WANITA DAN FAIR N LOVELY

Di tangan seorang ayah, ada 18 biji coklat. Si ayah membenarkan anaknya makan 17 biji coklat dan sebiji lagi dimakannya. Adakah si ayah berlaku zalim terhadap anaknya dek kerana makan sebiji coklat itu..? Tidak, ini tidak zalim. Seorang ayah yang menghadkan anaknya daripada makan terlampau banyak coklat takut gigi anaknya rosak dan pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan dirinya sendiri. Inilah adil namanya.


Itu di pihak ayah, bagaimana pula di pihak anak. Jika anak tetap memilih coklat yang dilarang oleh ayahnya,apakah perkataan yang sepatutnya kita guna untuk melabelkan si anak..? Sengal..? Bodoh..? Anda labellah sendiri, kalau saya yang labelkan, lagi teruk bunyinya.


Itulah analoginya. Allah menghalalkan 17 jenis lelaki kepada seorang wanita untuk mendedahkan auratnya kepada mereka dan mengharamkan 1 jenis lelaki yakni lelaki yang bukan mahramnya. Persoalannya, kenapa kebanyakan wanita memilih jenis yang diharamkan kepadanya atau ayat yang lebih tepat, mengapa ramai wanita membaham kesemuanya..? Ha, labellah wanita-wanita jenis ini dengan perkataan yang anda labelkan si anak sebentar tadi.




Wanita Dan Aurat

Sebelum kita pergi lebih jauh tentang busana muslimah, ada baiknya kita tahu dahulu kedudukan dan batas-batas aurat wanita yang ditetapkan syarak. Kalau tidak,secara tidak lansung kita akan mengfesyenkan Islam bukan mengislamkan fesyen.


Disebabkan kita berada di Malaysia dan penduduk Malaysia secara majoriti bermazhab Syafie, maka kita kan lanjutkan perbincangan kita berpaksikan pandangan-pandangan daripada mazhab syafie sahaja. Jika ada pandangan lain, bergantung kepada diri anda untuk mengamalkannya atau tidak. Yang penting pandangan itu mestilah selari dengan Al-Quran dan Al-Hadis.


Di dalam mazhab syafie terdapat 2 qaul. Qaul yang pertama mengatakan aurat wanita ialah seluruh badan tanpa berkecuali. Manakala Qaul kedua pula menyatakan aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Walaubagaimanapun, berdasarkan qaul kedua, jika mendedahkan muka dan tapak tangan boleh menimbulkan fitnah, maka ketika itu wajib pula menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali.




Siapa Yang Berhak Lihat..?

Muslimah boleh mendedahkan auratnya kepada 17 jenis golongan yakni yang berketurunan sama dengannya dan yang terjadi secara ibu susuan. Golongan yang diharamkan kepada kaum wanita pula ialah lelaki ajnabi, yakni lelaki asing. Contohnya, muslimah tidak boleh mendedahkan rambutnya di hadapan muslim ajnabi kerana muslim ajnabi itu termasuk dalam golongan yang satu ini. Jika dedah..? Nahas..! Azab neraka menanti..!




Bagaimana pula kalau wanita dengan wanita..?

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah bersabda,

"Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua lelaki berada dalam satu selimut. Demikian juga wanita dilarang berbuat demikian"


Namun,aurat bagi wanita dengan wanita ada sedikit perbahasan dan ulama' sepakat mengatakan aurat wanita dengan wanita sama dengan aurat lelaki dengan lelaki iaitu dari lutut ke pusat. Bagaimana pula dengan buah dada..? Dedahlah kalau tidak malu kerana bahagian itu bukan aurat. Lutut..? Paha..? Haa, itu aurat, jaga-jaga.


Saya ada kawan non-muslim, bagaimana aurat saya dengannya..? Berdasarkan ayat 31 Surah An-Nur yang berbunyi,

"Janganlah para wanita Muslimah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada wanita-wanita Islam"


Ar-Razi mentafsir bahawa aurat muslimah dengan non-muslim ialah seluruh tubuh, kecuali muka dan dua tapak tangan. Hujah ini disokong oleh pendapat Imam Nawawi. Katanya,

"Berdasarkan hadis-hadis soheh bahawa wanita kafir hanya boleh melihat anggota wanita Islam yang terbuka semasa kerja sahaja, tidak lebih daripada itu"


Pasti susah buat kita dek kerana sesama muslim pun kita tidak tutup,inikan pula dengan non-muslim.




Aurat Dan Kita

"Biarlah aku tidak pakai tudung pun, ko sibuk apa..? Luaran tak penting weh", balas Lydia selepas ditazkirah oleh Ien.


"Luaran tak penting..? Bukan luaran menggambarkan dalaman ke..?", soal Ien.


"Mana ada.. Don't judge a book by its cover. Aku tak kisah pun pakai apa, asal dalaman aku baik dah la", jawab Lydia lagi.


"Ko cakap luaran tak penting, tapi ko habiskan ribu-ribu beli make-up dan make-up tebal-tebal tu apa..? Dalaman..?", tanya Ien lagi cuba memecahkan tembok ego si Lydia.


"Ah,tu lain", jawab Lydia.


Dahinya mula berkerut.


"Ala, senang, cakap je la ko tak nak pakai", sindir Ien.


Pakai tudung untuk menjadi baik atau jadi baik untuk pakai tudung, yang mana satu betul..? Terpulang kepada diri, kita yang tentukan. Menutup aurat merupakan satu ujian kepada kaum hawa dan ia juga satu bonus besar kepada mereka tetapi ramai yang tidak sedar. Ramai yang tidak sedar bahawa suruhan menutup aurat ini sebenarnya merupakan satu cara untuk mereka (kaum Hawa) meninggikan lagi harga diri mereka.


Pernah atau tidak, ada seorang kawan datang kepada kita dan berkata,


"Weh, ko tau, semalam aku nampak fulan dengan fulan tengah.. Emm.. Takpe lah, malas aku nak mengumpat"


Mesti kita tension dengannya sebab cerita tidak habis dan tergantung. Disebabkan tergantung, kita ingin tahu kesudahan ceritanya, lalu kita marah atau pujuk dia untuk menyambung ceritanya. Lihat sesuatu itu menjadi mahal bila ia tergantung atau misteri.


Begitulah aurat memahalkan lagi penjaganya. Apabila dilakukan survey ke atas 40 orang lelaki, majoriti mengatakan bahawa perempuan yang seksi lagi menawan hati mereka berbanding perempuan yang bogel. Apabila ditanya mengapa, katanya,


"Ala, dah bogel wat pe.. Yang seksi la best coz kite jadi lagi nak tau, tu yang syok tu"


Dan soalan survey diedit sedikit, apakah pandangan mereka terhadap perempuan yang berpurdah. Jawapan mereka hampir sama yakni mereka sangat ingin tahu muka di sebalik penutup itu. Ditambah pula dengan gosip yang mengatakan perempuan berpurdah semuanya lawa-lawa sebab itu diorang berpurdah, elak fitnah.


Di zaman Rasulullah SAW, seorang mak cik tua sedang berjalan pulang dari pasar menuju ke rumahnya. Tengah dia lenggang-lenggok lalu datang seorang budak lelaki menegurnya.


"Wahai Mak Cik, apakah kamu tidak mendengar sabda Rasulullah yang menyuruh perempuan memakai jilbab..?"


Tanpa banyak tanya, semua barang yang dibeli tadi dilepaskan dan dia berlari ke dinding berdekatan sambil tangannya cuba untuk menutup rambutnya. Lalu dia memanggil kanak-kanak tadi dan menyuruh kanak-kanak itu balik ke rumahnya dan membawa selendang kepadanya.


Di zaman Rasulullah juga, ada seorang perempuan tua yang gila. Apabila penyakit gilanya datang, dia tidak akan menghiraukan solat, puasa atau apa-apa tuntutan ke atasnya. Namun, pada suatu hari, selendang yang menutup kepalanya terbuka dek ditiup angin, lalu dia menjerit kerana takutkan azab Allah dan terus pengsan.


Lihatlah betapa muslimah di zaman Rasulullah SAW menjaga aurat mereka. Seorang mak cik yang baru balik daripada membeli barang di pasar sanggup melepaskan semua barangnya demi menutup auratnya dan seorang gila pengsan apabila auratnya terdedah. Bandingkan dengan kita, sudahlah ada kain tudung, gila jauh sekali tapi aurat tetap didedah.


Saya pelik apabila melihat ada muslimah yang memakai tudung tapi nampak batang lehernya atau yang lebih teruk rambutnya terburai keluar dari tudungnya bagaikan duri-duri landak. Ada juga yang elok menutup rambut tapi dada terbuka seperti sedang mengalu-alu sang helang datang menyambar. Mak Cik di kampung lagi teruk, pakai tudung tapi telinga keluar, astaga.


Semasa di tingkatan 1, ustaz memberitahu sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki ajnabi, perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat. Dalam satu pendapat, 1 hari di akhirat sama dengan 1 000 tahun di dunia. Itu rambut, benda yang boleh dibilang, sehelai demi sehelai. Tetapi bagaimana pula dengan kulit tangan yang didedah..? Macam mana ia dihitung..? Liang roma demi liang roma..? Sel demi sel..? Wallahua'lam.


Ada pula yang menutup aurat tapi nipis kainnya sehingga nampak bentuk tubuh badannya atau nampak warna kulitnya. Diriwayatkan bahawa beberapa orang wanita Bani Tamim datang ke rumah Siti Aishah dalam keadaan berpakaian nipis. Melihatkan keadaan mereka, Aishah berkata kepada mereka,


"Jika kamu wanita mukminah, maka bukan begini fesyen pakaiannya"


Sekarang saya lihat ada satu jenis pakaian. Saya tidak tahu apa nama pakaian itu. Pakaian itu seakan-akan baju kurung tapi luarnya lut cahaya, ada corak bunga-bunga dan dalamnya macam singlet. Ketahuilah itu bukan pakaian menutup aurat kerana pakaian dalamnya menampakkan susuk tubuh badannya.


"Ala, I dah beli. Mahal you tau. Membazir kalau tak pakai", ngomel Zainab kepada suaminya.


"Membazir..? Membuang sesuatu yang dibenci Allah dikira membazir..? Katakan ada seorang apek datang ke rumah kita dan menghadiahkan kita babi, tak nak buang babi tu sebab takut membazir..?", jawab suami Zainab.


"Tu lain", balas Zainab sambil mulutnya yang muncung keluar.


"Lain tak lain. Cakap je la you nak pakai. Tak payah cari alasan. You pakai, nusyuz, I talak 10..!!", marah suaminya.


Bagaimana pula memakai pakaian yang warnanya sama dengan warna kulit (Keseluruhan pakaian)..? Hukumnya sama, apabila sesuatu pakaian itu menampakkan susuk tubuh dan kulit warna seorang wanita, maka pakaian itu dikira tidak menutup aurat. Bagaimana pula dengan stokin tangan (stongan) dan kaki yang berwarna seperti warna kulit..?


"Ala, kulit aku warna coklat gelap, stongan ni warna coklat muda", jawab Salmah.


Kalau macam tu nak buat macam mana..? Saya pun tak tahu apa hukumnya, puas mencari tapi tidak jumpa, insyaAllah saya akan tanya kepada yang ahli. Tapi ada satu kaedah yang senang dan selamat. Awak beli hitam, elak syubhah, jadi warak. Bukankah warak itu dituntut dalam Islam..?


"Ko nak pakai juga Salmah..? Lantak ko..! Manusia ada jutaan alasan"

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya ; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan ; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka ; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"
(An-Nur : 31)

Sabda Rasulullah,

"Aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita"


Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat, cukup dengan menjaga rukun Islam, jaga aurat dan taati suami, maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai. Allah tidak suruh wanita pergi berjihad, wanita cari nafkah, wanita jadi pemimpin, itu semua tugas lelaki. Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu.




Aurat Itu Tinggi Nilainya

Betapa Islam mementingkan nilai aurat sehingga gambar perempuan yang tidak bertudung atau tidak menutup aurat itu pun dikira sebagai aurat dan berdosa bahkan rambut yang terputus itu pun dikira aurat, wajib dijaga daripada pandangan lelaki. Semuanya bertujuan bagi menjaga maruah wanita itu sendiri. Logiknya, jika Rafiq nampak rambut Salina yang terputus di karpet surau, Rafiq dapat mengagak rambut Salina macam mana. Pasti Salina akan berasa malu.


Mulianya darjat kaum Ansar berbanding kaum Quraisy kerana auratnya. Imam Bukhari dalam satu riwayat memetik kata-kata Safiyah, katanya,

"Ketika kami berada di sisi Aishah, kami telah memuji kelebihan wanita Quraisy. Lalu Aishah berkata bahawa sesungguhnya wanita Quraisy itu ada kelebihannya juga. Tetapi, demi Allah, aku tidak melihat kelebihan tersendiri yang ada pada wanita Ansar. Mereka amat beriman kepada kitab Allah dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada mereka. Sesungguhnya telah turun ayat 31 Surah An-Nur yang memerintahkan para wanita mukminah melabuhkan kain tudung mereka sehingga tidak nampak lagi perhiasan. Demikian juga dengan lelaki mereka, apabila pulang ke rumah mereka terus membaca ayat tersebut kepada isteri-isteri mereka, anak-anak perempuan mereka, saudara-saudara perempuan mereka dan kepada kaum kerabat mereka yang wanita. Setelah mendengar ayat itu, tidak ada seorang pun daripada mereka duduk, semuanya bangun mengambil kain lalu menutup kepala dan muka mereka demi mematuhi dengan segera perintah ayat tersebut. Kelihatanlah mereka berjalan di belakang Rasulullah dalam keadaan menutup seluruh tubuh badan dengan pakaian hitam bagai gagak-gagak hitam"


Jika anda berjalan di satu jalan, di jalan itu terdapat banyak tahi lembu. Apakah tindakan yang anda akan lakukan..? Angkat kain anda supaya tidak terkena tahi dan berjalan melepasinya..? Atau terus sahaja berjalan tanpa menghiraukan tahi-tahi tersebut..?


Ummu Salamah, isteri baginda yang terkenal dengan akalnya yang hebat pernah bertanya,

"Aku termasuk wanita yang memakai pakaian labuh sehingga apabila berjalan di tempat kotor, terkena kekotoran di pakaianku" Rasulullah menjawab, "Cucilah selepas itu"
(HR Abu Daud dengan sanad Soheh)


Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa Rasulullah lebih mementingkan penjagaan aurat daripada kekotoran kerana kekotoran lumpur mudah untuk dicuci tetapi terdedahnya aurat menyebabkan diri dan orang lain pun turut terpalit dengan dosa yang sukar untuk dibersih.




Wanita dan Fair n Lovely

"Aku memang sukalah tengok pompuan yang bila dia pakai tudung, belakang tudung dia naik ke atas. Lawa doh", bisik Cerah kepada Fitri.


"Owh, tu sebab cara ikat rambut dia kan..?", tanya Fitri.


"Eh, bukan ke sebab rambut dia panjang ke..?", soal Cerah balik.


"Tu satu sebab la, tapi boleh je yang rambut panjang tu jatuhkan. Ada kawan aku, freehair, bila dia pakai tudung, jadi camtu la. Rambut takde la panjang sangat", terang Fitri.


"Ah, tak kisah la.. Yang penting aku suka", beritahu Cerah.


Semasa di sekolah menengah dulu, ada seorang ustazah yang sangat cantik, dia pakai tudung seperti di atas dan disebabkan dia, saya memang suka tengok perempuan yang pakai tudung yang ada seakan-akan bonggol di belakang. Semasa balik ke Kelantan, saya sempat ke pasar malam Wakaf Che Yeh. Mungkin takdir, saya beli satu buku tentang aurat dan dalam buku itu tertulis satu hadis nabi yang berbunyi, diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu'jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya,

"Akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian. Sanggul mereka ditinggikan bagai unta (bonggol). Kutuklah mereka, sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah)"


Setelah membaca hadis ini, saya tersentak, terkesima buat seketika. Ya Allah, ampunkanlah hamba Mu yang dhaif ini. Ternyata saya  telah menyukai sesuatu yang terkutuk. Dalam riwayat Bukhari, hadis ini terdapat tambahan yang berbunyi,

"Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium sedikit pun bau syurga. Sesungguhnya bau syurga itu dapat tercium dari jarak yang amat jauh sekali"


Namun begitu, bagaimana pula dengan wanita yang mempunyai rambut yang panjang..? Boleh rendahkan sedikit sanggulnya.. Jika dah cuba rendahkan tapi masih kelihatan sanggulnya, maka dimaafkan.. Hadis di atas dikeluarkan dengan tujuan untuk berkongsi, bukan untuk menetapkan apa-apa hukum.


Wanita diharamkan berhias untuk menunjuk-nunjuk. Sabda Rasulullah,

"Siapa yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka di akhirat nanti Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan dan kemudian dinyalakan api neraka pada pakaiannya"


"Habis tu, tak boleh la pakai bedak..? Tak leh la pakai celak..? Tak leh la pakai T3..? Fair n lovely..?"


Semua amalan itu bergantung pada niatnya, jika niat untuk menunjuk-nunjuk maka haram hukumnya. Namun jika untuk menjaga kecantikan diri dengan syarat tidak berlebih-lebih, syarak membenarkannya. Kalau kulit hitam, dimake-upnya sehingga menjadi putih, ini haram. Ingat..! Jangan berlebih-lebih sehingga menarik minat lelaki untuk melihatnya.


Perhiasan pula bagaimana..? Boleh, wanita dibolehkan memakai perhiasan berdasarkan firman Allah dalam surah An-Nur tetapi hanya yang zahir sahaja. Dalam membahaskan 'perhiasan yang zahir', banyak pendapat yang keluar. Yang paling senang dan dipraktikkan di Malaysia, cincin dan gelang. Kalau kita memakai rantai atau anting-anting, ia hanya boleh dipamerkan kepada 17 jenis golongan sahaja iaitu suami, bapa kandung, bapa meretua, anak lelaki, anak lelaki tiri, saudara lelaki,anak lelaki saudara lelaki, anak lelaki saudara perempuan, wanita Islam, hamba lelaki, pelayan lelaki yang tidak bersyahwat, kanak-kanak lelaki (Diterangkan dalam Quran dan hadis), anak lelaki susuan, bapa susuan, saudara susuan, bapa saudara susuan dan menantu lelaki.


Syarat seterusnya, jangan menyerupai pakaian lelaki. Dari Abdullah bin 'Amar katanya, bahawa dia mendengar Rasulullah berkata,

"Tidak termasuk golongan kami wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita"


Jangan pula meniru pakaian ahli agama lain. Rasulullah bersabda,

"Siapa yang menyerupai suatu kaum maka ia dianggap tergolong ke dalam golongan tersebut"


Dalam bab ini, Rasulullah sangat tegas. Rasulullah pernah melihat 2 helai pakaian yang bergambar burung. Lalu baginda bersabda yang maksudnya,

"Sesungguhnya ini adalah pakaian orang-orang kafir. Oleh itu, janganlah kamu memakainya"


Kebiasaan ini, orang ramai suka memakai pakaian yang tertera kalimah-kalimah agama lain dan simbol-simbol agama lain, jangan pakai, haram hukumnya. Rasulullah menggunakan perkataan 'jangan' dalam hadis di atas menunjukkan pemakaiannya adalah haram.


Dan jangan pula memakai pakaian itu untuk bermegah-megah. Satu golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah di akhirat esok adalah golongan yang memakai pakaian yang kainnya bawah buku lali. Hadis ini merupakan satu kiasan. Di zaman Rasulullah, ramai orang yang suka bermegah-megah dengan memakai pakaian sehingga tersentuh tanah dek kerana sukarnya mendapat kain di zaman itu. Sesiapa yang melabukan pakaian bermakna dia orang yang kaya. Jadi, hadis ini sebenarnya ingin menyatakan Allah tidak memandang golongan yang bermegah-megahan. Jadi, janganlah pakai pakaian untuk bermegah-megah.




Akhir Qalam

Allah itu cantik dan sukakan kecantikan maka jagalah kecantikan diri anda wahai kaum Hawa. Islam adalah agama fitrah jadi islam sentiasa mementingkan fitrah manusia. Fitrah wanita adalah sentiasa ingin kelihatan cantik walaupun mukanya bak bulan purnama. Jadi Islam membenarkan wanita untuk menjaga kecantikannya tapi bersyarat.


Apabila diikat-ikat dan disimpulkan perkara-perkara di atas, semuanya akan kembali kepada satu yakni niat. Jika baik niat kita, insyaAllah, kita dapat pahala. Jika tidak kita dapat dosa. Jika kita menjaga kecantikan diri kita untuk bakal suami kita, insyaAllah, syurga balasannya. Tapi ingat, jangan berlebih-lebihan. Dan kepada wanita yang telah bersuami, anda wajib menjaga kecantikan anda.


Suami tidak akan cakap, ayang pakailah tu, kuruskan sikit badan, senam la sikit, pakai pewangilah dan macam-macam lagi kerana lelaki biasanya merupakan pemerhati yang setia dan kerjanya hanya memerhati. Bila subjek yang diperhatikan itu tidak menarik, maka mulalah dia mencari subjek yang lain untuk diperhatikan. Ha, masa ini barulah sibuk cari itu cari ini. Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tiada guna beb.


Jika kita telah terlanjur memakai tudung tapi berbonggol unta, memakai baju tapi nampak susuk tubuh badan, memakai pakaian sang lelaki, kita masih boleh diselamatkan. Insaflah. Allah menerima taubat hambaNya walau apa-apa pun jenis kesalahan selagi tidak mensyirikkanNya.


Akhir kata, sama-samalah kita menjaga aurat, tidak kisahlah lelaki atau perempuan, semua ada batasnya. Wallahua'lam.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

NIQABIS HIPSTER

Sejak dua menjak ni, sedikit kecoh tentang isu niqabis hipster.. At first, saya sendiri tak tahu niqabis hipster tu apa dan bagaimana pakaiannya sehingga membuatkan ramai orang naik angin.. Tak kurang juga menjadikan seorang yang penyabar terus menjadi panas baran dan dari seorang yang sopan terus menjadi seorang yang gemar mencaci maki.. Selalu dengar hipster memalui pakaian lelaki tetapi agak rare bila term 'niqabis hipster' ni menjadi viral especially bila terjadi dalam kalangan niqabis..


Rata-rata rakyat marhaen yang marah tentang niqabis hipster semuanya disebabkan mencampur adukkan pakaian para isteri Rasulullah dengan pakaian barat.. Katanya menghina sunnah.. Sebelum tu, jom kita check dulu pakaiannya.. Adakah ianya memang menyalahi syariat Islam atau sebaliknya..



1. Tudung

Tudungnya adakah singkat sehingga menampakkan dada, leher dan rambut..? Kalau ya, memang perlulah kita tolak jauh-jauh.. Memang tak sepatutnya berniqab sedangkan pakaian dan penutupan aurat yang wajib masih lagi gagal.. Sebenarnya, terlalu banyak kali saya lihat fesyen begini.. Tak kurang juga dari kalangan artis yang berpakaian sebegini di majlis parti isteri kepada seorang ahli bisnes terkenal tanah air.. Rata-ratanya, kehipsteran tu dilihat melalui pakaian yang mencolok mata, ketat seluarnya dan memakai tight, tapi muka bertutup niqab dan mata dipenuhi dengan solekan mata dan lens berwarna yang sememangnya berlebihan..




2. Baju

Adakah baju si niqabis hipster ni ketat sehingga menampakkan bentuk badan..? Adakah pakaiannya nipis sehingga boleh see through 'anak baju'..? Kalau tidak, mengapa ini menjadi persoalan..? Mengapa mesti ada yang melenting..? Adakah aurat kita akan tertutup hanya dengan berjubah dan bertudung labuh ala-ala ustazah..? Adakah berconverse dan bersneakers itu dilarang..? Adakah dengan bersneaker, aurat kakinya terdedah..? 


Sebenarnya, saya agak cemuih nak berbahas tentang isu yang melibatkan niqabis ni.. Satu isu yang hanya berulang-ulang di tangkuk yang sama.. Hari ini menjadi perbualan, lepas tu senyap seketika dan minggu hadapan akan muncul kembali.. Isu ni lebih kurang sama dengan isu pemakaian niqab tapi on off dan isu niqab berwarna-warni..


Kita ni manusia, tahap faham kita dan ketinggian ilmu kita berbeza.. Jangan terlalu jumud dan hanya berpegang pada satu pendapat.. Meskipun kita memegang pendapat yang paling syadid (tegas) sekalipun, adalah lebih baik jika kita menghormati pendapat orang lain..


Saya sendiri berasa pelik, kenapa niqabis sering menjadi hot issue.. Mereka telah sempurna menutup aurat tapi masih ada mata-mata yang penuh dengan ketidakpuashatian yang gemar sangat mencari kesalahan.. Sebenarnya, bukan isu niqab berwarna-warni, niqab on off mahupun niqabis hipster ini yang perlu menjadi viral.. Tetapi, sikap segelintir manusia yang gemar mencari keburukan dan kesalahan orang lain yang sepatutnya perlu dipersoalkan.. Allah telah berfirman,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain"
(Al-Hujurat : 12)


Jelas dalam firman Allah di atas ni, Allah sangat menegaskan bahawa mencari-cari kesalahan orang lain ini sangatlah dilarang.. Hipster..? Hipster tu orang yang mengikut trend dan fashion terkini.. Dari pemerhatian diri yang kerdil ni, tiada lagi isu mencampur adukkan pakaian sunnah dengan pakaian barat seperti yang digembar gemburkan oleh ramai muslim dalam isu niqabis hipster ini.. Adakah menutup aurat hanya sah jika berjubah dan bertudung ustazah bidang 60..? Tak boleh berconverse dan bersneakers serta dilarang berkasut tumit..? Tolong ya, jangan membuatkan Islam tu nampak sukar..


Jangan kerana diri mereka berbeza dari kita, kita memandai-mandai menfatwa perkara tu haram.. Jangan kerana kita memakai fully black, kita menghukum orang yang berwarna-warni tu berdosa besar.. Jangan kerana kita tidak bercelak, kita mengutuk mereka yang bercelak.. Dalam isu niqab berwarna-warni misalannya, sebenarnya terlalu banyak dalil yang membenarkan umat untuk memakainya.. Tapi, dek kerana segelintir individu yang jumud, mereka gemar menolak segala pendapat lain dan merasakan diri mereka betul.. Betapa sombongnya.. Allahu..!


Tidakkah mereka ketahui bahawa dalil-dalil tu bukan hujah logik dari kalangan rakyat marhaen..? Tidak tahukah mereka bahawa hujah-hujah itu semuanya dari kitab-kitab yang diulas oleh para ulama' serta bersandarkan pda hadis-hadis sahih dan hassan dari Rasulullah SAW..? Pakailah apa warna sekalipun asalkan tidak over.. Pakai hitam juga benar atas dalil-dalilnya yang tersendiri dan pakai berwarna juga boleh dan tidak ditegah bersandarkan dalil-dalilnya yang tertentu juga..


Nak kaa berwarna-warni tu menarik perhatian..? Bukankah memakai serba hitam juga boleh menjadi tumpuan orang awam di tempat awam..? Bukankah fesyen jubah yang pelbagai itu juga boleh membuatkan orang yang memandangnya tertarik..? Logikkan..?


Bersangka baiklah dengan mereka.. Mungkin mereka memakai selain dari warna hitam sebab arahan ibunya.. Mungkin juga arahan suaminya.. Who knows..? Kita jangan terlalu cepat menghukum tanpa tabayyun iaitu tanpa memahami keadaan dan situasi orang lain..


Kadang-kadang, kita ni gemar mempersoalkan isu-isu yang remeh.. Isu-isu yang hanya menyebabkan perpecahan umat.. Kita tak sedar bahawa orang lain jauh banyak ilmunya dari kita.. Kita tak sedar betapa tingginya kefahaman orang lain terhadap ilmu-ilmu yang dituntutnya.. Kita tak sedar betapa hebatnya guru-guru mereka yang talaqi.. Kita ni sombong dan gah dengan diri sendiri sehingga merasakan diri kita betul dan orang lain salah..


Muslimat, sudah-sudahlah.. Hentikanlah nak mempersoalkan isu yang tak ke mana ni.. Nak kata wajib pakai hitam, syiah dan kristian ortodoks pun berlambak-lambak yang pakai niqab dan burqa berwarna hitam.. Tapi, akidahnya jelas jauh dari Islam.. Pokok pangkal yang paling penting adalah akidah kita.. Tahap keimanan kita.. Janganlah gemar memandai-mandai nak menunjuk pandai dalam mengeluarkan pendapat dan fatwa sendiri..


Konsep menutup aurat ni mudah.. Pakai baju longgar, tak ketat, tak nipis dan labuh dah cukup.. Tak perlu kita menjadi seorang yang terlalu gemar mengkritik orang-orang sekeliling hanya disebabkan mereka sedikit berbeza dengan gaya kita.. Janganlah kita gemar menjadi hakim di dalam mahkamah dunia yang hanya tahu menghukum kesalahan dan dosa-dosa orang lain..


Mungkin ada sesetengah golongan yang bertutup wajah tapi pakaiannya masih ketat, jarang dan nipis.. Yang tu memang perlu kita bertegas.. Marah dan bencikanlah kelakuannya, bukan membenci orangnya.. Semua orang pernah buat silap.. Semua orang ada dosa.. Kita semua kan pendosa.. Ayat yang agak cliche kan..? Tapi tu lah.. Kita ni, gemar menegur dengan cara mengherdik.. Tapi, kesan teguran kita tak terkesan langsung pada mereka (mad'u)


Tak bolehkah berlembut dalam bicara..? Menegur dengan sopan dan bertauliah tanpa perlu menggunakan kata-kata cacian serta makian.. Inikah dakwah yang diajar oleh Rasulullah SAW..? Inikah adab kita sebagai seorang yang kononnya mengakui mencintai sunnah baginda SAW..? Malu weh..! Malu sangat.. Kata-kata tu semuanya dusta sebab kita hanya berkata tapi langsung tiada mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita..


Kita gemarkan dakwah, kita gemar orang tegur kita dengan sopan, tetapi kenapa bila tiba waktu untuk kita menegur dan menasihati orang lain, kita umpama seorang yang tidak berilmu..? Kenapa tiba-tiba hilang adab dan akhlak..? Kenapa kita gemar sangat menerakakan orang..? Kenapa tak berhikmah dalam menasihati orang lain, sedangkan mereka itu masih beragama Islam..? Sedangkan dengan Firaun yang zalim tu pun, Allah mengarahkan RasulNya untuk bercakap lembut, apatah lagi kita yang sesama Islam ni..!


Saya bukanlah menyebelahi mereka yang bergelar niqabis hipster ni.. Sungguh saya sendiri tak berpakaian seperti mereka.. Bukan bangga, tapi saya lebih selesa dan berasa selamat dengan berjubah dan berpakaian biasa dan tidak berlebihan.. Dan berbekalkan sedikit ilmu yang dituntuti inilah, saya cuba untuk beramal dengannya..


"Aku dah tegur dia dah, tapi dia tak nak dengar"


Tegur yang macam mana tu..? Tegur sekali dua pastu give up..? Tegur 2 3 hari lepas tu cakap tiada harapan nak berubah..? Tegur dengan cara memaksa mereka untuk menerima teguran kita..? 


Cemana la mereka nak ikut cakap dan cara kita kalau cara kita sendiri 'bengkok'.. Cakaplah elok-elok.. Manusia ni fitrahnya suci, gemarkan kebaikan.. Jadi, kalau tegur secara kasar, ada kesan ke..? Ya, memang ada.. Hati mereka akan rasa geram dan menyampah dengan kata-kata kasar kita.. Bila dia dah benci, maka hati dia makin gelap dek kebencian dia terhadap kita.. Bila hati dia dah gelap, nur dan teguran sukar diterima.. Nampak tak kaitannya tu..?


Batu yang berterusan dititisi oleh titisan air tetap akan terhakis.. Tetapi, batu yang ditimpa dan dititisi air sebesar air terjun tetap akan sama bentuknya, tidak akan terhakis tetapi akan semakin berlumut..


Nak tanya sikit.. Kalau orang tegur dan marah-marah, maki hamun mengenai salah silap kita, kita marah tak..? Kita suka tak kalau orang guna kata-kata yang kesat apabila berbicara dengan kita..? Peliklah kalau ada yang suka.. Tak pernah jumpa lagi orang sedemikian.. Tapi, rata-rata mesti sentap habis kan kalau kena macam tu..? Mesti ada deep feeling gitu kan..? 


Haaa, see.. Kita sendiri kalau boleh bila kita buat salah, kita nak orang tegur kita sebaiknya.. Bimbing kita.. Betulkan salah kita dengan cara yang molek dan hikmah.. So, cemana kita nak orang tegur kita dengan baik, macam tu jugalah kita perlu nasihati orang lain.. 


"What you give, you get back"


Nak orang buat baik pada kita, kita buat baik pada orang dulu.. Nak orang tolong kita time susah, kita banyakkan tolong orang ketika mereka sedang susah.. Jangan persoalkan kenapa kita sering dibalas sampah walhal sebelumnya kita juga berkelakuan sampah pada orang lain..! Tak nak orang mengumpat kita, jangan kita mengumpat orang.. Kadang-kadang, kita sering mempersoalkan kenapa orang selalu buat jahat pada kita, padahal kita sendiri yang tak sedar bahawa kita pun ada buat jahat pada orang lain.. Saya sendiri bukanlah orang yang baik.. Masih berusaha untuk menjadi seorang hamba yang terbaik, insyaaAllah wa biiznillah..


Jadi, stoplah berdakwah style menyentap orang ni.. Tak memberi manfaat pun malah buat dosa kering je sebab kita tewas dengan nafsu amarah.. Tiada dalil dalam quran mahupun hadis yang membenarkan kita menyakiti saudara-saudara kita yang lain.. Yang ada, semuanya menegur dengan hikmah dan beradab.. Cukuplah sekadar bertegas dalam teguran dan bukannya berkasar..


Isu niqab warna warni, boleh klik sini dan klik sini

Mungkin boleh mengaji Qawaid Fiqhiyyah untuk lebih faham tentang kaedah hukum usul fiqh


Saya minta maaf atas keterlnjuran kata-kata saya dalam entri kali ini.. Saya fedup dengan isu yang sama dan kejumudan segelintir manusia yang tak boleh terima pendapat yang berbeza.. Perbezaan pendapat tu anugerah..  

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

HUKUM BERNIQAB DAN BERPURDAH MENGIKUT 4 MAZHAB

Mazhab Hanafi

Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita BUKANLAH AURAT, namun memakai purdah hukumnya SUNNAH (dianjurkan) dan MENJADI WAJIB jika dikhawatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.


Asy-Syaranbalali berkata,

وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار

"Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih sahih dan merupakan pilihan madzhab kami"
(Matan Nuurul Iidhah)


Al-Imam Muhammad 'Alaa-uddin berkata,

وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة

"Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki"
(Ad Durr Al Muntaqa : 81)

Al-Allamah Al Hashkafi berkata,

والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب

"Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan"
(Ad Durr Al Mukhtar, 2 / 189)

Al-Allamah Ibnu Abidin berkata,

تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة

"Terlarang bagi wanita menampakan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat"
(Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3 / 188 - 189)


Al-Allamah Ibnu Najiim berkata,

قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة

"Para ulama mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah"
(Al-Bahr Ar Raaiq, 284)




Mazhab Maliki

Mazab Maliki berpendapat bahwa wajah wanita BUKANLAH AURAT, namun memakai purdah hukumnya SUNNAH (dianjurkan) dan menjadi WAJIB jika dikhuatiri menimbulkan FITNAH. Bahkan sebahagian ulama yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.


Az-Zarqaani berkata,

وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني

"Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al-Faakihaani dan Al-Qalsyaani"
(Syarh Mukhtashar Khalil, 176)

Ibnul Arabi berkata,

والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها

"Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan)"
(Ahkaamul Quran, 3 / 1 579)



Al-Qurthubi berkata,

قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها

"Ibnu Juwaiz Mandad – Ia adalah ulama besar Maliki – berkata : Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya"
(Tafsir Al Qurthubi, 12 / 229)


Al-Hathab berkata,

واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح

"Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat"
(Mawahib Jaliil, 499)


Al-Allamah Al-Banaani, menjelaskan pendapat Az-Zarqani di atas,

وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ، وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب

"Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : "Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki". Al Hathab juga menukil dari perkataan Al-Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah"
(Hasyiyah 'Ala Syarh Az-Zarqaani, 176)




Madzhab Syafie

Pendapat mazhab Syafie, AURAT WANITA di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah SELURUH TUBUH. Sehingga mereka MEWAJIBKAN wanita memakai purdah DIHADAPAN LELAKI AJNABI. Inilah pendapat MU'TAMAD mazhab Syafie.


Asy-Syarwani berkata,

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

"Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat -sebagaimana telah dijelaskan- iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan paha"
(Hasyiah Asy Syarwani 'Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2 / 112)


Syeikh Sulaiman Al-Jamal berkata,

غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن

"Maksud perkataan An-Nawawi 'Aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan' , ini adalah aurat di dalam solat. Ada pun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusar hingga paha. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan"
(Hasyiatul Jamal Ala' Syarh Al Minhaj, 411)


Syeikh Muhammad bin Qaasim Al-Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata,

وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها

"Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Ada pun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan"
(Fathul Qaarib, 19)


Ibnu Qaasim Al-Abadi berkata,

فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا

"Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan FITNAH"
(Hasyiah Ibnu Qaasim 'Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3 / 115)


Taqiyuddin Al-Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar berkata,

ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

"Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaanya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah)"
(Kifaayatul Akhyaar, 181)




Mazhab Hambali

Imam Ahmad bin Hambal berkata,

كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر

"SETIAP bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya"
(Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6 / 31)


Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al 'Anqaari, penulis Raudhul Murbi' berkata,

« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة

"Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri'ayah kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Ada pun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusar hingga paha"
(Raudhul Murbi', 140)


Ibnu Muflih berkata,

« قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها

"Imam Ahmad berkata : 'Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat'. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad) : 'Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apa pun bahkan khuf (semacam kaus kaki / sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan'"
(Al Furu', 601 - 602)


Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al-Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna' , ia berkata,

« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »

"Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya"
(Kasyful Qanaa', 309)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

LAMAN SOSIAL PENUH DENGAN PENYAKIT HATI

Perkara yang saya kurang suka tentang social networks ialah PENYAKIT HATI.. Sebab apa..? Sebab kita mudah sangat NAMPAK DAN CARI SALAH ORANG.. Kita mudah MENGHUKUM ORANG SECARA RANDOM.. Dan tak kurang juga agamawan dan daie yang BERDAKWAH SAMBIL MENGHINA DAN MEMERLI..


Sememangnya, perkara ni berlaku pada semua orang dan tiada siapa yang terkecuali.. Namun, waspadalah.. Sebabnya, bila kita selalu nampak salah orang dan gemar mencari salah orang, itu bererti diri kita ada banyak keaiban dan tanpa sedar melalui sikap kita di laman sosial ni, sedikit sebanyak dah membuka pekung di dada sendiri..


Rasulullah SAW bersabda,

"... Bahawa dlm diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalbya, dab apabila ia rosak maka rosaklah seluruh perbuatannya.. Gumpalan daging tu adalah hati (qalbu)"

Orang yang hatinya ada penyakit, dia susah nak terima kebenaran dan gemarkan kepalsuan..

"Orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan itu, bertambah kekafiran mereka, di samping kekafirannya yang telah ada dan mereka mati dlm keadaan kafir.." 
(At Taubah : 125)

Antara penyakit-penyakit hati ialah sombong, ujub (Bangga dengan diri sendiri), iri hati, hasut, buruk sangka, khianat, sum'ah, riak, takabbur, dengki dan banyak lagi.. Tapi, setiap penyakit ni ada ubatnya.. Sebab tu lah, Islam ni agama yang sempurna dan sangat mementingkan kesucian hati (Tasawwuf)


So, cemana nak rawat kalau ada penyakit hati ni..? Caranya :


  1. Tak banyak cakap

    Sebaik-baik bahasa adalah diam.. Dan bercakap perkara yang baik adalah lebih baik dari diam.. Jadi, kita tau time bila kita perlu bercakap, dan ketika bila kita perlu senyap..


  2. Menjaga Emosi Dan Nafsu

    Method nak jaga nafsu ni, dengan puasa.. Tak kiralah puasa wajib mahupun sunat..


  3. Bergaul dengan orang soleh

    Mana nak cari orang soleh ni..? Orang yang selalu ajak kita ke arah kebaikan, yang selalu beri nasihat pada kita, yang selalu perbaiki diri, yang paling ramai, yang selalu pergi ke majlis ilmu.. Jika dah ada kawan yang macam ni, peganglah.. Jaga elok-elok..

So, tu aje perkongsian pada hari ni.. Semoga kita dijauhi dari penyakit hati yang mana ianya boleh menyebabkan amalan kita menjadi dedebu..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

MENYALAHKAN ORANG LAIN

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

"Jika ada seseorang berkata : Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka"
(HR Muslim)



Keterangan

Imam Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin beliau memberikan penjelasan seperti berikut :-


Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasakan dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram.


Ada pun orang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.


Demikianlah yang dijelaskan oleh para alim-ulama dan bergitulah cara mereka menghuraikan permasalahannya. Di antara alim ulama yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas, Al-Khath-Thabi, Al-Humaidi dan lain-lain.


Hadis ini sengaja diletakkan di awal buku supaya dapat menjadi satu peringatan kepada kita bila menghuraikan hadis-hadis akhir zaman seperti apa yang dituliskan di sini yang banyak mendedahkan tentang kemunduran umat Islam dan kemerosotan moral mereka. Oleh kerana itu, apabila kita cuba mengaitkan hadis-hadis tersebut dengan realiti umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menunding jari pada orang lain walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini yang diketengahkan. 


Biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.


Mudah-mudahan Allah SWT dengan limpah kurnianya mencucuri kita rahmat, taufiq dan hidayah. Aamiin.



Petikan Daripada Kitab Sheikh Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki
(Sumber dari 40 Hadis Akhir Zaman)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...