LUKA SEMALAM BAHAGIAN 2

Kandungan Safiyya sudah mula membesar. Sudah 6 bulan. Dia terasa bahagia. Iqmal yang paling risaukannya. Ibu mertuanya, Mak Limah juga sama. Asyik sahaja ke rumah mereka untuk temankan Safiyya. Katanya risau Safiyya duduk rumah seorang diri kalau Iqmal ke pejabat.


Safiyya tersenyum dengan telatah ibu mertuanya itu. Mak Safiyya pula ke sini selalunya pada hujung minggu sahaja. Iqmal pula pandai membahagikan masa di pejabat dan di rumah. Kadang-kadang, kerja pejabatnya dibawa ke rumah.


"Syukur padaMu, Ya Allah atas bahagia ini", Safiyya bersyukur.


Selama dia mengandung, Safiyya tidak pernah mengidam bukan-bukan lagi. Sampai satu malam tu, dia mengejutkan suaminya.



"Awak, bangun kejap, saya nak cakap ni, bangun la kejap", Sambil mengoncang tubuh suaminya.


"Urm.. Apa dia..?"



Mata Iqmal antara buka dan tutup. Tapi digagahkan juga untuk bangun.


"Saya nak makan daging itik la. Kita balik rumah mak saya ya..? Esok kita balik ya. Saya nak yang ayah saya sembelih sendiri. Lepas tu bakar. Mesti sedap..!" Safiyya meminta bagai anak kecil.


"Hah..?! Itik..? Sekarang ke..?", Iqmal terkejut


"Bukan, bukan sekarang. Saya tahu awak mengantuk lagi. Esok kita balik rumah mak saya ya",Safiyya menjelaskan lagi.


"Esok..? Itik..? Balik rumah mak..? Ok. Kita tidur dulu ya", Iqmal memujuk.


Tersenyum lebar Safiyya lalu kembali berbaring. Keesokkan harinya, Safiyya dan Iqmal sampai di rumah mak dan ayahnya. Hanya 1 jam perjalanan dari rumah mereka. Safiyya dengan terujanya mendapatkan ayahnya di belakang rumah. Di situ juga ditempatkan ladang itik kepunyaan ayahnya.


"Mesti sedang sibuk bagi makan pada itik-itiknya la tu", Desis Safiyya.


"Assalammualaikum", Sopan Safiyya menyalami ayahnya.


"Waalaikummusalam. Eh. Anak ayah dah balik. Iqmal mana..?"


"Ada di depan, ayah. Fiya nak makan daging itik la. Ayah sembelihkan ya. Lepas itu, kita bakar", Safiyya cepat-cepat memberitahu hajatnya seperti merengek-rengek


Pak Rahman mengeleng kepala dan tersenyum melihat anaknya yang mengidam itu. Safiyya adalah anak yang paling rapat dengannya. Padanya, Safiyya yang paling mendengar kata, jadi dia sangat berbesar hati melakukan apa saja untuk anaknya itu. Tetapi Pak Rahman tidak pernah pilih kasih dengan 4 orang anaknya lagi.


"Boleh fiya. Dah salam mak belum..?", Pak Rahman bersetuju dan bertanya


"Belum. Hehe" Safiyya hanya tersengih.


"Kereta siapa di depan tu, ayah..?", Tanya Iqmal sambil menyalami Pak Rahman.


"Honda warna biru tu..?" Iqmal mengangguk.


"Anak Mak Long kau punya tu, si Maya. Katanya nak makan tengah hari bersama. Mak Long pun ada tu.", Jawab Pak Rahman tenang.


Iqmal dan Safiyya berpandangan.


"Dah. Pergi masuk dulu. Ayah nak pilih itik yang mana nak kena sembelih ni."


Ayah bercakap sambil memanjangkan lehernya mencari itik yang sesuai. Iqmal dan Safiyya berjalan tenang ke dalam rumah. Sempat Safiyya menjeling dengan ekor matanya kepada perempuan berbaju biru dengan seluar jeans dan tudung putih di kepala yang dikemas rapi duduk di sudut ruang tamu. Safiyya sebenarnya tak sanggup menatap wajah kakak sepupunya itu. Terasa sakitnya kembali menusuk. Dia terus ke dapur melalui ruangan tengah.


"Mak"


Safiyya menyalami emaknya yang sibuk di dapur. Diikuti dengan Iqmal.


"Hurm, dah balik kamu. Mimpi apa ke mari..?", Mak Siti menegur anak menantunya itu sedikit sinis.


"Fiya teringin nak makan daging itik katanya, itulah dia ajak ke mari", Iqmal tenang menjawab.


Dia sebenarnya dah berasa tak sedap hati sejak dalam kereta lagi. Mak Long hanya memerhati tingkah mereka. Safiyya menyalami Mak Longnya juga sambil tangan Mak Longnya mengusap lembut kepalanya. Safiyya tersenyum. Ada simpati di mata Mak Longnya. Bagaikan mengetahui apa yang berlaku antara Safiyya, Iqmal dan Maya.


"Sihat, Fiya..?", Tanya Mak Long.


"Sihat, Alhamdullillah"


"Baby dalam perut sihat..?" Mak Siti pula menyoal.


"Baby lagi sihat", Safiyya menjawab bahagia.


"Hah!.. dah balik rupanya perempuan ni?", Maya menyergah dari belakang Safiyya. 


Safiyya sedikit terkejut, lalu pura-pura membantu Mak Siti membasuh pinggan. Iqmal hanya melihat geram. Dia sudah berdiri di pintu dapur yang menghadap ladang itik Pak Rahman.


"Isy..! Maya ni, kenapa kasar sangat bahasa tu. Mak tak ajar pun", Mak Long menegur anaknya.


"Rasanya, Mak Siti pun tak ajar anak dia jadi perampas kekasih orang..!", Tambah Maya lagi.


Berderau darah Safiyya mendengarnya. Dia menjadi seram sejuk. Rasa nak pitam pun ada. Dia menutup paip air yang digunakan tadi. Mak Long dan Mak Siti saling berpandangan.


"Ya Allah, jauhi aku dari permusuhan ini", Doa Safiyya.


Maya mendekati Mak Siti. Dia cuba mengapi-apikan mak ciknya itu.




"Mak Siti tahu tak, Iqmal ni sebenarnya kekasih Maya. Safiyya yang tak tahu malu tu yang berani-beraninya berkahwin dengan kekasih kakak sepupu dia sendiri" Mak Siti memandang Safiyya bagi mencari kepastian.


"Eh. Iqmal. Apa yang You nampak pada Safiyya tu..? Dia ada diploma je. I ni, ada master, ok..! Sekarang I ada kerja besar lagi. You pun boleh tumpang sekaki. Ingat tak janji You dulu pada I. Kita kan dah rancang nak kahwin juga"



Maya cuba merayu pada Iqmal sambil tangannya mengapai lengan Iqmal. Tapi sayang sekali, kata-kata Maya hanya mencabar kelakian Iqmal. Safiyya menjadi geram. Dia mendekati Maya dan menepis tangannya.





"Akak..! Cukup dengan semua ni. Dia dah jadi suami saya. Dia milik saya. Akak tak ada hak nak pegang-pegang suami saya. Iqmal suami saya. Terimalah kenyataan. Cerita 2 tahun dulu sudah tamat buat akak dan Iqmal. Sanggup akak buat macam ni..? Kenapa..? Iqmal dah ada jawatan besar sekarang, baru akak nak terhegeh-hegeh dengan dia kan..? Betul kan..?!".


Pang..!


"Fiya..!", Iqmal dan Pak Rahman menjerit memanggil.


Satu penampar melekat di pipi Safiyya. Dia terjelepuk jatuh ke lantai. Air matanya gugur. Hatinya sakit sekali. Tak dapat digambar perasaan itu. Iqmal mendapatkan isterinya. Pak Rahman yang baru masuk dari luar meletakkan bekas yang berisi daging itik yang baru disembelihnya. Mak Siti geram jadinya. Dia tidak semena-mena menampar Safiyya yang tidak bersalah.


"Kenapa Fiya rampas Iqmal dari Maya..?" 



Tanya Mak Siti sambil bertalu-talu memukul lengan Safiyya yang masih di lantai. Iqmal cuma menunduk. Maya sudah tersenyum puas. Hatinya bernyanyi gembira.


"Rasakan itu, perempuan..!", Hati Maya berkata.



"Kalau korang nak tahu, dah 2 bulan aku ikut korang berdua sampailah kita jumpa dekat rumah baru korang tu..!", Maya bersuara lagi disambung dengan ketawa jahatnya.


Pang!


Kali ini Maya pula yang ditampar Mak Long. Maya memegang pipinya.


"Kenapa mak ni..?", Maya memarahi ibunya.


"Kenapa kau tanya..? Eh. Aku hantar kau belajar tinggi-tinggi untuk jadi orang yang berilmu, berbudi bahasa, berakal. Apa aku dapat sekarang. Eh. kalau sekali pun kau dapat ceraikan mereka, apa gelaran untuk kau pulak..? Perampas laki orang..?"



Jawab Mak Long kasar sambil menonjol-nonjol kepala anaknya. Mak Long terasa menyesal dan malu dengan perbuatan anaknya. Mujur tiada saudara lain di situ. Pak Rahman menghampiri Iqmal.



"Bawa dia pulang, nak. Bawa dia pergi jauh dari sini" Iqmal mengangguk.


Lalu dia memapah Safiyya keluar dari dapur.


"Ingat Maya, kau dah hina mak ayah aku dulu masa aku masih miskin. Sekarang kau dah ludah, kau nak jilat balik..? Kotornya hati kau, busuk..!", Iqmal sempat mencemuh Maya.


Mak Siti masih menangis teresak-esak di lantai. antara kecewa dan kesal kerana memukul Safiyya.



Bersambung..




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...