Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
Berfikir sebelum bertindak,
Santun dalam berbicara,
Tenang ketika gundah,
Diam ketika emosi melanda,
Bersabar dalam setiap ujian.
Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
Sebijaksana Umar bin Khattab,
Sedermawan Uthman bin Affan,
Sepintar Ali bin Abi Thalib,
Sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin
Amal tanpa niat, bermakna tiada sebarang pahala akan dikreditkan. Umpama menyiram air khas untuk pokok keladi di petang hari.
Dengan niat, kehidupan lebih terarah. Segalanya tampak cerah. Menuju keredhaan hakiki dan bukan penghargaan lagi. Umpama memandu ke halaman rumah bertemankan GPS. Umpama memandu ke sekolah bertemankan peta. Amal tanpa niat umpama memandu tanpa tujuan. Seolah-olah membuang minyak di jalanraya.
"Dia seorang motivator. Dia memang terkenal. Dipendekkan cerita, he's the one who inspired the others..! Apa yang keluar dari bibirnya biarpun ringkas, tetapi padat dan mampu membekalkan berbotol-botol oxygen motivasi kepada mereka yang ketandusan bimbingan dan dorongan.
Hampir setiap hari, setiap malam, waktunya diinfakkan buat ummat Islam. Alhamdulillah. Seolah-olah tiada lagi masa buat diri dan keluarganya. Tetapi, apa lah sangat bila dibandingkan dengan perjuangan Rasulullah SAW. SubhanAllah..
Sehinggalah pada suatu hari. Dia menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia terpaksa drive sendiri dari Terengganu ke Johor. Jauh memang jauh. Drive keseorangan. Isteri anak tak ikut. Penat tak payah cakap. Bila sampai dekat highway berdekatan dengan KL, jammed..! Tiba-tiba, hati dia terdetik,
"Ya Allah, penatnya. Kalau aku tak attend ceramah kat Johor ni, tak adalah tersekat dalam jammed teruk macam ni. Haih."
Spontan terdetik bisikan tu kt hati. Tetapi, disebabkan Allah sayang kat dia, Allah jentik hati dia balik. Sikit je. takpe. tak sakit pun :D
Dia tersentak, 'Astaghfirullah.' Dia terbayang dengan kuasa Allah, andai pada saat hati dia terdetik macam tu, Allah tarik nyawa dia dalam kemalangan jalan raya, mati dia macam mana..? apa status amal dia..?
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dan kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) : "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami ; ampunilah kami; rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 286)
Dia terus membayangkan. Secara zahirnya dari pandangan manusia, orang akan pandang dia, mati sebagai mati orang yang baik, mati dalam usaha untuk menyampaikan kalimah Allah, sunnah Rasulullah SAW.
Tetapi, Allah kira hanya pada niat terakhir kita sebelum nyawa ditarik. Sangat halus. Memang orang lain tak akan nampak, tapi Allah nampak. Bukan manusia yang kreditkan pahala debitkan dosa, tapi segalanya hanya Allah yang mampu. Hanya Allah..
Jika terdetik dekat hati, terniat nak buat baik, InsyaAllah, Allah akan mempermudah.. Jangan risau. Tajdidkan niat, ikhlaskan hati, banyakkan istighfar. Sama-sama kita berusaha selagi masa masih ada.
"Saat itu bukan lagi penghargaan manusia yang ditagih tetapi hanya pada keredhaan Allah"
Siapa tahu, pada hari ini dia pencuri tetapi esok dia ahli sedeqah. Siapa tahu..? Hanya Allah yang tahu. Hari ini dia pergi usrah, esok dia pergi ceramah, semalam dia berkopiah, bertudung labuh, lusa dia berserban berstokin tutup, tetapi hanya Allah yang mengetahui segalanya. Semalam bukan hari ini, dan hari ini bukan hari esok. Sentiasa perbaharui niat. Banyakkan doa moga pengakhiran kita nanti, pengakhiran yang baik.
Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
Melainkan dengan bermunajat kepada-Mu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
Kecuali dengan patuh kepada-Mu
Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
Kecuali dengan keampunan-Mu
Ya Allah Tuhanku
Yang merubah kalbu
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agamaMu
Jua taat akan perintahMu
Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti yang pernah Kau berikan
Kepada umat yang terdahulu dari kami
Tuhan
Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami