MASALAH IKHTILATKU PADA SUATU KETIKA DAHULU

Aku mula ubah penampilan aku mengikut syariat, pada tahun 2009.. Masa tu aku form 4.. Dengan izin Allah.. Actually, niat nak pakai tudung labuh tu sebab terikut orang je dan niat memang nak nampak comel.. Tapi, cara Allah ubah hamba-hambaNya ni unik caranya.. Berbeza plot ceritanya.. Mungkin pada asalnya niat lain, tapi lastly niat kembali lurus.. InsyaaAllah.. Lepas tu, ujian dalam fasa berhijrah tu tak henti setakat tu.. Malah diuji dengan pelbagai hal lain lagi.. Salah satunya ialah ikhtilat..


Sejak kecil, aku memang dibesarkan dan bermain dengan budak lelaki.. Anak jiran-jiran aku iaitu teman bermain pada waktu kecil majoritinya adalah lelaki.. Time sekolah, perkara yang aku paling menyampah nak dengar adalah tentang CINTA.. Honestly, aku menyampah gila setiap kali dengar kawan-kawan aku bercerita tentang kekasih hati diorang.. Tapi nak buat macam mana, pada aku juga la diorang sering dan mudah untuk bercerita.. Dari hal family dan sebagainya.. Mungkin Allah nak ajar aku sesuatu.. Waktu tu, aku tak tahu sepatah hukum hakam agama pun...


Well, aku sekolah harian biasa, dan dibesarkan dalam keluarga yang biasa.. Tiada ustaz mahupun ustazah apatah lai ulama'.. Nak dijadikan cerita, lepas aku ubah penampilan, next masalah aku adalah IKHTILAT.. Aku diui dengan kedatangan sejenis perasaan suka pada seorang lelaki.. Waktu tu tahun 2010, time busy SPM.. That time, baru aku tahu macam mana kawan-kawan aku yang aku fedup nak dengar story diorang tu punya ujian.. Baru aku tahu betapa tinggi langit dan bumi dan betapa sukarnya nak tepis semua ujian tu.. Tambah pula tiada ilmu dan tak tahu cara nak kawal perasaan tu.. Jujur aku katakan, ianya memang susah.. Yela, ketika itu, aku tiada pendorong dan penasihat peribadi di sekeliling aku.. Semuanya bergantung pada kekuatan yang Allah bagi pada diri sendiri..


Ikhtilat yang aku maksudkan bukanlah sampai bersentuhan dan bertepuk tampar.. Tapi sekadar perasaan minat dan suka pada seorang insan bernama lelaki dan kerapatan aku dengan kawan-kawan lelaki.. Lelaki memang suka story-mory dengan aku sebab diorang kata aku ni matang dan tak emotional.. Waktu tu zaman hati kering.. Jenis orang kata ke, kutuk ke, memang tak rasa apa.. Ambil tahu pun tidak.. Tak berapa nak kisah sangat tentang sekeliling.. Aku juga boleh dikatakan ramai followers dekat facebook peribadi dan akaun facebook fake aku yang lain.. Setakat 800 likes tu biasa la.. Cubaan mengorat, tak payah cakap la.. Sehinggakan ada yang sanggup buat group untuk aku.. Ramai gila ah lelaki add.. Aku pun main approve je.. Setakat orang lamar tu, beratus.. Tak terkira aku.. Baik kenal atau tak.. Cuma apa yang aku fikir ketika tu ialah,


"Kalau sekadar cakap hal penting tak jadi masalah pun"


I was definitely wrong.. Aku menanti juga seseorang untuk menegur aku.. Tegur silap aku.. Ye la, time tu aku tengah tunggu result UPU.. Jadi, memang duduk rumah je la menanti result UPU (Tahun 2011) .. Aku banyak huha-huha, dok berbalas komen dekat facebook dengan lelaki dan juga perempuan, join group tu group ini.. Time tu, ilmu agama yang aku ada memang betul-betul tentang aurat je.. Sampai satu tahap, ada seorang muslimah tegur aku, tapi perli and tegur aku publicly.. Of course la aku tahu yang dia sedang memerli aku, dah dia komen dekat status aku.. Yes, dia komen dekat status aku.. Obvious la..


Dia cakap,


"Eloklah huha-huha lelaki dengan perempuan tak kene tempat"


Okay, dari jenis hati kering, akhirnya tersentap juga.. Teguran dari seorang muslimah yang aku rasa banyak ilmu dari aku, tinggi taraf dari aku dan dibesarkan dalam family yang faham agama.. Korang rasa, adakah patut dia tegur korang macam tu..? Seorang yang tinggi ilmu tapi langsung tak kenal hati budi mad'u sebelum menilai secara fizikal.. Dalam erti kata lain, tak tabayyun.. Jadi, memang nasib aku lah kan.. Terpaksa la aku telan dan terima dia sebab aku yang nak berkawan dengan muslimah tu.. Aku yang add dia dulu.. Walau sekali pun aku tak pernah tegur dan berborak dengannya privately.. Wakaka..


Memandangkan time tu, aku hati kering, jadi, aku ignore je.. Bukan pesen sentap-sentap aku ni.. Manusia ni fitrahnya memang suci dan bersih.. So, memang akan sukakan kebaikan.. Jadi, every night, aku akan flashback dan replay setiap plot cerita yang berlaku dalam kehidupan aku seharian.. Ulang tayang mana yang baik dan mana yang buruk..


One day, setelah fikir baik buruk dan kemampuan diri sendiri, jadi aku decide untuk unfriend ajnabi.. What the fishcake, dari maksimum 5 000 friends, dalam 3 000 lebih adalah ajnabi.. Suddenly, perasaan malu tu menebal.. Aku rasa macam diri aku ni terlalu murah meskipun apa yang aku telah lakukan tu sekadar berkawan.. Then, aku pun nekad untuk deactivated akaun facebook sehingga sekarang dan dengan izinNya masalah ikhtilat tu pun hilang.. Segalanya aku kawal..


Approve friends request di WeChat yang muslimah sahaja dan laman sosial yang aku miliki juga dah berkurangan.. Tiada lagi facebook dan twitter.. Twitter aku memang tak aktif.. Saja-saja je aku sign up.. Instagram juga tidak aktif.. Tak pernah post apa-apa tapi sekadar usha instashop.. Cuma itu dulu.. Sekarang dah uninstall tanpa sempat aku deactivatekannya.. Lepas dari tu, aku mula cari ilmu.. Dengan kesungguhan yang ada walaupun seciput je, Allah kirimi aku kawan-kawan yang warak serta 'alim sebagai roommates aku.. Alhamdulillah.. Banyak la aku belajar dari diorang.. 


Cuma pesan aku, bila nampak orang lain yang kononnya nampak macam lebih teruk dari kita (Ni ujub dan sum'ah) janganlah pandang rendah macam dia tu ahli neraka.. Seolah-olah, diorang tu tak boleh jadi baik dah.. Seolah-olah, diorang tak ada peluang untuk berubah langsung.. Please stop it.. Aku pernah rasa betapa sakitnya rasa macam tu.. Jadi, sebab tu aku banyak pesan pada kawan-kawan dan diri aku sendiri terutamanya, agar tak buat seperti mana orang-orang lain pernah buat pada diri aku.. Because I know, how that "hell" feels like.. Pedih der kalau ingat balik.. Tapi, semua tu banyak ajar aku jadi lebih matang, dewasa dan memaafkan.. Whoaa.. And thanks to that girl yang tegur aku sentap-sentap tu kerana Allah titipkan dia untuk bantu aku berubah..


Pada yang nak berhijrah tapi takut sekerat jalan, jangan risau.. Yakinlah dengan pertolongan dariNya kerana Dia adalah sebaik-baik penolong.. Baikilah hubungan kita dengan Allah, insyaaAllah segala urusan dunia kita akan dipermudahkan olehNya.. Dan yang paling penting, jagalah silaturahim.. Jangan sesekali menanam niat berdakwah untuk menyakiti orang lain.. Walaupun niat kita baik untuk menegur si fulan dan fulanah.. Tapi, kaedah kita tu tetap tidak akan dihalalkan olehNya.. Allah Maha Mengetahui segala apa yang tersirat di dalam hati hamba-hambaNya..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...