SI JAHIL LAGAK ILMU

Orang yang berilmu, "Kita menghadapi di satu zaman kita sekarang pelbagai jenis kriteria manusia ada di antara mereka yang memang jahil pada dasarnya atau di sana mungkin ada orang yang belajar ilmu tapi cara pembelajarannya itu tidak betul."


"Maka kamu lihat orang ini terkadang mencaci kepada orang lain, memaki pada orang lain dan mendakwa perbuatannya itu adalah ilmu. Dan mereka menanamkan rasa benci pada orang islam, memecahkan hubungan orang Islam yang lain, berkelahi dan mendakwa juga perbuatan mereka itu adalah ilmu."


"Sejak bila Nabi Muhammad mengajarkan sunnah dalam ilmunya untuk mencaci orang lain..? Memecah belah hubungan orang beriman..? Tanam kebencian pada orang lain..? Membunuh sesama Islam..?"


Saidina Ali bin Abi Talib R.A mengatakan :

"Orang yang tak punya ilmu sedikit pun dia tidak akan mendakwa dia orang yang berilmu, dan yang tak berilmu tak pernah hidup bersama dengan ilmu dan orang-orang berilmu walaupun sesaat pun"


"Ilmu itu perlu ketekunan dan usaha untuk mendapatkannya dan diperlukan untuk belajar ilmu itu dan ambil pada orang ahlinya. Seperti mana ilmu itu diambil melalui sanad yang sampai kepada Rasulullah. Walaupun sudah mendapatkan ilmu yang benar itu, ilmu itu masih memerlukan kepada adab dan sopan santun."



"Al-Imam Hasan Al-Basri RA mengatakan,

"Zaman dahulu orang yang belajar ilmu itu akan di nampak melalui akhlaknya dan tindakannya"


Diperlukan kepada orang yang belajar ilmu itu hormat kepada para ulama. Telah datang kepada kita Nabi penutup segala para Nabi dan juga Rasul pada masa yang sama Nabi itu menghormati pada Nabi sebelumnya dengan mempercayai risalah mereka.


"Kalau kamu hadir di mana-mana tempat majlis ilmu, atau kamu tengok, atau kamu dengar orang alim bercakap yang percakapannya tidak hormat pada orang alim yang lain. Dia menghina kepada orang alim yang lain di zamannya atau sebelumnya ketahuilah, orang itu bukanlah orang alim. Orang itu bukanlah orang berilmu."


Oleh itu kita lihat majlis-majlis orang soleh itu terdapat dalam pelbagai kebaikan ilmu, adab dan sopan santun kepada orang yang lain hatta ulama.

Daripada : Sheikh Omar Bin Hussein Al-Khatib.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

BENARKAH KITA DAH BERIMAN..?

Aku dah beriman..!


Betul ke..? Kita ambil kisah iman Sayyidatina Sumayyah Binti Khayyat. Kalaulah masih ada wanita seperti ni. Orang pertama syahid dalam Islam. Perit sangat seksaan yang kena pada dia. Sayyidina Ammar anaknya , suaminya Sayyidina Yasir. Antara 7 orang pertama masuk Islam.


Satu keluarga disiksa. Seksaan yg diberikan sangat-sangat berat. Dicungkil mata, diletak besi panas, dihimpit batu, disiat kulit, dan macam-macam lagi. Tidak ada kata dari mulut mereka melainkan merintih kesakitan dan menegakkan kalimah tauhid. Baru 5 tahun Nabi terima wahyu waktu tu. Rasulullah hanya mampu melihat dan tak mampu nak buat apa-apa sebab Islam belum berkuasa dan berkembang


Nabi hanya mampu bersabda,

"Bersabarlah keluarga Yasir, kerana tempat yang dijanji kamu adalah Syurga" 


Sebak mengalir air mata Rasulullah. Ya Allah, apalah ujian kita kalau nak banding dengan Sumayyah..? Melihat anak suami diseksa depan mata. Tapi mulutnya hanyalah Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah walaupun dia tak tahu apa pon tentang agama melainkan kalimah tauhid ni.


Setelah Abu Jahal merasa terhina sebab tengok Sumayyah semakin diseksa semakin bertambah taqwanya pada Allah, si laknat tu menusuk kemaluan Sumayyah dengan tombak tajam sampai meninggal dunia. Ya Allah. Hanya lah seorang wanita tua dan lemah. Bayangkan ibu kita kena depan mata macam tu, mampu kita atau tidak nak ucap "Lailahaillallah" atau ikut si kafir laknat


Suaminya Yasir dibunuh dan Ammar dilepaskan. Sampailah perang badar, akhirnya Abu Jahal laknatullah mati, Rasulullah bersabda,

"Sesungguhnya Allah telah membunuh si pembunuh ibumu"


Adakah kita rasa kita dah cukup beriman dibandingkan dengan Sayyidatina Sumayyah yang kisahnya ditulis dengan dakwat emas..? Baru ditegur dah sentap, baru dinasihat dah nangis, cakap sikit putus kawan, nak dakwah jumpa orang, malu-malu kucing. Tapi, kata aku dah beriman. Sama-sama kita tarbiyah diri


Allah berfirman yang bermaksud,

"Apakah kamu menyangka bahwa kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata "Kami telah beriman" sedangkan kamu belum diuji..?" 
[ Surah Al Ankabut : 2 ]

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

NIQABIS COUPLE

Gadis solehah : Weee.. Today kan ana keluar jalan-jalan beli barang kahwin dengan tunang ana.. InsyaAllah lagi 5 bulan kami akan nikah.. Wink wink.. Syukur ya Allah, kurniakan si dia sebagai imam ku.. Hee tak sabar.. I love you Bee.. Muack muack :* Blushing blushing..


7 minutes ago . like . Mangkuk Ayun and 3 other like this.

write a comment..



Lelaki Soleh : Alhamdulillah juga Allah kurniakan Bee gadis baik, comel, ala-ala ustazah gitu macam Yuyunk..


Gadis Solehah : Alololo tomei-tomei.. Nak mo la cakap gitu ,titew malu la Bee.. Malu la orang baca nanti..


Lelaki Soleh : Biar la semua orang tau, biar semua tau betapa susahnya Bee nak dapat wanita solehah macam Yuyunk ni.. Hihihihi.. Bee suke la tengok Yuyunk pakai purdah baby blue tu, tommeiii.. Rasa nak picit-picit je pipi tu..


Gadis Solehah : Ish mana ada.. Biasa-biasa je.. Lagipun kalau comel, tengok la sape punya kan..?


Lelaki Soleh : Bee punya laaaaa..


Ibnu Batoota : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun..


Gadis Solehah : Alamak, dia mai dah..


Lelaki Soleh : Sape ni Yuyunk..?


Gadis Solehah : Alaaa.. Jangan cari pasal dengan dia.. Kawan-kawan Yuyunk semua dah kena.. Tak kira niqabis ke, bogelis ke, separuh bogelis ke, semua kena..


Lelaki Soleh : Haa..? Kena apa bhaa..? Tak pe, Yuyunk jangan risau.. Bee kan ade.. Bee akan pertahankan cinta kita selamanya daripada perosak ni..


Ibnu Batoota : Memang mangkuk ayun betui hangpa dua ekoq ni.. Kan dah keluaq sebijik ayat penang aku..!!


Lelaki Soleh : Wei bro, lu sape aar..? Lu tak kenal ke gua sape..? Jangan cari pasal bro.. Kami tak kacau lu, lu jangan kacai orang.. ia tu tunang gua.. Bukann orang lain..


Ibnu Batoota : Hek eleeeehh.. Tadi bukan main lagi Yuyunk Yuyunk Yuyunk, Bee Bee Bee Bee Babeeee.. Sekarang nak berlagak jadi KL gengster pulak.. Sekali aku tampaq kepala terabuq semua gigi..


Lelaki Soleh : Woi..! Lu ingat wa takut ke..? Sikit pon tak ketar la bro.. Lu sini datang la ngadap gua, baru tau langit tinggi rendah.. Gua bukan buat salah pon kat sini, apsal lu nak kecoh..?


Ibnu Batoota : Hehehehe.. Kenapa la kat Malaysia ni penuh dengan hot swinging bowl macam korang ni..? Sekejap romeo, sekejap kasanova, sekejap nak jadi KL gengster, tak nak jadi power rangers pulak ke..? Asal nak tunjuk gengster je kena cakap wa lu wa lu wa lu.. Cakap "saya awak" tak boleh ek..? Sapa pulak yang cakap kamu berdua ni tak buat salah..? Korang dah kawen ke..?


Lelaki Soleh : Aargh..!! Dulik apa aku.. Aku orang Malaysia, mesti lah senang terpengaruh dengan keadaan sekeliling.. Aku memang la tak kawen lagi, tapi kami dah tunang.. Lagi 5 bulan kami nak kawen, kau apa masalah..?


Ibnu Batoota : So kalau tunang, kira halal la korang beromen-romen depan orang macam ni..? Bukan main lagi ko.. Konon belajar kat universiti Islam.. Si perempuan pulak siap pakai purdah lagi, tapi malu tak dak, maruah tak dak.. Kambing pun lagi malu dari korang la..


Lelaki Soleh : Ye lah, kami kan dah tunang, biar la kami nak bersayang-sayang ke apa.. Lagipun kami tetap akan kawen nanti.. Kami bukan couple pon.. Kalau couple pon, kami couple Islamik-islamik gitu.. Siap misscall kejut-kejut tahajud lagi, race baca quran.. Tunang aku tu dulu pakai tudung pendek, sekarang dah pakai purdah dah pon.. Apa salah kami..? Ko jangan nak rosakkan hubungan kami..!


Ibnu Batoota : Aku malas nak cakap banyak.. Kau baca ni bebaik.. Encik Babi, kalau kau bela dia, bagi makan makanan halal, bersih, kemudian kau sembelih elok-elok, potong elok-elok, packing elok-elok, lepas tu letak logo DISAHKAN HALAL OLEH JAKIM.. Benda tu tetap Encik Babi, tak kan jadi halal faham..? Belajo agama tinggi-tinggi, tapi otak ketat, naik sembelit perut aku baca komen-komen korang kat atas tu.. Heck..!


Gadis solehah has blocked Ibnu Batoota

Aku tak faham kenapa orang masih tak faham-faham yang TUNANG BUKANNYA HALAL LAGI BAGI KITA.. TAK KIRA KAU USTAZ KE USTAZAH KE, PURDAHIS KE, NIQABIS KE, HARAM TETAP HARAM..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...