PERNAH ALAMI SITUASI NI..?

Suatu hari di pejabat,


Puan Q : "Nak cerita sikit dekat kau la. Aku tengah sedih ni"


Puan L : "Kenapa..? Cerita la.. Mana tahu aku boleh tolong"


Puan Q : "Tak delah nak mengata kan.. Tapi aku bengang betul dengan Si XXX tu. Ada ke patut dikatanya aku ni suka melawa datang ofis sebab nak mengorat bos"


Puan L : "Dia kata macam tu..? Teruknya"


Puan Q : "Iyerrrrr..! Siap cakap aku pakai tudung singkat lah! Pakai baju ketat lah. Ermm.. Memanglah aku pakai baju ketat. Tapi apa kena mengena dengan dia kan..? Tudung aku singkat pun apa kena mengena dengan dia kan..? Suami aku yang beli. Duit suami aku. Bukan duit dia..! Kubur masing-masing..!"


Puan L : "Betul tu..! Aku tak kisah kau nak pakai apa. Aku tengok cantik je. Apasal dia cakap macam tu..? Dengki la tu..! Maklumlah suami dia kerani je"


Puan Q : "Aku rasa memang dia dengki. Kalau tak, takkan suruh aku ubah cara penampilan. Kau tahu, siap suruh aku pakai baju longgar-longgar. Eeeee..! Taknak lah aku..! Macam orang tua nanti. Sementara badan cantik ni, pakai yang mengikut potongan badan macam ni lah baru nampak cantik. Betul tak..?"


Puan L : "Aku tak sangka si XXX tu macam tu. Nampak aje alim kan. Mulut boleh tahan..! Eh..! Kau tahu mana cerita ni..?"


Puan Q : "Si JJJ bagi tahu aku lah..! Dia cakap XXX komplen macam tu dekat dia. Macam-macam lagi XXX mengata aku, tapi JJJ taknak cerita semua sebab JJJ kata tak sampai hati nak cerita. Takkanlah JJJ nak tipu aku kannnnn"


Puan L : "Betul tu. Jahatnya XXX kan..! Kau balaslah balik..!"


Puan Q : "Ni lah aku cerita dekat kau ni. Kita mesti balas balik"



Dari kisah di atas, ada tak berlaku perkara seperti ini di tempat kerja kita..? Atau di mana-mana..?


Ambil pengajaran dari kisah ini :-

  1. Teguran yang baik sangat perlu untuk berdakwah. Jangan sesekali memalukan seseorang di khalayak.

  2. Berpakaianlah mengikut hukum Islam. Bukan menggunakan hukum sendiri.

  3. Suami yang tidak dapat mendidik isteri menjadi wanita solehah akan menanggung dosa isteri. Jadi, jangan biarkan isteri membuka aurat dan bersolek melebihi syariat.

  4. Jangan menjadi batu api pada persengketaan.

  5. Mengadu domba dan mengada-adakan cerita tidak benar adalah perbuatan berdosa.

  6. Membuat fitnah, menyebakan fitnah dan mempercayai fitnah adalah dosa besar.

  7. Dll Semak diri kita. Ada tak seperti kisah di atas. Berubahlah sebelum terlambat.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...