RISAU

"Worry is a total waste of time. It doesn’t change anything. All it does is stealing your joy & keeps you very busy doing nothing"


Tak semua apa yang kita inginkan terjadi mengikut apa yang kita rencanakan. Cuma apa yang pasti, teruskan mengatur langkah biar pun kita seorang sepi sendiri.

"And whoever turns away from my remembrance – indeed, he’ll have a depressed life & we’ll gather him on the day of resurrection blind"
(Taha : 124)


Tak semua apa yang kita mahukan, terlaksana mengikut apa yang kita rencanakan. Cuma apa yang pasti, hargai apa yang kita punya tanpa perlu bersedih hati.


Hamdun bin Ahmad berkata,

"Sikap panik ketika tertimpa musibah hanya dilakukan oleh orang yang menyimpan buruk sangka terhadap Tuhannya"


Tak semua apa yang kita citakan terjadi mengikut apa yang kita rencanakan. Cuma apa yang pasti, Allah sentiasa ada di sisi.


Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,

"Tak henti hentinya manusia bertanya tanya, sampai dikatakan, ‘Allah menciptakan makhluk, lalu siapa yang menciptakan Allah..?' Barangsiapa yang merasakan keraguan dalam hatinya, maka hendahlah ia berkata, ‘Aku beriman kepada Allah"
(HRt Muslim No 190)


Tak semua apa yang kita impikan terlaksana mengikut apa yang kita rencanakan. Cuma apa yang pasti, kita bukan selamanya di sini.


Hadis Riwayat Abu Hurairah RA, dia berkata ketika turun ayat,

"Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu"


Kaum muslimin merasa sangat sedih sekali, lalu Rasulullah SAW bersabda,

"Janganlah kamu sekalian terlalu bersedih dan tetaplah berbuat kebaikan kerana dalam setiap musibah yang menimpa seorang Muslim terdapat penghapusan dosa bahkan dalam bencana kecil yang menimpanya atau kerana sebuah duri yang menusuknya"
(HR Muslim No. 4 671)


Tak semua apa yang kita idamkan terjadi mengikut apa yang kita rencanakan. Cuma apa yang pasti, bukankah kita hamba yang akan selalunya diuji..?

"Sesungguhnya besar pahala dengan besarnya ujian. Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kamu, Dia akan menguji mereka"
(HR At-Tirmizi)


Tak semua apa yang kita ada, selamanya kita punya. Sebab itu jangan kecewa. Bila ianya tiada lagi di depan mata kerana itu semua pinjaman Allah semata-mata. Sebab itu kita jangan kecewa kerana Allah akan selalu ada.


Ujian itu didikan : Manusia terdidik bila dia teruji.



Ujian itu panggilan : Manusia terpanggil bila dia teruji.


Ujian itu tanda kecintaan kerana manusia yang dicintai akan selalunya diuji.



"I want to know if you can see beauty even when it is not pretty, every day.

I want to know if you can live with failure yours and mine and stand still at the edge of the lake and shout to the silver of the full moon, "Yes"

I want to know if you can sit with pain, mine or your own without moving to hide it or fade it or fix it"
(The Invitation : Oriah)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

MENIRU SIFAT AR RAHMAN AR RAHIM



Berkata Imam Al-Ghazali dalam Kitab Al-Maqsad Al-Asna,


"Seorang hamba yang ingin meniru sifat Ar-Rahman ialah dengan cara menyayangi semua hamba Allah yang lalai lalu mengembalikan mereka kepada jalan Allah dengan nasihat dan kelembutan, bukan dengan kekerasan. Dia selalu melihat kepada orang yang bermaksiat dengan mata rahmat, bukan mata hinaan"


"Setiap maksiat yang terjadi di dunia ini seolah-olah musibah bagi dirinya, maka dia akan terus berusaha untuk menghilangkan maksiat itu dengan sekuat tenaga, sebagai tanda sayangnya kepada orang yang bermaksiat tersebut agar tidak mendapat kemurkaan Allah"


“Seorang hamba yang ingin meniru sifat Ar-Rahim, maka setiap kali ia melihat orang yang memerlukan bantuan, dia segera membantu. Setiap kali dia melihat orang fakir di negerinya, dia segera menolongnya dengan harta atau kedudukannya. Jika tidak mampu, dia akan berdoa untuknya dan menampakkan kesedihan seolah-olah dia sedang berkongsi kefakiran itu"

"People who love you are those who made du'a for you"
(Dr. Harris Shah)


Benci pada dosa yang dilakukan dan bukan pada orangnya. Elakkan dari menyerang peribadinya. Sangat tidak adil untuk kita menolak segala kebaikan yang dia lakukan. Sedangkan kita sang pendosa, Allah masih lagi menerima amal kebaikan kita walau sehalus habuk kipas, siapa kita untuk membenci dirinya sehingga buta terhadap kebaikan yang dia lakukan walaupun kebaikannya jelas terlihat di depan mata..? Kita bercakap seolah-olah tidak pernah kenal erti apakah itu dosa. Bongkaknya manusia.


Siapakah kita..? 


Siapakah kau..?


Jangan jadi penghukum.


Selalu kita menilai,


"Tidak adil bagi dia yang dahulunya seorang penagih dadah kini dia seorang peniaga yang berjaya"


Selalu kita menilai,


"Tidak adil bagi dia yang dahulunya kaki perempuan, bertukar-tukar lelaki, kini dia sudah berjodoh dengan pasangan yang baik, soleh dan solehah"


Selalu kita menilai,


"Tidak adil bagi dia yang dahulunya seorang perompak, kini dia sudah berbahagia dengan kehidupan barunya"



Apa lagi yang kita nilai..?


Bernilaikah pandangan kita..?

"The quieter you become, the more you can hear"
(Baba Ramdas)


Allah Maha Adil. Setiap rintihan taubat hamba-Nya tidak kira siang dan malam, tidak pernah offline, tidak pernah blackout akan Dia sahut. Allah tidak pernah berkelip walau sesaat sedangkan kita yang masih mampu tersengguk walaupun dalam meeting depan bos, menguap dalam kelas depan lecturer.


Ada kita mampu terdengar dia sudah bertaubat..?


Ada kita tahu Allah sudah ampunkan dosanya..? 


Bagaimana pula dengan dosa kita kerana berburuk sangka..?


Siapakah kita..? 


Siapakah kau..?


Selagi lagi, jangan jadi penghukum. Pendosa mempunyai perasaan. Dia juga mempunyai emosi.


Kerana apa..? 


Kerana saya juga seorang pendosa yang mempunyai perasaan dan emosi. Juga terusik dengan kata-kata yang keras dan kesat. Dan saya masih lagi percaya, kasih sayang dan cinta adalah senjata yang terbaik dan bukannya perlian, kebencian hatta hinaan. Manusia mudah berubah dengan pujukan dan doa. Lambat cepat itu bukan kerja kita, itu urusan Allah. Setiap pendosa mempunyai masa depan dan setiap manusia mempunyai masa silamnya yang tersendiri.


Sekali lagi diulang. untuk hidup tenang, berbaik sangkalah. Jangan jadi penghukum. Hidayah. Petunjuk. 


Kerja manusiakah dalam memberi hidayah kepada seseorang..?


Buat kali yang terakhirnya. Jangan jadi penghukum tanpa kaca mata Ar-rahman Ar-rahim kerana kita juga pendosa yang mengharapkan kasih sayang dan rahmat dariNya.


Seseorang itu sikit amalnya. Luarannya biasa biasa sahaja. Seseorang ini banyak amalnya. Luarannya tertutup rapi tiada cela.


Tetapi,


Siapa tahu seseorang itu masuk ke syurga Allah kerana amalnya yang sedikit dihiasi dengan kecantikan berbaik sangka terhadap saudaranya dan keikhlasan tanpa dirosaki oleh racun bangga.
Dan siapa tahu seseorang ini tergelincir ke neraka Allah kerana amalnya yang banyak tetapi dikaburi dengan riak dan berburuk sangka terhadap orang disekelilingnya.


Siapa sangka..?


Sudah terbukti bahawa Allah sahaja yang Maha Layak Menilai.

"I've found that if you love your life, life will love you back"
(Arthur Rubinstein)

"Kindness is more than deeds. It is an attitude, an expression, a look, a touch"
(Anonymous)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

KALAU BENAR CINTA, BUKTIKAN

Kebiasaannya, fitrah hamba Allah kalau seseorang itu jatuh hati kepada seseorang ini dalam erti kata lain, CINTA sehabis upaya dan sedaya yang mampu seseorang itu akan cari tahu siapakah seseorang ini


Mengapakah seseorang itu mampu jatuh hati pada seseorang ini..?


Kenapa pada seseorang ini dan bukan pada seseorang yang lain..?



Semakin seseorang itu mencari tahu siapakah seseorang ini, semakin bertambah cintanya terhadap seseorang ini


Kerana apa..?


Kerana seseorang itu semakin mengenali siapakah seseorang ini. Semakin dicari tahu, semakin mendalam cintanya terhadap seseorang ini kerana seseorang inilah seseorang itu mampu terlihat kekurangan terhadap dirinya. Lantas bangkit memperbaharui nilai hidupnya kerana seseorang inilah seseorang itu mampu mempelajari dan melihat sesuatu yang baru yang tak pernah terlihat olehnya semalam. Kerana seseorang inilah seseorang itu mampu membawa dirinya lebih baik dari yang semalam


Seseorang itu sedar bukanlah kerana dengan niat dia berubah semata-mata kerana seeorang ini yang dicari redha dari Dia dan bukan pujian dari manusia. Tetapi kerana nilai terhadap seseorang ini mampu terbias pada seseorang itu walaupun tanpa bersua muka jauh sekali kerana dipaksa atau terpaksa kerana apa..? Kerana seseorang ini ibarat cermin terhadap seseorang itu, yakni cinta seseorang itu terhadap seseorang ini bukanlah cinta yang membawa kepada kehancuran, kerosakan mahupun kemaksiatan. Kini seseorang itu semakin terlihat jelas matlamat hidupnya yang sebenar mencari redha Allah MARDHATILLAH


Seseorang itu semakin mengenali siapa Penciptanya. Moga inilah cinta yang sebenar cinta yang membawa kepada redha, cinta dan kasih Ilahi. Jika benar kita mencintai sesuatu, ketahuilah ia mampu mempengaruhi aku, kau dan kita tiada yang terkecuali.. Tetapi segalanya terletak atas pilihan aku, kau dan kita sendiri pengaruh yang membawa ke syurga atau ke neraka.


Cinta arus kebaikan yang membawa kepada gelora dan ombak ketenangan. Cinta arus kemaksiatan yang membawa kepada badai kelalaian dan kejahatan.




Itu cerita manusia terhadap manusia. Cerita sesama kita.


Bagaimana cerita kita terhadap kekasih Dia..?


Semua orang mengaku mencintai baginda dan aku adalah salah seorang daripadanya. Tapi aku macam cakap tak serupa bikin. Kalau betul aku cinta dan sayang Rasulullah SAW,


Sirah..?


Sunnah..?


Selawat..?


Malu je kalau orang tanya. Cakap meletop-letop. Buatnya setipis size anak ikan bilis pun agaknya tak sampai. Pendek yang aku dapat simpulkan, kalau benar mencintai sesuatu, buktikan. Kalau benar mencintai Rasulullah SAW, buktikan. Cinta tanpa bukti is nothing.


Ini fakta yang sangat diyakini. Semakin dikaji sirah Rasulullah SAW, semakin dicari tahu siapakah di sebalik kekasih Allah, hati semakin lunak. Lidah semakin lembut. Mata semakin tajam. Perilaku semakin halus.


Kerana apa..?


Kerana orang yang kita cintai itu adalah kekasih Allah. Berselawatlah. Rasulullah tunggu. Jika benar kita mencintai Rasulullah SAW, auranya mampu mempengaruhimu. Tetapi segalanya terletak atas pilihanmu sendiri. Nak buat atau tak. Biaskan akhlak baginda pada akhlak kita.



Di satu sudut pasar Madinah Al-Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata,


"Wahai saudaraku janganlah kamu dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya"



Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.



Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Saidina Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya,


"Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan..?"


Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya,


"Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja"


"Apakah itu..?" tanya Abu Bakar RA.


"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana" kata Aisyah.


Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak,


"Siapakah kamu..?"


Abu Bakar RA menjawab, 


"Aku orang yang biasa"


"Bukan..! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" jawab si pengemis buta itu.


"Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut" pengemis itu melanjutkan perkataannya.


Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, 


"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW"


Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata,


"Benarkah demikian..? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia"


Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abu Bakar RA.



Nak mengamuk..?


Ingat Rasulullah. Rasulullah SAW tak pernah mengamuk.


Nak mencarut..?


Ingat Rasulullah. Rasulullah SAW tak pernah mencarut.


Teringin nak berdendam.?


Ingat Rasulullah. Rasulullah SAW tak pernah berdendam.


Nak mengata..?


Ingat Rasulullah. Rasulullah SAW tak pernah mengata.


Dan macam-macam lagi. Contohi Rasulullah kalau betul kita sayang baginda. Itu buktinya. Sekali lagi diingatkan. Cinta tanpa bukti is nothing. Takpe je. Start perlahan-perlahan. Mula-mula start simple-simple sikit-sikit. Nanti lame-lame jadi apple atas bukit.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

JENIS PENDAKWAH YANG TAK DISENANGI

First of all, apa itu pendakwah..? Pendakwah ni mereka yang mengajak ke arah kebaikan. Sesiapa sahaja yang mengucapkan 2 kalimah syahadah, dia wajib berdakwah. Bukan mereka yang dari sekolah agama sahaja ye. Jangan guna alasan bukan dari sekolah agama untuk tidak berdakwah sebab kita ada banyak masa dan banyak cara untuk belajar agama.


Bukan sahaja mereka yang bergelar ustazah atau ustaz, dan bukan juga yang memakai serban dan tudung labuh. Kan da kata tadi, bila kita dah ucap 2 kalimah syahadah, maka kita wajib berdakwah. Termasuk yang seksi-seksi tu? Ya, termasuklah mereka selagi mereka Islam. Cumanya mereka antara pendakwah yang gagal, gagal menjadi hamba Allah yang mematuhi perintahNya. Kadang-kadang kita pun macam tu ye dak..? Cumanya dosa kita dan dosa mereka mungkin tak sama.. So, don't easily judge people..


Ok, next.. Saya bukan nak menghina pendakwah ye. Cumanya dalam berdakwah, mungkin ada kesilapannya termasuklah saya.. Mungkin mereka tak sedar dan tak ditegur.. Moga teguran ini membuka hati untuk berubah dan buat saya bertambah baik.. Aamiin..




Kesilapan Dalam Berdakwah

1. Menegur di khalayak ramai

"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu" 
(Imam As - Syafie)


Pernah buat..? Ya, niat kita baik. Tapi kalau kena kat diri kita sendiri, malu ya amat. Kita malu dosa kita diketahui umum. Sebaiknya gunalah cara yang lebih baik iaitu bercakap secara sulit atau message je. Kalau kat laman sosial, buatlah private msg, usah post kat wall dia yang boleh ditatap ribuan pembaca ye..!




2. Menegur kesalahan padahal dia turut lakukan.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan seseuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan" 
(As - Saff : 2 - 3)


Firman Allah lagi,

"Mengapa kamu menyuruh orang lain melakukan kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri" 
(Al - Baqarah : 44)


Pernah buat..? Tidaklah bermaksud nak tegur orang kena perfect. Cumanya, jika kita turut lakukan perkara yang sama. Anggaplah mereka itu reflection dosa kita. Pendek kata "cermin". Sebagaimana buruk kamu lihat orang lain lakukan, begitu juga buruknya bila kamu yang lakukan.


Suruh girl lain behave, padahal diri sendiri. Alahai, gediknya engkau.




3. Menegur dengan cara yang kasar.

"Mereka yang menegur tetapi secara kasar lagi menyakitkan, samalah ertinya memberi makanan yang lazat-lazat kepada fakir miskin, tetapi diberi dengan cara melemparkan-lemparkan makanan"
(Ustazah Fatimah Syarha)

Nauzubillahimindzalik. Bagaikan sedang merawat pesakit, dalam masa yang sama menambahkan lukanya. Sungguhpun baik nasihat tu, siapa sudi menerimanya kalau begitu caranya. ye dok..?


Jangan pula berdakwah semata-mata nak orang terasa, itu MENYAKITI namanya.




4. Berlagak dengan ilmu yang dimilikinya


Allah berfirman dalam hadis Qudsi, diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA,

"Sombong itu adalah selendangKu dan keagungan itu adalah pakaianKu. Barangsiapa yang merampas salah satunya dariKu, Aku lemparkan dia ke neraka Jahannam"
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad No. 2 620)


Nauzubillahimindzalik. Buat apa nak bangga dengan ilmu yang ada. Sekali kena ketuk, lupa terus.




5. Beri dakwah dengan cara mengaibkan


Niat tidak menghalalkan cara. Contohnya dekat facebook, nak tegur perempuan tak pakai tudung. Tapi macam-macam gambar dan cara diorang edit untuk memerli perempuan itu. Agaknya makin ramai yang nak pakai tudung ke kalau gini caranya..? Mereka berhak mendapatkan teguran yang baik.




6. Menggunakan logik akal semata-mata.


Memang kita dikurniakan akal untuk berfikir. Tapi ada certain yang tak mampu dicapai oleh akal. Kalau tak tahu, jangan pandai-pandai nak reka statement sendiri.




7. Tidak membuat rujukan kepada yang lebih pakar


Maksudnya, dia sendiri tidak yakin dengan apa yang dia bagitahu tapi dia tetap nak sebarkan sebab difikirkan baik. Akibatnya tersalah sampaikan maklumat. Lebih bahaya, ilmu itu dia belajar tanpa guru. Buat kefahaman sendiri. Mungkin itu yang terhasilnya ramai pengikut-pengikut sesat kat dunia nih.


Lebih teruk lagi, tidak mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah. Apatah lagi, menentang Ulamak.




8. Suka berdebat dan merasakan diri lebih betul.


Dari Abu Darda dan Wa'tillah bin Al-Asqa dan Anas bin Malik berkata, Rasulullah SAW datang kepada kami pada suatu hari dalam keadaan kami berdebat mengenai sesuatu dari perkara Ad-Din. Maka Rasulullah marah dengan kemarahan amat sangat, kemudian kami mencela antara satu sama lain. Baginda lantas bersabda, 

"Hentikanlah wahai umat Muhammad. Sesungguhnya umat sebelum kamu binasa kerananya (pendebatan)


Saya tidak menentang debat dalam masa yang sama tidaklah menggalakan orang untuk berdebat. Cara yang lebih baik dan aman adalah berbincang ye. Bukan apa, berdebat mungkin saling mengutarakan pandangan masing-masing. Mungkin di antara dua itu, satu salah, satu betul atau dua-dua betul atau dua-dua salah. Kalau berdebat secara aman, tak mengapa. Tapi kalau sampai bergaduh, nauzubillahimindzalik.


Orang yang merasakan dirinya betul akan melakukan kesilapan seumur hidupnya. Sebab apa..? Sebab tak ingin dibetulkan. Orang panggil bodoh sombong.




9. Memberi fatwa untuk membela pihaknya


Jika ada ulamak dan cerdik pandai begini. Nauzubillahimindzalik. Nak kiamat dah dunia ni. Orang begini bagi saya adalah hamba manusia. Keluarkan fatwa agar orang suka, melonggarkan syariat. Contoh lebih dekat, ulamak di bawah parti politik yang tertentu. Siapa..? Tekalah sendiri.




10. Menggunakan dalil untuk kepentingan diri


Mungkin sama dengan No. 9. Saya selalu tengok orang guna dalil untuk lariskan perniagaan. Contoh mudah MLM lah. A bit annoying. Not a bit, a lot. Huh.




11. Menggunakan kepakaran kata-kata untuk mempengaruhi orang lain


Petah berkata-kata is good. Adakalanya tak. Orang macam ni boleh mempengaruhi kita dalam membuat keputusan. kalau saya berhadapan dengan orang macam ni, saya diam.




12. Tidak menyimpan rahsia


Sesetengah orang, dari wajahnya kita tahu dia tu baik. Kita pun dengan rasa tenteram menceritakan masalah kita untuk meminta nasihatnya. Namun, luka sungguh hati bila dibongkar pula rahsia kita setelah diberi kepercayaan. Percayalah, kalau kita mulut tempayan, orang tak caya dah.




13. Berakhlak buruk


Sehebat mana pun kita punya ilmu, kalau akhlak tidak disenangi. Kalau bagi talk kat depan khalayak pun, I tak yakin berapa ramai yang sudi dengar.


Contohilah Rasulullah, akhlak disenangi. Semua suka, baik sekali!




14. Mengungkit kesalahan yang lama


Contohnya begini, Ayaya (bukan nama sebenar) suka mencuri. Lama-kelamaan dia pun insaf. Tapi sayangnya, tidak diterima masyarakat. Punya sedih hati Ayaya. Orang sekeliling tidak percaya padanya. Malah terlalu berhati-hati dengannya takut dia mencuri barang lagi.

Bak kata pepatah. "Enggang lalu, ranting patah". Maksudnya macam ni, kalau dalam satu kampung ada kes kecurian, orang yang pernah mencuri sudah pastilah dituduh dahulu. Kalau kena kat I, sumpah seumur hidup terguris weh. huhu.




15. Suka Menghukum


Suka menghukum macam suka mengadili seseorang itu. Paling dahsyat sampai suka menghukum orang itu akan masuk neraka. Oh please dong, kita belum tentu masuk syurga. Kita masuk syurga bukan kerana amalan semata tetapi rahmat Allah. Kalau amalan banyak, tapi Allah murka, ke neraka juga.




16. Berdua-duaan dengan bukan mahram

"Jangan kamu berdua-duaan dengan perempuan(yang bukan mahram) walaupun kamu berkata, saya mengajarkannya Al-Quran".
(Imam Hassan Al-Basri)

Elakkan berdua-duaan. Boleh timbul fitnah dan ditangkap khalwat. Macam saya kata mula-mula tadi. Sebagaimana buruk kamu lihat orang lain lakukan, begitu juga buruknya bila kamu yang lakukan.




17. Menunjukkan contoh yang tidak baik


Orang yang alim dalam agama ini selalunya menjadi rujukan. Kalau korang boleh buat, diorang mesti anggap perkara itu dibolehkan. Persepsi masyarakat. Jangan melatah dengan kata "saya tak sempurna" tapi gunakanlah itu sebagai jalan membaiki diri.




18. Mementingkan penyampaian dakwah dari ukhwah


Maksudnya, dia sangat beriya-riya menasihati tetapi tidak menjaga ukhwah atau persaudaraan. Bila ini terjadi, ada yang disakiti dan membenci. Sedangkan, dakwah itu mudah sekali mahu disampaikan bila adanya talian ukhwah yang baik antara satu sama lain.




19. Menjauhi orang lain kerana dosanya


Contohnya kawan kita dulu rajin melaungkan kebenaran dan dakwah. Tiba-tiba dia terjerumus dengan satu dosa. Janganlah jauhkan diri dan jijik padanya. Tak baik. Semua ni akan membuatkan dia semakin nak jauh dari Islam.. Tegurlah baik-baik.. Dia pun manusia biasa juga, tidak terlepas dari segala dosa.




20. Berdakwah untuk kemahsyuran


Yang ni soal hati. Tapi ciri-ciri orang gila glamour adakalanya boleh dilihat. Namun semua itu antara dia dengan Allah. Kalau rasa dia lebih-lebih tegurlah ye. Kata sayang.. Hehe.. Contoh sukakan kemahsyuran..? Bila dia post tentang dakwah, harap orang like, harap ramai follower.. Nauzubillahiminzalik..




21. Bergaul sesama mereka sahaja


Yang ni memang saya kurang gemar, memilih..! Janganlah begini, mereka pun nak kawan sama kamu juga.. =)




22. Suka memerli


Sebagaimana kita tak suka orang buat kita macam tu, janganlah kita buat kat orang lain camtu, ye dak..? Perlian itu sangat pedih dan menyakitkan bagi orang yang ada hati.




23. Suka menasihati, enggan dinasihati


Ni satu penyakit tak boleh ditegur tapi suka menegur. Bila ditegur melenting sangat. Sila tanam dalam diri yang kita pun tak sempurna ye..




24. Mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah.


Saya faham. Kalian begitu prihatin dengan masalah orang lain. Kalau boleh, mahukan yang terbaik untuk orang lain. Tapi janganlah pula mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah ye pendakwah sekalian. Dakwah tu antara manusia dengan manusia. Hamba pula hubungan kita dengan Allah.


Jaga imej. Bila dah dikenali sebagai pendakwah, janganlah terlalu sibuk urusan dengan manusia hinggakan solat pun akhir waktu.. Utamakanlah hubungan kita dengan Allah.


InsyaAllah, kalau mampu jadi hamba Allah terbaik, kamu juga pendakwah terbaik..!



Alhamdulillah. Allah beri idea untuk ini. Ini belum yang terbaik tapi akan ditambah dari masa ke semasa. penat dah.. huhu.. Banyak lagi yang perlu dihuraikan. Jadikanlah bulan yang mulia ini untuk membaiki diri yep.




Cara Berdakwah Yang Baik
"Serulah ke jalan TuhanMu (wahai Muhammad) dengan hikmah yang baik, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan baik.." 
(An-Nahl : 125)


Kalam Allah untuk semua,

"Orang-orang yang bertaqwa tidak ada tanggungjawab sedikitpun atas dosa-dosa mereka, tetapi berkewajiban mengingatkan agar mereka juga bertaqwa" 
(A-An'am : 69)

Sama-sama mahu ke syurga kan..? Ayuh, tarik yang lain. tak boleh tarik, tolak..! Hehe..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

PERNAH ALAMI SITUASI NI..?

Suatu hari di pejabat,


Puan Q : "Nak cerita sikit dekat kau la. Aku tengah sedih ni"


Puan L : "Kenapa..? Cerita la.. Mana tahu aku boleh tolong"


Puan Q : "Tak delah nak mengata kan.. Tapi aku bengang betul dengan Si XXX tu. Ada ke patut dikatanya aku ni suka melawa datang ofis sebab nak mengorat bos"


Puan L : "Dia kata macam tu..? Teruknya"


Puan Q : "Iyerrrrr..! Siap cakap aku pakai tudung singkat lah! Pakai baju ketat lah. Ermm.. Memanglah aku pakai baju ketat. Tapi apa kena mengena dengan dia kan..? Tudung aku singkat pun apa kena mengena dengan dia kan..? Suami aku yang beli. Duit suami aku. Bukan duit dia..! Kubur masing-masing..!"


Puan L : "Betul tu..! Aku tak kisah kau nak pakai apa. Aku tengok cantik je. Apasal dia cakap macam tu..? Dengki la tu..! Maklumlah suami dia kerani je"


Puan Q : "Aku rasa memang dia dengki. Kalau tak, takkan suruh aku ubah cara penampilan. Kau tahu, siap suruh aku pakai baju longgar-longgar. Eeeee..! Taknak lah aku..! Macam orang tua nanti. Sementara badan cantik ni, pakai yang mengikut potongan badan macam ni lah baru nampak cantik. Betul tak..?"


Puan L : "Aku tak sangka si XXX tu macam tu. Nampak aje alim kan. Mulut boleh tahan..! Eh..! Kau tahu mana cerita ni..?"


Puan Q : "Si JJJ bagi tahu aku lah..! Dia cakap XXX komplen macam tu dekat dia. Macam-macam lagi XXX mengata aku, tapi JJJ taknak cerita semua sebab JJJ kata tak sampai hati nak cerita. Takkanlah JJJ nak tipu aku kannnnn"


Puan L : "Betul tu. Jahatnya XXX kan..! Kau balaslah balik..!"


Puan Q : "Ni lah aku cerita dekat kau ni. Kita mesti balas balik"



Dari kisah di atas, ada tak berlaku perkara seperti ini di tempat kerja kita..? Atau di mana-mana..?


Ambil pengajaran dari kisah ini :-

  1. Teguran yang baik sangat perlu untuk berdakwah. Jangan sesekali memalukan seseorang di khalayak.

  2. Berpakaianlah mengikut hukum Islam. Bukan menggunakan hukum sendiri.

  3. Suami yang tidak dapat mendidik isteri menjadi wanita solehah akan menanggung dosa isteri. Jadi, jangan biarkan isteri membuka aurat dan bersolek melebihi syariat.

  4. Jangan menjadi batu api pada persengketaan.

  5. Mengadu domba dan mengada-adakan cerita tidak benar adalah perbuatan berdosa.

  6. Membuat fitnah, menyebakan fitnah dan mempercayai fitnah adalah dosa besar.

  7. Dll Semak diri kita. Ada tak seperti kisah di atas. Berubahlah sebelum terlambat.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

DISADVANTAGE BERTUDUNG LABUH

Benda yang saya suka sesangat untuk share kali ni berkaitan dengan Tudung labuh.


Eh, awat dengan tudung labuh tu..? 


Pasaipa dia pilih tajuk tu..? 


Aku rasa pakai tudung labuh banyak je kebaikan..? 


Dok relax sat naa. Meh sini cik nak habak sat. Benda ni menjadi ilham bila mana saya melihat rata-rata wanita bertudung labuh mostly macam tu. Saya bukan hendak menabik dada. Jauh sekali untuk mengatakan yang saya ini perfect. Allahu. Bukan macam tu ye. Cuma teguran ini peringatan untuk diri sendiri juga.


Jika anda sedang memakai labuh tika ini, tahniah saya ucapkan. Sungguh sopan, ayu dan manis untuk dipandang. Tahniah kerana anda sudah pun mula untuk beristiqamah dalam memakai tudung labuh. Tahniah kerana anda insan yang terpilih oleh Allah untuk menutup aurat. Tahniah kerana anda berada dalam perlindungan Allah kerana tudung labuh itu.


Rasa bangga seketika..?


Ada rasa macam nak kembang tak..? 


Hati berbunga-bunga segala..? 


Bersyukur yang teramat sangat..? 



Okay, sudah-sudah lah tu. Tapi tapi tapi..! Hanya disebabkan satu atau mungkin berpuluh-puluh kesilapan membuatkan tudung itu dipandang hina. Nak tahu apa dia..? Silalah baca dengan penuh debaran kat bawah tu nanti ye.


Bila kita sudah mula istiqamah untuk memakainya, pernah tak terlintas setiap hari kita tanya diri kita, ‘kenapa aku pakai tudung ini ye..?’ Sebab niat. Ye, bila kita dok sedap pakai selalu, nak niat pun kita dah terlupa. Fikir balik apa niat asal kita. Pakai sebab apa..? Ask yourself this question every day. Aku pakai untuk pandangan Allah atau pandangan manusia..? Tudung tu dah molek bebenor terletak kat atas kepala. Yang mencacatkannya adalah attitude orang itu sendiri.




Dialog 1 


"Enti, roommate ana ni semua bertudung labuh. Tapi setiap malam gayut dengan boyfriend diorang"



"Eh, sure ke..? Ntah-ntah kawan je kot"


"Habes tuh enti kalau dah bercakap baby, hubby tu acane..? Dia sendiri mengaku dia ada boyfriend"


"......................."





Dialog 2


"Enti, ana nak pakai niqab lah"



"Alhamdulillah. Kenapa enti tergerak nak pakai..?"


"Sebab kejap lagi ana nk keluar dengan tunang ana. Kalau dia nampak muka ana macam ni, habeslah. Lagipun boleh lah ana berlakon alim di sebalik niqab tu"




Dialog 3

Dalam bilik,


"Woi, kau kat ne..? Cepat sikit doh datang. Penat s*** aku tunggu kau tak sampai-sampai"


Dekat luar,


"Enti di mana ye..? Boleh minta tolong cepat sikit datang..? Ana nak pi solat ni. Tak elok tangguh-tangguhkan solat"



Nampak tak permainan dia kat situ..? Pilu, sedih terkilan, hampa semua ada. Sebab itulah masa saya memuji kalian memakai tudung labuh itu, saya menyuruh anda control kembang anda tu awai-awai. Kerana situasi inilah. Bukan sekali dua saya dengar. Dah boleh sampai tahap bernanah tinge eden ni haa. Saya mengaku kadangkala saya sendiri tergincir dari landasan sebenar. Dan cepat-cepat saya bangkit sebab saya tahu ramai lagi orang yang macam saya perlu disedarkan.


Orang yang bertudung biasa, buat salah relax je. Tapi kenapa orang yang bertudung labuh, buat salah macam kena jatuh hukum rejam pun ada juga.





Pernah dengar orang merungut macam ini..? Benda ini tak akan timbul kalau tak ada sebab atau punca. Diorang blame kita macam tu sebabnya diorang respect. Dan bila respect, maka expectation pun akan tinggi.


Diorang tak sangka pun yang kita ni akan bersikap sedemikian rupa. Sebabnya kita dah tahu benda tu berdosa, dah ditarbiyyah banyak kali pun, eheh degil juga nak buat. Let say lah kan kita pi mana-mana mall, main aci redah je tanya orang apa itu ikhtilat..? Memang kompem lah diorang akan cakap words dari planet mana tu..? Haa. That's why lah jangan kita sesuka hati nak blame orang kat luar sana. Diorang tak tahu menahu yang benda itu silap.


Bahaya sebenarnya benda-benda macam ni. Dia macam musuh dalam selimut. Eh..? Ntahlah. Random peribahasa. Kesilapan yang kita buat tu orang lain tak nampak. Cuma between kita dengan Allah je. Bersyukurlah Allah tutup aib kita tu. Kat luar nampak alim segala, tapi bila dok sorang-sorang. Jeng jeng jeng. Kalau nak tahu siapa diri dia sebenarnya, tunggu lah masa dia alone. Kat situlah segala macam aktivis keluaq..! Fuhhh. Pernah saya tersentap seketika membaca luahan hati sahabat saya di inbox.


"Awak, kita dah lama sangat nak berubah, tapi disebabkan kita tengok banyak masalah muslimah kat luar sana, kita jadi takut untuk berubah. Tak nak jadi macam diorang. Hipokrit betoi"


Ohh bangkitlah dear muslimah wa akhowat sekalian. Sayang anda sesangat. Sayang juga akan iman anda. Jangan disebabkan attitude kita, sahabat yang nak berubah tu teruih terbantut. Na'udzubillahimindzalik.


Dan untuk kamu yang nak berubah, ambil lah yang mana baik dari kami. Ikut dan contohilah. Tahukan yang baik itu datangnya dari siapa..? Pandai! Allah.. Maka, yang buruk tu khilaf kami sendiri. Hanya memerlukan sedikit ruang dan masa untuk perbaiki diri. InsyaAllah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

TABARRUJ..? BOLEH JE

Sebelum tu boleh buka entry ni dulu..


Pertama sekali, suka saya menyebutkan hadith ini dari kata-kata Rasulullah SAW yang bermaksud,

"Aku pernah berdiri di hadapan pintu neraka, ternyata aku melihat sebahagian besar penghuninya adalah wanita"

"Aku pernah menjenguk ke neraka dan melihat sebahagian besar penghuninya adalah kaum wanita"
(Kedua-dua adalah Hadis Sahih Bukhari dalam Bab Al-Nikah)


Pengertian Tabarruj Sorotan Kitab menurut Adnan Al-Tharsyah (Serba-Serbi Wanita, M/S 111 - 113), tabarruj adalah mempamerkan keindahan tubuh, sufur adalah memperlihatkan aurat, khalwat adalah berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram, ikhtilat pula bercampur-gaul dengan lelaki di pelbagai kegiatan.


Sayyid Muhammad Nuh (Penyebab Gagalnya Dakwah Vol 1, M/S 69 - 70), antara penyebab wanita gagal dalam menjalankan kerja-kerja dakwah adalah kerana wanita melakukan tabarruj yakni membuka aurat.


Shofian Ahmad (Aurat : Kod Pemakaian Islam, M/S 103), pakaian yang dipakai oleh wanita disyaratkan tidak melebihi objektif perhiasan, tetapi lebih mengutamakan objektif syariat iaitu menjaga aurat. Hal ini disebabkan pakaian pada prinsipnya untuk menutup anggota badan supaya pandangan orang tidak tertumpu kepadanya. Justeru, apabila pakaian perhiasan adalah secara keterlaluan dengan pelbagai aksesori perhiasan sehingga menarik perhatian orang, maka hilanglah fungsi sebenar pakaian.


Apabila objektif pakaian itu ialah berhias, maka hukum memakainya ketika keluar rumah adalah ditegah. Bahkan, menurut Al-Maududi, setiap perhiasan dan setiap yang diperhiaskan oleh wanita dengan tujuan menarik perhatian orang asing, maka ia dikatakan "tabarruj al-jahiliah". Sedangkan motif pakaian dalam Islam lebih kepada penutupan aurat bukan sebagai perhiasan.


Yusof Al-Qaradawi (Fatwa-Fatwa Kontemporari II, M/S 465), menyenaraikan beberapa peringatan dalam etika berhias bagi wanita, antaranya ; bahawasanya dibolehkan membuka wajah (menampakkan rupa paras) tidak dimaksudkan agar si wanita menghiasnya dengan bermacam-macam bedak dan perfume yang berwarna-warni. Begitu juga dengan tangan yang dibenar diperlihatkan tidak dimaksudkan agar mereka memanjangkan kuku dan mengecatnya. Tetapi hendaklah wanita itu keluar dengan sopan, tidak bersolek dan bermake-up berwarna warni, dan tidak tabarruj yakni menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang diperbolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dan yang lainnya iaitu celak di mata dan cincin di jari. Tabarruj yang dilarang menurut Al-Qaradawi hanya dinamakan tabarruj apabila wanita itu melangkah keluar dari rumah. (Ibid, M/S 543)


Dalam pergerakan seseorang wanita, janganlah terlalu berlenggang-lenggok dan menarik perhatian.

"(Iaitu) wanita-wanita yang menyimpang dari ketaatan dan menjadikan hati lelaki cenderung kepada kerosakan (kemaksiatan)"
(HR Ahmad dan Muslim) 


Huraian Hadis : 

Mumiilat dan Maailat mengandungi 4 pengertian :-

  1. Pertama, menyimpang dari mentaati Allah dan enggan memenuhi kewajibannya seperi menjaga kehormatan dan sebagainya, dan mengajari wanita lain supaya berbuat seperti itu.

  2. Kedua, berjalan dengan sombong dan melenggang-lenggok, meliuk lintuk tubuhnya.

  3. Ketiga, maailat, menyisir rambutnya sedemikian rupa dengan gaya pelacur. Mumiilat, menyisir wanita lain seperti sisirannya.

  4. Keempat, cenderung kepada lelaki dan berusaha menariknya dengan menampakkan perhiasannya dan sebagainya.
    (Syarah Muslim, 17 : 191)


Dr. Yusof Al-Qaradawi (Fatwa Kontemporari Vol II Terjemahan M/S 393), mengatakan,

"Pihak wanita harus mengenakan pakaian yang sopan yang dituntut oleh syara', yang menutup seluruh tubuh selain muka dan telapak tangan. Jangan yang tipis dan jangan dengan potongan yang menampakkan bentuk tubuh"


Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud,

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"


Diriwayatkan dari beberapa sahabat bahawa perhiasan yang boleh diperlihatkan adalah muka dan tangan. Allah berfirman mengenai sebab diperintahkanNya berlaku sopan,

".. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu"
(Al-Ahzab : 59)


M.A. Muabbir Al-Qathany (Pesan Untuk Muslimah, M/S 32), pemikir Barat kini telah mulai mengingatkan bangsanya dengan apa yang pernah terjadi dengan bangsa Romawi akibat tabarruj dan ikhtilat para wanita. Tabarruj, menampakkan auratnya di depan orang yang bukan mahramnya. Di dalam Majalatut Majallat, Jilid 11, Mr Lois Browl menyebutkan,

"Sesungguhnya kerosakan-kerosakan dalam dasar-dasar politik itu terdapat di setiap zaman. Yang paling mengejutkan adalah bahawasanya penyebab-penyebab kerosakan itu adalah sama, dari zaman dulu sampai sekarang, iaitu wanita..! Wanitalah sebagai pelaku terpenting mengubah akhlak dan moral yang mulia"


Anang Harris Himawan (Bukan Salah Tuhan Mengazab, 2007, M/S 8 - 10), tabarruj adalah berhias dengan tujuan bukan untuk menyenangkan si suami, tetapi untuk orang lain. Bahkan kebiasaan yang terjadi di kalangan wanita adalah berhias yang mereka lakukan cenderung berlebihan sehingga menjadi riya'. Sikap berlebih-lebihan dalam berhias inilah yang menurut mereka dapat menjadi penyebab ransangan seksual. Ada pun dasar yang digunakan adalah firman Allah dari Surah Al-Ahzab ayat 33.


Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Ada dua kelompok penghuni Neraka yang belum pernah aku melihatnya ; satu kaum yang bersama mereka terdapat cemeti seperti ekor sapi, dengannya mereka memukul orang-orang. Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang ; berlenggang-lenggok dan bergoyang-goyang; kepala mereka seperti punuk unta yang bengkok. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak juga mencium baunya. Sesungguhnya bau Syurga itu sudah tercium dari jalak perjalanan sekian lama dan sekian lama." Dalam lafaz yang lain disebut, "Sesungguhnya bau Syurga itu sudah tercium dari jarak perjalanan begini dan begitu"
(Disusun dari Syarh An-Nawawi XIV / 357, Muslim Kitab "Al-Libaas Wa Al-Zinah" , Bab An-Nisa' Al-Kaasiyaat, No. 2 128 Dan Kitab Al-Jannah Wa An-Naar, Bab 'An-Naar Yadkhuluhal Jabbaaruun' , No. 2 128)


Dr. Danial Zainal Abidin (Minda Muslim Super, 2008, M/S 54 - 55) mengulas mengenai tafsir Surah Al-Ahzab ayat 33 ; berhubung ayat ini, Imam Mujahid berkata, 

"Suatu masa dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Inilah yang dimaksudkansebagai tabarrujul jahiliah" 


Imam Qatadah pula berkata, 

"Suatu masa dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang mengghairahkan. Inilah yang dimaksudkan dengan tabarrujul jahiliah yang terdahulu"


Imam Muqatil bin Hayyan pula berkata, 

"Tabarruj berlaku apabila wanita menutup kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih mendedahkan leher, rantai dan subang mereka"


Rujuklah Surah An-Nuur ayat 30 yakni seruan supaya kaum lelaki dan kaum beriman menundukkan pandangan mereka, jaga kehormatandan kemaluan mereka.


Syeikh Abdul Wahab Abdussalam Thawilah (Panduan Berbusana Islami, 2007, M/S 85 - 86), mengatakan tabarruj adalah memperlihatkan bahagian perhiasan yang mengundang perhatian. Hal ini dilarang baik bagi wanita menopause mahupun yang lainnya. Abu Hayyan ada mengatakan,

"Pengertian tabarruj adalah memperlihatkan sesuatu yang wajib disembunyikan sekalipun tidak bermaksud untuk bersolek"


Kemudian, Syeikh menyentuh pentafsiran Surah An-Nuur ayat 31 (Di Halaman 76 - 77)

"Kecuali yang biasa tampak darinya" 


Adalah pakaian luar yang tidak memuat unsur tabarruj yakni memperlihatkan perhiasan dan keindahan seperti yang dikenakan di luar pakaian. Hal ini kerana pengertian ziinah (perhiasan) yang berulang kali disebutkan dalam Al-Quran adalah perhiasan yang melampaui batas kewajaran, bukan perhiasan sebagai bahagia dari pakaian yang lazim.


Fadwal El Guindi, Ph.D (Jilbab, 1999, M/S 33 Dan Berkaitan) menyebutkan konsep tabarruj adalah sifat mempamerkan diri dalam tingkah laku dan cara berpakaian yang sering terjadi dalam masyarakat pra-Islam, serta termasuk dalam perbuatan yang dibenci dalam Islam.


Sifat mempamer ini dilakukan melalui gaya berjalan berlenggang-lenggok yang mudah terjadi pada pakaian ketat. Beliau juga menyebutkan (Halaman 319), tabarruj adalah lawan kepada tahajjub (berhijab tutup aurat), yakni penampilan mempamer dan perilaku yang tidak patut.

"Barangsiapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di dunia, nescaya Allah akan mengenakan pakaian kehinaan kepadanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka"
(HR Abu Dawud dan Ibnu Majah)


M. Fauzi Rachman (The Hikmah 4U, M/S 58) ; Syeikh Sayyid Sabiq mendefinisikan tabarruj ertinya memperlihatkan dengan sengaja apa yang seharusnya disembunyikan. Tabarruj asal maknanya ialah keluar dari istana. Kemudia kata ini digunakan dengan erti keluarnya perempuan dari kesopanan, menampakkan bahagian-bahagian tubuhnya yang mengakibatkan fitnah atau dengan sengaja memperlihatkan perhiasan-perhiasan yang dipakainya untuk umum.


M. Nasib Ar-Rifa'i (Ringkasan Tafsir Ibnu Kathir Jilid 3, 2000, M/S 853) menukilkan dari Tafsir Ibnu Kathir, firman Allah dari Surah Al-Ahzab ayat 33, maksudnya apabila mereka keluar rumah, mereka harus berjalan cepat, tidak boleh lincah, genit gedik, dan tabarruj, iaitu menanggalkan tudung yang ada di kepalanya serta tidak mengikatnya dengan kuat sehingga nampaklah kalungnya, leher dan tengkuknya. Inilah makna tabarruj.


Menjawab persoalan pakaian yang berwarna merah samada tabarruj atau tidak :-


Pengaju soalan : (KMUP , 2011) : "Al - Imam Ibn 'Abd Al - Barr (463) :

"Adapun wanita maka ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus mereka memakai warna mu’asfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah"
(Al-Tamhid, 16 / 123, Muassasah Al - Qurtubah)


Jawapan (Bersumber dari Ustaz Aris Munandar Muslim Or ID) :


Dari Abdullah bin 'Amr bin al 'Ash, Rasulullah pernah melihatku mengenakan pakaian yang dicelup dengan 'ushfur maka Nabi menegurku dengan mengatakan, 

"Ini adalah pakaian orang-orang kafir jangan dikenakan"


Dalam lafaz yang lain, Nabi melihatku mengenakan kain yang dicelup dengan 'usfur maka Nabi bersabda, 

"Apakah ibumu memerintahkanmu memakai ini..?" 


Aku berkata, 

"Apakah ku cuci saja..?" 

Nabi pun bersabda, 

"Bahkan bakar saja"
(HR Muslim)


Ibnu Hajar menjelaskan majoriti kain yang dicelup dengan 'ushfur itu berwarna merah (Fathul Bari, 10 / 318) Imam Nawawi pula menisbahkan "bahkan bakar saja" itu adalah sebagai bentuk hukuman dan pelarangan keras terhadap pelaku dan yang lainnya agar tidak melakukan hal yang sama.


Tetapi, hadis dari Al Barra' adalah sebaliknya, beliau mengatakan,

"Nabi adalah seorang yang berbadan tegap. Ketika Nabi mengenakan pakaian berwarna merah maka aku tidak pernah melihat seorang yang lebih tampan dibandingkan beliau"
(HR Bukhari dan Muslim)

Mengapa ada perselisihan di sini..? Jawapannya adalah ditegaskan bahawa yang terlarang adalah kain yang berwarna merah tanpa corak tanpa campuran warna selainnya. Sehingga jika kain berwarna merah tersebut bercampur dengan garis-garis yang tidak berwarna merah maka diperbolehkan.


Ulama' memberikan huraian sebagaimana berikut tentang memakai pakaian berwarna merah terdapat beberapa pendapat ulama' :-

  1. Membolehkan secara mutlak


    Inilah pendapat dari 'Ali, Tholhah, Abdullah bin Ja'far, Al Barra' dan para sahabat yang lain. Sedangkan di antara tabi'in adalah Sa'id bin Al-Musayyib, An-Nakha'i, Asy-Sya'bi, Abul Qilabah dan Abu Wa'il.


  2. Melarang secara mutlak


  3. Makruh


    Hukum makruh berlaku untuk kain berwarna merah membara dan tidak untuk warna merah yang redup. Pendapat ini dinukil dari Atho', Thowus dan Mujahid.


  4. Makruh


    Hukum makruh berlaku untuk semua kain berwarna merah jika dipakai dengan maksud semata berhias atau mencari populariti namun diperbolehkan jika dipakai di rumah dan untuk pakaian kerja. Pendapat ini dinukil dari Ibnu Abbas.

  5. Diperbolehkan jika dicelup dengan warna merah semasa berupa kain baru kemudian ditenun dan terlarang jika dicelup setelah berupa tenunan. Inilah pendapat yang dicenderungi oleh Al-Khathabi.

  6. Larangan hanya berlaku untuk kain yang dicelup dengan menggunakan bahan 'ushfur kerana itulah yang dilarang dalam hadith sedangkan bahan pencelup selainnya tidaklah terlarang.

  7. Yang terlarang adalah warna merah membara bukan semua warna merah dan pakaian tersebut digunakan sebagai pakaian luar kerana demikian itu adalah gaya berpakaian orang yang tidak tahu malu.

  8. Sedangkan pendapat terakhir, yang terlarang adalah jika kain tersebut seluruhnya dicelup dengan warna merah. Tapi jika ada warna selainnya, seperti putih dan merah maka tidak mengapa.


Dari Abu Usamah (alfikrah.net) dari kitab (Sheikh Abu Malik Kamal Bin As - Sayyid Salim, Sahih Fiqh As - Sunnah, Terjemahan : Sahih Fiqih Sunnah, jilid 4, M/S 19 - 21, Terbitan Pustaka At - Tazkia) :


Ulama terbahagi kepada dua kumpulan di dalam hal ini iaitu :


1. Makruh memakai pakaian berwarna merah. Ini merupakan mazhab Hanafiah dan Hanabilah. Hujah mereka ialah :


Hadis Al-Bara' bin Azib, beliau berkata,

"Nabi SAW memerintahkan kami 7 perkara dan melarang kami 7 perkara. Kemudian beliau menyebutkan antara di antaranya bantal berwarna merah"
(Sahih, Al - Bukhari : 5 849, dan Muslim : 2 066)


Dalam riwayat lain, hadis Imran Bin Husain RA,

"Baginda melarang memakai bantal yang berwarna merah terang"
(HR At - Tirmizi : 2 788, beliau menyatakan hadis ini Hasan Sahih), pengarang menyatakan hadith ini Dhaif.


Argumen :

1. Pengarang kitab ini membantah penggunaan hadis ini sebagai dalil kerana menurut beliau hadis ini membicarakan tentang bantal berwarna merah, bukannya pakaian.


Boleh memakai pakaian warna merah. Ini ialah mazhab Malikiah dan Syafiiyyah. Hujah mereka ialah :


Hadis Al-Bara bin Azib RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda,

"Nabi adalah orang yang berdada bidang, beliau mempunyai rambut yang mencecah kedua telingaaku pernah melihat baginda saw memakai pakaian yang berwarna merah. Aku belum pernah melihat sesuatu yang lebih indah daripada itu"
(Sahih Al - Bukhari : 5 848)


Dari Jabir bin Samurah RA, beliau berkata,

"Aku melihat Nabi SAW pada malam idhiyan (malam yang bulan terang benderang), lalu aku memerhatikan Nabi SAW dan bulan, sedangkan saat itu baginda SAW memakai pakaian berwarna merah. Ternyata bagiku baginda SAW lebih indah daripada bulan"
(At - Tirmizi : 2 811, An - Nasai Dalam Al - Kubra : 9 460, Abu Ya'la (7 477) Al - Hakim : IV / 207)


 Pengarang mengatakan hadith ini dhoif tetapi diperkuatkan oleh hadith sebelumnya.


Argumen :

1. Kumpulan ulama no 1 (Hanabilah dan Hanafiah) membalas dengan menyatakan bahawa pakaian yang Rasulullah SAW pakai bukanlah warna merah sepenuhnya, bahkan bercampur dengan warna-warna yang lain.


Kesimpulan pengarang :


  1. Hujah kumpulan ulama yang memakruhkan tidak kuat.

  2. Zahir nas menunjukkan tidak mengapa jika memakai pakaian berwarna merah.

  3. Meninggalkan pakaian yang sepenuhnya berwarna merah yang tidak ada warna yang lain adalah lebih utama dan selamat kerana keluar daripada perselisihan adalah digalakkan.

"Khuruj min al-khilaf mustahhab"


Syarat-syarat umum sesuatu fesyen ataupun busana itu menepati hukum syara' :

  1. Tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan.

  2. Tidak nipis.

  3. Tudung hendaklah melepasi paras dada.

  4. Tidak diperagakan dengan digaya-gayakan di hadapan ajnabi seperti catwalk dalam peragaan fesyen walaupun dikatakan ia menutup aurat.

  5. Tidak berhias dan bersolek seperti tabarruj jahiliyyah.



Penutup :

1. Abdul Qadir Ahmad 'Atha (Syurga di Mata Ahlussunnah, 1995, M/S 110) mengupas dengan menarik sekali mengenai wanita penghuni syurga. Firman Allah dari Surah Al-Baqarah ayat 25 yang bermaksud,

".. dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya"


Suci segalanya zahir dan batin dari segala jenis bentuk najis dan kotoran. Allah berfirman jua dalam surah Ad-Dukhan ayat 54 yang bermaksud,

"Demikianlah, dan Kami berikan kepada mereka bidadari Hurul 'Ein (bidadari) wanita muda yang cantik paras rupanya"


Imam Mujahid mentafsirkan ayat "Qaasiraatu Al-Tharfi" (yang sopan) dengan pendek pandangannya, hanya memandang suaminya, tidak selain dia.


Menurut Imam Hassan, mereka tidak bertabarruj yakni bersolek dan bercantik-cantik untuk dipandang orang lain dan tidak ingin dilihat orang selain suaminya. Subhanallah..! Malulah wanita yang bakal jadi ketua bidadari di syurga nanti jika bertabarruj di dunia.

Tak puas hati lagi..? Pergi cari dan sila baca buku penulisan Abu Syuqqah "Tahrirul mar'ah fi 'ashrir risalah (Kebebasan Wanita Pada Zaman Risalah)" Ada 6 jilid semuanya.. Harga RM 240.. Buku ni diiktiraf bagus oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

PERSEDIAAN SEBELUM BERNIQAB

Entri kali ni adalah sambungan dari entri ni.. Ok, dulu saya ada cakap yang saya akan buat satu entri tentang persediaan sebelum berniqab..



Penuhi Perkara Wajib

Orait, first of all, sebelum nak berniqab tu, first sekali mende yan kene buat ialah, tengok diri dulu.. Dalam erti kata lain adalah cermin diri.. Tengok diri sendiri di cermin dan lihat diri kita.. Cari mana yang kurang dan silap diri kita tu.. Ok, soal pada hati dan qolbu,


"Adakah aku dah penuhi yang wajib..?"


Jika, tudung pun masih singkat, lengan nampak, pakaian ketat, jarang pulak lagi, maka TANGGUHKAN niat nak berniqab tadi tu.. Saya tak cakap BATALKAN niat eh.. Saya cakap, TANGGUHKAN niat berniqab tadi tu.. Saya bukan nak larang atau bangkang.. Tapi, adalah baik jika kita tunaikan dulu yang wajib dan istiqomah, dan lepas tu baru buat yang sunnah..


Ingat ye.. Niqab ni pakaian sunnah para isteri Rasulullah SAW.. Jadi, sangat-sangat perlu dan wajib dipelihara.. Jangan jadikan pakaian sunnah ini sebagai fitnah.. Saya suka lihat isu semasa.. Bukan mencari kesalahan orang lain ye.. Cuma nak ajak masing-masing agar dapat memperbaiki diri bersama.. Kadang-kadang ada yang complain mengatakan ada muntanaqibah (Insan berniqab A.K.A niqabi) ni tutup muka tapi, lengan nampak, dada nampak, pakaian ketat, jarang, akhlak tak jaga.. Jadi, sedikit sebanyak si fulan tu tadi, dah mendatangkan fitnah buat para niqabi yang lain.. Kerana nila setitik rosak susu seperigi..


Jika, perkara yang wajib pun masih TAK MAMPU nak pelihara, macam mana nak pelihara pakaian atau perkara sunnah..? Jadi, peliharalah diri dengan penuhkan yang wajib dan lepas tu buat la yang sunnah..



Niat

Yang kedua, NIAT.. Tengok niat balik.. Adakah nak pakai niqab ni sebab trend, fashion, nak dapat pujian, bajet alim dan warak, tuntutan atau pun IKUT-IKUTAN..? Kalau kerana trend, fashion, ikut-ikutan, saya nasihatkan kita TAJDID niat kita tu.. Nanti tak pasal-pasal ramai yang tak tahu hukum berniqab ni, main ikut pakai je.. Yela, kalau kerana ikut-ikutan trend dan fashion, nak dapatkan pujian, bajet alim, semestinya ramai yang akan ikut nanti untuk pakai jika niatnya begitu.. Sedangkan tidak tahu asal usul dan tujuan berniqab yang sebenarnya.. Cukuplah, situasi 1 tadi dah mendatangkan fitnah buat para muntanaqibah, ni kita pula nak tambahkan lagi fitnah-fitnah tu..? Cukup-cukuplah.. Dah mampu nak jawab depan Allah nanti..? Fikir-fikirkanlah..


Saya bukan perlekehkan, tapi, kerana perbuatan begitulah nanti, orang lain yang tak bersalah turut mendapat cacian, hinaan.. Tapi, diorang tak salah.. Yang salah adalah kita yang buat perkara tu.. Tak kasihan ke..? Kita bukan sahaja menyebabkan orang lain dicaci-maki, dek kerana sifat kita tu, tapi juga dah menyebabkan orang ramai mengutuk pakaian dan sunnah ni..



Sumber WeHeartIt


Kalau kerana tuntutan, maka teruskanlah.. Kalau niat kita lain dari atas tu, maka tajdid lah niat tu balik.. Ada setengah kes, dia hanya berniqab di tempat-tempat tertentu, tempat yang ramai orang, atas sebab nak jaga keselamatan dan diri.. Itu tak menjadi masalah.. Kerana hikmah pemakaian niqab ni, pun, sebab nak jaga keselamatan salah satunya.. Maka teruskanlah.. Saya percaya, jika sekali dah pakai, lama-lama nanti, mesti rasa nak teruskan pakai.. Istiqomah.. InsyaAllah..



Cari Ilmu

Lepas tu, ILMU.. Ilmu kene ada.. Ni satu hal yang orang tak ambil peduli.. Ilmu ni sangat penting.. Memudahkan kita menjawab soalan jika ada insan yan tak tahu dan nak tahu bertanya pada kita.. Ilmu ni bukan je dapat menambah ilmu orang lain, malah dapat menambah ilmu kita, diri sendiri juga.. Kadang-kadang, bila ada kes orang tanyakan,


"Kenapa awak berpurdah eh..?"


Haaa, mulalah tu.. Tercengang-cengang.. Tak tau nak jawab apa.. Sekurang-kurangnya, carilah ilmu tentang asal usul niqab ni, kenapa dan apa tujuan niqab ni.. Dalam sirah, sapa yang berniqab. Sapa para isteri Rasulullah SAW yang berniqab.. At least, cari tahu la point-point tu..


Lepas tu, cari la hukum berniqab.. Bertanyalah pada yang faqih.. Biasalah, manusia ni suka judge orang dari pakaian.. Dan kebanyakannya akan fikir si niqabi dan si serban ni jenis yang banyak ilmu dan warak.. Padahal tak pun.. Biasa-biasa je.. -,-' Bukan lah saya memaksudkan menyuruh kita fikirkan pandangan manusia, tak.. TIDAK sama sekali.. Tapi, supaya kita tak meninggalkan si penanya dalam keadaan tanda tanya.. Bila kita ada ilmu, kita dapat berdakwah.. Mungkin dalam kita sedang menjawab soalan-soalan dia tu, dapat mengubah dia ke.. Dapat mengajak si mad'u berniqab ke.. Haa, mana tau kan.. Kemungkinan tu ada.. Kalau boleh, ingat dan hafal la serta pahamkan sekali dalil-dalil pasal niqab..



Adab Sopan dan Akhlak

Lepas tu, AKHLAK dan ADAB SOPAN.. Ramai jugak sebenarnya yan tak menitik beratkan hal ni walaupun diri dah bertutup litup semua.. Ada juga yang masih menggunakan kata-kata yang kesat, mencarut dan sebagainya ketika berbicara.. Saya akui, memang ada.. Bab ni sangat penting.. Islam sendiri mementingkan adab dan akhlak dalam kalangan umatnya.. Tapi, sekarang ni, ekoran oleh pengaruh movie-movie yang tak memberi manfaat, ramai yang bermulut celupar.. Tak kisah la, dia tu tertutup atau terdedah.. Perkara ni sebenarnya sedikit sebanyak merosakkan image para muntanaqibah yang lain.. Sama seperti di atas tadi.. Kerna nila setitik rosak susu sebelanga.. Usahalah untuk sentiasa memperbaiki diri.. Yang orang lain tu pulak, jangan asyik menghukum je. Bimbinglah sekali..


Mereka pun insan biasa.. Bukan malaikat yang tiada dosa.. Kadang-kadang, yang buat perkara tu sorang dua je.. Tapi, manusia ni menghukum seolah-olah semua pun same je.. Biasa la manusia, memang suka menilai.. Kebanyakan dai'e sekalipun, ramai yang dah jadi penghukum.. Dah ambil tugas Tuhan.. Mulut manusia, sampai bila pun kita tak boleh nak tutup.. Nak kawal pon tak boleh.. Dia akan senyap kalau dah ditarik nyawa atau selepas ditarik nikmat je.. Tapi, dari penilaian-penilanian yang diberikan oleh orang sekeliling, jangan la pulak para muntanaqibah ni tolak hundred percent.. Kadang-kadang apa yang orang sekeliling cakap tu betul.. Ada ibrah dan pengajaran yang kita sendiri boleh ambil.. Hatta, orang yang nasihatkan kita tu free hair sekali pun, selagi baik, ambillah.. Tak rugi.. Selagi ada manfaat, ambil, kutiplah.. Bukan untuk orang lain, tapi diri sendiri..



Perbaharui Niat

Last sekali, ini yang perlu kita TAJDID NIAT selalu.. Jangan kita angkuh, sombong, bongkak, riak, takabbur dan ujub lepas kita dah berhijrah.. Tak kisahlah berhirah dari pakaian atau pun hal-hal lain.. Sedikit ada perasaan tu, amalan yang kita amalkan, terbang bak debu di awang-awangan.. Elakkanlah.. Ingat..!! Kita kalau dah berjubah ke, berserban ke, bertudung labuh ke, berpurdah ke, Allah masih uji kita lagi.. Allah uji hati.. Ada tak rasa diri tu macam diri kita baik je.. Rasa diri baik dari orang lain.. Jauhkanlah.. Tak ke mana perginya sifat tu.. Syirik kecil.. Berdosa.. Kalau ada, kembalilah pada Allah.. Minta ampun dariNya..


Cukuplah entri untuk kali ni.. Nanti sambung lagi.. InsyaAllah.. Kalau ada salah silap, terlajak kata, saya minta maaf.. Dan kalau ada apa-apa yang nak ditambah, tulislah di ruangan komen di bawah ni, okay..
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

PENGALAMAN AKU BERNIQAB

Sebenarnya lama dah terdetik nak cerita pasal pengalaman berniqab ni.. Lama sangat fikir nak buat entri pasal ni.. Lebih setahun fikir pasal ni je pon.. Tak ada niat apa pun, tak perlukan pujian tinggi melangit pon, sesungguhnya pujian tu sangat menakutkan sebab takut muncul sifat bongkak, riak, takabbur serta ujub dalam diri.. Sesungguhnya sifat-sifat itu adalah syirik.. Tapi, sekadar perkongsian buat para sahabiah yang lain yang mungkin baru nak berjinak-jinak dalam pemakaian sunnah Rasulullah atau pun perkongsian buat sapa-sapa sajalah..




Sejak 2 menjak ni, ramai adik-adik, akak-akak yang add saya di facebook dan bertanyakan tentang langkah-langkah awal nak berpurdah atau berniqab.. Jadi, bagi memudahkan situasi dan keadaan, saya rasa adalah lebih mudah jika saya buat entri khas tentang soalan-soalan diorang di blog zuhud saya ni.. Bagi memudahkan insan-insan lain merujuk entri ini buat mereka yang mungkin bertanyakan hal yang sama pasal niqab ni..


Ok. firstly, saya nak cita pasal pengalaman berpurdah dulu.. Dulu saya pernah buat entri pasal nak berniqab ni.. Boleh klik sini .. Takpe, biar saya cerita balik pasal awal-awal berniqab dulu..



Saya merupakan seorang gadis yang berumur 21 tahun pada tahun ini tapi belum lah genap lagi.. Keluarga saya biase-biase saje.. Bukan dari kalangan a'lim ulama'.. Tak wara' pon.. Sangat biasa-biasa.. Bukan dari family yang belajar agama la.. Bukan dari keluarga ustaz ustazah.. Tapi, sekadar basic yang wajib tu, alhamdulillah tahu..


Time saya tadika, saya bersekolah di Tadika Islam, Bukit Temoh, Tapah, Perak Darul Ridzuan.. Yaa, teman orang peghok weh.. Lepas tu, time sekolah rendah, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Satu (1) , Jalan Hospital, Tapah, Perak Darul Ridzuan.. Sekolah rendah dekat sekolah tu, dari darah 1 sampailah UPSR iaitu darjah 6..


Selepas tu khudrat masih ada, nikmat sihat tubuh badan masih lagi dikurniakan, saya sambung belajar di Government English Secondary School, Tapah.. Sekolah sekular.. Campur lelaki perempuan, Islam bukan Islam.. Bukan juga aliran agama.. Saya budak Geografi, sebab cita-cita nak jadi Ahli Geologi, tapi apakan daya, lagi kita target, lain yang Allah dah tentukan..


Lepas SPM, dengan berbekalkan result SPM, saya dapat tawaran belajar ke sebuah IPTA di ibu kota Selangor, iaitu di Shah Alam.. Dalam bidang yang jauh jugak dari target saya.. Dalam Bidang Undang-Undang..




Saya mula bertudung labuh sejak sekolah lagi.. Alhamdulillah.. Tapi, honestly, memang dulu niat saya lain.. Biasa la perempuan, semua nak nampak lawa, comel je.. Jadi, saya pon salah seorang yang nak nampak ayu gitu.. Saya mula tertarik untuk memakai tudung labuh bidang 60 selepas saya lihat seorang wanita ni pakai.. Saya rasa macam sejuk hati bila tengok dia pakai tudung labuh.. Dia dengan saya bukan sapa-sapa pun.. Sedarah tapi daging lain-lain.. Dia ialah sepupu saya.. Insan yang paling saya rapat..


So, saya pon beritahu la mama yang saya nak pakai tudung labuh.. Mama tak halang.. Mama terus beli kain, jahit tudung sendiri.. Dan, saya pon pakai la tudung labuh bidang 60 yang dijahit tu ke sekolah.. Ok, sangat selesa.. Alhamdulillah, tak ada kecaman ke apa dari rakan-rakan yang rapat dengan saya.. Tak de yang kutuk cakap,


"Bajet a'lim, wara' bla.. bla.. bla" 


Ok, lepas dah masuk IPT tu, alhamdulillah, sepanjang duduk hostel, memang saya ditempatkan bersama-sama rakan-rakan yang ada basic agama.. Dekat hostel IPT tu, sebilik 4 orang.. Termasuk diri sendiri la.. Jadi, time sem 1 tu, saya dibilikkan bersama-sama, 3 lagi kawan.. Sorang tu, budak imtiyaz di Terengganu, hafizah 30 juzuk, sorang lagi, anak imam masjid di Perlis.. Sorang lagi, anak pensyarah.. Pada kawan saya yang pelajar imtiyaz ni la yang saya selalu tanyakan soalan dan kemusykilan bab-bab agama..



Time sem 2 pula, kite orang dah bertukar roommates.. Saya duduk sebilik dengan seorang budak sekolah agama.. Dia orang Perak jugak.. Duduk Sungkai.. Lepas tu, lagi 2 orang rommates, orang Sungai Buloh course TESL dan lagi seorang dia lah roommate dan jugak classmate, orang Melaka..


Kalau nak ikutkan, yang time sem 2 ni, dengan kawan yang duduk Sungkai tu la yang menjadi tempat rujukan kalau ada apa-apa kemusykilan.. Huhu.. Nama dia pon sama dengan saya.. Siti namanya.. Memandangkan nama kite orang sama, jadi, nickname saya pon bertukar.. Sejak masuk U ni la, macam-macam nickname baru ada.. Siti Katy Perry la, Katy Perry la.. Tapi, majoriti orang panggil Kate la.. Sebab nak elakkan nama sama kan.. So terima je la.. Haha..




Penghijrahan bermula time saya dengan Siti keluar outing di pekan la.. Kite orang pergi PKNS, Plaza Alam Sentral dengan SACC.. Pergi shopping.. Tempat pertama yang kite orang jejak berdua, bersama adalah PKNS.. Kite orang berdua merayap la, dari aras bawah sampai la ke seterus-seterusnya.. Time tu, kite orang naik aras 1.. Kite orang berpecah, dia pergi kedai sebelah, saya pergi ke satu kedai yang jual pakaian-pakaian ihram.. Saya masuk ke kedai tu.. Belek la semua barang yang ada..


Sampai di satu sudut, di hujung kedai, saya nampak banyak niqab yang dijual.. Niqab separuh tu je la.. Dan niqab full tutup dahi tu pon ada.. First, saya amik yang full tu, tapi, suddenly Siti datang dari belakang sambil berkata,


"Kat, kalau nak mula pakai, pakai yang separuh dulu.. Takut nanti kalau drastik sangat rasa macam tak mampu nak teruskan"


Ermm, saya pun fikir jugak apa yang Siti cakap tu.. Ada betulnya jugak.. Almaklumlah, baru nak berhijrah.. Baru nak belajar berniqab.. So, lepas fikir-fikir tu, saya pun letak lah balik niqab full tu, dan ambil niqab separuh tu.. Saya test pakai.. Menghadap ke cermin sambil dibantu oleh Siti.. Siti yang tolong pakaikan niqab tu..




Allah, sungguh speechless saya time tu.. Memandang cermin dalam keadaan bertutup.. Rasa macam lain sangat.. Latu, mata pon berkaca-kaca.. Saya menitiskan airmata time dekat kedai tu.. Time tu, kami je pelanggan kedai tu.. Jadi, time nangis memang tak tau nak kata apa la, memang diperhatikan oleh pekerja kedai dan tuan kedai tu.. Allah je yang tahu bagaimana rasanya.. Sungguh indah..



Memang hasrat berniqab telah lama saya pendamkan.. Sejak di bangku sekolah.. Ada satu ketika tu, saya pernah bertanya pada ustazah saya di sekolah.. Time tu saya form 5.. Time kelas agama.. Memandangkan time tu, saya duduk depan sekali, depan meja cikgu pulak tu, jadi, saya pun tanya la ustazah saya tu..


"Ustazah, dekat sekolah boleh berpurdah tak..?"


Ustazah jawab,


"Tak boleh.. Peraturan sekolah cakap tak boleh"


Ermm, time tu saya tak ada rasa apa pun.. Memang harapan nak berniqab tu sejak dari sekolah nak pakai kalau boleh la.. Tapi, memandangkan undang-undang kata gitu, maka tak pe lah.. Saya tangguh dulu.. Time tu, saya, tak tahu pun hukum hakam dalam bab-bab agama ni.. Jujur saya cakap..



Yang saya pegang dari dulu dalam diri saya,


"Kalau benda yang buruk-buruk, benda jahat-jahat, semuanya berdosa kalau kita buat" 


Tu je la yang saya pegang dulu.. Alhamdulillah, Allah beri saya rezeki untuk belajar agama selepas SPM.. Aku yang dahulunya tak kenal apa itu Usrah, sekarang dah tahu.. Sebenarnya, baru tahun lepas, saya join usrah.. Tu la first time tahu usrah tu cemana dan apa benda usrah tu..


Ok, berbalik balik time dekat kedai tu, lepas test pakai purdah tu, saya pun terus beli purdah separuh tu.. Time tu, belum beritahu parents lagi niat nak berpurdah tu.. Lepas je beli purdah tu, terus beli sarung tangan semua..


Lepas tu, minggu seterusnya, saya balik rumah.. Saya tak pernah naik bas ekpress kalau nak balik rumah.. Or ke mana-mana saja tanpa mahram.. Memang mak ayah akan jemput saya balik.. Kadang-kadang, balik dengan sepupu.. Sepupu selalu balik Tapah setiap minggu, so, tumpang la sekali.. Kalau nak balik ke kampus ke kadang-kadang naik dengan sepupu, kadang-kadang mama dengan ayah yang hantar balik hostel..



Time dah balik rumah tu, memang ada mintak izin mama dan ayah, yang saya nak berniqab.. Tapi, at first, mama tak bagi.. Tapi, ayah pula menyokong.. Elok la, jaga diri.. Mama persoalkan,


"Dalam U boleh ke berniqab"


Saya jawab la tak boleh.. Tapi, bleh pakai time keluar kampus.. Mama kata,


"Tunggu masa yang sesuai"


Ok, agak kecewa, tapi, tak de la geram ke hape.. Sebab saya tahu, mama mesti nak yang terbaik buat anaknya.. Mesti tak nak tengok anaknya terima apa-apa ujian macam hinaan dan lain-lain tu.. Saya paham.. Another week had gone, kali ni nak balik rumah jugak.. Cuma kali ni, mama dengan ayah yang jemput dekat hostel.. Walaupun time tu masih mama tak beri keizinan untuk pakai niqab, tapi, time balik tu, menuju ke kereta tu, saya dah pakai niqab.. Mama dengan ayah macam speechless je.. Memang pandang je la.. Ayah ok.. Mama pon, lastnya ok.. Alhamdulillah..



Lepas je saya berniqab dan mula istiqomah, time belajar tu, mama pun ada tempah purdah mengikut warna tudung yang saya ada.. Mama hadiahkan jubah.. And, I felt like, I've been accepted.. Huhu.. So glad.. Macam dunia ni "aku" yang punya je rasanya.. Lepas habis belajar dekat IPT tu, kembali la menganggur di rumah..



Time exam MUET pun saya pakai je niqab.. Examiner yang bukan Islam tu pun tak de suruh bukak pun.. Sangat hormat dan faham tentang tuntutan dalam agama Islam.. Sangat bersyukur.. Kawan-kawan pun, ok.. Tak de yang kutuk.. Malah support je.. Alhamdulillah sangat.. Even though, one of my best friends, dia non-Muslim, yang beragama Kristian Katolik dan seorang yang sangat kuat agama.. Saya suka sembang dengan dia.. Kita orang sama floor.. Memang selalu la pergi bilik dia.. Makan bersama semua la.. Suka berbicara hal agama.. Walaupun berbeza agama.. Saya selalu tanya pasal Bible.. Sekadar untuk pengetahuan.. Dan, dia pun ok je dengan Islam.. She is really a good friend.. Kita orang berempat, best friend.. Yang lain-lain, semua okay.. Supportive.. Walaupun kite orang biasa-biasa je. Tak ada basic agama pun.. Huhu..



Lepas graduate dari IPT tu, saya niat tak nak teruskan ambil law.. Sebaliknya, ambil STAM.. Tujuan amik STAM tu bukan untuk nak melanjutkan pelajaran ke Mesir ke apa.. Tapi, tujuannya memang nak belajar agama je.. Tak ada niat lain.. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa.. Saya belajar di sebuah Maahad Imtiyaz bawah jajahan ISMA di Ipoh.. Walaupun tempat ISMA, tapi, saya bukan ISMA.. Mana yang baik, kita ambil.. Yang buruk tolak tepi jauh-jauh..



Alhamdulillah, dah tamat dah belajar di bumi AIM.. Sekarang tengah tunggu result STAM.. Huhu.. Dan alhamdulillah juga, segala rintangan yang dihadapi, dapat dihadapi dengan baik.. Time mula-mula pakai tu, memang tiada halangan keluarga.. Tetapi, halangan dari pihak lain pula yang datang menjengah.. Entah lah, sejak saya di bangku sekolah rendah lagi, ada seorang insan ni, yang dengki sangat dengan saya.. Lepas satu, satu tohmahan yang dilontarkan..


Saya pernah dituduh sebagai Syiah time belajar di bumi Selangor.. Dan tohmahan tu, sampai melibatkan mama sekali.. But, it's okay.. Saya tak rasa apa pun, sedih pun tak.. Rasa neutral je.. Saya ni jenis hati kering sikit.. Jadi, kata-kata dia tu memang tak jadi kudis pun pada saya.. Lagi pun, saya tak nak lah, keadaan jadi lebih buruk.. Kalau nak bukak aib anak dia, boleh je.. Tapi, fikirkan dosa bukak aib tu, saya diam je la.. Ada sampai satu detik tu, saya rasa macam tak nak balik rumah.. Time tu lagi 2 hari nak raya.. Saya siap call mama, cakap tak nak balik.. Raya dekat kampus.. Lagipun memang ramai la yang tak balik.. Tambah budak-budak yang duduk Sabah dan Sarawak.. Disebabkan si fulan tu, menyebarkan fitnah, sampai mama saya tension pula..



Tapi, mama dan ayah datang jemput anak dara sulungnya ini di hostel pada hari tu jugak.. Hehe.. So, saya pun balik la..


Dah cukup panjang lebar dah cerita saya ni.. Saya bukan tak nak cerita keseluruhan pengalaman.. Tapi, saya tak nak, para insan yang baru nak berniqab rasa terbantut nak berhijrah sebab takut hadapi perkara yang sama seperti saya dan para muntanaqibah yang lain..


Tak pe la, cukup la untuk kali ni.. InsyaAllah, lepas ni, saya akan buat entri, persediaan sebelum berniqab..


Ok, babai.. Salam Alaik..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...