kita, kita yakin bahawa esok kita akan makan sesedap hari ini bahkan maybe lagi enak dari hari ini.. Tapi kalau sekali Allah tarik, maybe sebutir nasi, seulas bawang, secubit bahulu pun kita akan anggap sesuatu yang sangat bernilai.. Manusia mencari tempat untuk membuang sisa makanan terbuang yang kelihatannya masih 'enak'.. Tapi, mereka yang diuji Ilahi terus dan terus mencari sesuatu untuk mengalas perut yang sememangnya sudah lama tiada 'beralas'
Jangan sia-siakan, remeh-remehkan, senda-sendakan, kecil-kecilkan sesuatu yang kita rasa tiada nilai disisi kita walaupun dengan hanya seukir senyuman kita kepada ibu ayah, suami isteri, guru-guru, sahabat-sahabat, adik beradik, jiran tetangga. Siapa tahu dengan senyuman itulah mampu mengubat kesedihan yang ada di hati mereka tanpa kita ketahui dengan penglihatan mata kasar.. Lihatlah dengan mata hati.. Siapa kita untuk menilai sesuatu..? Kita tiada hak da hanya Allah yang berhak..
Hargai dan syukuri setiap sesuatu termasuk diri kita sendiri.. Belajar untuk memberi sesuatu untuk menerima sesuatu.. Kita mencintai Allah dan Allah menghantar orang-orang yang dicintaiNya hadir dalam jalan cerita hidup kita dalam pelbagai cara.. Di bulan Ramadhan kali ini, didik diri untuk memberi walau hanya dengan seukir senyuman biar pun kita lapar, sebiji karipap biar pun kita kekurangan seteguk air, biar pun kita haus sekelumit tenaga, biar pun kita penat..
InsyaAllah tiada yang terlepas di mata Allah..
Sama-sama berdoa agar kita semua istiqamah di jalanNya
"Katakanlah (Muhammad), 'Wahai hamba hamba-Ku yang beriman..! Bertaqwalah kepada Tuhan-Mu..' Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan.. Dan bumi Allah itu luas. hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batasan"(Az-Zumar : 10)