APABILA MEMINATI SESEORANG

"Senyum je memanjang.. Ade ingat kat sesape ke..?" Tegur kawanku. 


Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.


"Ehhh, Zatel. Hehehe.. Takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.



Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.


"Hemmm.. Aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya" Luah hatiku dengan nada yang lemah.



"Kau kenapa..? Cer citer sikit bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh..?"


"Ish kau ni..! Cepat saja menekanya. Entahlah Zatel.. Aku rasa aku macam dah minat 'somebody'. Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program hari tu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye"



"Aiwahhh.. Ustazah Rahmah dah jatuh cinta ke..? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku..? Hehe.."


"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, Zatel..?"



"Adusssss.. Soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'Tafaddhol masykura ya ukhti' "



"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini..?"


Dilema..? 



Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul..?


ATAU


Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai..?


ATAU



Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting..?


Apa pilihannya..? 



Keliru..?


Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya. 
Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apa pun pilihannya, beristikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.


Apa yang penting..? Kesucian jiwa.


"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." 
(Asy - Syams : 9 - 10)


Percayalah. Bahawa sesungguhnya menyucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang diutuskan oleh Allah.


Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.



Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.



Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah..! Itulah namanya kehidupan. Dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai.



Sumber : Di Sini


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

3 comments:

minah macho said...

Assalamualaikum, hehe.sya nak bercerita skit tentang pngalaman sya. sya tak penah sukakan seorang lelaki yg ajnabi la suka betul. setakat kagum atau minat tu ade la.tapi sya trserempak dgn sorg bdk lelaki nie, hya sekali pndg saja sya tak dpt lupakan dy walaupun sya lgsung tak kenal dy.sya ingat ia sekadar suka2,dan waktu tu sya pasti yg sya akn lupakan dy jugak satu hari nanti. kalau dilihat peribadi wajah atau apa sja pada dia, hnya biasa2 dan sya penah brdoa kalau dy jodoh sya moga Allah dekatkan kami, kalau tak jauhkan lah kami. lepas setahun kami brakhir melanjtkan pelajaran ke tempat yg sama.malah hanya kami berdua saja yg berasal dari tempat yg sya. sya fikir, mungkin ada hikmah disebalik semua ni, atau mmg betul dy jodoh saya. tapi sya terburu2 mmg sya bersyukur. lepas tu sya dapat tahu yg dy sudah memiliki hati gadis lain. sekarang sudah genap 5 thn dan sya masih sukakan dy dan dy masih bersama gadis itu. sedikit pun rasa cemburu tu tak menyentuh hati sya. sya cuba lupakan dy, tapi entah kenapa sya masih akan memilih dia berbanding lelaki lain. jujur sya katakan sya tak pernah ingin dy mnjadi teman lelaki. apakah yg Allah cuba tunjukkan pada saya? sekarang sya cuba sedaya upaya lupakan dy dan mendekatkan diri dgn Allah.

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@minah macho wa'alaikumussalam.. ikutlah kata hati.. Hati ni Allah beri kerna ada hikmahnya.. Kalau kita yakin dengan apa yg hati kita katakan, InsyaAllah, ianya betul..

Jika ada rasa was2, tanyalah pada Allah.. Mungkin Allah sedang menguuji hati dan iman awak.. (Al Ankabut ayat 2-3) yg berbunyi "masakan hendak beriman jika tidak diuji.." :)

Istikharah pun buat la.. Tapi ingat, istikharah ni, penyerahan.. Bukan permintaan.. InsyaAllah, Allah akan bg tahu melalui caraNya nanti.. :)

MIMI Minah Macho MIMI Minah Macho said...

@Siti Khadijah Halil MasyaAllah, betul apa awak katakan. mungkin Allah sedang menguji saya. InsyaAllah, saya akan beristiqarah. mudah-mudahan Allah beri yang terbaik nanti.terima kasih ya. Moga Allah membalas jasa awak. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...