LUAHAN HATI

Wahai Ukhti..


Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa malu mendekatimu, apakah engkau tidak berasa takut terjerat padaku..?


Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa rasa malu dengan genit menggodamu, apakah engkau tidak berasa malu pada kegenitanku..?


Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa segan merayumu, apakah engkau terbuai oleh pujuk rayuku..?


Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tidak berdaya menjaga kemuliaanmu ketika berdekatan denganmu, apakah engkau tidak dapat menolakku dengan perisai malumu..?


Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa berasa berdosa berani menyentuhmu, apakah engkau tidak takut Allah murka padamu..? Masihkah engkau percaya pada ucapanku..?


Tidak curigakah engkau padaku..?


Tidak mahukah engkau menjauhiku..?


Atau kerana engkau telah terjebak ke dalam jurang cinta nafsu, sehingga engkau tidak mampu menolakku meskipun engkau tahu semua ucapanku, "Mencintaimu kerana Allah" adalah palsu.


Ketahuilah ukhti..


Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah, aku tidak akan berani menyentuhmu bahkan hatimu sekalipun.. Kerana aku malu kepada Allah jika bayanganku mengacau kekusyukan ibadahmu.


Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah, aku tidak akan pernah berani merayumu, menggodamu, bahkan dengan bebas tanpa batas berinteraksi denganmu kerana engkau belumlah halal bagiku. Aku malu jika harus membuatmu lebih banyak mengingatiku daripada mengingatiNya. Aku malu jika harus menjadi seseorang yang membuatNya cemburu padamu kerana engkau rela melanggar larangan-laranganNya kerana cintamu padaku.


Jika aku seorang Ikhwan sejati yang mencintaimu kerana Allah, aku tidak akan khuatir tidak dapat memilikimu kerana tidak mengungkapkan cintaku padamu sekarang meskipun saat ini aku begitu mengagumimu dan menginginkanmu menjadi bidadariku kerana aku yakin jika engkau memang ditakdirkan untukku, engkau pasti akan menjadi milikku meskipun aku tidak mengikatmu. bukankah jika Allah tidak mentakdirkan kita bersama walau sekuat mana ikatan perhubungan pasti akan terlepas juga akhirnya.


Jadi untuk apa aku risau..?


Ukhti..


Sedarlah. Jika aku seorang ikhwan yang benar-benar mencintaimu kerana Allah, aku hanya akan berani merayumu, menggodamu dan menyentuhmu setelah engkau telah halal bagiku. Untuk semua Muslimah tetaplah berusaha menjadi solehah meskipun zaman telah berubah..


Barakallahufik..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...