REVIEW : GARNIER MICELLAR CLEANSING WATER

Dulu, bila berbedak atau pakai anything dekat muka, mesti nak kena remove.. Macam-macam cara guna.. Pakai minyak zaitun la, pakai wet tissues la.. Semuanya okay.. Makeup removed clearly.. Tapi, kene bergonyoh-gonyoh muka barulah bedak di muka tu betul-betul tertanggal..


Tapi sekarang ni, pakai bendalah ni.. Seriously, remover paling mudah yang pernah diguna.. Mudah sangat-sangat. Tak perlu lagi nak gonyoh-gonyoh and gosok-gosok muka tu lagi.. Letak je ni dekat muka, lalukan selembut-lembutnya, memang tertanggal terus makeup-makeup yang ada..


Terasa macam menyeret minyak padahal tak rasa oily langsung.. Seriously best dan satisfied sangat-sangat..I pakai apa tu..? I pakai ini la..


Yang bestnya bila pakai ni, bila dah apply dekat muka, tak perlu susah-susah untuk cuci muka dengan cleanser etc tu.. Sebab micellar water ni dah sekali dengan menyegarkan muka.. Memang muka akan nampak fresh sangat-sangat.. Merah-merah pipi gitu.. 


Senang sangat nak guna.. Letak je dekat atas cotton pad, pastu zap, tanggalkan semua makeup yang menempek dekat muka tu.. Plus botol plastik.. Jadi, senang nak bawa ke mana-mana.. Tambah kalau singgah solat dekat mana-mana masjid.. Senang je nak remove.. Tak perlu setiap kali nak tanggal nak kene cuci dan exfoliate muka tu..


Kalau malas nak cuci muka malam-malam sebelum tidur tu pun, boleh cuci muka guna cara macam remove makeup tu.. Tapi, pakai micellar cleansing water sebab tak perlu bilas.. Lap-lap dah boleh terus tido.. 


Selamat mencuba..!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

REVIEW : CHOCO BINGSU AT PREMIUM KOREAN DESSERT BEANS N BEANS CAFE

Cuti Hari Raya Aidiladha hari tu, selepas 2 hari gitu la, I went to Perlis.. Rumah my aunt.. Saja ja la menziarah.. Memang selalu ke sana.. So, keesokannya I pergi cari barang-barang keperluan untuk majlis perkahwinan..


Mula-mula ke Ukir Mall.. Lepas tu terus ke Aman Sentral, Alor Setar.. Cari barang-barang peribadi sikit, then makan je banyak.. First, pergi makan ais krim di Premium Korean Dessert Beans N Beans Cafe, Alor Setar.. Ni cafe kawan suami.. Tu yang singgah tu.. Kemain panjang nama cafe.. Hahaha.. Time tu memang kebetulan craving nak makan as krim..


So, dekat Beans N Beans cafe ni, ada la few ice cream menus.. Dan yang penting semua sedap-sedap dan menarik hati.. Kalau ikutkan nak order semua..


Nampak sedap kan..? Honestly, memang sedap sangat-sangat.. Yang warna kuning bulat-bulat tu pisang yang dah dipotong.. Pastu ada la 2 keping oreo and serbuk oreo kot.. Kalau korang nampak ada coklat bentuk petak-petak dekat tepi mangkuk tu, yang tu I tak tau la apa bendanya.. Tapi, memang time makan Choco Bingsu ni, dok kutip benda tu je.. Sedap sangat..


Semangkuk ni, boleh share 2 3 orang.. Banyak sangat la.. Ais dia lebih halus dari kisaran ais kacang.. Marvelous.. Service pun baik.. Ais krim pun sedap.. Overall, I can give them 5 stars.. Time dok makan ni, ada la selfie sikit.. Hahaha.. And time tengah makan ni la, owner cafe ni call suami dan dia bagi tau, dia nampak kami masuk cafe dia thru CCTV yang connecting to smartphone dia..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

REVIEW : QADIRA DRESS BY FATIN SUHANA

Few weeks ago, I beli Qadira Dress by Fatin Suhana.. Popular juga la dress ni.. Sebab pattern baru.. And jual pun set sekali dengan its shawl.. Kiranya, baju and tudung memang sewarna. Tak perlu risau dah nak cari tudung warna apa.. I beli warna peacock green.. Kalau tengok depan-depan, warna emerald green la.. Tapi, gelap sikit.. Harga reasonable.. RM269 kalau tak silap..


I beli dari agen memandangkan time tu, dekat website dah out of stock.. So, I pun contacted dengan one of the agents.. Order, bayar then barang pun sampai.. Generally I suka dengan pattern, cutting, fabric pun okay.. Tak la melekap bagai ala-ala lycra tu..




So, belek-belek baju lepas few days dress tu sampai, ada la sikit dissatisfaction I pada dress ni.. First, warna dalam gambar lain.. Dalam catalog nampak macam warna mint green.. Tapi, secara live emerald green.. Okay, part ni I tak kisah sangat sebab memang akan terjadinya perbezaan atas asbab cahaya dan faktor-faktor editing..


Second thing is, dekat area bust tu, jahitan melintang tu macam kurang kemas.. Macam potongan kain tak berapa nak fit dekat situ.. Jadi, I bersangka baik sajalah .. Mungkin disebabkan pengeluaran output yang banyak, perkara macam ni tak diambil berat atau mungkin tak perasan..


Bagi I benda-benda ni kena dititikberatkan.. Satu sebab harga yang quite pricey.. Jadi, sepatutnya biarlah kemas.. Nak perfect 100% tu memang mustahil.. Jadi, sekurang-kurangnya 99% kesempurnaan tu ada..


Thirdly, jahitannya.. Jahitannya okay.. Tak ada la tak siap atau serabai ke apa.. Cuma lebihan benang tu perlu la diperkemaskan.. Dipotong lebihan benang pada kain tu supaya tak terjuntai-juntai.. Bukan apa, memandangkan brand byfatinsuhana ni dah meningkat naik, dan agak well known among malaysian, jadi adalah baik kalau semua dissatisfaction ni takde..


So, itu ja la review I tentang Qadira Dress ni.. Overall, I suka sangat-sangat dress ni.. Sebab tu la I beli..
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

BALASAN BAGI WANITA ISLAM YANG TIDAK MENUTUP AURAT

Soalan

Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat..?




Jawapan

Dalam kamus Lisan Al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan Al-Arab, Jilid 3, M/S 33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.


Dalam persoalan ini, kita boleh lihat adanya tiga kategori wanita :-

  1. Pertama, menutup aurat dengan sempurna.

    Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

  2. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna.

    Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

  3. Ketiga, langsung tidak menutup aurat.


Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan "Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup." Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.


Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat..? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik.. Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat..?


Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya dengan yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk. Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri kita yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.


Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan..? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT. Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kita kaum wanita hendaklah menutup aurat.


Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kita. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.


Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu ; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai 'Ahlul Bait' dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)"
(Al-Ahzab : 33)


Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat,

"Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya"
(Ibn Kathir, Jilid 3, M/S 482 - 483)


Manakala Abu Ubaidah berpendapat,

"Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah"
(Tafsir Al-Alusiy, Jilid 21, M/S 8)


Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.


Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Makkah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu. Selepas turunnya ayat dari surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud,

"Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai 'ahl al-bait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.


Generasi Al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.


Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.


Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT. Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.


Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuannya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah. Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya..?


Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini.


Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham. Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.


Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

ISTERI SOLEHAH

Dia pergi untuk melamar seorang wanita.. Di saat dia melakukan nazhor (melihat calon isterinya) adalah wanita syar'i..


Calon isterinya bertanya,

"Berapa hafalan Al-Qur'anmu..?"

Dia menjawab,

"Saya tidak hafal banyak, tapi SAYA INGIN MENJADI LELAKI YANG SOLEH"


Dia lalu berkata kepada calon isterinya,

"Kalau kamu..?"


Calonnya menjawab,

"Saya hafal juz amma"


Calonnya kemudian bersetuju untuk menikah kerana merasakan dia (lelaki yang datang melamar ini) jujur. Setelah menikah, Si Isteri lalu memintanya untuk membantunya menghafal Al-Qur'an..


Sang suami berkata,

"Mengapa kita tidak saling membantu dalam menghafal bersama-sama..?"


Mereka lalu memulakan menghafal dengan Surah Maryam kemudian berikutnya dan berikutnya sehingga hafalan Al-Qur'annya selesai dan mereka berdua mendapat Ijazah hafalan Al-Qur'an.


Kemudian isterinya menawarkan,

"Mungkin kita juga boleh memulakan menghafal Hadis-hadis Bukhari"


Di sebuah kesempatan ketika dia menziarahi ke rumah mertuanya, sang suami mengkhabarkan kepada mertuanya bahawa anaknya sekarang sudah hafal Al-Qur'an Al-Karim, Alhamdulillah.


Mertuanya terkejut dengan apa yang dikatakan menantunya, dia lalu masuk ke bilik anaknya seraya memperlihatkan banyak kertas kepada menantunya.


Tersentak dan alangkah terkejut dan bingungnya sang suami, Isterinya ternyata memiliki ijazah hafalan Al-Qur'an dan Kutub Sittah (kumpulan kitab-kitab hadis) bahkan sebelum dia menikah dengannya.


SUBHANALLAH..


Dia tidak mempermasalahkan dari awal sedikitnya ilmu yang dimiliki sang calon suami, dan dia kemudian membantunya menghafalkan Al-Qur'an sebagaimana dia telah menghafalnya di saat dia merasakan bahawa memang sang suami adalah orang Soleh (Dia juga tidak berdusta ketika dia berkata saya hafal juz amma kerana dia tidak menafikan bahwa dia juga hafal surah yang lain)

Ya Allah jika aku bukan orang yang soleh maka kurniakan kepadaku isteri yang solehah yang membantuku, dan menjadikanku dekat denganMu, dan jadikanlah aku orang yang soleh..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

DAI'E EGO DAN SELFISH

Kadang-kadang, aku pelik dengan sikap sesetengah pendakwah alam maya terutamanya.. Pandai menasihati tapi tak gemar dinasihati.. Pandai menyuruh tapi amalnya kosong.. Dan yang paling aku aneh dan pelik adalah sikap segelintir pendakwah moden alam maya yang bagi aku mungkin SELFISH kot termnya.. Dan aku akui juga, aku respect semua pendakwah tak kiralah pendakwah alam maya mahupun nyata kerana mereka banyak membantu aku dan mendorong aku untuk perbaiki diri..


Berbalik pada main topic.. DAIE SELFISH.. Ya.. Aku selalu nampak orang post dakwah di FB, IG, WECHAT.. Baguslah.. Aku puji itu.. Tapi, yang tak menyenangkan hati aku adalah, sifat daie yang setelah menyampaikan dakwah, tapi dakwahnya tak diterima ramai and then, daie tu pun cakap,


"KALAU TAK SUKA AKU BOLEH DELETE AKU, BLOCK AKU"


Hei..! Kita nak menyentap ke menyentuh..? Kita nak berdakwah ke nak publisiti..? Kita sering cakap kita ikut dakwah Nabi, tapi praktikalnya, Allahu jauh sangat dari cara Nabi.. Nabi ada beratus tak termasuk Nabi Khidir.. Kita beriman pada Rasulullah seperti iktikad kita dalam rukun iman iaitu beriman pada 25 orang Rasul.. 


Nabi Noh, baginda berdakwah beratus tahun.. Lebih 950 tahun if I’m not mistaken.. Tapi, siapa umat baginda yang ikut baginda..? Tak ada.. Even isteri dan anak baginda yang sedarah keturunannya juga tergolong dalam golongan kafir (ingkar) .. Nabi Muhammad, Rasul kita, berdakwah, apa ujiannya..? Pernah dibaling najis, dihina, dimaki, difitnah dan juga pernah diugut bunuh.. Kita kata, kita ikut dakwah Nabi, kenapa kita hanya ikut cara kita sendiri..? Nabi berdakwah ada 2 cara (I will clarify about them later) dan cara Nabi menegur dan menjawab persoalan mereka juga berbeza mengikut individu.. Sebab bezanya Islam dan anutan lain adalah ADAB DAN AKHLAK.. Sebab tu lah, dalam segala hal, ADAB DAN AKHLAK lebih dititik beratkan berbanding menuntut ilmu.. Imam Nawawi belajar adab lebih lama dari belajar sesuatu bidang ilmu.. Sebab tu lah, perbahasan, bunga-bunga bahasa dan cara mereka ni mudah diterima ramai..


Jadi, kenapa bila kita dakwah orang, orang yang didakwah (mad'u) tak terima cara kita, lalu kita nak memutuskan ukhwah dan tak ingin lagi pedulikan keadaan dia..? Ni bukan sifat daie.. Daie sangat sayangkan orang sekelilingnya dan apabila dia lihat orang buat mungkar, dia akan bersungguh-sungguh tarik mad'u tu kembali ke jalan yang benar.. Bukan membiarkan terus dalam kejahilan..


Boleh jadi kita adalah wanita yang menjaga diri dengan tidak memamerkan gambar kita di laman sosial.. Boleh jadi kita adalah wanita yang taat akan perintah menutup aurat.. Boleh jadi kita adalah wanita yang menyayangi sahabat dan ahli keluarga lillahi taala..

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan jangan tolong menolong dalam berbuat kejahatan dan dosa.. Sesunguhnya amat besar siksanya"
(Al Maidah : 2)

Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk maka baginya pahala seperti pahala yang mengikutinya tanpa sama sekali mengurangi pahala orang yang mengerjakannya dan barangsiapa mengajak kepada kesesatan maka baginya dosa seperti dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa yang mengerjakannya"
(HR Muslim)

Jika mad'u kita buat salah, maka cegahlah, bukan endahkan.. Sebab tu lah Islam ada menetapkan uslub-uslub dakwah.. Supaya apa...? Supaya penyampaian dalam dakwah tu dapat diterima pakai oleh semua orang dan bukan sekadar satu kelompok individu sahaja.. 


"Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia ubah dengan tangannya, jika belum mampu, dengan lisannya dan jika belum mampu juga, dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman"
(HR Muslim, Ahmad dan Ashabussunan.. Lihat Sahihul Jaami' No 7 250)

Kita tak boleh expect dengan sekali tegur mad'u automatically akan ikut cakap kita.. Kita sendiri pun, tahu hukum hakam, tapi still juga buat sesuatu dosa tu berulang kali.. Tanpa sesal pulak tu.. See, mad'u kita lagi mulia dari kita sebab dia buat salah dalam keadaan jahil tapi kita..? Dalam keadaan yang berilmu.. Jadi, jom muhasabah.. Pesanan buat diri aku sendiri terutamanya..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

KALAULAH

Aku terkesan dengan beberapa cerita pendek yang aku nak kongsikan bawah ni. Kadang, diri sendiri selalu mengharapkan orang lain mesti buat baik dulu, then baru kite ikut. Orang lain kena senyum dulu, baru kite senyum. Orang lain bagi salam dulu, baru kite jawab salam. Sebab aku pun tergolong dan acap kali berada dalam situasi tu.


Aku sendiri tak pasti sama ada ianya berkaitan dengan malu..? Ego..? Segan ke..? Ke tak berani..? Aku pasti jawapan tu, hati kita sendiri yang mampu jawab.


"You must be the change you want to see in the world"

Ada seorang pemuda berjiwa besar. Dia mengimpikan untuk mengubah dunia. Namun, semakin dewasa dan bijak, dia mula menyedari bahawa dunia tidak boleh diubah. Maka, dia pun berazam untuk mengubah negaranya sahaja.


Beberapa waktupun berlalu. Dia mula sedar bahawa negara sukar dan tidak dapat diubah. Dengan baki usianya yang makin lanjut, dia cuba mengubah keluarganya. Namun, tiada seorang pun yang mahu berubah.


Kini dia hanya mampu terlantar di katil sambil menunggu ajal. 

"Kalaulah aku mengubah diriku dahulu. Dengan itu aku akan menjadi teladan kepada keluargaku untuk berubah. Daripada inspirasi serta galakan mereka, aku mungkin mampu menjadikan negaraku lebih baik. Dan siapa tahu, aku mungkin boleh mengubah dunia"

"Ya Allah, semoga kesakitan yang aku rasakan, di hujungnya membahagiakan. Kepenatan berakhir dengan kerehatan. Dan cita-cita dan impianku terlaksana. Hanya Engkau sebaik-baik penolong"
(Muhammad Mitwali Al-Sha'rawi)


"Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself"
- Leo Tolstoy -

An elderly man was walking along the beach, admiring the beautiful view. As he walked, he noticed that a large group of starfishes had been washed ashore by the receding tide, and they were struggling to get back to the water. The man was saddened by this turn of events, but accepted that there was nothing he could do to change anything.


The man walked on, continuing to notice the large numbers of helpless starfishes, until he saw another man in the distance standing at the water's edge amongst the starfishes. Curious, the elderly man walked over to him, wandering what he was up to.


As he got closer, the elderly man could see that the younger man was picking up starfishes, one by one, and throwing them back out into the sea. Astonished, the elderly man got close enough for the other man to hear him, and then he called out.


"Hey! What on earth are you doing..?"


The younger man turned to him and smiled, then turned back to the sea, still continuing his duty of picking up and throwing starfishes.


"I'm helping these starfishes get back into the ocean"


The elderly man couldn't believe it, why was this man wasting his time throwing starfishes back..? There were thousands of them here, it would take him days..! He voiced his thoughts.


"Why are you throwing them back..? There's thousands of them here, it'll take you forever..! How can you possibly hope to make a difference to these starfishes..?"


Remaining calm, the younger man continued his duty without looking at the elderly man. Just as he threw another starfish back into the ocean, he replied.


"I made a difference to that one"


Aku rasa semua ada pernah rasa perasaan ni. Bila tengok seseorang tu, tak kira sama ada orang tu kita kenal atau tak, automatically kita rasa macam lembut hati, nak ikut buat baik macam dia membuat sesuatu kebaikan, cara dia bercakap, cara berpakaian hatta peribadi dia sendiri. Walhal dia tak pernah paksa, suruh atau marah marah ikut cara dia. Dia juga tak pernah mengaku dirinya baik sempurna suci kerana kebaikan dapat disampaikan melalui perilaku kita sendiri andai kena caranya.


Cuba bayangkan andai Rasulullah SAW berada di depan mata kita..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

NIQABIS DAN LAMAN SOSIAL

Entry kali ni bukan dari saya.. Cuma tertarik dengan isi kandungan entry ini.. Semoga ia dapat dijadikan pedoman buat diri kita.. Biiznillah..


Sumber : Sini


Saya menulis lagi selagi mampu jari ini menulis. Tetap isu yang sama iaitu aurat dan purdah. Isu ni dah lama. Tapi bagi saya ia akan tetap segar dan subur. Kenapa ya saya berkata demikian..? Entry saya pada kali ini hanya akan berkisar tentang "niqabis" atau orang yang memakai purdah. Ini bukan kecaman atau cemuhan, Cuma teguran untuk diri saya yang sering leka dan lalai ini serta kepada para sahabat yang bergerak bersama-sama ana dalam menegakkan sunnah ni. InsyaAllah..


Bermulanya di dalam ruangan sosial iaitu facebook, friendster, myspace, tagged dan macam-macam lagi la. Yang saya nak sentuh kat sini ialah akhawat yang berniqab ke tak berniqab ke, tak perlulah dok tayang gambar 'posing maut' korang tu. Wat malu je la. Saya ada terbaca satu artikel di blog Ustaz Shamsuddin berkenaan HAKIKAT KEWUJUDAN FACEBOOK : ANTARA DOSA DAN PAHALA..


Saya tak nafikan, saya juga mempunyai facebook. Dulu saya bukan main lagi, letak je semua gambar yang saya ada, posing macam-macam. Bila orang puji, wah..!! Dia puji saya, sukanya. Tapi apa erti semua ni..? Saya tak salahkan antunna. Mungkin antunna tak tahu dan saya dulu pun tidak tahu.. Jadi, bila saya dah tahu, saya nak kongsi dengan antunna. Zauj saya, Ustaz Mohd Al-Hafidz sentiasa memberi saya galakan, nasihat dan macam-macam lagi pandangan. Lama kelamaan, saya faham..


Beberapa e-mail saya terima dari sahabat-sahabat ikhwah dan akhawat yang meminta saya menulis satu artikel berkenaan BERPURDAH TAPI TAYANG GAMBAR : NAK IKUT SUNNAH ATAU NAK SHOW OFF..? 


Antunna sendiri yang perlu pilih mana satu kategori antunna. Ini pendapat peribadi saya dan kepada sesiapa yang terasa hati, saya minta maaf sangat-sangat. Saya kongsi beberapa email yang saya terima :

Dr Muslimah, saya bukan nak mengumpat. Tapi saya dah tak tahan la. Ada sorang budak pompuan ni, muka boleh tahan la kot cantiknya sebab dia pakai purdah, nampak mata dia je galak, cantik pakai celak hitam, tergugat iman saya. Tapi saya tak suka dengan perangai dia. Macam setan. Saya cakap macam tu kenapa, macam melampau tak..? Pakai purdah tapi dok bersayang-sayang lagi bila ada orang komen. Tak ke macam menggoda camtu..? Tak malu ke buat macam tu..? Saya yang baca ni malu tau padahal saya ni lelaki. Rasa murah je bahasa dan maruah pompuan tu. Senang je.. Bantu saya macam mana nak tegur dia. Thanks..

Saya memang tak puas hati dengan sorang ni. Dia perasan semua lelaki suka dia. Boleh belah la.. Nak muntah saya tengok. Dah la perasan gadis urban. Bergaya sangat ke..? Tergedik-gedik macam penyanyi omputih..? Memang pompuan pakai purdah ni gedik cam tu ke..? Perasan lebih ye..?


Ya Allah, malunya saya bila gadis berniqab ni dikatakan gedik. Tapi saya tak menyangkal itu memang ada dalam masyarakat niqabis kita ni. Perasan lebih..? Boleh jadi juga. Semua macam perasan comel macam kucing, ayu macam tapir, anggun macam biri-biri Mc Donald (Dipetik dari blog sorang sahabat ni). Tak kisah la kan, kuburkan lain-lain. Siapa cakap tak kisah..? Saya kisah. Semuanya dah besar. Antunna punya dosa ingat mak bapak ke yang tanggung..? Ingat sikit, umur tu dah melayakkan antunna kahwin, tapi ada yang perasan muda umur bawah 18 tahun. Allah, apa ni..?


Sahabat, purdah ni pernah menjadi pakaian isteri-isteri nabi dan kita yang pakai ni sekaligus membawa sunnah nabi. Tapi, sanggupkah sahabat-sahabat menginjak pakaian isteri nabi-nabi ni dengan tohmahan pada antunna..? Pakaian dari golongan pakaian orang mulia, jadi, perangai pun biarlah semulia pakaiannya. Ada yang bertanya, "Berniqab tu dapat menjaga perihal wanita ye..?" , "Adakah berniqab dapat menjaga diri dari melakukan perkara-perkara yang tak menyenangkan..?", "Dapat menangkis fitnah..?"


Saya sama sekali jauh dari nak menjatuhkan martabat wanita yang berniqab, malah nak mengingatkan peri pentingnya menjaga hak-hak wanita sendiri. Kita tengok kat negara Arab, berapa ramai dari mereka, dahlah pakai niqab, pakai tudung pula separas lurut. Kenapa..? Nak menutup semua anggota badan sehingga tak menampakkan sedikit pun kulit. Saya bukan suruh antunna pakai sampai paras lutut macam tu pun. Cuma minta jaga adabnya je. Kalau adab saya sendiri salah, tegur saya. Di sini saya ingin menampilkan beberapa komen oleh golongan syabab yang bukan mahram,

"Berniqab hanya tidak mahu mukanya dilihat orang berniqab hanya menjaga mukanya dari hangus terbakar dek matahari yang panas, berniqab kerana menjaga air muka dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana lelaki, berniqab kerana ingin berfesyen.berniqab tapi tidak pandai menjaga hak-hak dan batas seorang wanita.. Contohnya, berbual dengan lelaki, melompat ke sana ke mari, mulut dan percakapan tidak terbatas dan sebagainya. Berniqab tapi pakaian menjolok mata, berniqab dan menjaga hak wanita dan menjauhi dari fitnah (Ini yang dicari) .. Bagi saya, mana-mana yang mempunyai perwatakan di atas kecuali yang terakhir tu, tinggalkan sahaja niqab anda, kerana golongan yang terakhir juga akan mendapat fitnah dan tidak harus terpalit padanya. Berubahlah demi menjaga hak masing-masing"


Sekarang saya nak masuk tentang tajuk saya yang kedua iaitu berpurdah tapi tayang gambar bahagian show off. Apa tu show off..? Maksudnya macam expose diri. Menonjolkan diri. Antunna ni pakai niqab sebab nak jaga diri dari difitnah, dari dilihat orang, atas rasa malu dan kecintaan kepada Allah kan..? Tapi kenapa antunna tidak malu untuk menayangkan pada makhlukNya..? Sepatutnya bila malu itu lebih kepada Allah, lantaran dosa dan sebagainya, antunna akan rasa segan dan malu nak menonjolkan diri sendiri. Macam mana ni..? Antara komen yang saya terima bila saya meletakkan status di facebook ingin menulis artikel ini,

"Rite2.. Setuju dengan ukhti.. Sekarang ni bagi pandangan saya, purdah ni macam 1 fesyen bagi sesetengah indivdu"

"Support 100%.. Sekarang kita pun kita boleh lihat ramai nisa' yang memakai purdah tapi upload dan edit photo banyak-banyak, cantik-cantik.. Kadang-kadang, tertanya-tanya juga.. Ni nak show off ke..? Ke nak suruh orang puji..? Nauzubillah.. Kadang-kadang, rasa benci dan menyampah pun ada.. Terus terang la cakap.. I'll support you 100%, akak"

"Ya ukhti.. Bagi saya, lebih baik kita sembunyikan diri kita sama ada berniqab atau tidak.. Sebaiknya begitulah.. Lagipun fitnah paling besar adalah fitnah wanita.. Jagalah dirimu wahai muslimah dan empunya diri ini"

"Ramai wanita keliru.. FB bukan medan tunjuk wajah.. Apa guna berpurdah..? Nabi menggalakkan orang perempuan berdiam di rumah, kerana bimbang menimbulkan banyak fitnah dan gejala sosial yang teruk.. Sekarang ini zaman jahiliah moden.. Maaf, bagi pendapat sahaja"


Isu purdah ni memang hangat dibicarakan dahulu dan kini. Isu yang sering menjadi bualan disebabkan salah guna pemakaiannya. Aik, terlencong pulak. Sambung semula. Mana tempat yang saya rasa show off tu ye..? Jom, saya terangkan lagi :-



1. Mata

Mata dicelak habis-habisan. Memang la dalam Islam dianjurkan pakai celak tapi berpada-padalah. Antunna menggetarkan hati-hati lelaki dengan pandangan mata antunna. Memang cantik bila bercelak. Mata bundar nampak terserlah bundarnya. Mata sepet, wah, cantiknya bila jadi ala-ala Cina. Bila mana perempuan berpurdah tapi masih berhias-hias, maka terjadilah wanita Islam sekarang. Hanya membesarkan riak dan bangga dalam diri.




2. Gaya bergambar

Ukhti, tak salah ukhti bergambar. Bergambarlah sebanyak mana pun. Saya tak marah, tak cemburu pun. Yang saya geram sikit bila ukhti bergambar dengan gaya-gaya yang macam 'mengghairah'kan. Faham ke apa saya maksudkan..? Tak usahlah ukhti. Disebabkan ukhti, orang lain yang berniqab ikhlas terkena tempiasnya. Tak kesian ke..? Lelaki ni memuncak nafsunya bila tengok gaya meliuk lentok semua ni. Maaf bahasa terkasar sedikit. Saya tahu ukhti cantik.. Tapi ukhti, pujian itu ayat syaitan (bagi saya).. Berdosa bila jatuh riak ni dalam hati. Dosa sehari-hari ni tak tertanggung, nak tanggung dosa riak lagi..? MasyaAllah, tak mampu saya, ya ukhti. 


Bergambar sampai kamera tu seboleh-boleh macam nak masuk biji mata. Untuk apa semua ni ukhti..? Tak malu menayangkan aksi-aksi tertentu padahal ukhti berniqab, di mana kesucian niqab yang ukhti bawa dan agung-agungkan tu..? Ukhti yang berniqab sekalian, kalau da berniqab tu, tak usahlah ukhti upload gambar yang tak berniqab dalam laman ukhti. Ukhti ni macam mempersendakan orang lain je. Menutup itu ertinya malu. Bukan buka dan terus buka lepas tu tutup semula..




3. Fitnah

Ni tergolong dalam show off juga ke..? Bagi saya, ya.. Menonjolkan fitnah untuk diri sendiri dan orang lain. Begini, kan ada pendapat yang meletakkan syarat wajib pakai purdah bila timbul fitnah. Persoalannya, bagaimanakah dikatakan fitnah tu..? Dr Muhammad Said Hawa meletakkan syarat fitnah itu adalah tidak dhabit (tetap).. Boleh jadi yang memakai itu fitnah seperti yang ditimbulkan oleh Ustaz Fakhrurrazi (MA Tafsir Univ Of Jordan),

"Jika 9 orang tidak memakai purdah dan seorang memakainya menyebabkan semua lelaki menumpukan kepadanya sehingga menimbulkan fitnah, wajib dia tanggalkan"


Jelaskan di sini betapa kita hendaklah menjaga sahabat kita sama dalam menjalankan sunnah ni. Soal niat, tujuan, terpulang kepada individu, fiqh tidak menghukum perkara yang tersirat. Cuma sedarlah niqabis ini diperhatikan. Jika buruk akhlaknya, maka yang mendapat nama adalah pakaian Islam juga..




4. Bahasa

Betul ke bahasa ni termasuk dalam kategori show off..? InsyaAllah.. Bahasa kita melambangkan apa yang kita bawa dan pegang. Niqabis sekalian, jagalah bahasamu. Jangan bermanja-manja dalam berbahasa terutama dengan ikhwah. "Enta sayang, kenapa..?" , "Ala enti sayang" .. Jangan mudah terpujuk rayu dengan semua ni. Kadang-kadang, ikhwah tu sengaja je menguji kita.. Best je dia panggil kita sayang. Ingat kita ni apa..? Sedarlah bahawa semua yang kita buat ni berkait rapat antara satu sama lain. Semuanya menuju kepada FITNAH.. Bahasa kita semua diperhatikan. Kita ni nampak solehah, cukup caution dengan extra face cover. Biarlah bahasa juga sesolehah tuan empunya badan. Zauj ana pernah berkata,

"Abang hairan dan abang terfikir.. Abang lihat sekeliling. Melihat ada akhawat berniqab dan ada yang tidak. Tapi abang lebih respect kat yang tak pakai niqab sebab dapat menundukkan pandangan dari melihat mana-mana lelaki yang terserempak dengan mereka. Yang abang hairan, yang berniqab ni, kebanyakannya semuanya dah terjaga tapi matanya melilau entah ke mana. Wallahua'lam"


Terkejut saya dengar macam tu..? Sedihnya.. Nasib baik zauj saya cakap sesetengah je.. Moga-moga zaujahnya ini mampu menjaga pandangan. Aamiin..


Terakhirnya, bila perempuan ni menjaga aurat dari pandangan lelaki yang bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya seorang sahaja malah maruah perempuan mukminah seluruhnya. Harga diri perempuan ni mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badan dari kepala hingga kaki. 


Kalau dibuat perbandingan dengan harta dunia seperti emas permata, intan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan dalam peti besi yang terkunci siap dengan nombor kod lagi. Itulah umpamanya perempuan kerana perempuan bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Aamiin.. Wallahua'lam..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN

Suatu hari, aku bertanya kepada guru,


Aku : "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?"


Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang..!"


Setelah berjalan dan sampai di ujung taman, aku kembali dengan tangan hampa.. Lalu Guru bertanya,


"Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun..?"

Aku : "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali kebelakang lagi..!"


Sambil tersenyum, Guru berkata :

"Ya, itulah hidup.. Semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tdk pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita utk menerima kekurangan"


Bila tak kuasa memberi, jangan mengambil.
Bila mengasihi terlalu sukar dan sulit, jangan membenci.
Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit / memberatkannya.
Bila tak sanggup memuji, jangan mengkeji.
Bila tak mampu menghargai, jangan menghina.



"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

KENAPA MEMPERSOALKAN KESENANGAN ORANG LAIN..?

"Dan ingatlah ketika Allah berfirman, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan menambah nikmatKu padamu.. Dan jika kamu mengingkarinya (kufur nikmat), sesungguhnya azabKu amatlah pedih"
(Ibrahim : 7)


Koreksi diri, muhasabah sejenak.. 


Apakah selama ni kita benar-benar bersyukur atas segala nikmat..? 


Atau banyak merungut dan mengeluh..?



Kadang-kadang, kita tertanya-tanya, kenapa kehidupan kita berbeza dengan orang lain.. Kita tertanya-tanya, kenapa orang lain senang berjaya tapi kita sering gagal.. Kita selalu tertanya-tanya, kenapa orang lain kaya dan kita tidak seperti mereka.. Travelling ke serata dunia, berbelanja mewah, barang berjenama, walhal jawapan bagi segala persoalan tu ternyata ada di dalam diri kita sendiri..


Kadang-kadang, bukan sengaja Allah tak mahu beri apa yang kita minta.. Sungguh Allah tu Maha Kaya.. Tapi, permintaan kita tu tak dimakbulkan, mungkin disebabkan oleh diri kita yang sangat kurang atau tidak bersyukur.. Nama pun manusia, penuh rakus dan tamak.. Bila dah dapat yang baik, kita tamak nak yang lagi baik pula.. Kita jarang tengok keadaan orang lain yang berada di bawah kita.. Kita mungkin bersepatu tinggi, tapi ada golongan lain yang hanya berselipar.. Berselipar tali putus pulak tu.. 


Bila diberi nikmat yang jauh berbeza dari orang lain, kita lupa pula untuk memberi.. Ni lah namanya kufur nikmat.. Nak kaya, banyakkan memberi, bersedekah, berzakat.. Sedekah ni bukan sekadar bagi duit derma pada orang susah, bukan sekadar bagi anak yatim makan, tapi ada banyak lagi bentuk sedekah.. Buat baik pada orang lain, husnudzhon pada Allah dan makhlukNya, berkata hal-hal yang baik, tu semua sedekah..


Teringat satu kisah Sayyidina Ali dengan Sayyidatina Fatimah.. Ketika tu, Sayyidatina Fatimah mengidam nak makan buah delima.. Dalam keadaan yang susah, Sayyidina Ali cuba usaha untuk beli buah delima utk zaujahnya.. Lepas beli tu, time on the way balik rumah, tiba-tiba ada orang miskin, yang juga ingin memberikan isterinya buah delima.. Kebetulan mengidam makanan yang sama.. Tau apa Sayyidina Ali buat..? Sayyidina Ali bagi sebiji..


Lepas tu, berjalan lagi.. Ada lagi yang minta, iaitu peminta sedekah.. Diberinya lagi.. Sampai habis buah delima tu tak berbaki untuk diberikan pada Sayyidatina Fatimah.. Time Sayyidina Ali sampai rumah, beliau beritahu Sayyidatina Fatimah tentang scenes yang took place.. Sayyidatina Fatimah tak merungut.. Malah senyum gembira.. Sebab dalam keadaan yang susah, masih ingat orang lain yang lebih susah..


Pastu, time dekat rumah tu, tetiba aja, pintu rumah diorang diketuk.. Yang datang pada waktu tu, Khalid Al Walid.. Datang membawa buah delima.. Khalid Al Walid bagi 9 biji.. Lalu, Sayyidina Ali bertanya,


"Tak cukup lagi satu buah delima ni..!"


Khalid Al Walid ketawa je.. Sengaja disorokkan sebiji buah lagi.. Bukankah Allah dah berfirman, 


"Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya"
(Al An'aam : 160)


"Perumpamaan (Nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai : seratus biji.. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki.. Dan Allah Maha Luas (KurniaanNya) lagi Maha Mengetahui"
(Al Baqarah : 261)


Hikmah bersedekah bukan sekadar menggandakan kekayaan, tetapi ianya juga sebagai wasilah penghapus dosa, membersihkan harta, menghindarkan bala, menyembuhkan penyakit dan mengundang pertolongan daripada Allah.. Jadi, stop iri hati, hasad, suudzhon dan dengki dengan nikmat Allah terhadap orang lain.. Dan mulakan dengan diri sendiri..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH

"Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya' dan juga bukan dari golongan para syuhada'. Mereka dicemburui oleh para anbiya' dan para syuhada' kerana ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah SWT"


Para sahabat bertanya,

"Wahai Rasulullah SAW beritahulah kami siapa mereka itu..?"


Rasulullah menjawab, 

"Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda"

Demi Allah..! Muka mereka adalah cahaya dan mereka adalah di atas cahaya.. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih.. Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud, 


"Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu, mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati"
[ Yunus : 62 ] 
(Hadis Riwayat Ahmad)

Hari ni, diri ni sedar tentang satu perkara, yang ukhwah fillah tu bukan bila mana kita rasa down dan tak bersemangat tanpa kehadiran sahabat kita.. Jika kita tak bersemangat untuk terus bekerja tanpa kehadiran dia, itu adalah jahiliyyah bagi diri kita..


Seharusnya, kita faham yang semangat tu datang dari Allah.. Dan jika kita tak bersemangat melakukan sesuatu tu kerana dia bersama kita, maka terang lagi bersuluh yang kita buat sesuatu tu bukan kerana Allah..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...