"Pemuda adalah agen pengubah yang terbaik"
Kebersamaan mereka di dalam badan-badan tertentu, bersama dengan orang yang sefikrah dengan mereka menjadikan mereka pemuda-pemudi yang cukup bersemangat dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini.
Masing-masing sudah mula memahami tugas amar ma'ruf dan nahi mungkar. Ditambah lagi dengan terlalu banyak sumber ilmu pada zaman kini. Ceramah-ceramah di masjid-masjid, usrah dan halaqah, dan alam maya sendiri menyajikan terlalu banyak 'ustaz-ustazah' palsu.
Melalui ilmu-ilmu inilah, fikrah perjuangan pemuda-pemudi mula terbina. Ada dalam kalangan mereka, fikrah mereka terbina dengan elok dan malangnya ada dalam kalangan mereka, fikrah mereka tidak terbina dengan elok.
Mereka merasakan bila mereka punyai terlalu banyak sumber ilmu maka mereka adalah orang yang paling layak untuk memberitahu segala-galanya kepada ummah sedangkan cetek sekali ilmu pengetahuan mereka.
Dek kerana itulah, dapat kita melihat perjuangan mereka ada yang tidak tentu hala. Malah, ada perjuangan yang tidak jelas namun mereka amat sibuk mengajak manusia untuk meng'anuti' apa yang mereka percaya.
Cuba kita lihat, pemuda-pemudi sekarang yang dikatakan sibuk berjuang namun dalam mereka tiada lagi yang berupaya menjadi pemuda-pemudi Islam yang hebat zaman para sahabat terdahulu. Walaupun mereka hebat, tetapi jiwa Sayyidina Ali RA tiada seorang pun dalam kalangan mereka. Walaupun bilangan pemuda ramai, tetapi amat susah sekali untuk mencari Sultan Muhammad Al-Fateh dalam kalangan mereka.
Walaupun mereka amat bersemangat, tetapi masih lagi jauh beza antara mereka dan pemuda-pemudi di Palestin sana..! Mengapa kita sebagai pemuda-pemudi ini masih begini..? Masih tidak mampu mengubah meskipun kita punya banyak kelebihan..?
Pemuda-pemudi kini mudah berasa kecewa dengan keadaan sekeliling mereka terutama manusia-manusia yang berhampiran dengan mereka. Mereka cukup kecewa dengan manusia yang tidak memahami jalan perjuangan mereka. Mereka kecewa kerana manusia di sekeliling mereka terlalu menekan mereka. Dan kekecewaan mereka inilah yang telah membunuh mereka sebenarnya..!
Kekecewaan ini telah menjadikan mereka pemuda-pemudi yang cukup bongkak. Mereka menunding kesemua kesalahan kepada orang lain dan melupakan diri mereka sendiri.
Kekecewaan ini terus menjadikan mereka bertindak dengan tindakan yang tidak waras. Mereka lebih memilih untuk memerli daripada menasihati orang-orang di sekeliling mereka dengan berhikmah. Mereka lebih memilih untuk mengherdik daripada memujuk hati ummah dengan nasihat-nasihat yang cukup membasahkan jiwa.
Sungguh, inilah attitude yang telah menjadikan seorang daie itu bertindak melulu. Dia hanya mengikut kepalanya sendiri tanpa terlebih dahulu menimbang tara keadaan orang lain. Keadaan inilah yang menjadikan gelombang pemuda-pemudi kini bertindak dalam kekecewaan. Sedangkan sepatutnya kekecewaan itu mereka tukar dengan kasih-sayang kepada ummah.
Inilah nasihat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna kepada dua't di sekelilingnya. Beliau tidak mahu kita masuk ke dalam masyarakat dengan keadaan yang begitu bongkak seolah kita tahu kesemuanya. Beliau tidak mahu kita menerjah masuk ke dalam masyarakat dengan penuh amarah, penuh rasa tidak puas hati. Beliau mahu kita masuk ke dalam medan manusia dengan penuh berhemah, kaya dengan akhlak yang mulia serta hati dan niat yang suci.
Maka, tanya semula pada diri kita semua. Adakah kekecewaan yang berada dalam jiwa kita sebagai seorang daie, sebagai seorang pemuda ini menghalakan kita ke arah perjuangan yang betul..?
Pemuda-pemudi kini cukup berbangga dengan apa yang mereka ada. Mereka punya tenaga dan semangat yang kuat. Sungguh, apabila seorang pemuda itu disuntik dengan fikrah yang betul dia akan menjadi seorang pemuda yang amat berguna..!
Apa sahaja yang dibuat oleh pemuda-pemudi buat untuk memanggil masyarakat dan masyarakat menyambutnya dengan baik, bertambahlah kebanggaan mereka sebagai seorang pemuda..!
Mereka tertipu dengan bilangan yang ramai. Mereka menyangka dengan gelaran daie itu telah mengangkat darjat mereka sedangkan sebenarnya mereka tertipu dengan hasutan syaitan..!
Lihat kisah antara Iblis dan Nabi Adam AS Saat Nabi Adam AS diangkat oleh Allah untuk menjadi seorang khalifah di atas muka bumi, Iblis mula rasa tergugat dan cemburu sedangkan Allah bukanlah menghadiahkan harta emas ataupun sebuah istana buat Nabi Adam AS. Allah cuma menghadiahkan tanggungjawab sebagai seorang khalifah kepadanya dan inilah yang menjadikan Iblis tidak senang duduk..!
Inilah penyakit yang ada dalam kalangan dua't masa kini. Betapa mereka terlalu bangga dengan gelaran mereka sebagai seorang daie sampai mereka hilang asal-usul diri mereka, sampai mereka lupa tujuan asal mereka. Sampailah satu tahap mereka merasakan bahawa agama ini yang memerlukan mereka.
Segala kejayaan dakwah ini dirasakan adalah hasil usaha dari kesungguhan mereka tanpa mereka sedar akan hakikat rezeki-rezeki dakwah itu datang dari tangan Allah yang amat mengasihani kita..!
Sedangkan, Allah itu tidak memerlukan apa-apa kerana Dia Maha Kaya, Dia pemilik segala-galanya. Mana mungkin Dia yang memerlukan kita kerana kita yang sebenarnya memerlukan Dia..!
Apabila seorang daie itu tidak tahu menghargai Allah SWT. Mereka mula merasakan mereka adalah hamba-hamba yang terbaik. Merasakan seolah nama-nama mereka telah pun disenaraikan menjadi penghuni-penghuni syurga.
Mereka nampak beragama, tampak lebih hebat beramal berbanding orang lain, sedangkan di dalam diri mereka terdapat satu penyakit yang sedang membusukkan hati mereka iaitu ego..! Mereka mula memandang rendah kepada manusia yang lain. Mereka mula merasakan mereka adalah orang yang paling layak untuk berbicara tentang agama.
Sungguh, penyakit yang membunuh dari dalam adalah penyakit yang lebih merbahaya kerana seorang daie itu dia tidak sedar akan penyakit yang sedang dialaminya.
Apakah mereka menyangka mereka tidak akan dihukum dengan keadaan hati mereka yang cukup busuk itu walaupun luaran mereka tampak baik..?
Terkadang, dakwah dan tarbiyyah ini sudah menjadi rutin kita. Sampai satu fasa, dakwah dan tarbiyyah tidak lagi menjadi jalan yang sebenar-benar pilihan kita. Kita menganggapnya sebagai satu ketentuan dan kita terpaksa menerimanya dengan rela.
Dakwah dan tarbiyyah tidak lagi se'basah' seperti kali pertama kita mengenalinya dahulu. Ayat-ayatNya tidak lagi mampu menyentuh hati kita seperti dahulu sehingga kita mampu menangis mentadabburnya. Kegembiraan dan keasyikan kita terhadapnya seolah lesap begitu sahaja. Tertanya-tanya, ke manakah rasa itu menghilang..?
Hati yang sudah tidak punya rasa adalah hati yang keras. Dan hati yang keras datang dari keegoan yang tinggi. Di kala ini, sang daie itu akan melupakan dirinya sendiri tanpa dia sedari.
Keegoan inilah yang menjadikan seorang daie itu akhirnya menjadi palsu. Luarannya tampak hebat, tetapi secara sembunyi, dia sedang mencetak belangnya yang sebenar. Akhirnya, seorang daie itu akan menjadi diri yang terlampau berbeza..!
Masa yang panjang adalah satu faktor yang cukup kuat untuk mempengaruhi keegoan seseorang. Contohnya mudah, seorang daie yang telah lama di dalam jalan dakwah bertindak merendah-rendahkan orang yang masih baru menyertai jalan ini.
Bila ditanyakan soalan, kita lebih memilih untuk menyalahkan orang yang bertanya daripada memberi jawapan yang memuaskan hatinya. Sungguh, memang dakwah dan tarbiyyah ini mempunyai tahapan dan susunannya. Tetapi, tahapan dan susunan itu hanyalah urusan manusia yang serba kekurangan. Tujuannya, hanyalah untuk memudahkan urusan dalam dakwah dan tarbiyyah agar segala gerak kerja kita ini terhasil dengan muntij.
Bukanlah kerana pengalaman atau pengetahuan kau yang banyak itu, kau boleh merendah-rendahkan manusia yang lain dengan begitu mudah..! Jangan cepat menyangka orang di luar jalan dakwah dan tarbiyyah ini tidak mengetahui apa-apa kerana mungkin sahaja mereka itu lebih hebat dari kita semua.
Dakwah dan tarbiyyah bukanlah atas dasar pengalaman semata. Dakwah dan tarbiyyah adalah satu proses pembelajaran yang berbeza-beza bagi setiap manusia. Maka, pelajarilah daripada orang-orang yang sedang belajar juga di sekelilingmu meskipun apa yang kamu pelajari itu adalah hal yang sama kerana boleh jadi dia pelajar yang lebih baik berbanding diri kamu sendiri.
Percayalah, betapa seorang daie yang ego itu tidak akan diterima oleh ummah. Ummah tidak memerlukan daie yang sombong untuk memimpin mereka. Ummah memerlukan daie yang penuh tawadhu' dan khusyuk.
Sang daie itu pun mula berjalan di atas muka bumi ibarat seorang raja yang penuh bongkak. Apabila ada manusia yang menegur kesalahannya, dia akan membalas,
Apabila ada manusia yang menolak pendapatnya, dia akan membalas,
Malah, mungkin sahaja seorang daie tinggi egonya itu akan turut menghasilkan ummah yang ego terhadap perintah dan hak-hak Allah. Dan Tuhanmu berfirman,
Ummah memerlukan seorang daie yang halus jiwanya. Menyentuh manusia dalam keadaan dirinya sendiri juga serba kekurangan. Betapa penting untuk seorang daie itu memahami akan konsep islah dan musleh.
Konsep ini mengajar kita betapa peluang untuk memperbaiki kelemahan itu sentiasa ada. Bukanlah apabila seorang daie itu menabalkan dirinya sebagai seorang daie, dia tidak lagi perlu untuk memperbaiki dirinya sendiri.
Andai mereka tidak lupa untuk mengislah diri mereka, para dua’t akan mudah mendatangi manusia dan mengislah yang lain pula.
Wahai dua't, sedarilah bahawa ummah mahu berjalan seiring dengan kamu semua. Kerana jika kau berjalan dengan penuh ego, kau akan mendapati mereka akan meninggalkanmu. Jika kau berjalan dengan penuh rendah hati, mereka akan jujur sekali mengikutimu.
Keegoan hanya merencatkan kerja-kerja dakwah seorang daie. Keegoan secara tidak langsung akan mengubah niat dan amalan-amalan yang terhasil. Niat akan mula berkarat, dan amal pula hilang rasa kehambaannya. Pintu hatinya sendiri mula tertutup daripada menerima hidayah Allah.
Seterusnya, dia akan menjadi seorang daie yang disisihkan oleh Allah.

Pemuda dan kekecewaan mereka

"Ikutlah aku. Aku yang betul. Kamu semuanya salah..!"
Kekecewaan ini terus menjadikan mereka bertindak dengan tindakan yang tidak waras. Mereka lebih memilih untuk memerli daripada menasihati orang-orang di sekeliling mereka dengan berhikmah. Mereka lebih memilih untuk mengherdik daripada memujuk hati ummah dengan nasihat-nasihat yang cukup membasahkan jiwa.
Sungguh, inilah attitude yang telah menjadikan seorang daie itu bertindak melulu. Dia hanya mengikut kepalanya sendiri tanpa terlebih dahulu menimbang tara keadaan orang lain. Keadaan inilah yang menjadikan gelombang pemuda-pemudi kini bertindak dalam kekecewaan. Sedangkan sepatutnya kekecewaan itu mereka tukar dengan kasih-sayang kepada ummah.
"Kami membunuh dengan kasih sayang"
Inilah nasihat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna kepada dua't di sekelilingnya. Beliau tidak mahu kita masuk ke dalam masyarakat dengan keadaan yang begitu bongkak seolah kita tahu kesemuanya. Beliau tidak mahu kita menerjah masuk ke dalam masyarakat dengan penuh amarah, penuh rasa tidak puas hati. Beliau mahu kita masuk ke dalam medan manusia dengan penuh berhemah, kaya dengan akhlak yang mulia serta hati dan niat yang suci.
Maka, tanya semula pada diri kita semua. Adakah kekecewaan yang berada dalam jiwa kita sebagai seorang daie, sebagai seorang pemuda ini menghalakan kita ke arah perjuangan yang betul..?
Pemuda dan kebanggaan mereka
Pemuda-pemudi kini cukup berbangga dengan apa yang mereka ada. Mereka punya tenaga dan semangat yang kuat. Sungguh, apabila seorang pemuda itu disuntik dengan fikrah yang betul dia akan menjadi seorang pemuda yang amat berguna..!
Apa sahaja yang dibuat oleh pemuda-pemudi buat untuk memanggil masyarakat dan masyarakat menyambutnya dengan baik, bertambahlah kebanggaan mereka sebagai seorang pemuda..!
"Ya, ummah telah datang kepadaku"
Mereka tertipu dengan bilangan yang ramai. Mereka menyangka dengan gelaran daie itu telah mengangkat darjat mereka sedangkan sebenarnya mereka tertipu dengan hasutan syaitan..!
Lihat kisah antara Iblis dan Nabi Adam AS Saat Nabi Adam AS diangkat oleh Allah untuk menjadi seorang khalifah di atas muka bumi, Iblis mula rasa tergugat dan cemburu sedangkan Allah bukanlah menghadiahkan harta emas ataupun sebuah istana buat Nabi Adam AS. Allah cuma menghadiahkan tanggungjawab sebagai seorang khalifah kepadanya dan inilah yang menjadikan Iblis tidak senang duduk..!
"People nowadays fight for religious title"
Inilah penyakit yang ada dalam kalangan dua't masa kini. Betapa mereka terlalu bangga dengan gelaran mereka sebagai seorang daie sampai mereka hilang asal-usul diri mereka, sampai mereka lupa tujuan asal mereka. Sampailah satu tahap mereka merasakan bahawa agama ini yang memerlukan mereka.
Segala kejayaan dakwah ini dirasakan adalah hasil usaha dari kesungguhan mereka tanpa mereka sedar akan hakikat rezeki-rezeki dakwah itu datang dari tangan Allah yang amat mengasihani kita..!
Ya, itulah kata hati seorang daie yang bongkak..!
Sedangkan, Allah itu tidak memerlukan apa-apa kerana Dia Maha Kaya, Dia pemilik segala-galanya. Mana mungkin Dia yang memerlukan kita kerana kita yang sebenarnya memerlukan Dia..!
Dua't dan keegoan mereka
Bilakah masanya titik keegoaan seorang daie ini mula bertapa di dalam hatinya..?
Apabila seorang daie itu tidak tahu menghargai Allah SWT. Mereka mula merasakan mereka adalah hamba-hamba yang terbaik. Merasakan seolah nama-nama mereka telah pun disenaraikan menjadi penghuni-penghuni syurga.
Mereka nampak beragama, tampak lebih hebat beramal berbanding orang lain, sedangkan di dalam diri mereka terdapat satu penyakit yang sedang membusukkan hati mereka iaitu ego..! Mereka mula memandang rendah kepada manusia yang lain. Mereka mula merasakan mereka adalah orang yang paling layak untuk berbicara tentang agama.
Sungguh, penyakit yang membunuh dari dalam adalah penyakit yang lebih merbahaya kerana seorang daie itu dia tidak sedar akan penyakit yang sedang dialaminya.
"Other people do bad actions outwardly, but ego people do inwardly"
Apakah mereka menyangka mereka tidak akan dihukum dengan keadaan hati mereka yang cukup busuk itu walaupun luaran mereka tampak baik..?
Bila hati mula mengeras
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik"
(Al Hadid : 16)
Terkadang, dakwah dan tarbiyyah ini sudah menjadi rutin kita. Sampai satu fasa, dakwah dan tarbiyyah tidak lagi menjadi jalan yang sebenar-benar pilihan kita. Kita menganggapnya sebagai satu ketentuan dan kita terpaksa menerimanya dengan rela.
Dakwah dan tarbiyyah tidak lagi se'basah' seperti kali pertama kita mengenalinya dahulu. Ayat-ayatNya tidak lagi mampu menyentuh hati kita seperti dahulu sehingga kita mampu menangis mentadabburnya. Kegembiraan dan keasyikan kita terhadapnya seolah lesap begitu sahaja. Tertanya-tanya, ke manakah rasa itu menghilang..?
Hati yang sudah tidak punya rasa adalah hati yang keras. Dan hati yang keras datang dari keegoan yang tinggi. Di kala ini, sang daie itu akan melupakan dirinya sendiri tanpa dia sedari.
Keegoan inilah yang menjadikan seorang daie itu akhirnya menjadi palsu. Luarannya tampak hebat, tetapi secara sembunyi, dia sedang mencetak belangnya yang sebenar. Akhirnya, seorang daie itu akan menjadi diri yang terlampau berbeza..!
Masa yang panjang adalah satu faktor yang cukup kuat untuk mempengaruhi keegoan seseorang. Contohnya mudah, seorang daie yang telah lama di dalam jalan dakwah bertindak merendah-rendahkan orang yang masih baru menyertai jalan ini.
"Ish, adik-adik tak boleh tahu tentang hal ini"
Bila ditanyakan soalan, kita lebih memilih untuk menyalahkan orang yang bertanya daripada memberi jawapan yang memuaskan hatinya. Sungguh, memang dakwah dan tarbiyyah ini mempunyai tahapan dan susunannya. Tetapi, tahapan dan susunan itu hanyalah urusan manusia yang serba kekurangan. Tujuannya, hanyalah untuk memudahkan urusan dalam dakwah dan tarbiyyah agar segala gerak kerja kita ini terhasil dengan muntij.
Bukanlah kerana pengalaman atau pengetahuan kau yang banyak itu, kau boleh merendah-rendahkan manusia yang lain dengan begitu mudah..! Jangan cepat menyangka orang di luar jalan dakwah dan tarbiyyah ini tidak mengetahui apa-apa kerana mungkin sahaja mereka itu lebih hebat dari kita semua.
Dakwah dan tarbiyyah bukanlah atas dasar pengalaman semata. Dakwah dan tarbiyyah adalah satu proses pembelajaran yang berbeza-beza bagi setiap manusia. Maka, pelajarilah daripada orang-orang yang sedang belajar juga di sekelilingmu meskipun apa yang kamu pelajari itu adalah hal yang sama kerana boleh jadi dia pelajar yang lebih baik berbanding diri kamu sendiri.
Percayalah, betapa seorang daie yang ego itu tidak akan diterima oleh ummah. Ummah tidak memerlukan daie yang sombong untuk memimpin mereka. Ummah memerlukan daie yang penuh tawadhu' dan khusyuk.
Sang daie itu pun mula berjalan di atas muka bumi ibarat seorang raja yang penuh bongkak. Apabila ada manusia yang menegur kesalahannya, dia akan membalas,
"Layakkah kau untuk menegurku..?"
Apabila ada manusia yang menolak pendapatnya, dia akan membalas,
"Mengapa pendapatku tidak diterima..? Bukankah pendapatku adalah pendapat yang terbaik berbanding kamu semua..?"
Malah, mungkin sahaja seorang daie tinggi egonya itu akan turut menghasilkan ummah yang ego terhadap perintah dan hak-hak Allah. Dan Tuhanmu berfirman,
"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina"
(Al Ghafir : 60)
Ummah memerlukan seorang daie yang halus jiwanya. Menyentuh manusia dalam keadaan dirinya sendiri juga serba kekurangan. Betapa penting untuk seorang daie itu memahami akan konsep islah dan musleh.
Konsep ini mengajar kita betapa peluang untuk memperbaiki kelemahan itu sentiasa ada. Bukanlah apabila seorang daie itu menabalkan dirinya sebagai seorang daie, dia tidak lagi perlu untuk memperbaiki dirinya sendiri.
Andai mereka tidak lupa untuk mengislah diri mereka, para dua’t akan mudah mendatangi manusia dan mengislah yang lain pula.
Wahai dua't, sedarilah bahawa ummah mahu berjalan seiring dengan kamu semua. Kerana jika kau berjalan dengan penuh ego, kau akan mendapati mereka akan meninggalkanmu. Jika kau berjalan dengan penuh rendah hati, mereka akan jujur sekali mengikutimu.
Keegoan hanya merencatkan kerja-kerja dakwah seorang daie. Keegoan secara tidak langsung akan mengubah niat dan amalan-amalan yang terhasil. Niat akan mula berkarat, dan amal pula hilang rasa kehambaannya. Pintu hatinya sendiri mula tertutup daripada menerima hidayah Allah.
"(Iaitu) orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka. Sangat besar kemurkaan (bagi mereka) di sisi Allah dan orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah mengunci hati setiap orang yang sombong dan berlaku sewenang-senangnya"
(Al Mumtahanah : 35)
Seterusnya, dia akan menjadi seorang daie yang disisihkan oleh Allah.
"Akan Aku palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKu) orang-orang yang menyombongkan diri di bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat setiap tanda (kekuasaanKu) mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak (akan) menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya"
(Al A'raaf : 146)
Berjalan keliling alam,
Langit tanpa tiang,
Dua sayap burung mampu terbang,
Kekaguman tidak dapat dihentikan,
Dari mana datangnya keindahan..?
Berjalan keliling alam,
Kesempurnaan milik yang Esa,
Jangan dicari pada hamba,
Yang Esa penuh keagungan,
Yang hamba dilimpah kekurangan.
Berjalan keliling alam,
Bahana ego mula menyapa,
Hingga lupa diri yang sebenarnya,
Tertonjol belang tak kira tempatnya..!
Berjalan keliling alam,
Mudah terasa hebat,
Berlagak sampai ummah meluat,
Bodoh diadun sombong,
Tuhan menilai dakwahnya kosong..!
Berjalan keliling alam,
Jangan lupa kamar muhasabah,
Di sana singgahsana buat ruhiyyah,
Latih ego biar dibawah,
Kerana kita hamba lemah.