NIQABIS HIPSTER

Sejak dua menjak ni, sedikit kecoh tentang isu niqabis hipster.. At first, saya sendiri tak tahu niqabis hipster tu apa dan bagaimana pakaiannya sehingga membuatkan ramai orang naik angin.. Tak kurang juga menjadikan seorang yang penyabar terus menjadi panas baran dan dari seorang yang sopan terus menjadi seorang yang gemar mencaci maki.. Selalu dengar hipster memalui pakaian lelaki tetapi agak rare bila term 'niqabis hipster' ni menjadi viral especially bila terjadi dalam kalangan niqabis..


Rata-rata rakyat marhaen yang marah tentang niqabis hipster semuanya disebabkan mencampur adukkan pakaian para isteri Rasulullah dengan pakaian barat.. Katanya menghina sunnah.. Sebelum tu, jom kita check dulu pakaiannya.. Adakah ianya memang menyalahi syariat Islam atau sebaliknya..



1. Tudung

Tudungnya adakah singkat sehingga menampakkan dada, leher dan rambut..? Kalau ya, memang perlulah kita tolak jauh-jauh.. Memang tak sepatutnya berniqab sedangkan pakaian dan penutupan aurat yang wajib masih lagi gagal.. Sebenarnya, terlalu banyak kali saya lihat fesyen begini.. Tak kurang juga dari kalangan artis yang berpakaian sebegini di majlis parti isteri kepada seorang ahli bisnes terkenal tanah air.. Rata-ratanya, kehipsteran tu dilihat melalui pakaian yang mencolok mata, ketat seluarnya dan memakai tight, tapi muka bertutup niqab dan mata dipenuhi dengan solekan mata dan lens berwarna yang sememangnya berlebihan..




2. Baju

Adakah baju si niqabis hipster ni ketat sehingga menampakkan bentuk badan..? Adakah pakaiannya nipis sehingga boleh see through 'anak baju'..? Kalau tidak, mengapa ini menjadi persoalan..? Mengapa mesti ada yang melenting..? Adakah aurat kita akan tertutup hanya dengan berjubah dan bertudung labuh ala-ala ustazah..? Adakah berconverse dan bersneakers itu dilarang..? Adakah dengan bersneaker, aurat kakinya terdedah..? 


Sebenarnya, saya agak cemuih nak berbahas tentang isu yang melibatkan niqabis ni.. Satu isu yang hanya berulang-ulang di tangkuk yang sama.. Hari ini menjadi perbualan, lepas tu senyap seketika dan minggu hadapan akan muncul kembali.. Isu ni lebih kurang sama dengan isu pemakaian niqab tapi on off dan isu niqab berwarna-warni..


Kita ni manusia, tahap faham kita dan ketinggian ilmu kita berbeza.. Jangan terlalu jumud dan hanya berpegang pada satu pendapat.. Meskipun kita memegang pendapat yang paling syadid (tegas) sekalipun, adalah lebih baik jika kita menghormati pendapat orang lain..


Saya sendiri berasa pelik, kenapa niqabis sering menjadi hot issue.. Mereka telah sempurna menutup aurat tapi masih ada mata-mata yang penuh dengan ketidakpuashatian yang gemar sangat mencari kesalahan.. Sebenarnya, bukan isu niqab berwarna-warni, niqab on off mahupun niqabis hipster ini yang perlu menjadi viral.. Tetapi, sikap segelintir manusia yang gemar mencari keburukan dan kesalahan orang lain yang sepatutnya perlu dipersoalkan.. Allah telah berfirman,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain"
(Al-Hujurat : 12)


Jelas dalam firman Allah di atas ni, Allah sangat menegaskan bahawa mencari-cari kesalahan orang lain ini sangatlah dilarang.. Hipster..? Hipster tu orang yang mengikut trend dan fashion terkini.. Dari pemerhatian diri yang kerdil ni, tiada lagi isu mencampur adukkan pakaian sunnah dengan pakaian barat seperti yang digembar gemburkan oleh ramai muslim dalam isu niqabis hipster ini.. Adakah menutup aurat hanya sah jika berjubah dan bertudung ustazah bidang 60..? Tak boleh berconverse dan bersneakers serta dilarang berkasut tumit..? Tolong ya, jangan membuatkan Islam tu nampak sukar..


Jangan kerana diri mereka berbeza dari kita, kita memandai-mandai menfatwa perkara tu haram.. Jangan kerana kita memakai fully black, kita menghukum orang yang berwarna-warni tu berdosa besar.. Jangan kerana kita tidak bercelak, kita mengutuk mereka yang bercelak.. Dalam isu niqab berwarna-warni misalannya, sebenarnya terlalu banyak dalil yang membenarkan umat untuk memakainya.. Tapi, dek kerana segelintir individu yang jumud, mereka gemar menolak segala pendapat lain dan merasakan diri mereka betul.. Betapa sombongnya.. Allahu..!


Tidakkah mereka ketahui bahawa dalil-dalil tu bukan hujah logik dari kalangan rakyat marhaen..? Tidak tahukah mereka bahawa hujah-hujah itu semuanya dari kitab-kitab yang diulas oleh para ulama' serta bersandarkan pda hadis-hadis sahih dan hassan dari Rasulullah SAW..? Pakailah apa warna sekalipun asalkan tidak over.. Pakai hitam juga benar atas dalil-dalilnya yang tersendiri dan pakai berwarna juga boleh dan tidak ditegah bersandarkan dalil-dalilnya yang tertentu juga..


Nak kaa berwarna-warni tu menarik perhatian..? Bukankah memakai serba hitam juga boleh menjadi tumpuan orang awam di tempat awam..? Bukankah fesyen jubah yang pelbagai itu juga boleh membuatkan orang yang memandangnya tertarik..? Logikkan..?


Bersangka baiklah dengan mereka.. Mungkin mereka memakai selain dari warna hitam sebab arahan ibunya.. Mungkin juga arahan suaminya.. Who knows..? Kita jangan terlalu cepat menghukum tanpa tabayyun iaitu tanpa memahami keadaan dan situasi orang lain..


Kadang-kadang, kita ni gemar mempersoalkan isu-isu yang remeh.. Isu-isu yang hanya menyebabkan perpecahan umat.. Kita tak sedar bahawa orang lain jauh banyak ilmunya dari kita.. Kita tak sedar betapa tingginya kefahaman orang lain terhadap ilmu-ilmu yang dituntutnya.. Kita tak sedar betapa hebatnya guru-guru mereka yang talaqi.. Kita ni sombong dan gah dengan diri sendiri sehingga merasakan diri kita betul dan orang lain salah..


Muslimat, sudah-sudahlah.. Hentikanlah nak mempersoalkan isu yang tak ke mana ni.. Nak kata wajib pakai hitam, syiah dan kristian ortodoks pun berlambak-lambak yang pakai niqab dan burqa berwarna hitam.. Tapi, akidahnya jelas jauh dari Islam.. Pokok pangkal yang paling penting adalah akidah kita.. Tahap keimanan kita.. Janganlah gemar memandai-mandai nak menunjuk pandai dalam mengeluarkan pendapat dan fatwa sendiri..


Konsep menutup aurat ni mudah.. Pakai baju longgar, tak ketat, tak nipis dan labuh dah cukup.. Tak perlu kita menjadi seorang yang terlalu gemar mengkritik orang-orang sekeliling hanya disebabkan mereka sedikit berbeza dengan gaya kita.. Janganlah kita gemar menjadi hakim di dalam mahkamah dunia yang hanya tahu menghukum kesalahan dan dosa-dosa orang lain..


Mungkin ada sesetengah golongan yang bertutup wajah tapi pakaiannya masih ketat, jarang dan nipis.. Yang tu memang perlu kita bertegas.. Marah dan bencikanlah kelakuannya, bukan membenci orangnya.. Semua orang pernah buat silap.. Semua orang ada dosa.. Kita semua kan pendosa.. Ayat yang agak cliche kan..? Tapi tu lah.. Kita ni, gemar menegur dengan cara mengherdik.. Tapi, kesan teguran kita tak terkesan langsung pada mereka (mad'u)


Tak bolehkah berlembut dalam bicara..? Menegur dengan sopan dan bertauliah tanpa perlu menggunakan kata-kata cacian serta makian.. Inikah dakwah yang diajar oleh Rasulullah SAW..? Inikah adab kita sebagai seorang yang kononnya mengakui mencintai sunnah baginda SAW..? Malu weh..! Malu sangat.. Kata-kata tu semuanya dusta sebab kita hanya berkata tapi langsung tiada mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita..


Kita gemarkan dakwah, kita gemar orang tegur kita dengan sopan, tetapi kenapa bila tiba waktu untuk kita menegur dan menasihati orang lain, kita umpama seorang yang tidak berilmu..? Kenapa tiba-tiba hilang adab dan akhlak..? Kenapa kita gemar sangat menerakakan orang..? Kenapa tak berhikmah dalam menasihati orang lain, sedangkan mereka itu masih beragama Islam..? Sedangkan dengan Firaun yang zalim tu pun, Allah mengarahkan RasulNya untuk bercakap lembut, apatah lagi kita yang sesama Islam ni..!


Saya bukanlah menyebelahi mereka yang bergelar niqabis hipster ni.. Sungguh saya sendiri tak berpakaian seperti mereka.. Bukan bangga, tapi saya lebih selesa dan berasa selamat dengan berjubah dan berpakaian biasa dan tidak berlebihan.. Dan berbekalkan sedikit ilmu yang dituntuti inilah, saya cuba untuk beramal dengannya..


"Aku dah tegur dia dah, tapi dia tak nak dengar"


Tegur yang macam mana tu..? Tegur sekali dua pastu give up..? Tegur 2 3 hari lepas tu cakap tiada harapan nak berubah..? Tegur dengan cara memaksa mereka untuk menerima teguran kita..? 


Cemana la mereka nak ikut cakap dan cara kita kalau cara kita sendiri 'bengkok'.. Cakaplah elok-elok.. Manusia ni fitrahnya suci, gemarkan kebaikan.. Jadi, kalau tegur secara kasar, ada kesan ke..? Ya, memang ada.. Hati mereka akan rasa geram dan menyampah dengan kata-kata kasar kita.. Bila dia dah benci, maka hati dia makin gelap dek kebencian dia terhadap kita.. Bila hati dia dah gelap, nur dan teguran sukar diterima.. Nampak tak kaitannya tu..?


Batu yang berterusan dititisi oleh titisan air tetap akan terhakis.. Tetapi, batu yang ditimpa dan dititisi air sebesar air terjun tetap akan sama bentuknya, tidak akan terhakis tetapi akan semakin berlumut..


Nak tanya sikit.. Kalau orang tegur dan marah-marah, maki hamun mengenai salah silap kita, kita marah tak..? Kita suka tak kalau orang guna kata-kata yang kesat apabila berbicara dengan kita..? Peliklah kalau ada yang suka.. Tak pernah jumpa lagi orang sedemikian.. Tapi, rata-rata mesti sentap habis kan kalau kena macam tu..? Mesti ada deep feeling gitu kan..? 


Haaa, see.. Kita sendiri kalau boleh bila kita buat salah, kita nak orang tegur kita sebaiknya.. Bimbing kita.. Betulkan salah kita dengan cara yang molek dan hikmah.. So, cemana kita nak orang tegur kita dengan baik, macam tu jugalah kita perlu nasihati orang lain.. 


"What you give, you get back"


Nak orang buat baik pada kita, kita buat baik pada orang dulu.. Nak orang tolong kita time susah, kita banyakkan tolong orang ketika mereka sedang susah.. Jangan persoalkan kenapa kita sering dibalas sampah walhal sebelumnya kita juga berkelakuan sampah pada orang lain..! Tak nak orang mengumpat kita, jangan kita mengumpat orang.. Kadang-kadang, kita sering mempersoalkan kenapa orang selalu buat jahat pada kita, padahal kita sendiri yang tak sedar bahawa kita pun ada buat jahat pada orang lain.. Saya sendiri bukanlah orang yang baik.. Masih berusaha untuk menjadi seorang hamba yang terbaik, insyaaAllah wa biiznillah..


Jadi, stoplah berdakwah style menyentap orang ni.. Tak memberi manfaat pun malah buat dosa kering je sebab kita tewas dengan nafsu amarah.. Tiada dalil dalam quran mahupun hadis yang membenarkan kita menyakiti saudara-saudara kita yang lain.. Yang ada, semuanya menegur dengan hikmah dan beradab.. Cukuplah sekadar bertegas dalam teguran dan bukannya berkasar..


Isu niqab warna warni, boleh klik sini dan klik sini

Mungkin boleh mengaji Qawaid Fiqhiyyah untuk lebih faham tentang kaedah hukum usul fiqh


Saya minta maaf atas keterlnjuran kata-kata saya dalam entri kali ini.. Saya fedup dengan isu yang sama dan kejumudan segelintir manusia yang tak boleh terima pendapat yang berbeza.. Perbezaan pendapat tu anugerah..  

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

7 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaykum. tulisan yang baik. moga ramai yg membaca dan mengambil manfaat darinya. yang penting perlu bersangka baik, lebih lebih lagi dengan saudara seagama.

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous Waalaikumussalam.. Alhamdulillah.. Benar tu.. Bersangka baik itulah yg terbaik... :D

owner owner said...

Assalamualaikum. minta izin copy ye.. nak post di blog saya ;) boleh tak?

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@nur zulfaWaalaikumussalam.. Silakan.. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya terima tulisan awak. Cuma, satu je saya mintak, boleh tak awak delete gambar yang awak update sekali dalam entry ni?

Niat awak baik. Tapi, jangan sampai memalukan orang yang di dalam gambar.

Kalau org tu, tak izinkan awak amik gambar dia, atau awak tak mintak izin nak amik gambar dia, please, saya mohon, put down the pic.

Kalau awak nak kasi contoh, boleh. Tapi, tlglah gunakan gambar kartun. Tolong. Saya mintak tolong sangat2.

Sebab ini dah mengaibkan tuan gambar. Harap tindakan diambil segera.

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya hormati tulisan awak.

Tapi, boleh tak kalau awak tolong delete gambar yg ada dlm post ni?

Kalau awak, nak bagi contoh, tolong bagi dalam bentuk kartun.

Ini sebenarnya dah mengaibkan tuan gambar.

Terima kasih. Harap tindakan diambil segera.

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

Waalaikumissalam wbt..

Saya boleh mendelete gambar di dalam entry di atas jika rasa ianya mengaibkan..

Tapi, izinkan saya menegakkan bahawa dalam entry di atas, tiada langsung kata-kata penghinaan terhadap gambar di atas..

Untuk pengetahuan cik, pendapat peribadi saya tentang gambar di atas, ianya langsung tidak tergolong dalam pemakaian yang hina kerana pemilik gambar di atas masih menutup aurat dengan sempurna..

Jadi, bagi mengelakkan kesalahfahaman Cik terhadap saya, saya akan mendelete gambar di atas dengan kadar segera.. Maaf jika ia membuatkan Cik rasa diaibkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...