Entry kali ni bukan dari saya.. Cuma tertarik dengan isi kandungan entry ini.. Semoga ia dapat dijadikan pedoman buat diri kita.. Biiznillah..
Sumber : Sini
Saya menulis lagi selagi mampu jari ini menulis. Tetap isu yang sama iaitu aurat dan purdah. Isu ni dah lama. Tapi bagi saya ia akan tetap segar dan subur. Kenapa ya saya berkata demikian..? Entry saya pada kali ini hanya akan berkisar tentang "niqabis" atau orang yang memakai purdah. Ini bukan kecaman atau cemuhan, Cuma teguran untuk diri saya yang sering leka dan lalai ini serta kepada para sahabat yang bergerak bersama-sama ana dalam menegakkan sunnah ni. InsyaAllah..
Bermulanya di dalam ruangan sosial iaitu facebook, friendster, myspace, tagged dan macam-macam lagi la. Yang saya nak sentuh kat sini ialah akhawat yang berniqab ke tak berniqab ke, tak perlulah dok tayang gambar 'posing maut' korang tu. Wat malu je la. Saya ada terbaca satu artikel di blog Ustaz Shamsuddin berkenaan HAKIKAT KEWUJUDAN FACEBOOK : ANTARA DOSA DAN PAHALA..
Bermulanya di dalam ruangan sosial iaitu facebook, friendster, myspace, tagged dan macam-macam lagi la. Yang saya nak sentuh kat sini ialah akhawat yang berniqab ke tak berniqab ke, tak perlulah dok tayang gambar 'posing maut' korang tu. Wat malu je la. Saya ada terbaca satu artikel di blog Ustaz Shamsuddin berkenaan HAKIKAT KEWUJUDAN FACEBOOK : ANTARA DOSA DAN PAHALA..
Saya tak nafikan, saya juga mempunyai facebook. Dulu saya bukan main lagi, letak je semua gambar yang saya ada, posing macam-macam. Bila orang puji, wah..!! Dia puji saya, sukanya. Tapi apa erti semua ni..? Saya tak salahkan antunna. Mungkin antunna tak tahu dan saya dulu pun tidak tahu.. Jadi, bila saya dah tahu, saya nak kongsi dengan antunna. Zauj saya, Ustaz Mohd Al-Hafidz sentiasa memberi saya galakan, nasihat dan macam-macam lagi pandangan. Lama kelamaan, saya faham..
Beberapa e-mail saya terima dari sahabat-sahabat ikhwah dan akhawat yang meminta saya menulis satu artikel berkenaan BERPURDAH TAPI TAYANG GAMBAR : NAK IKUT SUNNAH ATAU NAK SHOW OFF..?
Antunna sendiri yang perlu pilih mana satu kategori antunna. Ini pendapat peribadi saya dan kepada sesiapa yang terasa hati, saya minta maaf sangat-sangat. Saya kongsi beberapa email yang saya terima :
Dr Muslimah, saya bukan nak mengumpat. Tapi saya dah tak tahan la. Ada sorang budak pompuan ni, muka boleh tahan la kot cantiknya sebab dia pakai purdah, nampak mata dia je galak, cantik pakai celak hitam, tergugat iman saya. Tapi saya tak suka dengan perangai dia. Macam setan. Saya cakap macam tu kenapa, macam melampau tak..? Pakai purdah tapi dok bersayang-sayang lagi bila ada orang komen. Tak ke macam menggoda camtu..? Tak malu ke buat macam tu..? Saya yang baca ni malu tau padahal saya ni lelaki. Rasa murah je bahasa dan maruah pompuan tu. Senang je.. Bantu saya macam mana nak tegur dia. Thanks..
Saya memang tak puas hati dengan sorang ni. Dia perasan semua lelaki suka dia. Boleh belah la.. Nak muntah saya tengok. Dah la perasan gadis urban. Bergaya sangat ke..? Tergedik-gedik macam penyanyi omputih..? Memang pompuan pakai purdah ni gedik cam tu ke..? Perasan lebih ye..?
Ya Allah, malunya saya bila gadis berniqab ni dikatakan gedik. Tapi saya tak menyangkal itu memang ada dalam masyarakat niqabis kita ni. Perasan lebih..? Boleh jadi juga. Semua macam perasan comel macam kucing, ayu macam tapir, anggun macam biri-biri Mc Donald (Dipetik dari blog sorang sahabat ni). Tak kisah la kan, kuburkan lain-lain. Siapa cakap tak kisah..? Saya kisah. Semuanya dah besar. Antunna punya dosa ingat mak bapak ke yang tanggung..? Ingat sikit, umur tu dah melayakkan antunna kahwin, tapi ada yang perasan muda umur bawah 18 tahun. Allah, apa ni..?
Sahabat, purdah ni pernah menjadi pakaian isteri-isteri nabi dan kita yang pakai ni sekaligus membawa sunnah nabi. Tapi, sanggupkah sahabat-sahabat menginjak pakaian isteri nabi-nabi ni dengan tohmahan pada antunna..? Pakaian dari golongan pakaian orang mulia, jadi, perangai pun biarlah semulia pakaiannya. Ada yang bertanya, "Berniqab tu dapat menjaga perihal wanita ye..?" , "Adakah berniqab dapat menjaga diri dari melakukan perkara-perkara yang tak menyenangkan..?", "Dapat menangkis fitnah..?"
Saya sama sekali jauh dari nak menjatuhkan martabat wanita yang berniqab, malah nak mengingatkan peri pentingnya menjaga hak-hak wanita sendiri. Kita tengok kat negara Arab, berapa ramai dari mereka, dahlah pakai niqab, pakai tudung pula separas lurut. Kenapa..? Nak menutup semua anggota badan sehingga tak menampakkan sedikit pun kulit. Saya bukan suruh antunna pakai sampai paras lutut macam tu pun. Cuma minta jaga adabnya je. Kalau adab saya sendiri salah, tegur saya. Di sini saya ingin menampilkan beberapa komen oleh golongan syabab yang bukan mahram,
"Berniqab hanya tidak mahu mukanya dilihat orang berniqab hanya menjaga mukanya dari hangus terbakar dek matahari yang panas, berniqab kerana menjaga air muka dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana lelaki, berniqab kerana ingin berfesyen.berniqab tapi tidak pandai menjaga hak-hak dan batas seorang wanita.. Contohnya, berbual dengan lelaki, melompat ke sana ke mari, mulut dan percakapan tidak terbatas dan sebagainya. Berniqab tapi pakaian menjolok mata, berniqab dan menjaga hak wanita dan menjauhi dari fitnah (Ini yang dicari) .. Bagi saya, mana-mana yang mempunyai perwatakan di atas kecuali yang terakhir tu, tinggalkan sahaja niqab anda, kerana golongan yang terakhir juga akan mendapat fitnah dan tidak harus terpalit padanya. Berubahlah demi menjaga hak masing-masing"
Sekarang saya nak masuk tentang tajuk saya yang kedua iaitu berpurdah tapi tayang gambar bahagian show off. Apa tu show off..? Maksudnya macam expose diri. Menonjolkan diri. Antunna ni pakai niqab sebab nak jaga diri dari difitnah, dari dilihat orang, atas rasa malu dan kecintaan kepada Allah kan..? Tapi kenapa antunna tidak malu untuk menayangkan pada makhlukNya..? Sepatutnya bila malu itu lebih kepada Allah, lantaran dosa dan sebagainya, antunna akan rasa segan dan malu nak menonjolkan diri sendiri. Macam mana ni..? Antara komen yang saya terima bila saya meletakkan status di facebook ingin menulis artikel ini,
"Rite2.. Setuju dengan ukhti.. Sekarang ni bagi pandangan saya, purdah ni macam 1 fesyen bagi sesetengah indivdu"
"Support 100%.. Sekarang kita pun kita boleh lihat ramai nisa' yang memakai purdah tapi upload dan edit photo banyak-banyak, cantik-cantik.. Kadang-kadang, tertanya-tanya juga.. Ni nak show off ke..? Ke nak suruh orang puji..? Nauzubillah.. Kadang-kadang, rasa benci dan menyampah pun ada.. Terus terang la cakap.. I'll support you 100%, akak"
"Ya ukhti.. Bagi saya, lebih baik kita sembunyikan diri kita sama ada berniqab atau tidak.. Sebaiknya begitulah.. Lagipun fitnah paling besar adalah fitnah wanita.. Jagalah dirimu wahai muslimah dan empunya diri ini"
"Ramai wanita keliru.. FB bukan medan tunjuk wajah.. Apa guna berpurdah..? Nabi menggalakkan orang perempuan berdiam di rumah, kerana bimbang menimbulkan banyak fitnah dan gejala sosial yang teruk.. Sekarang ini zaman jahiliah moden.. Maaf, bagi pendapat sahaja"
Isu purdah ni memang hangat dibicarakan dahulu dan kini. Isu yang sering menjadi bualan disebabkan salah guna pemakaiannya. Aik, terlencong pulak. Sambung semula. Mana tempat yang saya rasa show off tu ye..? Jom, saya terangkan lagi :-
1. Mata
2. Gaya bergambar
Bergambar sampai kamera tu seboleh-boleh macam nak masuk biji mata. Untuk apa semua ni ukhti..? Tak malu menayangkan aksi-aksi tertentu padahal ukhti berniqab, di mana kesucian niqab yang ukhti bawa dan agung-agungkan tu..? Ukhti yang berniqab sekalian, kalau da berniqab tu, tak usahlah ukhti upload gambar yang tak berniqab dalam laman ukhti. Ukhti ni macam mempersendakan orang lain je. Menutup itu ertinya malu. Bukan buka dan terus buka lepas tu tutup semula..
3. Fitnah
"Jika 9 orang tidak memakai purdah dan seorang memakainya menyebabkan semua lelaki menumpukan kepadanya sehingga menimbulkan fitnah, wajib dia tanggalkan"
Jelaskan di sini betapa kita hendaklah menjaga sahabat kita sama dalam menjalankan sunnah ni. Soal niat, tujuan, terpulang kepada individu, fiqh tidak menghukum perkara yang tersirat. Cuma sedarlah niqabis ini diperhatikan. Jika buruk akhlaknya, maka yang mendapat nama adalah pakaian Islam juga..
4. Bahasa
"Abang hairan dan abang terfikir.. Abang lihat sekeliling. Melihat ada akhawat berniqab dan ada yang tidak. Tapi abang lebih respect kat yang tak pakai niqab sebab dapat menundukkan pandangan dari melihat mana-mana lelaki yang terserempak dengan mereka. Yang abang hairan, yang berniqab ni, kebanyakannya semuanya dah terjaga tapi matanya melilau entah ke mana. Wallahua'lam"
Terkejut saya dengar macam tu..? Sedihnya.. Nasib baik zauj saya cakap sesetengah je.. Moga-moga zaujahnya ini mampu menjaga pandangan. Aamiin..
Terakhirnya, bila perempuan ni menjaga aurat dari pandangan lelaki yang bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya seorang sahaja malah maruah perempuan mukminah seluruhnya. Harga diri perempuan ni mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badan dari kepala hingga kaki.
Kalau dibuat perbandingan dengan harta dunia seperti emas permata, intan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan dalam peti besi yang terkunci siap dengan nombor kod lagi. Itulah umpamanya perempuan kerana perempuan bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Aamiin.. Wallahua'lam..