DAI'E EGO DAN SELFISH

Kadang-kadang, aku pelik dengan sikap sesetengah pendakwah alam maya terutamanya.. Pandai menasihati tapi tak gemar dinasihati.. Pandai menyuruh tapi amalnya kosong.. Dan yang paling aku aneh dan pelik adalah sikap segelintir pendakwah moden alam maya yang bagi aku mungkin SELFISH kot termnya.. Dan aku akui juga, aku respect semua pendakwah tak kiralah pendakwah alam maya mahupun nyata kerana mereka banyak membantu aku dan mendorong aku untuk perbaiki diri..


Berbalik pada main topic.. DAIE SELFISH.. Ya.. Aku selalu nampak orang post dakwah di FB, IG, WECHAT.. Baguslah.. Aku puji itu.. Tapi, yang tak menyenangkan hati aku adalah, sifat daie yang setelah menyampaikan dakwah, tapi dakwahnya tak diterima ramai and then, daie tu pun cakap,


"KALAU TAK SUKA AKU BOLEH DELETE AKU, BLOCK AKU"


Hei..! Kita nak menyentap ke menyentuh..? Kita nak berdakwah ke nak publisiti..? Kita sering cakap kita ikut dakwah Nabi, tapi praktikalnya, Allahu jauh sangat dari cara Nabi.. Nabi ada beratus tak termasuk Nabi Khidir.. Kita beriman pada Rasulullah seperti iktikad kita dalam rukun iman iaitu beriman pada 25 orang Rasul.. 


Nabi Noh, baginda berdakwah beratus tahun.. Lebih 950 tahun if I’m not mistaken.. Tapi, siapa umat baginda yang ikut baginda..? Tak ada.. Even isteri dan anak baginda yang sedarah keturunannya juga tergolong dalam golongan kafir (ingkar) .. Nabi Muhammad, Rasul kita, berdakwah, apa ujiannya..? Pernah dibaling najis, dihina, dimaki, difitnah dan juga pernah diugut bunuh.. Kita kata, kita ikut dakwah Nabi, kenapa kita hanya ikut cara kita sendiri..? Nabi berdakwah ada 2 cara (I will clarify about them later) dan cara Nabi menegur dan menjawab persoalan mereka juga berbeza mengikut individu.. Sebab bezanya Islam dan anutan lain adalah ADAB DAN AKHLAK.. Sebab tu lah, dalam segala hal, ADAB DAN AKHLAK lebih dititik beratkan berbanding menuntut ilmu.. Imam Nawawi belajar adab lebih lama dari belajar sesuatu bidang ilmu.. Sebab tu lah, perbahasan, bunga-bunga bahasa dan cara mereka ni mudah diterima ramai..


Jadi, kenapa bila kita dakwah orang, orang yang didakwah (mad'u) tak terima cara kita, lalu kita nak memutuskan ukhwah dan tak ingin lagi pedulikan keadaan dia..? Ni bukan sifat daie.. Daie sangat sayangkan orang sekelilingnya dan apabila dia lihat orang buat mungkar, dia akan bersungguh-sungguh tarik mad'u tu kembali ke jalan yang benar.. Bukan membiarkan terus dalam kejahilan..


Boleh jadi kita adalah wanita yang menjaga diri dengan tidak memamerkan gambar kita di laman sosial.. Boleh jadi kita adalah wanita yang taat akan perintah menutup aurat.. Boleh jadi kita adalah wanita yang menyayangi sahabat dan ahli keluarga lillahi taala..

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan jangan tolong menolong dalam berbuat kejahatan dan dosa.. Sesunguhnya amat besar siksanya"
(Al Maidah : 2)

Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk maka baginya pahala seperti pahala yang mengikutinya tanpa sama sekali mengurangi pahala orang yang mengerjakannya dan barangsiapa mengajak kepada kesesatan maka baginya dosa seperti dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa yang mengerjakannya"
(HR Muslim)

Jika mad'u kita buat salah, maka cegahlah, bukan endahkan.. Sebab tu lah Islam ada menetapkan uslub-uslub dakwah.. Supaya apa...? Supaya penyampaian dalam dakwah tu dapat diterima pakai oleh semua orang dan bukan sekadar satu kelompok individu sahaja.. 


"Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia ubah dengan tangannya, jika belum mampu, dengan lisannya dan jika belum mampu juga, dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman"
(HR Muslim, Ahmad dan Ashabussunan.. Lihat Sahihul Jaami' No 7 250)

Kita tak boleh expect dengan sekali tegur mad'u automatically akan ikut cakap kita.. Kita sendiri pun, tahu hukum hakam, tapi still juga buat sesuatu dosa tu berulang kali.. Tanpa sesal pulak tu.. See, mad'u kita lagi mulia dari kita sebab dia buat salah dalam keadaan jahil tapi kita..? Dalam keadaan yang berilmu.. Jadi, jom muhasabah.. Pesanan buat diri aku sendiri terutamanya..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...