MELAYU ITU ISLAM

Mula-mula rujuk kamus arab.. Melayu tu apa maksudnya.. Orang melayu ni hasil dari campuran pelbagai jenis bangsa seperti Arab, Iran, Cina, India, Parsi.. Sebab tu orang melayu ni ada rupa macam-macam.. Kulit pulak macam-macam.. Ada macam cina, ada macam arab, ada macam india, ada mata sepet, ada yang hidung mancung.. Semua ada..


Setuju tak..? Tau tak kenapa bangsa-bangsa tu (Arab, Iran, Cina, India, Parsi) dinamakan bangsa melayu (setelah menetap nusantra ini) ..? Dulu, bangsa-bangsa campuran semua tu, menetap di negeri kalaha (Kedah).. Ada yang lari dari Iran akibat diburu oleh puak-puak syiah, ada yang berdagang dan macam-macam..



Apabila bangsa-bangsa tu telah memutuskan untuk menetap, bermaustatin di kalaha (kedah) ni, mereka semua berjanji untuk hidup harmoni antara satu sama lain.. Masa tu mereka semua di bawah pemerintahan merong mahawangsa.. Selepas itu baru muncul Syeikh Abdullah Yamani (Murid Sultan Wali Syeikh Abdul Qadir Jailani) Syeikh Abdullah Yamani mengislamkan Raja Merong Mahawangsa dengan diberi gelaran Sultan Muzaffar Syah 1 (Sultan pertama Melayu)



Selepas itu, rakyat yang terdiri pelbagai bangsa ni turut mengikut raja mereka (Sultan Muzaffar Shah 1) dengan mengucap kembali dua kalimah syahahah (memperbaharui syahadah).. Bagi yang sudah Islam, yang tak Islam pun terus masuk Islam.. Selepas itu lah, Syeikh Abdullah Al-Yamani mempernamakan mereka sebagai satu bangsa yang baru iaitu bangsa MELAYU dan Syeikh Abdullah jugak menukarkan nama Kalaha kepada Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keingkaran. 



Penamaan ini juga bersempena "Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur" yang dipetik dari firman Allah SWT dalam Surah Saba ayat 15 yang bermaksud,

"Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha Pengampun (ke atas taubat hambaNya)"


Masa tu tahun 531 hijrah bersamaan 1136 Masihi.. Awal beratus tahun dari kerajaan Islam Melaka.. Masa tu Sultan Wali Syeikh Abdul Qadir Jailani mengarahkan Syeikh Abdullah Yamani untuk sebarkan Islam kat nusantara ni.. Ada 6 lagi utusan Sultan Wali Syeikh Abdul Qadir Jailani yang diperintahkan ke pelbagai pelusuk negara :-

  1. Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali

  2. Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika

  3. Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat

  4. Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan

  5. Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi

  6. Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepal



Contohnya, Tarekat Syaziliah, Rifai'ah dan macam-macam lagi.. Nama Sultan Muzaffar Shah tu diberi sendri oleh ahlul bait.. Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - Manusia terpilih yang diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi..



Sebab itulah gelaran sultan ni tinggi sebab diberi oleh sultanul aulia sendri.. Kalau kita tengok dalam dunia ni yang ada gelaran sultan hanya dua negara sahaja iaitu Malaysia dan Brunei.. Lupa nak bagi tau, masa rakyat dia yang pelbagai bangsa tu menerima Islam, ada jugak rakyat dia yang tak mau terima Islam.. Tapi dikenakan denda.. Sebab nak elak dari denda, depa semua yang tak mau terima Islam ni lari ke dalam hutan.. Mereka yang tak mau terima Islam dan lari ke dalam hutan ni adalah asal usul kaum orang asli yang ada dalam negara kita sekarang ni yang mana terima Islam tu depa tak pakai dah nama bangsa-bangsa mereka sebelum mereka menetap di Kedah Darul Aman sebab depa diberikan nama bangsa Melayu iaitu hasil campuran pelbagai bangsa yang menerima Islam dan memutuskan untuk menetap dan hidup di kedah darul aman..



Kesimpulannya Melayu tu Islam.. Sebab itu adalah ijmak ulama nusantara yang telah diijmak di Madrasah Darul Ulum Makkatul Mukarramah yang dihadiri lebih lima ribu ulama Nusantara, sebelum tahun 1940an lagi.. Perhimpunan ijmak tu diketuai oleh Syeikh Wan Ahmad Zain Al-Fhatoni, Syeikh Wan Ahmad tu mufti Kerajaan Othmaniah yang terakhir, Syeikh Wan Ahmad ni lah ulama yang mula-mula mencipta mesin untuk mencetak kitab-kitab jawi di Makkah pada masa tu untuk pelajar-pelajar Melayu pada era 1920 kalau tak silap..



Lepas kematian ramai-ramai ulama-ulama Tanah Jawi, penjajah mula memusnahkan dan meracuni pemerintahan Islam.. Contohnya, Turki Othmaniah. Sultan dah dihapuskan dah.. Kerajaan silam Fhatani, sultannya dah tak dak apa dah.. Antara orang yang memakai gelaran sultan iaitu Sultan Salehudin Al-Ayubi, sultan yang buka india tu saya lupa dah nama dia. Seorang ulama besar semua dah dihapuskan.. Yang tinggal hanyalah Malaysia dan Brunei. Sebab tu, kalau ikut sejarah ulama yang berpandukan quran, hadis, ijmak, qias, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu (di nusantara ini)



Kalau tak caya tanya orang makkah. kalau sebut Tanah Jawi, depa tau dah orang Islam.. Orang Cina ada tulisan cina.. Orang India tulisan india.. Kenapa orang melayu ni tulisan ni huruf jawi qadim (Al-Quran)..? Sebabnya Melayu ini Islam la.. Dulu orang Melayu semua pakai huruf jawi.. la ni ja pakai abcdefg.. Cuma surat-surat beraja ja masih kekalkan tulisan jawi sebab tulisan jawi ni bahasa ibunda Melayu.. Tapi la ni penjajah berjaya memisah kan maksud bangsa dan agama dalam tanah jawi ni.. Contohnya, politik zaman sekarang.



UMNO lebih banyak memperjuangkan melayu saja daripada memperjuangkan Islam.. PAS pulak menolak Melayu dengan memperjuangkan Islam semata.. (Kata PAS, Islam untuk semua.. Memang betul.. Tapi, dalam Malaysia ni majoriti orang Islam adalah orang Melayu.. Jika Melayu tak bersatu macam mana Islam itu nak kuat..?)


Kesimpulannya, Melayu itu bangsa yang beragama Melayu dan Islam tu bagaikan isi dengan kuku (di tanah jawi ini).. Tokku Paloh orang Arab, tapi bila dia dok Tanah Melayu ni, dia tak pakai dah bangsa arab.. Dia pun gelarkan dirinya bangsa Melayu.. Dato Onn orang Turki.. Mai Tanah Melayu, dia tak pakai dah Turki.. Dia pakai Melayu je.. Sebab pada asalnya, mana-mana bangsa yang beragama Islam dan menetap di nusantara ni mereka akan ni namakan bangsa Melayu.. Tu semua diberitahu oleh ulama-ulama, kitab-kitab jawi dan kitab-kitab fathoni..


Wallahua'lam.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

4 comments:

Anonymous said...

tp UMNO yg bnyak merosakkan institusi ISLAM..jgn hrapkan melayu baru Islam akn d sanjung... perjuangan bukan atas dsar bgsa...tp agama... UMNO tdk menggunakan idea2 org yg tdhulu yg lbih cendikiawan... lihat shj istri pmimpin UMNO....nk tgak kn ISLAM..ISLAM sdr blum dfhminy...MAALISH..skdar pndgan...agar lbih tbuka..ISMA adlah sbuah grakan yg baru...jd lbih baek jgn kita taadud kn jmaah.. hrp dpt bg pjelasan yg sbnarnye/// sbb PMRAM wjud lbih lma dr ISMA ..so sgala pngalaman dlm mnguruskn kbjikan pljar mesir lbih tratur ...

islamic neutron islamic neutron said...

salam melawat....... betul beetul.. sangat sokong apa yang ssaudari perkatakan. Islam dan Melayu itu satu... mereka yang murtad bukan lagi melayu... kita nak panggil apa? Bani Adam ea?

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@ameed nawi Hal ni bukan melibatkan parti politik.. Tetapi, ianya berkisahkan, dari mana asal usul perkataan dan gelaran 'Melayu' tu berasal.. Itu saje.. Ramai yang tidak tahu di mana asal usul name Melayu tu berasal.. Dan siapa yang beri gelaran tu kepada para penduduk tanah jawi.. Jadi, di sini, saye hanye cube untuk buka mate dan hati, untuk menerima, bahawa Melayu itu Islam.. Memang benar UMNO tidak mengamalkan syariat Islam.. Dan Islam hanyalah sekadar status di IC saje.. Yang tu saye akui.. Tapi, post ini menjurus ke arah, asal usul name Melayu.. Harap maklum.. Terima kasih kerana sudi beri pandangan..

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@islamic neutron Wallahua'lam.. ketika saya mengatakan pade seorang sahabat yang belajar di pondok, yang saye bukan Melayu (Saye banyak campuran) , dia kate, akidah saye dah jatuh.. Terus saye mengucap balik.. Saya pun, masih belajar lagi.. Nanti, update bab ni nanti, InsyaAllah, akan di update kemudian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...