REJAM, BENARKAH HUDUD

Salam sejahtera ke atas sekalian yang membaca dan yang bakal meneliti artikel ini. Semoga bakal ada limpah kebaikan mengiringi. Saya harap bakal ada yang membalas artikel ini dengan cara yang sepatutnya dan sewajarnya dalam bentuk ilmiah..


Hal yang ingin saya ketengahkan ini, berkaitan hukuman rejam yang terdapat dalam daftar hudud yang mana dalam tak sedar menjadi satu alasan menghina agama Islam berkenaan isu rejam. Banyak hal yang boleh jadi pertikaian. Itu pun kalau benar-benar ingin diamati dan dibuat bandingan terpulang atas daya masing-masing. Saya teruskan saja pada topiknya..


Seperti semua sedia maklum. Hal berkenaan hukum rejam tak terdapat dalam mana-mana dalil Al-Quran walau satu ayat sekali pun. Hal ini boleh jadi isu dari sudut penerimaan. Itu pun bagi yang sudi mempertikaikannya. Kita lihat berkenaan hal ini bukan dari sudut anti-hadis. Harap maklum. Sebagai contoh, semua suka ambil bandingan dengan solat. Kene faham dalam Al-Quran terdapat banyak dalil tentang solat cuma kaedah, waktu dan tatacara menunaikannya diterangkan dalam hadis. Tapi sebaliknya tentang hudud, dalam Al-Quran tiada. TIADA. Tapi, dalam hadis ada. Bukan sekadar berita malah tatacara dan penerapan hukum juga diambil dari hadis keseluruhannya.


Kita ambil contoh lain hal berkenaan syahadah, rukun Islam, rukun Iman, malaikat, iblis, syaitan, azab siksa, ganjaran pahala, syurga, neraka dan pelbagai perihal lain lagi terdapat dalam Al-Quran secara dasarnya dan penerangan serta dalil pengukuhan pula terdapat dalam hadis tetapi perihal rejam tiada didasari dari Al-Quran tapi hukum dan penerapan terdapat dalam hadis..? Malah klasifikasi hukum rejam tergolong dalam hudud iaitu hukum Allah atas perintah Allah..?


Itu dari sudut keseragaman atau keselarian antara Al-Quran dan Hadis. Mari kita lihat pertikaian dari sudut lain pula :-


Kita lihat dari dalil hadis ini, Daripada Ibn Umar RA,

"Seorang lelaki Yahudi dan seorang wanita Yahudi telah dibawa kepada Rasulullah SAW. di atas kesalahan melakukan zina. Rasulullah SAW bertanya kepada mereka berdua (lelaki dan wanita Yahudi tersebut), "Apakah hukuman yang sah (untuk dosa penzinaan) yang terdapat di Kitabmu (Taurat)..?" Mereka menjawab, "Rahib-rahib kami telah mereka-reka hukuman iaitu menghitamkan muka dengan arang dan Tajbiya" Abdullah bin Salam berkata, "Wahai Rasulullah, suruhlah mereka untuk membawa Taurat". Taurat dibawa dan salah seorang daripada golongan Yahudi telah meletakkan tapak tangannya diatas ayat yang menyebut tentang Ar-Rajm (rejam dengan batu sehingga mati) dan membaca ayat-ayat sebelum dan selepasnya. Maka berkata Ibn Salam kepada orang Yahudi itu, "Angkat tanganmu". Maka apabila ayat berkenaan Ar-Rajm (sememangnya) berada di bawah tangan lelaki Yahudi itu. Rasulullah SAW telah memerintahkan lelaki dan wanita Yahudi yang melakukan zina itu direjam dengan batu sehingga mati. Ibnu Umar menambah, Kedua-duanya direjam di Balat dan aku melihat lelaki Yahudi itu melindungi wanita Yahudi itu."
(Sahih Al-Bukhari)


Bagi musuh-musuh Islam rejam dilihat sebagai satu hukum yang tak berperikemanusian. Kalau ikutkan justifikasi tu tak berasas sebab dalam agama mereka juga terdapat hukum yang sama. Antaranya terdapat dalam Bible malah terdapat juga dalam taurat. Tapi yang pelik, kenapa tiada dalam Al-Quran yang mana seiring dengan wujudnya hukum tersebut di dalam injil dan taurat. Kenapa tiada dalam Al-Quran..? Menjadi satu persoalan.


Melalui hadis di atas. Kita dapat nyatakan dari tindakan Rasullullah memerintahkan hukuman rejam dijalankan. Tapi timbul lagi persoalan..? Benarkah itu hudud..? Atau takzir..? Jikalau hudud mengapa ambilan hukumnya dari kitab taurat..?


Kita lihat pula ruang longgar tentang rejam dari sudut lain pula :


Ramai dari kalangan muslim mempertahankan rejam sebagai hukum hudud dan menyatakan bahawa ayat tentang hudud di dalam Al-Quran telah mansuh tetapi hukum tetap berjalan..? Justeru itu, saya harap dirujuk surah Al-Baqarah ayat 106 di dalam Al-Quran agar perkara berkaitan mansuh itu jelas.


Terjemahan surah Al-Baqarah ayat 106,

"Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu..?"


Andai saja ayat tersebut telah dimansuh. Apa relevennya..? Atas sebab apa..? Dan atas dasar apa..? Kalau saja perihal rejam tu dah dimansuh. Apa pula gantinya.? Sedangkan dalam Al-Quran sendiri Allah menyebut akan menggantikannya dengan yang setara atau lebih baik lagi.


Andaikan pula ada yang ingin mengatakan bahawa ayat ini dituju kepada puak nasara dan yahudi maka kita boleh ambil kira keterangan hukum dalam kitab mereka dimansuh malah diganti. Andaikan hal ini berlaku. Secara logiknya memang wajar hukum rejam itu terbatal atau mansuh. Itu secara logiknya. Jadi memang wajar saja andai dalam Al-Quran saja yang tak terdapat hukum rejam kalau di buat bandingan keberadaan hukum dalam injil mahu pun taurat kerana hal tersebut sudah diganti..? Itu secara logiknya.


Kita lihat pula hal ini dari bandingan dalil, mafhumnya,

"Sesungguhnya Allah telah membangkitkan Muhammad secara benar, dan diturunkan kepadanya Quran, dan antara yang telah diturunkan kepadanya adalah ayat berkenaan hukum rejam, maka kami (sahabat) telah membacanya, menyedarinya dan memikirkannya, maka Rasul sendiri telah merejam (penzina) dan kami juga merejamnya selepas itu, maka aku bimbang sekiranya berlalu zaman, akan timbul mereka yang berkata : Kami tidak dapati hukum rejam di dalam Kitab Allah, maka jadilah mereka sesat dgn meninggalkan kefardhuan yang diturunkan Allah, sesungguhnya rejam adalah haq dalam kitab Allah, (dikenakan) bagi penzina muhsan dari kalangan lelaki dan perempuan"
( Riwayat Bukhhari Hadis No. 6 829 dan 6830, Kitab Al-Hudud dan juga bab-bab lain ; Muslim No 4 394 ; Abu Daud 4 418 ; At-Tirmidzi 1 432 ; Ibn Majah 2 553 ; Tuhfatul Asyraf, Imam Al-Mizzi 10 508)


Imam An-Nawawi menghuraikan athar ini menyatakan bahawa memang ayat rejam telah dimansuhkan, tetapi hanya dimansuhkan pada LAFAZNYA SAHAJA, MANAKALA HUKUMNYA TETAP KEKAL. Maka kisah Umar ini, yang mana beliau menaiki mimbar lalu berucap di hadapan para sahabat tanpa ada sahabat lain mengingkarinya, ini adalah dalil jelas thabit ijma' sahabat terhadap hukuman rejam, walaupun lafaz ayat telah dinasakhkan. Malah Imam Nawawi menyatakan, Umar telah dapat melihat menjangka akan ada kumpulan yang mengingkari rejam samada secara karamah ataupun dari Rasululah sendiri. (Al-Minhaj Syarh Muslim, M/S 192)


Dalam keterangan tersebut menyebut bahawa rejam merupakan sebuah kefardhuan. Yang mana haq dalam kitab Allah. Justeru meninggalkannya bakal membawa kepada kesesatan dan jadilah orang-orang yang sesat..? Terus-terang saya tak ada ilmu untuk menolak keterangan tersebut malah saya tak mampu tapi, andai dirujuk pula pada hadis yang lain, rujuk di bawah :-

"Ketika Rasulullah SAW berada di masjid, datanglah seorang pemuda menghadap beliau dan melaporkan, "Ya Rasulullah, aku telah berbuat zina" Mendengar pengakuan itu Rasulullah SAW berpaling daripadanya, sehingga pemuda itu mengulangi pengakuannya sampai 4 kali. Kemudian Rasulullah SAW bertanya, "Apakah engkau gila..?" Pemuda itu menjawab "Tidak" Rasulullah SAW bertanya lagi, "Apakah engkau orang muhsan..?" Pemuda itu menjawab, "Ya" Maka Rasulullah SAW memerintahkan kepada para sahabat, "Bawalah dia pergi dan rejamlah" 
(Riwayat Bukhari) 


Dalam dalil ini menyebut, Rasulullah berpaling. Adakah Rasulullah mengelak dari kefardhuan..? Semua pun tahu bahawa Rasulullah tak menyukai pengakuan itu. Malah lebih baik si polan itu bertaubat nasuha sahaja kepada Allah. Tapi perkara yang ingin saya ketengahkan di sini. Kenapa perlu dielak dari mendengar pengakuan tersebut andai hal itu sebuah kefardhuan..? Cuba ditinggalkan..? Sesatlah andai ditinggalkan merujuk pada 2 penyataan di atas..? Timbul persoalan di benak fikiran. Benarkah kefardhuan..? Atau takzir hukuman dari pemerintah..?


Kita lihat pula pertikaian dari sudut yang lain pula agar kita nampak point apa sebenarnya yang nak dibangkitkan berdasarkan beberapa khilaf yang saya kutip dari beberapa buah buku hasil dari bacaan saya pada satu masa dahulu, ada yang menyata bahawa hal hudud berkaitan zina tiada beza antara sudah berkahwin atau pun yang bujang teruna dalam khilaf tersebut mereka memberi dalil,

"Penzina-penzina perempuan dan lelaki hendaklah kamu jilid tiap-tiap seorang daripadanya dengan 100 kali jilid"


Ayat di atas menjelaskan hukuman jilid dan bukan rejam dengan tidak membezakan di antara teruna dengan dara sedangkan hukuman rejam adalah yang paling berat dalam Islam oleh itu hendaklah disabitkan dengan dalil yang qat’i iaitu dengan Al-Quran atau Sunnah yang mutawatir. Sedangkan tidak ada nas Al-Quran manakala Sunnah mengenai rejam pun adalah dari khabar ahad yang tidak pasti kesahihannya. Ade kisah dan riwayat sejarah menceritakan sesetengah tabi'in bertanya adakah hadith-hadith mengenai rejam itu sebelum surah An-Nur atau sesudahnya maka seorang sahabat Rasulullah menjawab tidak tahu. Maka dengan jelas hal ini dengan sendirinya adalah dalil yang dalam samar-samar dalam mengekalkan hukum rejam.


Masih banyak lagi perkara yang boleh jadi pertikaian dalam hal rejam ini. Itu pun bagi yang ingin menelitinya terpulang sekali lagi saya katakan. Tiada saya ingin mempertikaikan hukum Islam tetapi hanya ingin meneliti kebenaran di balik kebenaran. Andai saya salah dalam hal ini perbetulkanlah saya agar saya peroleh kebenaran dari jalan yang benar dan saya harap jangan dihukum saya dengan menyata seperti khawarij, kuffur, fasiq, munafik, kafir dan sebagainya. Jangan pula melontar tuduhan tak boleh fikir logik ke dan apa-apa saja. Saya melihat perkara ini dari jalan selaras dan saya bersederhana dalam hal ini. Moga Allah kurniakan kebaikan atas insan-insan yang berfikir.


Andai Tuan atau Puan punya dalil yang lebih kukuh atau keterangan yang mampu saja mematahkan bicara dalam artikel ini atau jawapan yang munasabah untuk semua soalan dalam artikel ini, silakan untuk di kemukakan dengan cara yang sewajarnya. Moga kita sentiasa terlindung di bawah lindungan rahmat Allah.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

APABILA MEMINATI SESEORANG

"Senyum je memanjang.. Ade ingat kat sesape ke..?" Tegur kawanku. 


Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.


"Ehhh, Zatel. Hehehe.. Takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.



Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.


"Hemmm.. Aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya" Luah hatiku dengan nada yang lemah.



"Kau kenapa..? Cer citer sikit bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh..?"


"Ish kau ni..! Cepat saja menekanya. Entahlah Zatel.. Aku rasa aku macam dah minat 'somebody'. Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program hari tu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye"



"Aiwahhh.. Ustazah Rahmah dah jatuh cinta ke..? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku..? Hehe.."


"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, Zatel..?"



"Adusssss.. Soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'Tafaddhol masykura ya ukhti' "



"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini..?"


Dilema..? 



Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul..?


ATAU


Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai..?


ATAU



Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting..?


Apa pilihannya..? 



Keliru..?


Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya. 
Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apa pun pilihannya, beristikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.


Apa yang penting..? Kesucian jiwa.


"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." 
(Asy - Syams : 9 - 10)


Percayalah. Bahawa sesungguhnya menyucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang diutuskan oleh Allah.


Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.



Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.



Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah..! Itulah namanya kehidupan. Dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai.



Sumber : Di Sini


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

LUKA SEMALAM AKHIR



Malam itu, Pak Rahman sanggup menghantar bekalan itik bakar buat Safiyya. Kasihan terasa kerana gara-gara mengidamkan itik bakar, anaknya ditimpa pukulan hebat sekali. Semasa Pak Rahman tiba, Safiyya dilihat duduk termenung di jendela dapur.



"Ya Allah, berikanlah kekuatan buat anakku, Safiyya. Berikan bahagia buatnya', Doa Pak Rahman.


"Fiya, ayah datang ni", Beritahu Iqmal.


Safiyya berpaling dan tersenyum manis buat ayahnya. Dia menyembunyikan rasa kecewa itu. dalam hatinya tertanya, 




"Kenapa maknya tidak ikut sekali. Barangkali mak kecewa dengan aku. Tapi adakah ini salah aku..?'


"Ayah". Safiyya segera mencium tangan ayahnya


"Ini untuk Fiya dan cucu ayah"



Pak Rahman menghulur bungkusan kepada Safiyya sambil tersenyum simpati.


"Terima kasih, ayah"


Iqmal mempelawa Pak Rahman duduk di ruang tamu. Sambil menonton rancangan di televisyen, mereka berbual kosong. Safiyya datang menghidang minuman dan itik bakar tadi.




"Jemput minum ayah, awak sekali ya", Seloroh Safiyya pada Iqmal dan Pak Rahman


"Argh..! Safiyya memang pandai menyembunyikan perasaan kecewanya", Desis Iqmal


Safiyya duduk di atas permaidani berdekatan meja. Senang baginya duduk di bawah sambil makan itik bakar.



"Fiya ikut Iqmal pindah ke Jordan juga", Tanya Pak Rahman.


Safiyya diam. Sebenarnya, sejak petang tadi lagi Iqmal dah bertanya kepada Safiyya namun dia masih memikirkan jawapan ke Jordan. Akhirnya, dia mengangguk. Biarlah dia dan Iqmal mulakan kehidupan baru di sana dan sememangnya, Safiyya tidak meragui Iqmal.



"Bagusla. Harap Fiya bahagia di sana ya, nak", Pak Rahman berharap lagi.


"InsyaAllah, ayah. Lusa kami akan berangkat" Jawab Safiyya.


"Yeke. awalnya..? Rumah ni..?", Pak rahman jadi hairan.



"Emm, dah ada penyewa, ayah. Mereka sanggup bayar lebih kerana perabot juga ada walaupun tak banyak. Kami cuma perlu bawa pakaian dan barangan penting sahaja. Di sana juga ada apartment buat kami. Kerja banyak di sana, jadi saya terpaksa pergi awal.", Iqmal mencelah.


Safiyya mengangguk lagi. 




"Ayah tolong tengok-tengokkan rumah ni ya", Pinta Safiyya.


Pak Rahman tersenyum. Tiba di lapangan terbang, Safiyya duduk kepenatan. Dia sudah sarat sebenarnya dengan kandungannya. Cuma Mak Limah dan Pak Jalil yang menghantar mereka. Maklumlah, Iqmal sebenarnya anak tunggal. Safiyya menunggu ayahnya. Perasaannya gelisah. Takut-takut ayahnya terlewat dan mereka tak sempat bertemu.



"Jangan risau, ayah mesti datang", Iqmal cuba menenangkan isterinya.


Selang beberapa minit, Pak Rahman datang bersama keluarga kakak sulung Safiyya, Sakinah. Safiyya tersenyum. Namun Mak Siti tidak kelihatan. Hatinya hampa.


"Jaga diri baik-baik, nak"



Pak Rahman berpesan sambil mengusap kepala Safiyya yang tunduk mencium tangannya. Safiyya tersenyum lagi. "kirim salam saya buat mak" Pak Rahman mengangguk. Seterusnya, Safiyya merapati Sakinah. 



"Jaga ayah dan mak untuk saya ya", Sambil memeluk kakaknya."


"Baiklah. Kamu tu, jangan banyak sangat fikir. Kirim e-mail bila kelapangan pada kakak tau. Kakak nak tengok anak saudara yang satu ni", Pesan Sakinah sambil memegang lembut kandungan Safiyya.


Ada air jernih membasahi pipi Safiyya dan Sakinah. Namun mereka tetap tersenyum. Kapal terbang Air Asia itu meninggalkan bumi Malaysia seperti Safiyya sendiri, meninggalkan segala kepahitan yang dirasanya.



"Fiya, minum dulu sayang", Iqmal menghulurkan coklat panas. 



Satu untuk Safiyya, dan satu lagi buat dirinya. Lamunan Safiyya terhenti dengan pelawaan Iqmal. Sedari tadi Safiyya merenung keluar jendela malam.


"Awak. kita balik raya tahun ni ya..?", Safiyya bertanya. Iqmal terdiam. 



Dia merenung ke arah Safiyya. Dia takut luka isterinya akan berdarah lagi.



"Awak jangan la takut. Saya cuma nak bawa Aman balik jumpa atok dan neneknya. dah 5 tahun anak itu. Ibu awak pun mesti nak tengok cucunya kan..?", Safiyya menyakinkan Iqmal.


"Ok. Kita pun dah lama sangat beraya kat sini. Rindu juga saya pada mereka", Iqmal menambah.


Safiyya duduk di lantai bersebelahan suaminya. Kepalanya diletakkan betul-betul di atas peha Iqmal yang duduk di atas kerusi.


"Awak, maafkan saya atas segala yang berlaku pada kita bertahun dulu. Luka saya dah pulih. Saya percayakan awak sebab itu saya akan pertahankan awak. Biarla yang berlalu itu saya simpan jadi sejarah atau mungkin boleh saya buang sahaja. Asalkan kita tetap bersama kerana cintakanNya", Safiyya kepiluan.


Iqmal meletakkan cawan yang dipegang. Rambut Safiyya di usap lembut.


"Ya Allah, Kau telah kurniakan aku isteri yang solehah. Moga cinta kami sentiasa di landasan Mu, Tuhan", Doa Iqmal dalam hati


"Awak tak salah. Saya yang bersalah. Jangan risau, sayang. Selagi ada jodoh kita, hanya ajal memisahkan ikatan pernikahan ini.", Iqmal berjanji


"Terima kasih, sayang", Safiyya membalas.


"Ya Allah, Kau telah kurniakan aku sebaik-baik suami. Jangan Kau hilangkan rasa cintaku ini padanya dan jangan pula Kau lekakan kami dengan cinta ini", Hati Safiyya berbisik.


Safiyya tersenyum dan berharap agar Syawal tahun itu membahagiakan mereka sekeluarga.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

LUKA SEMALAM BAHAGIAN 2

Kandungan Safiyya sudah mula membesar. Sudah 6 bulan. Dia terasa bahagia. Iqmal yang paling risaukannya. Ibu mertuanya, Mak Limah juga sama. Asyik sahaja ke rumah mereka untuk temankan Safiyya. Katanya risau Safiyya duduk rumah seorang diri kalau Iqmal ke pejabat.


Safiyya tersenyum dengan telatah ibu mertuanya itu. Mak Safiyya pula ke sini selalunya pada hujung minggu sahaja. Iqmal pula pandai membahagikan masa di pejabat dan di rumah. Kadang-kadang, kerja pejabatnya dibawa ke rumah.


"Syukur padaMu, Ya Allah atas bahagia ini", Safiyya bersyukur.


Selama dia mengandung, Safiyya tidak pernah mengidam bukan-bukan lagi. Sampai satu malam tu, dia mengejutkan suaminya.



"Awak, bangun kejap, saya nak cakap ni, bangun la kejap", Sambil mengoncang tubuh suaminya.


"Urm.. Apa dia..?"



Mata Iqmal antara buka dan tutup. Tapi digagahkan juga untuk bangun.


"Saya nak makan daging itik la. Kita balik rumah mak saya ya..? Esok kita balik ya. Saya nak yang ayah saya sembelih sendiri. Lepas tu bakar. Mesti sedap..!" Safiyya meminta bagai anak kecil.


"Hah..?! Itik..? Sekarang ke..?", Iqmal terkejut


"Bukan, bukan sekarang. Saya tahu awak mengantuk lagi. Esok kita balik rumah mak saya ya",Safiyya menjelaskan lagi.


"Esok..? Itik..? Balik rumah mak..? Ok. Kita tidur dulu ya", Iqmal memujuk.


Tersenyum lebar Safiyya lalu kembali berbaring. Keesokkan harinya, Safiyya dan Iqmal sampai di rumah mak dan ayahnya. Hanya 1 jam perjalanan dari rumah mereka. Safiyya dengan terujanya mendapatkan ayahnya di belakang rumah. Di situ juga ditempatkan ladang itik kepunyaan ayahnya.


"Mesti sedang sibuk bagi makan pada itik-itiknya la tu", Desis Safiyya.


"Assalammualaikum", Sopan Safiyya menyalami ayahnya.


"Waalaikummusalam. Eh. Anak ayah dah balik. Iqmal mana..?"


"Ada di depan, ayah. Fiya nak makan daging itik la. Ayah sembelihkan ya. Lepas itu, kita bakar", Safiyya cepat-cepat memberitahu hajatnya seperti merengek-rengek


Pak Rahman mengeleng kepala dan tersenyum melihat anaknya yang mengidam itu. Safiyya adalah anak yang paling rapat dengannya. Padanya, Safiyya yang paling mendengar kata, jadi dia sangat berbesar hati melakukan apa saja untuk anaknya itu. Tetapi Pak Rahman tidak pernah pilih kasih dengan 4 orang anaknya lagi.


"Boleh fiya. Dah salam mak belum..?", Pak Rahman bersetuju dan bertanya


"Belum. Hehe" Safiyya hanya tersengih.


"Kereta siapa di depan tu, ayah..?", Tanya Iqmal sambil menyalami Pak Rahman.


"Honda warna biru tu..?" Iqmal mengangguk.


"Anak Mak Long kau punya tu, si Maya. Katanya nak makan tengah hari bersama. Mak Long pun ada tu.", Jawab Pak Rahman tenang.


Iqmal dan Safiyya berpandangan.


"Dah. Pergi masuk dulu. Ayah nak pilih itik yang mana nak kena sembelih ni."


Ayah bercakap sambil memanjangkan lehernya mencari itik yang sesuai. Iqmal dan Safiyya berjalan tenang ke dalam rumah. Sempat Safiyya menjeling dengan ekor matanya kepada perempuan berbaju biru dengan seluar jeans dan tudung putih di kepala yang dikemas rapi duduk di sudut ruang tamu. Safiyya sebenarnya tak sanggup menatap wajah kakak sepupunya itu. Terasa sakitnya kembali menusuk. Dia terus ke dapur melalui ruangan tengah.


"Mak"


Safiyya menyalami emaknya yang sibuk di dapur. Diikuti dengan Iqmal.


"Hurm, dah balik kamu. Mimpi apa ke mari..?", Mak Siti menegur anak menantunya itu sedikit sinis.


"Fiya teringin nak makan daging itik katanya, itulah dia ajak ke mari", Iqmal tenang menjawab.


Dia sebenarnya dah berasa tak sedap hati sejak dalam kereta lagi. Mak Long hanya memerhati tingkah mereka. Safiyya menyalami Mak Longnya juga sambil tangan Mak Longnya mengusap lembut kepalanya. Safiyya tersenyum. Ada simpati di mata Mak Longnya. Bagaikan mengetahui apa yang berlaku antara Safiyya, Iqmal dan Maya.


"Sihat, Fiya..?", Tanya Mak Long.


"Sihat, Alhamdullillah"


"Baby dalam perut sihat..?" Mak Siti pula menyoal.


"Baby lagi sihat", Safiyya menjawab bahagia.


"Hah!.. dah balik rupanya perempuan ni?", Maya menyergah dari belakang Safiyya. 


Safiyya sedikit terkejut, lalu pura-pura membantu Mak Siti membasuh pinggan. Iqmal hanya melihat geram. Dia sudah berdiri di pintu dapur yang menghadap ladang itik Pak Rahman.


"Isy..! Maya ni, kenapa kasar sangat bahasa tu. Mak tak ajar pun", Mak Long menegur anaknya.


"Rasanya, Mak Siti pun tak ajar anak dia jadi perampas kekasih orang..!", Tambah Maya lagi.


Berderau darah Safiyya mendengarnya. Dia menjadi seram sejuk. Rasa nak pitam pun ada. Dia menutup paip air yang digunakan tadi. Mak Long dan Mak Siti saling berpandangan.


"Ya Allah, jauhi aku dari permusuhan ini", Doa Safiyya.


Maya mendekati Mak Siti. Dia cuba mengapi-apikan mak ciknya itu.




"Mak Siti tahu tak, Iqmal ni sebenarnya kekasih Maya. Safiyya yang tak tahu malu tu yang berani-beraninya berkahwin dengan kekasih kakak sepupu dia sendiri" Mak Siti memandang Safiyya bagi mencari kepastian.


"Eh. Iqmal. Apa yang You nampak pada Safiyya tu..? Dia ada diploma je. I ni, ada master, ok..! Sekarang I ada kerja besar lagi. You pun boleh tumpang sekaki. Ingat tak janji You dulu pada I. Kita kan dah rancang nak kahwin juga"



Maya cuba merayu pada Iqmal sambil tangannya mengapai lengan Iqmal. Tapi sayang sekali, kata-kata Maya hanya mencabar kelakian Iqmal. Safiyya menjadi geram. Dia mendekati Maya dan menepis tangannya.





"Akak..! Cukup dengan semua ni. Dia dah jadi suami saya. Dia milik saya. Akak tak ada hak nak pegang-pegang suami saya. Iqmal suami saya. Terimalah kenyataan. Cerita 2 tahun dulu sudah tamat buat akak dan Iqmal. Sanggup akak buat macam ni..? Kenapa..? Iqmal dah ada jawatan besar sekarang, baru akak nak terhegeh-hegeh dengan dia kan..? Betul kan..?!".


Pang..!


"Fiya..!", Iqmal dan Pak Rahman menjerit memanggil.


Satu penampar melekat di pipi Safiyya. Dia terjelepuk jatuh ke lantai. Air matanya gugur. Hatinya sakit sekali. Tak dapat digambar perasaan itu. Iqmal mendapatkan isterinya. Pak Rahman yang baru masuk dari luar meletakkan bekas yang berisi daging itik yang baru disembelihnya. Mak Siti geram jadinya. Dia tidak semena-mena menampar Safiyya yang tidak bersalah.


"Kenapa Fiya rampas Iqmal dari Maya..?" 



Tanya Mak Siti sambil bertalu-talu memukul lengan Safiyya yang masih di lantai. Iqmal cuma menunduk. Maya sudah tersenyum puas. Hatinya bernyanyi gembira.


"Rasakan itu, perempuan..!", Hati Maya berkata.



"Kalau korang nak tahu, dah 2 bulan aku ikut korang berdua sampailah kita jumpa dekat rumah baru korang tu..!", Maya bersuara lagi disambung dengan ketawa jahatnya.


Pang!


Kali ini Maya pula yang ditampar Mak Long. Maya memegang pipinya.


"Kenapa mak ni..?", Maya memarahi ibunya.


"Kenapa kau tanya..? Eh. Aku hantar kau belajar tinggi-tinggi untuk jadi orang yang berilmu, berbudi bahasa, berakal. Apa aku dapat sekarang. Eh. kalau sekali pun kau dapat ceraikan mereka, apa gelaran untuk kau pulak..? Perampas laki orang..?"



Jawab Mak Long kasar sambil menonjol-nonjol kepala anaknya. Mak Long terasa menyesal dan malu dengan perbuatan anaknya. Mujur tiada saudara lain di situ. Pak Rahman menghampiri Iqmal.



"Bawa dia pulang, nak. Bawa dia pergi jauh dari sini" Iqmal mengangguk.


Lalu dia memapah Safiyya keluar dari dapur.


"Ingat Maya, kau dah hina mak ayah aku dulu masa aku masih miskin. Sekarang kau dah ludah, kau nak jilat balik..? Kotornya hati kau, busuk..!", Iqmal sempat mencemuh Maya.


Mak Siti masih menangis teresak-esak di lantai. antara kecewa dan kesal kerana memukul Safiyya.



Bersambung..




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

TUTORIAL TITLE BAR MENAIP

Apa itu Title Bar Menaip..? Maknanya dekat Menu Tab korang nanti. Korangnya ayat akan ditaip seolah-olah ditaip. Tak Faham..? Bolehlah buat sendiri.. Tengok Hasilnya, ok..


Caranya ialah :-


  • Dashboard > Design > Page Elements > Add Gadget > HTML / Javascript

  • Copy code dibawah ke ruangan HTML / Javascript

<script type="text/javascript">
//Created by Title bar Maker (http://www.bosiljak.hr/titlemaker)
function tb8_makeArray(n){
this.length = n;
return this.length;
}
tb8_messages = new tb8_makeArray(3);
tb8_messages[0] = " Ayat Korang 1 ";
tb8_messages[1] = " Ayat Korang 2 ";
tb8_messages[2] = " Ayat Korang 3 "
tb8_rptType = 'infinite';
tb8_rptNbr = 5;
tb8_speed = 100;
tb8_delay = 2000;
var tb8_counter=1;
var tb8_currMsg=0;
var tb8_tekst ="";
var tb8_i=0;
var tb8_TID = null;
function tb8_pisi(){
tb8_tekst = tb8_tekst + tb8_messages[tb8_currMsg].substring(tb8_i, tb8_i+1);
document.title = tb8_tekst;
tb8_sp=tb8_speed;
tb8_i++;
if (tb8_i==tb8_messages[tb8_currMsg].length){
tb8_currMsg++; tb8_i=0; tb8_tekst="";tb8_sp=tb8_delay;
}
if (tb8_currMsg == tb8_messages.length){
if ((tb8_rptType == 'finite') && (tb8_counter==tb8_rptNbr)){
clearTimeout(tb8_TID);
return;
}
tb8_counter++;
tb8_currMsg = 0;
}
tb8_TID = setTimeout("tb8_pisi()", tb8_sp);
}
tb8_pisi()
</script>

  • Tukarkan ayat yang diBOLD dengan ayat korang..!

  • Save dan lihatlah hasilnya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

LUKA SEMALAM BAHAGIAN 1

Safiyya masih duduk berteleku di atas sejadahnya usai solat Isyak. Malam itu terasa asing sekali baginya. Peristiwa 6 tahun lalu kembali membebankan fikirannya. Iqmal pula sekadar memandang simpati pada isterinya. Apa yang dapat dia bantu isterinya, telah pun terlaksana. Dia membawa luka hati isterinya jauh dari keluarga sendiri. Harapannya supaya sang isteri kembali tersenyum dan bahagia di sisinya.


7 tahun pernikahannya dengan Iqmal membawa kebahagiaan dan Iqmal adalah cinta sejati yang dikirim Tuhan buatnya seperti yang dia selalu sebut dalam doa-doanya. Tapi bagi sesetengah ahli keluarganya, dia bagaikan perampas kekasih orang..! Dia adalah orang yang langsung tak kenang budi..!



"Argh..! bukan salah aku..!" Desis hati kecil Safiyya. 



Baginya, itulah ayat yang selalu menyedapkan perasaannya. Iqmal menggeleng kepala apabila mendengar esakan Safiyya menjadi-jadi. Iqmal jadi serba salah.'barangkali, Fiya teringat kejadian itu', Iqmal bermonolog sendirian. Buku di tangannya ditutup rapi. Daripada pembaringannya, dia duduk pula kerana mulai risau akan si isteri.


"Fiya, kenapa menangis..?", Iqmal mulakan bicara.


Safiyya cepat-cepat mengesat air matanya. Dia tak mahu Iqmal terasa hati kerana dia teringatkan peristiwa 6 tahun dulu.



"Tak ada apa-apa. Fiya cuma selsema sikit", Jawabnya berbasi-basi.


"Yeke awak selesema ni..?. Makan ubat dah..?", Iqmal mencari kepastian


"Err.. Dah. Panadol saja", Safiyya bangun dan melipat telekung dan sejadahnya.



Memang betul Safiyya dah telan pil penahan sakit itu bagi melegakan sakit kepalanya tengah hari tadi tapi bukan sebab selsema. Safiyya membuka jendela di luar. Pandangannya terus ke langit gelap yang dihiasi bintang-bintang malam. Dia tersenyum dan satu keluahan berat dilepaskan. wajahnya berubah suram.



Iqmal pula hanya memandang kosong kepada isterinya. Dia betul-betul jadi serba salah. Lalu, dia keluar dari kamar tersebut seraya turun ke ruang tamu. Dan Safiyya masih di situ. Lima bulan selepas pernikahan dia dan Iqmal, mereka sudah mampu membeli sebuah rumah di Shah Alam berdekatan sahaja dengan pejabat Iqmal. Itulah hasil daripada berjimat cermat mereka. Rasa bahagia itu bertambah apabila Safiyya sendiri telah hamil 2 bulan.


Pagi sabtu itu benar-benar memenatkan pasangan tersebut. Mereka sangat sibuk mengemas rumah baru itu. Sesekali Safiyya tersenyum melihat Iqmal mengangkat barang-barang berat bersama pekerja-pekerja indonesia yang diupah. Kasihan pun ada, lucu pun ada. Kadang-kadang dia pun tak percaya bahawa Iqmal adalah suaminya sendiri. Alahai.. Perempuan la katakan, berangan tak ingat..!


Safiyya hanya mampu membantu yang ringan-ringan sahaja. Iqmal sendiri akan bising kalau Safiyya cuba mengangkat barang-barang ke tingkat atas. Safiyya menggeleng sahaja. Malas mahu berbahas dengan pembantu pengarah di sebuah syarikat perakaunan itu.


"Awak nampak tak kotak yang isinya barang-barang dapur..?", Tanya Safiyya.


Diam. Iqmal sudah pun ada di luar ketika Safiyya bertanya.


"Buk, tuannya lagi di luar itu", Jawab pekerja indonesia dengan loghatnya.


"Oh"


Safiyya berpaling sambil tersipu-sipu malu kepada pekerja tersebut. Safiyya berjalan keluar mencari suaminya. Dia ternampak seorang perempuan bersama Iqmal.




"Barangkali, jiran sebelah rumah" Desis hati Safiyya.


"Eh, Kak Maya..! Baru sampai..?"



Safiyya menegur dan dia mula kehairanan melihat suaminya menggelabah sedikit. dan Kak Maya..? Kenapa dia boleh tahu kami pindah di sini..? Padahal Safiyya sendiri belum beritahu keluarga terdekatnya.


"Dah lama aku sampai. saja nak melihat-lihat istana bahagia korang ni..!", Sinis dan kasar sekali kata-kata Maya.


Safiyya tertawa kecil. Baginya Kak Maya mungkin bergurau.


"Oh ya. Ini suami saya. Iqmal namanya. Akak kan tak jumpa lagi dia. Masa kami nikah dulu, akak bercuti dengan kawan-kawan kat Singapura kan..?", Ramah Safiyya membuatkan Maya menjadi meluat.


"Awak, ni kakak sepupu saya, Kak Maya", Safiyya menjelaskan lagi kali ini kepada Iqmal.


"Masukla dulu kak", Pelawa Safiyya. Iqmal masih terdiam dan menjadi serba salah.


"Ehh perempuan..! Jangan tunjuk baik ye..!", Bentak Maya dengan menunding-nunding jari telunjuknya kepada Safiyya.


Safiyya terkejut. mukanya kini benar-benar terkejut. 'apa salah aku lagi..?', Safiyya jadi hairan


"Ehh perampas..! Kau tahu tak Iqmal ni kekasih aku..? Kenapa kau kahwin juga dengan dia..? Dasar perempuan tak tahu malu..!" Maya menuduh Safiyya.


"Perampas..? Kekasih akak..?", Safiyya keliru. Pandangannya beralih kepada Iqmal.


"Awak, apa semua ni..?", Safiyya gelisah jadinya.



Pandangan Iqmal terus kepada Maya. 


"Maya..! hubungan kita dah lama berakhir, cukup Maya..! Kau yang tinggalkan aku terkapai-kapai. Kau yang ada lelaki lain kan..? Kau lupa ke macam mana kau tinggalkan aku 2 tahun dulu..? Kau hina mak bapa aku, Maya.", Iqmal menjelaskan. 


Terasa geram sekali dengan perempuan itu. Walaupun bertudung litup, tapi hatinya kotor..! Safiyya terduduk di lantai. Dia terasa seram sejuk dan wajahnya mulai pucat.


"Iqmal, maafkan I, sayang. Kita boleh mula lagi sekali kan. U kan masih sayangkan I..? Ingat tak kita dah janji nak kahwin, lepas tu kita nak berbulan madu di Paris..? Sayang, ingatkan..? Ceraikan sahaja perempuan ni. I sanggup terima U walaupun duda", Rayu Maya sambil memegang tangan Iqmal dan memeluk erat lengannya.


Safiyya menutup telinga dan matanya. Dia rasa berdosa melihat perbuatan anak Mak Longnya itu. Iqmal menolak Maya ke tepi. Seraya mendapatkan Safiyya di lantai.


"Pergi mampus dengan semua tu..! Baik kau pergi sekarang. Muka kau buat aku muak tahu tak..!?" Iqmal menghalau Maya.


Maya geram. 


"Oh! I tahu permainan you. You kahwin dengan dia, sebab nak dekat dengan I kan..? Tak apalah sayang, I sanggup tunggu you. Take your time ok..! Bye sayang..!" 


Jawab Maya lalu berjalan terkedek-kedek meninggalkan perkarangan rumah dan mendapatkan keretanya. Safiyya bangun. Rasa sakit hatinya mula menghasut jiwa. Dia hilang arah. Lalu masuk ke rumah dan terduduk di sofa baldu merah. Iqmal mengekori belakang sambil menyuruh pekerja-pekerja upahan itu pulang selepas selesai kerjanya. Iqmal duduk dilantai mendekati isterinya.


"Sayang. Maafkan saya. Ya. saya mengaku dulu kami pernah bercinta. Saya sayang dia sangat tapi dia berani hina mak ayah saya depan saya pula tu. Kami putus pun sebab dia juga ada lelaki lain. Sebenarnya dia yang tinggalkan saya macam tu saja. Saya sendiri terkilan. Tapi itu dah lama dulu. Saya berjaya lupakan dia. Dan berkat doa saya, saya jumpa awak, Safiyya. Sekarang, saya hanya ada awak." Sungguh-sungguh Iqmal menjelaskan.


Safiyya tetap diam. Hatinya bagai diremuk. Apa perlukah dia percaya pada suaminya..? Tak, dia tak boleh ego dengan suami sendiri. Safiyya cuba berlembut hati.


"Fiya. saya minta maaf sebab tak bagitahu awak mengenai ini. Saya sendiri tak tahu dia sepupu awak. kalau saya tahu"


"Kalau awak tahu, awak tak akan nikah dengan saya..?" Safiyya mencelah bagi mencari kepastian. 



Dia tahu hati budi suaminya. Orangnya penyabar dan ikhlasnya tergambar dalam renungan matanya.


"Tidak sayang. Kalau saya tahu, saya akan terus terang dengan awak. Saya sendiri terlupa tentang semua hal mengenai Maya. Awak yang melupakan saya tentang semua tu. Saya bersyukur sangat memiliki awak, sayang" Iqmal menjawab.


Safiyya tersenyum kelat kepada suaminya. Dia tak mahu Iqmal terasa dihukum. Safiyya sendiri perlu masa untuk menelan semuanya. Aduh! mesti ahli keluarga yang lain sudah pun tahu tentang ini. Macam mana dia perlu menjelaskan perkara sebenar..?


Safiyya bangun dari sofa.


"Fiya", Panggil Iqmal.


"Saya nak masak" Jawab Safiyya ringkas.


Senyuman Safiyya sebentar tadi cukup memberitahu Iqmal betapa hatinya terluka. Iqmal melepaskan keluhan berat.


Bersambung..
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

CARA NAK LETAKKAN KOD HTML

Apabila memasuki dunia blogging, antara perkara yang tidak dapat dielakkan adalah untuk menghias blog sendiri. Terdapat beberapa cara untuk menghias blog sama ada menukar template, memasang widget yang telah disediakan oleh blogger.com ataupun meletakkan sumber-sumber lain dari luar yang biasanya melibatkan kod HTML / Javascript. Selain untuk menghias blog, kod HTML / Javascript juga mempunyai fungsi-fungsi lain bergantung kepada tujuan apa kod itu dihasilkan.



Penambahan yang ingin dilakukan biasanya akan melalui perkara yang sama iaitu kod yang diperolehi perlu di 'paste'kan di ruangan HTML / Javascrip.



Tutorial ini akan menunjukkan bagaimana hendak meletakkan kod HTML / Javascript bagi sesebuah blog :-

  • Login ke dalam blog anda seperti biasa. Kemudian dari 'dashboard', klik 'Design'

  • UPDATE: untuk template terbaru, klik pada DESIGN


  • Setelah anda klik 'design', dia akan auto masuk bahagian 'page element'. Kemudian pada 'page element' anda itu, klik pada 'add a gadget'


  • Selepas itu anda akan lihat banyak senarai yang ada, cari "HTML / Javascript", kemudian klik pada "+"


  • Satu paparan kosong akan dibuka, kemudian paste code yang anda mahu letak dalam blog ke dalam ruangan kosong. kemudian tekan "save"



  • Siap. Anda boleh lihat hasilnya dengan klik preview. Anda juga boleh mengubah kedudukan code itu dengan hanya drag pada mana-mana kawasan Page Element itu.Apabila anda sudah puas hati, klik 'save' untuk kekalkan kedudukan.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

CARA BUAT GAMBAR BERGERAK SCROLLING

Membuat scrolling image dapat memberi pandangan yang berbeza berbanding memaparkan gambar secara statik. Kebanyakan scrolling image ini diaplikasikan oleh sesetengah blog yang mempunyai senarai list dalam bentuk gambar seperti banner atau pun mendapat tag daripada blogger lain.



Pergerakan setiap gambar dapat diubah samada dari kiri ke kanan, bawah ke atas dan sebaliknya. Selain itu kelajuan pergerakan setiap gambar juga dapat dikawal.



Contoh kod bagi scrolling image adalah seperti berikut :-


<marquee direction="left" onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()" scrollamount="2" width="150" height="200">

<a href="link untuk dibuka" target="_blank"><img src="url gambar" /></a>
<a href="link untuk dibuka" target="_blank"><img src="url gambar" /></a>
</marquee>


Penerangan :


  • Arah pergerakan gambar : Boleh ditukar kepada up, down dan right.

  • Kelajuan pergerakan gambar : Boleh ditukar kepada nombor lain. Semakin tinggi nilai semakin laju.

  • Link untuk dibuka : Link yang hendak dibuka apabila gambar diklik.

  • URL gambar : URL gambar yang hendak dipamerkan.




Nota :


    • Jika anda ingin menambah lebih banyak gambar, cuma copy paste kembali untuk bahagian gambar

    • Kod-kod ini dapat digunakan di dalam post entri ataupun pada bahagian gadget

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

IMAGE MAGNIFY

Image magnify merupakan salah satu kesan khas yang digunakan terhadap gambar yang dipost dalam sesebuah entri untuk mencantikkan dan menjadikan ianya lebih unik berbanding kaedah-kaedah yang melihat gambar yang lain. Contoh gambar yang diaplikasikan image magnify ini boleh dilihat disini, Image Magnify - Test Mode



Dengan menggunakan image magnify, gambar dapat dipertontonkan kepada pengunjung samada untuk diperbesarkan atau diperkecilkan tanpa memerlukan dibuka kepada new tab. dan yang menariknya cara zoom in dan zoom out ini mempunyai kesan khas yang menakjubkan.



Berikut adalah tutorial untuk image magnify ini :-

  • Copy code di bawah, kemudian letakkan di HTML / Javascript dalam blog anda.

  • Dashboard > Layout > Add Page Element > HTML / Javascript )



Jika masih tidak jelas lagi, klik sini


<script src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js" type="text/javascript"></script>
<script src="
http://www.yourjavascript.com/610310434009/unwanted86.blogspot.com.js" type="text/javascript">
/***********************************************
* Kod telah di'edit' oleh unwanted
* Pastikan notis ini tidak dibuang untuk menghargai kerja² edit yang dilakukan oleh unwanted
* -- Sharing Is Caring -- http://www.unwanted86.blogspot.com --
***********************************************/
</script>



  • Apabila sudah letak code tu, save sahaja seperti biasa..



Siap untuk bahagian letakkan kod asas.


Seterusnya, adalah kod yang anda perlu letakkan bersama dengan URL gambar yang anda hendak post dalam blog. (Kod asas tadi perlu letak sekali je. Kod bawah ini diperlukan untuk membuat kesan tersebut pada gambar)


<img src="url gambar disini" class="magnify" data-magnifyby="2" style="width:200px; height:150px cursor: url(magnify.cur), -moz-zoom-in; " />



Keterangan :

  • URL gambar di sini : Masukkan URL gambar.

  • Skala pembesaran : Bergantung kepada width dan height. Nilai lebih besar dari 1 akan membesarkan gambar, nilai kurang dari satu akan mengecilkan gambar contoh 0.5

  • 200 : Masukkan lebar gambar yang anda rasakan bersesuaian

  • 150 : Masukkan tinggi gambar yang anda rasakan bersesuaian

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

TUTORIAL BUAT MENU TAB

Mempunyai tab menu ataupun navbar menu dalam sesebuah blog boleh digunakan oleh pemilik blog untuk meletakkan link yang penting atau link yang ingin diberi perhatian oleh pengunjung blog. Anda boleh lihat contoh tab menu yang ringkas di sini




Tutorial untuk membuat tab menu / navbar menu adalah seperti berikut :-

  • Dari Dashboard > Design > Edit HTML (Backup template untuk langkah berjaga-jaga)

  • Menggunakan fungsi find (CTRL+ F), cari kod  ]]></b:skin>

  • Jika tidak jumpa, cari kod  </head>

  • Copy dan paste kod di bawah SEBELUM kod yang anda jumpa di langkah 2 @ 2.1
ul#list-nav {
list-style:none;
margin:20px;
padding:0;
width:525px
}
ul#list-nav li {
display:inline
}
ul#list-nav li a {
text-decoration:none;
padding:5px 0;
width:100px;
background:#FF0099;
color:#eee;
float:left;
text-align:center;
border-left:1px solid #fff;
-moz-border-radius: 5px;
}
ul#list-nav li a:hover {
background:#FF6699;
color:#000
-moz-border-radius: 5px;
}

Contoh :



  • Save template anda.

  • Kemudian, kembali ke Dashboard, pergi ke Design > Page Element > Add a gadget > HTML / Javascript

  • Copy dan paste kod di bawah di dalam HTML / Javascript kemudian tukarkan 'Link' dengan link yang anda mahu letak di tab menu.

Contoh : <li><a href='http://ohbest.blogspot.com'>Home</a></li>


  • Selepas selesai masukkan link yang dikehendaki, save.
<div>
<ul id='list-nav'>
<li><a href='Link'>Home</a></li>
<li><a href='Link'>About Us</a></li>
<li><a href='Link'>Services</a></li>
<li><a href='Link'>Products</a></li>
<li><a href='Link'>Contact</a></li>
</ul>
</div>



  • Drag ke bawah element header, save dan lihat hasilnya.




Nota : 


    • Untuk langkah 3, anda boleh ubah beberapa kod seperti warna background, border, dan radius. Bergantung kepada bagaimana tab menu yang anda mahukan.

    • Jika anda hendak tambah tab menu, copy paste barisan di langkah 6. 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

CARA MEMBUAT READ MORE 2

Tutorial ini akan menunjukkan lagi cara untuk buat read more bagi sesebuah blog. Sebenarnya kaedah ini sudah pun agak lama wujud dalam blogger.com, tetapi mungkin pengguna blogspot tidak perasan. Dan bagi blogger yang menggunakan template asal daripada blogger.com, kaedah ini amat mudah untuk diaplikasikan.



Berikut tutorial ringkas untuk buat read more yang sudah tersedia dalam blogger.com :-


  • Login ke akaun blogger anda, kemudian daripada dashboard klik new post.



  • Kemudian taipkan beberapa patah perkataan, kemudian diselangi oleh kod berikut. (Ini untuk test template anda sudah tersedia dengan kod penuh atau belum)

<!-- more -->


Contoh :

    • Anda boleh copy dan paste bawah ni ke dalam new post anda.


      Ini ayat sebelum perkataan 'read more'<!-- more -->Ini ayat selepas perkataan 'read more'


  • Kemudian klik pada publish, dan tengok dari paparan muka hadapan blog anda samada read more ini berjaya atau tidak. Kalau berjaya, kerja anda sudah siap. 


Kalau tidak berjaya, biasanya melibatkan bukan template default dari blogger, sila ikuti sedikit penambahan berikut :-

  • Dari dashboard, klik pada layout > Edit HTML

  • Backup template anda, kemudian klik pada expand widget templates

  • Menggunakan keyboard, tekan CTRL + F (untuk membuka fungsi find), kemudian cari kod berikut

<data:post.body/>

  • Copy dan paste kod ini dan letakkan dibawah kod tadi.

<b:if cond='data:post.hasJumpLink'>
<div class='jump-link'><a expr:href='data:post.url + "#more"'><data:post.jumpText/></a>
</div>
</b:if >

  • Kod anda sepatutnya kelihatan seperti di bawah


  • Save template anda dan lihat hasilnya. :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

CARA MEMBUAT READ MORE PADA BLOG

Mempunyai fungsi 'read more' adalah antara perkara yang perlu diaplikasikan pada sesebuah blog. Ini kerana rata-rata pemilik blog akan menaip entri yang boleh dikategorikan sebagai 'panjang'. Dengan mempunyai fungsi read more, keseluruhan entri dapat diringkaskan supaya ianya lebih memudahkan.





Berikut merupakan langkah yang perlu dilakukan untuk menggunakan fungsi 'read more' pada blog :-

  • Login > daripada dashboard klik layout > Edit HTML



  • Pastikan anda backup template dahulu dengan klik 'Download Full Template' kemudian klik pada 'expand widget templates'

  • Pada keyboard anda, tekan ctrl + F untuk menghidupkan fungsi 'find' kemudian taip  <data:post.body/>



  • Letakkan kod ini di atas <data:post.body/>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<style>.fullpost{display:inline;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<b:else/>
<style>.fullpost{display:none;}</style>


  • Kemudian letakkan kod ini di bawah <data:post.body/>
<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'><br />
<a expr:href='data:post.url'>Read more...</a>
</b:if>
</b:if>




Nota : 


    • Kod anda sepatutnya kelihatan seperti ini.



  • Selepas selesai letak code, Save Template
  • Kemudian, daripada paparan dashboard, klik pada Setting > Formatting kemudian scroll ke bawah sehingga jumpa Post Template.
  • Copy code berikut ke dalam Post Template
<span class="fullpost">
</span>


  • Save Setting
  • Pergi kepada paparan untuk post entri, dalam ruangan post entri klik pada 'Edit HTML' dan akan anda jumpa code tadi. Kandungan yang ingin diletakkan dalam ruangan read more perlu terletak antara <span class="fullpost"> dan </span>


  • Apabila siap menaip, klik publish..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...