KALAU BENAR CINTA, BUKTIKAN

Kebiasaannya, fitrah hamba Allah kalau seseorang itu jatuh hati kepada seseorang ini dalam erti kata lain, CINTA sehabis upaya dan sedaya yang mampu seseorang itu akan cari tahu siapakah seseorang ini


Mengapakah seseorang itu mampu jatuh hati pada seseorang ini..?


Kenapa pada seseorang ini dan bukan pada seseorang yang lain..?



Semakin seseorang itu mencari tahu siapakah seseorang ini, semakin bertambah cintanya terhadap seseorang ini


Kerana apa..?


Kerana seseorang itu semakin mengenali siapakah seseorang ini. Semakin dicari tahu, semakin mendalam cintanya terhadap seseorang ini kerana seseorang inilah seseorang itu mampu terlihat kekurangan terhadap dirinya. Lantas bangkit memperbaharui nilai hidupnya kerana seseorang inilah seseorang itu mampu mempelajari dan melihat sesuatu yang baru yang tak pernah terlihat olehnya semalam. Kerana seseorang inilah seseorang itu mampu membawa dirinya lebih baik dari yang semalam


Seseorang itu sedar bukanlah kerana dengan niat dia berubah semata-mata kerana seeorang ini yang dicari redha dari Dia dan bukan pujian dari manusia. Tetapi kerana nilai terhadap seseorang ini mampu terbias pada seseorang itu walaupun tanpa bersua muka jauh sekali kerana dipaksa atau terpaksa kerana apa..? Kerana seseorang ini ibarat cermin terhadap seseorang itu, yakni cinta seseorang itu terhadap seseorang ini bukanlah cinta yang membawa kepada kehancuran, kerosakan mahupun kemaksiatan. Kini seseorang itu semakin terlihat jelas matlamat hidupnya yang sebenar mencari redha Allah MARDHATILLAH


Seseorang itu semakin mengenali siapa Penciptanya. Moga inilah cinta yang sebenar cinta yang membawa kepada redha, cinta dan kasih Ilahi. Jika benar kita mencintai sesuatu, ketahuilah ia mampu mempengaruhi aku, kau dan kita tiada yang terkecuali.. Tetapi segalanya terletak atas pilihan aku, kau dan kita sendiri pengaruh yang membawa ke syurga atau ke neraka.


Cinta arus kebaikan yang membawa kepada gelora dan ombak ketenangan. Cinta arus kemaksiatan yang membawa kepada badai kelalaian dan kejahatan.




Itu cerita manusia terhadap manusia. Cerita sesama kita.


Bagaimana cerita kita terhadap kekasih Dia..?


Semua orang mengaku mencintai baginda dan aku adalah salah seorang daripadanya. Tapi aku macam cakap tak serupa bikin. Kalau betul aku cinta dan sayang Rasulullah SAW,


Sirah..?


Sunnah..?


Selawat..?


Malu je kalau orang tanya. Cakap meletop-letop. Buatnya setipis size anak ikan bilis pun agaknya tak sampai. Pendek yang aku dapat simpulkan, kalau benar mencintai sesuatu, buktikan. Kalau benar mencintai Rasulullah SAW, buktikan. Cinta tanpa bukti is nothing.


Ini fakta yang sangat diyakini. Semakin dikaji sirah Rasulullah SAW, semakin dicari tahu siapakah di sebalik kekasih Allah, hati semakin lunak. Lidah semakin lembut. Mata semakin tajam. Perilaku semakin halus.


Kerana apa..?


Kerana orang yang kita cintai itu adalah kekasih Allah. Berselawatlah. Rasulullah tunggu. Jika benar kita mencintai Rasulullah SAW, auranya mampu mempengaruhimu. Tetapi segalanya terletak atas pilihanmu sendiri. Nak buat atau tak. Biaskan akhlak baginda pada akhlak kita.



Di satu sudut pasar Madinah Al-Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata,


"Wahai saudaraku janganlah kamu dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya"



Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.



Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Saidina Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya,


"Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan..?"


Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya,


"Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja"


"Apakah itu..?" tanya Abu Bakar RA.


"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana" kata Aisyah.


Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak,


"Siapakah kamu..?"


Abu Bakar RA menjawab, 


"Aku orang yang biasa"


"Bukan..! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" jawab si pengemis buta itu.


"Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut" pengemis itu melanjutkan perkataannya.


Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, 


"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW"


Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata,


"Benarkah demikian..? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia"


Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abu Bakar RA.



Nak mengamuk..?


Ingat Rasulullah. Rasulullah SAW tak pernah mengamuk.


Nak mencarut..?


Ingat Rasulullah. Rasulullah SAW tak pernah mencarut.


Teringin nak berdendam.?


Ingat Rasulullah. Rasulullah SAW tak pernah berdendam.


Nak mengata..?


Ingat Rasulullah. Rasulullah SAW tak pernah mengata.


Dan macam-macam lagi. Contohi Rasulullah kalau betul kita sayang baginda. Itu buktinya. Sekali lagi diingatkan. Cinta tanpa bukti is nothing. Takpe je. Start perlahan-perlahan. Mula-mula start simple-simple sikit-sikit. Nanti lame-lame jadi apple atas bukit.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...