DI SEBALIK SEHELAI KAIN BERNAMA NIQAB

"Wah, cantik dia pakai jubah dan tudung labuh, mesti ramai lelaki soleh yang tertarik"


"Pakai niqab nampak baik, mata yang memukau, mesti ramai lelaki muslim yang tertarik"


Siapakah yang penyebab dialog diatas, pemakainya atau yang melihatnya..?


Drama King dan Drama Queen ini kadang-kadang menjadi buah mulut masyarakat kita, bila melihat gadis muslimah berniqab. Persepsi yang sungguh berlainan antara jantina bila melihatnya. Jadi apakah situasi ini betul atau sebaliknya. Mari kongsikan bersama saya..!



Sudut pandang sisi seorang LELAKI
  
Sedih rasanya bila maqosid dan tuntutan asal berniqab disalah ertikan oleh mereka yang tahu akan hukum-hakam berniqab.


Sebagai seorang lelaki muslim, perasaan sukakan kepada wanita muslimah itu sudah menjadi kelaziman bagi mereka yang sudah terkena pukauan gadis muslimah ini. Sejuknya mata dan berbunga hati bila melihat gadis muslimah berpurdah, terdetik dalam sanubari untuk mencari gadis muslimat yang berpurdah.


Perwatakan mereka yang bertudung labuh, berjubah ditambah pula dengan sehelai kain menutup muka membuatkan si lelaki ingin tahu dan ingin mendekati si gadis tersebut. Walaupun hanya dapat melihat dari jauh ia cukup membuatkan fitnah itu menjalar tanpa mereka sedari.



Ana tidak nafikan mereka yang yang memakai pakaian muslimah ini mempunyai akhlak yang baik. Tapi dari pengalaman. Dari sini ada sesuatu yang ana hendak sampaikan. Mereka yang bertudung labuh dan juga berniqab sekalipun, tunjukkanlah contoh yang baik. Berakhlaklah seperti mana pemakaian. Bukan sekadar luaran bahkan jua dalaman.


Mungkin kerana terkena panahan matanya atau sebaliknya..!



Saya sangat menghormati mereka yang memakai niqab ini, tetapi sejak-sejak akhir ini saya nampak ia menjadi satu trend masa kini untuk berselindung dari wajah sebenar atau atas kefahaman atas pemakaian tersebut. Wallahualam.



Pengalaman, saya pernah berselisih dengan seorang gadis muslimah memakai niqab ala-ala saudi meliputi jubah di seluruh badannya dengan warna hitam, tetapi apa yang saya pelik di sini, ternampak dengan jelas solekan maskara dan lentikan bulu mata tambahan dengan anak mata biru itu seolah-olah ingin menarik pandangan jejaka-jejaka yang melihatnya.

Adakah disebabkan berniqab ini gadis muslimah ini dibolehkan bersolek..?






Sudut pandang sisi seorang WANITA
  
Bagi wanita mereka ada sebabnya sendiri kenapa memilih untuk berniqab. Kenal pastilah dulu setiap amalan dalam kehidupan ini, kerana ia tidak boleh dipisahkan dengan niat. Refresh balik niat memakai purdah itu berniat untuk menjauhi fitnah daripada individu dan masyarakat luar terutama sekali kepada kaum muslimin atau masyarakat arab, dipersilakan.


Memakai purdah dengan penuh keikhlasan akan memberi sedikit benteng maruah dan keimanan kerana pandangan orang awam terhadap gadis muslimah yang berpurdah ini agak berlainan sedikit. Tapi bila sudah berselindung di sebalik purdah, kenapa harus kita membuka ruang fitnah orang awam tehadap kita..?



Jangan jadikan niqab ini fesyen.



"Orang solehah dia pakai niqab"


"Artis solehah pun pakai niqab"


Tidak. Jangan begitu. Kalau pakai niqab kerana itu, maka niqab sudah menjadi fesyen, bukan lagi kerana mendapat redha Allah, bukan lagi kerana ingin menutup fitnah. Niqab nanti hanya sekadar menjadi ikutan atau trend orang dakwah. Kenapa pakai..? Sebab kalau nak jadi ustazah, kena pakai niqab baru nampak macam ustazah.


Jangan. Tak pakai niqab bukannya tak solehah, bukannya tidak baik. Ana agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqab, memandang rendah mereka yang tidak memakai niqab. Tak pakai niqab juga, bukanlah tidak boleh menyampaikan dakwah bila berada atas jalan tarbiyyah.



Sejak bila pulak, niqab menjadi lesen untuk semua itu..?


Bagi yang memakai niqab, teruskan dan perbaiki peribadi. Berniqab akan menjadi pandangan dan perhatian manusia dan lelaki lain. Ada yang ingin menghina, maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu. Ada yang ingin mencontohi, maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu. Ada yang ingin menghargai, mempercayai, maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka.


Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah, mendapat redha dan mardhatillah. Jaga diri, jaga akhlak, jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah. Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’, dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh. Lebih buruk lagi, kejatuhannya memburukkan pula Islam.


Terakhir untuk gadis muslimah, 
pakailah dengan kefahaman yang jelas. Saya ingatkan sekali lagi, dengan kefahaman. Bukan sebab main-main, bukan sebab ikutan kakak atau ustazah, bukan sebab trend, bukan sebab fesyen. Alangkah indah jika gadis muslimah berhijrah kerana sudah memahami dan ingin melaksanakan tuntutan berniqab tersebut.


Namun sebaliknya sekarang, perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend. Pihak yang memberi pengaruh dan ikutan semestinya dari golongan selebriti disebabkan oleh faktor populariti mereka.


Namun yang demikian, perkara niqab ini merupakan suatu tuntutan yang tidak boleh dipandang ringan. Apa yang merisaukan adalah pemahaman terhadap tuntutan ini disalah ertikan dengan pelaksanaan yang sia-sia semata-mata.



Niqab adalah sehelai kain yang digunakan untuk menutupi muka seorang wanita kecuali mata yang lebih dikenali sebagai "purdah"



Pemakaian niqab bagi seorang wanita menjadi persoalan para ulama masa kini sama ada ianya wajib atau pun tidak. Namun begitu, penggunaan niqab dipersetujui bahawa adalah sangat digalakkan.


Sama-samalah kita menjaga diri.


Saya dan kita. Perempuan dan lelaki.


Sama-sama kita perbaiki diri.


Wallahu'alam.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

TOLONGLAH AMBIL TAHU

Allahuakbar.. Tiap-tiap hari tengok internet.. Selain facebook, mesti ada benda lain yang dicari.. Facts, truth.. Yela, kita bukannya boleh terima bulat-bulat apa yang media sogokkan kan..? Terutama bila makin dewasa ini makin kita sedar banyak kepincangan yang berlaku masalah negara.. Politik dan agama..




Mungkin ada yang akan persoalkan.. 


"Nape kau nak susah-susah fikir.. Belajar dulu, masalah macam ini bukan masalah kita"


Saya optimis berpendapat yang saya lah yang kena fikir benda-benda macam ini.. Kita perlu ambil tahu.. Perlu jaga tepi kain untuk benda-benda macam ini sebab saya tak nak jadi pelajar dadanya penuh ilmu akademik tapi tak tahu soal persekitaran yang berlaku.. Tak tahu tentang isu LYNAS, BERSIH, NFC, korup.. Video lucah, tranformasi, reformasi dan macam-macam lagi.. Di sini saya bukannya nak menghasut..


"Korang tak payah fikirlah pasal politik ni.. Kotor..!"


Politik..? Kotor...? Politik itu tak pernah kotor cuma wujud segelintir yang 'mengotorkan' politik itu sendiri sedar tak sedar politik itu ada di sekeliling kita.. Terkejut..? Ya.. Politik ialah cara membuat keputusan dalam sesuatu kumpulan.. Tak payah fikir jauh-jauh..



Dalam kelas ada guru kelas, ketua kelas, penolong, murid lain.. Itu politik.. Politik memang tak boleh dipisahkan dalam kehidupan dan tak boleh dipisahkan dengan agama..

"Bani Israil itu diurusi urusannya oleh para nabi (tas'su hum al-anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak khalifah"
(HR Muslim)


Politik Islam itu ialah menguruskan urusan umat masyarakat. Sikap tak pedulisme yang melanda hari inilah yang akan lahirkan generasi yang tak tahu apa-apa dan tak kisah pun dengan apa yang akan menimpa nasib agamanya suatu hari nanti.. Tidak perlu ekstrem, fanatik.. Ambillah masa.. Cuba perhati dan ambil tahu.. Mungkin pada anda belum masanya lagi tapi jadilah seorang pemerhati.. Mungkin kita bukanlah yang lantang suaranya.. 


Tapi, sekurang-kurangnya ambillah tahu.. Hormatlah pandangan orang lain walaupun berbeza dengan kita.. Tapi, saya yakin masing-masing dah boleh berfikir.. Naqib saya penuntut tahun akhir di USIM jurusan pengajian sunnah dan pengurusan maklumat selalu pesan, sekarang orang mula sedar media baru (internet, facebook, twitter, blog, ETC) digunakan untuk cari maklumat.. Media lama (surat khabar, radio, televisyen) mungkin masih diterima tapi oleh golongan yang belum terbuka pemikirannya orang yang bijak akan analisis fakta yang diterima.. Kalau baca surat khabar pun, baca dari kedua-dua belah pihak, internet pun sama..


..

The choice is in your hand.. Terpulanglah masing-masing untuk menerima.. Saya minta maaf banyak-banyak kalau post ini menyinggung mana-mana pihak.. Bukan niat untuk menyinggung tapi ini sekadar pendapat.. Minta maaf jika post ini tak sesuai di sini..


Kredit pada blog Generasi Protaz

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

AKHLAK BAIK, PENAMPILAN SOPAN, TENANG DILIHAT

"Akhlak Baik, Penampilan Sopan, Tenang Dilihat"



Ya, betul even pada pandangan umum, sekali tengok dia tidaklah ada rupa, tapi bila baik akhlaknya, senyum pada semua, tidak kira sesiapa, tapi tetap jaga batas antara Adam dan Hawa, yang penting jaga hubungannya dengan Allah, subhanallah, Allah pancarkan ketenangan pada diri individu tersebut semasa kita melihat dia.


Sebab tu kebanyakan kita dengar orang kata,



"Sejuk tengok lelaki tu berkopiah"


"Sejuk tengok perempuan tu bertudung labuh"


Sebab apa..? Sebab dia taat akan Allah,sebab dia tahu Allah suka dia berpakaian seperti itu. Tapi kalau berlainan jantina, sekali terpandang, rezeki orang kata, terus tunduk pandangan. Tunduk pandangan bukan tunduk kepala, tapi tudung mata saja. Tapi, jika kita tak rasa macam tu, jangan tuduh mereka 'hipokrit' pulak, sebab hanya Allah yang tahu apa jua yang ada dalam hati hambaNya.


Tugas kita apa sebagai seorang muslim..? 


Ya, kita kenalah berbaik sangka. Janganlah kita harap orang berbuat itu ini, tapi kita sendiri tak berbuat benda-benda tersebut. Kita sama-sama jaga akhlak, jaga peribadi, jaga iman insyaAllah.



Macam mana nak buat orang mudah untuk terima pendapat serta perkongsian kita..?


Senang saja, sampaikanlah dari hati, tak perlu tiru orang, apa yang ada dalam hati, kita luahkan sebaiknya.. Jika kita suka cara begitu bila orang tegur kita, tegur juga orang macam tu. Tapi, jika kita tak tahu, contoh nak cari dalil supaya hujah lebih kuat, rujuk buku-buku, jangan hentam, itu tak boleh ambik dari hati.


Sahabat-sahabat sayang fillah,



Fitrah manusia cintakan kebaikan, berbuat baik, tapi kerana nafsu menguasai, kawan mempengaruhi, diri sendiri tidak kuat hadapi dan rasa tidak disayangi, mereka hanyut. Agama sebagai pembenteng sebenarnya, jika ada agama, insyaAllah kita kuat, kerana kita kenal Allah lebih dari yang lain. Kita sering berdoa minta Allah kekuatan.



Bukan sahabat-sahabat yang tak belajar agama saja ada krisis hati dengan Allah, tapi sahabat-sahabat yang belajar agama juga. Walaupun kita dikelilingi dengan orang yang beragama, kos yang diambil pun kos agama, rakan-rakan kaki masjid surau, peminat nasyid. Tapi adakah kita kuat hadapi jika Allah tidak kita kenal sebaiknya..? Jika kita tak sentiasa muhasabah diri..? Jika kita selalu ikut hawa nafsu dari ikut apa yang Allah suruh..? Manusia sering lalai, kerana itu kena selalu diperingatkan. Kita pun tak nak benda-benda begitu terjadi pada kita.. Tapi kita lemah, kita sedang lemah. Bantulah dia.. Kasihanilah dia.. Jangan kita hentam dia.




"Cakap tak serupa bikin"


"Eleh, kata orang jangan tido lepas Subuh, dia tu pun sama je"


"Ngumpat sokmo, belajar je agama..!"


Tambahan pula, ada yang suka laga-lagakan yang tidak bertudung, dengan bertudung. Yang bertudung pula, dilagakan dengan bertudung labuh. Yang bertudung labuh pula dilagakan dengan berpurdah / berniqab.


Yang penting..! Kita ikut apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Sudah bertudung dan ikut syariaat Allah itu sudah cukup, pakaian longgar, besar, tidak ikut badan, kain tebal tak jarang dan sebagainya. Bereh..! 
Ingat sahabat-sahabat yang nak berubah tapi takut digelar 'hipokrit'


Sebenarnya, kita je yang fikir kita ni hipokrit. Tambah dua tiga kawan kita yang berkawan dengan kawan-kawan yang bertanduk pula. Padahal ramai yang menyokong bila kita buat apa yang Allah suka kerana Allah, sebab patuh dengan arahan Allah, subhanallah.. Kita mungkin dibenci penduduk bumi, tapi kita dicintai penduduk langit. Yang mana kita nak..? Pedulikan kata orang, bila lagi kita nak berubah jadi lebih baik jika kita tak sambut hidayah yang Allah beri ni..? Jika kita tak sambut hidayah itu, Allah akan beri pada yang lebih menghendaki, jadi kita macam mana..? Istighfar. Jangan kita menyesal di kemudian hari.



Sahabat-sahabat, bila pakaian kita baik, akhlak baik, insyaAllah, tak perlu cakap banyak pun dengan orang yang tidak menutup aurat, mudah saja orang ikut cakap kita dan percaya dengan kata-kata kita sebab apa..? Sebab dia rasa ketenangan dari kita, kepercayaan dari kita. Semua tu Allah beri kelebihan pada hamba-hambaNya yang berusaha memperbaiki diri. Bersyukurlah dan jangan putus asa berdakwah, serta Aslih Nafsak Wad'u Ghairak. (Perbaiki diri, dan seru orang lain)



Sama-samalah kita.. Jangan sedih dengan kata-kata manusia.. Jika apa yang kita buat tu mendapat pengiktirafan Allah SWT, Allah suka, Rasulullah pasti suka. Jangan kita sia-siakan umur kita yang tidak panjang ini dengan ambil port kata-kata yang tak beri faedah langsung pada kita. Guna masa tu untuk perbaiki diri untuk jadi muslim yang terbaik..! 



InsyaAllah. 
Sama-sama kita.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

ADA APA DENGAN 26

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL"
(Al-Imran : 190)


26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani



26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA




26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia




26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic


26 Nov 1930 gempa bumi di Izu


26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani


26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki




26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun




26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki




26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepun




26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki




26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia




26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island




26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki




26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic




26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki




26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris




26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA


26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepun


26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina


26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA




26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA




26 Okt 1997 gempa bumi di Italia






Tahun 2000 - Kini



Tsunami di Aceh tanggal 26 Desember'04


Gempa Jogja 26 Mei 2006


Tasik gempa 26 Jun 2010


Tsunami Mentawai 26 Oktober 2010


Merapi Meletus 26 Oktober 2010




Ada apa dengan tanggal 26..? Ternyata dalam Al- Quran, juzuk 26 Surah Asy-Syu'ara yang di dalamnya terdapat tentang azab Allah. :)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

PENYAKIT-PENYAKIT AKIBAT SEKS BEBAS

Selamat bertemu kembali.. Ingat tak, yang tempoh hari, saya ada kata, yang saya akan sambung bercerita tentang penyakit-penyakit akibat daripada seks bebas..? Ermm, tak ingat, tak pe, biar saya ingatkan lagi sekali.. Bagi yang belum baca atau tak ingat yang mana satu tu, boleh klik SINI 



Haa, dah ingat kan..? Ok, jom sambung. Tapi, sebelum tu, entry kali ini, agak 18SX juga kot rasanya.. Jadi, saya nasihatkan, bagi yang sedang makan, yang mahu makan, bakal makan, jangan la baca dan jenguk entry ni.. Takut tak lalu makan.. Hehe..


1- PENYAKIT HIV AIDS











Dan untuk pengetahuan anda, Penawar untuk AIDS tiada. Yang ada cuma ubat yang melambatkan penyakit tersebut. Itu pun kos nya sangat-sangat tinggi dan hanya orang tertentu boleh membelinya. Awal-awal lagi Allah sudah menunjukkan kekuasaanNya sebagai peringatan kepada mereka-mereka yang masih lalai.





2- PENYAKIT S.T.D (Sexual Transmitted Disease)


Penyakit S.T.D berjangkit dari hubungan seks, ibu berpenyakit S.T.D menyusukan anaknya, dan lelehan cecair dari vagina atau penis.













3- PENYAKIT GONOREA


Tanda-tanda penyakit gonorea adalah keputihan yang terlalu banyak dan kencing kadang kala tidak lawas. Apabila kencing, kencing keluar nanah dan darah. mata juga akan bernanah dan mengakibatkan buta. Dan juga boleh terkena pada kemaluan lelaki.




Terjangkit ke mata jadi macam ni :-










4- PENYAKIT SIFILIS

Penyakit sifilis akan mengakibatkan ulser DI DALAM KULIT. Sifilis boleh terkena pada lidah, iaitu kondom yang dihisap.













5- KETUAT (WART)

 Ketuat adalah ketuat lah. Apa lagi. Hehe. Tapi bezanya Genital Warts ni, adalah ketuat yang tumbuh di kemaluan. Ketuat di kaki boleh lah kopek. Ketuat di kemaluan korang nak kopek macam mana..? Ketuat ni akan mengeras pada kemaluan. Boleh jadi banyak sampai bertimpa-timpa.











''Kami guna kondom, pasti selamat..!''


Adakah anda tahu ramai juga pengguna kondom yang gagal menghalang pregnancy..? Di atas banyak sebab pecah di dalam rahim, berlubang dan sebagainya.



Prof. Dr. H. Dadang Hawari dalam seminar tentang HIV / AIDS di Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia menyatakan konsentrasi virus HIV / AIDS banyak terdapat pada cairan liang senggama, sperma dan darah.


Pemakaian kondom menurutnya, tidak 100% selamat, ianya hanya mengurangkan risiko penularan AIDS/HIV sebanyak 30%. Hal ini disebabkan material kondom mengandungi beberapa kelemahan seperti :-


  • Bahan kondom terbuat dari karet (latex) yang merupakan senyawa hidrokarbon dengan polimerisasi; yang bererti berserat dan berpori bagaikan tenunan kain.

  • Pori-pori kondom dan virus HIV/AIDS hanya dapat dilihat melalui elektron mikroskop.

  • Sperma dapat dilihat dengan mikroskop biasa, sedangkan virus HIV / AIDS hanya boleh dilihat dengan elektron mikroskop. Kadar kegagalan penggunaan kondom dalam mengawal kehamilan mencapai 20%. Di Indonesia setiap tahun terdapat 3.5 juta kehamilan yang tidak diinginkan, dimana 60% di antaranya minta digugurkan.



Dan penyakit-penyakit di atas tetap akan berjangkit dengan cara lain walaupun anda menggunakan kondom. Benda salah tetap salah, INGAT..! Allah tetap akan tunjuk. Sekiranya Allah mengatakan ''JADILAH'' maka jadilah ia. Saat Allah takdirkan janin itu tetap akan berada di dalam rahim si gadis maka jadilah ia. Maka saat itu, jangan menyesal tidak berguna. Kuasa Allah melebihi segala-segalanya. Istighfar..


Maka, para pasangan muda saya ingin memberikan pesan,


Jangan mudah terpengaruh dengan ideologi barat. Cara hidup mereka tidak berpandukan fitrah manusia yang sepatutnya. Allah sudah menggariskan cara hidup yang bersyariat. Yakin, pasti ada sebab, kenapa tidak boleh melakukan seks bebas. Kita sendiri tidak tahu adakah pasangan kita itu menghidap penyakit di atas atau tidak. INGAT, di dalam azab dan kekuasaan Allah itu, segala kemungkinan yang mustahil akan terjadi.



Kalian mungkin akan seronok sekarang, tapi pasti Allah akan tunjuk, anda akan terkandas kemudian hari.kembalilah, still belum terlambat sebelum ajal menjemput. jalan pulang kepangkuan Allah itu terlalu luas.


Lastly, mostly credit to ilmu pemberian Allah, perantaraan dari program 'awesome' Anda Bijak jauhi Zina, dan Pusat perlindungan Raudhatus Sakinah.





Alhamdulillah sempat jugak siap post ni.. Ok la, out dulu.. Nak pegi jalan-jalan untuk dinner malam ni.. :D 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

PADAH SEKS BEBAS

Anak luar nikah atau nama sopannya anak tak sama taraf, ermm, bila dah mengandungkan anak tak sama taraf gerenti bagi menutup malu mesti akan terdetiknya untuk menggugurkan kandungan tersebut.


Sekiranya mengandung anak luar nikah, adakah si bakal ibu akan happy dan terus memaklumkan sambil mengucap tahniah kepada kedua ibu bapanya bahawa mereka akan menjadi bakal nenek dan datuk..? Tidak bukan..?


Mohon keterbukaan minda dan muhasabah dengan sebaiknya apabila membaca artikel ini. Hilangkan sukzon hitam anda. Tak ramai remaja yang tahu dan sedar kerana di mata pelaku maksiat, semuanya dilihat indah-indah belaka. Peringatan dan azab Allah ditolak ke tepi. Ini hakikatnya. Nak tak nak inilah realiti yang berlaku di persekitaran kita. Orang tahu sedap nak buat, tak tahu pun sakit selepas itu.



Bila tengok cara doktor gugurkan bayi ni, adakah kalian masih terdetik nak terus melakukan pengguguran bayi..?






Kalian nak tahu tak, peralatan apa yang doktor gunakan ketika ingin menggugurkan bayi kalian..?


Pertama, doktor akan guna jarum ini dan memasukkannya ke faraj anda untuk menyuntik air yang berlarutan garam bagi melemaskan bayi. Ini baru mukaddimah, kalian masih rasa pengguguran tu tak sakit ke..? 




Haa, ini gambar jarum tu. Eeee, seramnya.. 





Seterusnya, doktor akan guna kan speculum ni untuk membuka lubang faraj dengan lebih luas dengan bukaan seluas 10 cm. (Nak tengok besar mana..? Pegi check pembaris sekarang)





Dimasukkan macam ni. Skru akan diputar-putar dan faraj akan terbuka sedikit demi sedikit. Siap terkoyak lagi. Pedih. Kalian ingat tak sakit ke..?







Tak tamat setakat tu je, untuk mengeluarkan janin, doktor yang baik hati itu menggunakan Cannulatube iaitu vakum yang sedutannya berkali ganda lebih kuat dari vakum biasa. Tin biskut pun tak sampai 5 saat dah remuk dikerjakan vacum ni. Tin biskut pun boleh remuk, rahim yang berorgan lembut itu apatah lagi..? Fikir-fikirkan lah.







Lepas habis janin-janin tersebut disedut vacuum yang canggih itu, sisa-sisa janin yang tertinggal akan dikeluarkan menggunakan alat ni :-





Untuk pengetahuan kalian, ini bukanlah pemicit jerawat yang selalu dijual di kedai-kedai runcit apatah lagi pengorek telinga. Benda ni adalah pengorek janin. Hujungnya tajam seperti pisau dan dinding rahim si penggugur seni akan disiat-siat menggunakan pisau mini ini. Sisa-sisa janin yang tertinggal di rahim akan dikikis dan dikikis berkali-kali seperti mengikis isi kelapa muda.


Itu kalau janin masih kecil. Tetapi sekiranya janin sudah membesar.. Cara ini digunakan :-



Sekali lagi ana ingin tegaskan, ini bukanlah pengepit kuih yang selalu digunakan mak cik-mak cik yang jual kuih pagi-pagi tu. Benda ni dinamakan forsep, dan fungsi forsep adalah seperti ini :-






Ingat cara ni tak sakit..? Risiko maut untuk anda lebih tinggi. Bila-bila masa sahaja nyawa akan ditarik. Dan sudah tentu, rahim anda masih akan dikikis oleh pisau tajam currette.


''Eleh.. Tak pe lah, try guna kaedah tradisional, lebih jimat and senang'
'

Pengguguran kaedah moden kan mahal maka selalunya kaedah tradisional akan digunakan. Dan anda akan berhadapan dengan ini..






Batang ubi kayu yang hujungnya ditajamkan dimasukkan ke dalam faraj anda. Dan batang kayu yang tajam itu akan di jolokkan dan diputar-putarkan di dalam rahim anda. Masa yang diambil agak lama. Kaedah tradisional ini mengundang risiko maut yang sangat tinggi dan bila-bila masa sahaja nyawa akan ditarik dan sempatkah anda untuk bertaubat ketika itu..?



Wahai penggugur bayi, anda memang KEJAM..!






Lelaki, selamat ke..?



Kita bermuhasabah dengan hadis di bawah, tentang azab bagi golongan-golongan yang melakukan seks bebas dan seks luar nikah.

"Tidaklah nampak suatu perbuatan MAKSIAT (ZINA) pada suatu kaum hingga mereka terang-terangan melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit berjangkit dan penyakit-penyakit lain yang belum pernah ada pada orang-orang pada zaman dahulu sebelum mereka" 
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

KALAU SAYANG, BUKTIKAN..!

Jika tidak nampak, sila klik pada gamba.. :D

















Alangkah indahnya kalau kita mampu buktikan kasih sayang kita pada Allah seperti mana kita mampu buktikan kasih dan sayang kita pada orang yang kita sayang. Mulut senang mengungkap 'saya sayang Allah, saya sayang Nabi Muhammad.' Tapi mana bukti..?



Sumber Asal : Di Sini

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

BALASAN NERAKA BAGI YANG INGKAR

Surah An-Nisa' ayat 56, Allah SWT memberitahu tentang balasan-balasan bagi orang-orang yang berbuat dosa di dunia.. Firman Allah tersebut membawa maksud, 

"Sesungguhnya orang-orang yang ingkar terhadap ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan dia ke dalam api neraka"


Setiap kali kulit mereka hangus lalu Kami ganti lagi dengan kulit lain agar mereka benar-benar menerima dan merasa azab.. Sesungguhnya, Allah SWT Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.. Itulah ancaman Allah SWT bagi orang-orang yang berbuat dosa di dunia. Mereka akan disiksa di dalam neraka dan siksaannya amat dasyat tanpa ampun.. Tidak ada seorang pun yang dapat menolong mereka.. Manusia yang berbuat dosa, makanannya nanti di neraka, mereka akan dibakar di dalam api neraka.. Dan ketika kulit mereka hangus, lalu diganti lagi dengan kulit lain dan begitulah seterusnya.. MasyALLAH, yang ada hanyalah tangisan kesakitan..


 "ALLAH, ALLAH, ALLAH"


Dan setiap manusia yang tidak pernah solat di dunia maka dia akan dilemparkan ke dalam api yang besar dan bergolak.. Sampai tubuh mereka benar-benar hancur.. Kemudian dibangkitkan lagi.. Untuk apa..? Untuk disiksa lagi.. MasyALLAH, astaghfirullah.. Ketika manusia di dalam api neraka tidak ada lagi yang dapat mereka lakukan kecuali dengan menangis akan azab yang diberikan oleh Allah SWT.. Bayangkan penghuni neraka, tubuhnya dapat dihancurkan, lidahnya ditarik, lalu digunting.. MasyALLAH, Nau'zubillahi min zalik..


Kawan-kawan, cuba kita bayangkan, di dunia saja apabila kita terkena api / air yang mendidih, bagaimana rasanya..? Sungguh pedih kan..? Apa lagi di neraka.. Amat dasyat, sungguh amat dasyat..!!!


Oleh kerana itu, marilah kita hindari perbuatan dosa.. Perbanyakkan lah istighfar dan beramal soleh.. Agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang menyesal di hari akhirat.. Setakat ini sahaja buat kali ini.. 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

TEGURAN BUAT PENCINTA ISLAM

Gusar hati saya melihat ramai kini akhwat yang menggunakan alasan mahu menuntut ilmu dan mahu mendalami agama di group-group yang bercampur lelaki perempuan dengan sewenang-wenangnya berkomunikasi dengan lelaki tanpa ada sebab musabab yang benar-benar kuat.


Bila dah tanya soalan contohnya :-


"Apa pendapat korang pada perempuan yang tak tutup aurat..?"


Pastu akan adalah yang komen,


"Tak tahu malu"


"Pakai tudung tapi pakai baju ketat"


"Buat malu je hahahaha"


Lepas tu berbalaslah komen bergurau senda dengan lelaki dan perempuan itu sendiri.


Persoalan saya, bolehkah..?


Melalui pemahaman saya, percampuran antara lelaki dan perempuan itu hanya boleh sebatas urusan penting, contoh, soal ilmiah, perniagaan, jual beli dan lain-lain urusan yang memang perlu komunikasi antara lelaki dan perempuan..


Jawapan kepada persoalan seperti di atas secara ilmiah contohnya :-


"Kesian pada dia yang tak nampak keindahan menutup aurat dengan sempurna doakan yang terbaik untuk dia"


"Mungkin dia tersepit dengan keadaan sekeliling dan tak pernah mendapat tarbiyah"

"Perlu dibimbing"


Jika di alam realiti, mata tunduk merenung jalan, beradab sopan, mengurangkan komunikasi antara lelaki dan perempuan.. Tetapi pabila di alam maya, saya lihat seperti tercabut rasa malu.. Malah ada yang berasa seronok mendapat perhatian dan balasan komen dari lelaki ajnabi.. Allah..


Bagaimana para srikandi sekalian..?


Bolehkah budaya ini..?


Adakah benar budaya ini..?


Walau hanya di alam maya, di mana malu kita sebagai wanita..? Sukakah kita jika satu masa nanti adik beradik kita sibuk chatting dengan yang berlawanan jantina..? Sukakah kita jika pasangan yang kita sayangi berbalas komen tanpa faedah di alam maya..? Sukakah kita jika satu masa nanti anak-anak kita sibuk berbalas komen di alam maya..? Adakah Allah redha akan semua ini..?


Saya bimbang dengan budaya ini.. Amat-amat bimbang.. Ia boleh dikategorikan pembuka jalan ke arah zina.. Hakikatnya, batas pergaulan itu mesti terus dijaga sama ada di alam maya atau nyata.. Jika saya salah, mohon dibetulkan, tegur saya ya.. Saya sekadar berkongsi apa yang saya rasakan kini.. Moga Allah redha dengan perkongsian ini..


InsyaAllah wa Amin..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

MENGAPA KAU BERPURDAH

Terlebih dahulu sebelum bait bicara terus menari nari bersama rentak jemari yang lancar berpijak pada papan kekunci, saya ingin memohon seribu kemaafan kepada semua muslimah-muslimah niqabis yang membaca coretan pada kanvas ini yang terasa hati dengan ayat-ayat yang terlukir pada kanvas yang tidak bernyawa ni.

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan rasulNya. sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "ahlulbait" dan hendaklah membersihkan kamu sebersih bersihnya (dari segala perkara yang keji)"
(Al-Ahzab : 33)


Saya bukan nak cari kesalahan kalian sebenarnya tapi saya berkongsi mengikut pengalaman dan mengikut luahan hati niqabi nisa' yang betul-betul menjaga syariatnya.. Pada awalnya saya mengupload gambar saya sebagai profile, kerana gambar yang di upload sebagai pic profile adalah mempamerkan 'kesolehan' diri, ramai yang add saya sebagai friends tanpa perlu saya menge add mereka..


Semakin berjalan waktu, semakin dapat saya perhatikan yang majoriti yang cuba menjadi sahabat saya di FB adalah golongan muslimin.. Yang kebanyakannya sedang menuntut di Mesir, Jordan dan negara-negara anbiya yang lain.. Di samping itu jugak dari pondok-pondok dan pelajar-pelajar dari aliran agama dan juga tahfiz..


Kerana gambar yang terpamer adalah gambar yang menampakkan 'kesolehan' diri, sampai ada yang berani melamar saya di dalam laman sosial FB ni dan ada yang sampai terlalu obses.. Semakin lama saya semakin sedar bahawa memasukkan gambar ke dalam FB adalah satu tindakan yang kurang bijak dan itu seolah-olah sengaja merendahkan martabat diri sebagai seorang niqabi..


Kerana peristiwa demi peristiwa itu, saya menjadi khilaf dan mengambil tindakan untuk memprivatekan semua album dan jugak memadamkan gambar agar tiada yang mampu melihatnya lagi.. Selepas itu, saya merujuk kepada ustaz saya.. Dan ustaz kata saya telah berbuat sesuatu yang salah apabila memasukkan gambar ke dalam akaun sosial macam tu..


Boleh jadi saya boleh terjebak di dalam perkara maksiat seperti zina hati dan mata.. Apabila ajnabi melihat gambar itu, walaupun gambar tu tertutup rapi dengan aurat yang terjaga, muslimin yang berkeinginan untuk memperisterikan seorang niqabi boleh jadi akan merenung gambar itu kerana perasa hati yang mula teruja dek kerana sekeping gambar..


Justeru itu, selepas saya memadam semua gambar saya di dalam laman itu, Allah tunjukkan kepada saya bagaimana rasa kecewanya apabila niqabi nisa' dengan sesuka hatinya memasukkan gambar ke dalam laman sosial tanpa di privatekan gambar itu.. Malah sampai ada -muslimin yang puji melambung tinggi. Sedar ataupun tidak, apabila ada muslimin yang memuji muji keadaan niqabi itu dengan menyatakan,


"Anti nampak solehah"


"Ana menginginkan zaujah seperti ni"


"Sejuknya mata memandang"


"Tenangnya melihat kamu"


Dalam sedar mahupun tak, hati niqabi yang mendapat kata-kata ni dari seorang muslimin akan melonjat lonjat gembira kerana diri telah berjaya menarik perhatian ajnabi yang mungkin pada pandangan muslimah itu tergolong dalam kalangan 'soleh'


Oleh itu, mereka akan semakin rancak untuk meng'upload'kan gambar-gambar mereka semata mata ingin mendapatkan lagi kata-kata seperti itu.. Malah apabila ada niqabi yang rasa bertanggungjawab untuk menegur silapnya muslimah itu, pada awalnya niqabi yang ditegur seolah olah mampu menerima teguran itu tapi pada hakikatnya hatinya langsung tak terusik walaupun muslimah yang menegur itu mengatakan,


"Martabat enti menjadi rendah apabila mempamerkan dengan sengaja"


Itulah hakikat kehidupan sekarang.. Ramai yang mula tergerak untuk berniqab tapi sedarkah mereka apa tujuan niqab yang sebenar..? Berniqab sekarang ni bagaikan menjadi satu trend dan ikutan bukan dipakai kerana ingin mengelak daripada di pandang ajnabi.


Adakah kalian berniqab kerana ingin dipandang sebagai muslimah solehah..?


Adakah kalian berniqab kerana ingin menarik perhatian ajnabi soleh..?


Adakah kalian berniqab kerana mahukan pandangan yang baik di kaca mata manusia..?


Seandainya kalian menjawab ya untuk semua soalan di atas, sebaiknya kalian jangan meneruskan niat kalian untuk berniqab kerana kesannya akan menimpa sama mereka yang berniqab kerana ALLAH SWT.. Tindakan kalian akan membuatkan pandangan negatif masyarakat kepada golongan yang berniqab..

"Dan apabila kamu ingin meminta sesuatu daripada isteri-isteri nabi, maka minta di sebalik tabir"
(Al Ahzab : 53)


Firman di atas merujuk kepada para sahabat.. Perkataan 'isteri-isteri' nabi merujuk kepada semua wanita yang ada.. Ingatlah wahai muslimah sekalian, kalian tak sepatutnya mempamerkan diri kalian kerana apabila ia dilakukan dengan sengaja semua itu akan jatuh hukum HARAM.


Inginkan kalian seandainya ada Adam yang tewas kerana kalian..? Inginkah kalian seandainya keimanan mereka tergugat dek melihat dan menatap gambar kalian dengan penuh minat..? Mesti tak nak bukan..? Seandainya tak nak, kenapa perlu mempamerkan gambar solehah kalian di dalam laman sosial dan sebagainya..? Fikir-fikirkanlah jauh kehadapan duhai niqabi sekalian.. Apabila kalian tersedar dari mimpi ini, kalian akan terasa sangat menyesali tindakan kalian ini..?


Duhai niqabi sekalian,


Saya ingin berkongsi pendapat seorang ustaz saya yang sangat soleh orangnya.. Alhamdulillah beliau telah dikurniakan seorang zaujah yang sangat solehah kerana kesolehan dirinya.. Saya berbincang panjang dengannya tentang niqabi nisa' sekarang dan bagaikan berteka teki beliau tanya kembali kepada ana..


"Antara permata yang terdedah dan permata yang tersembunyi, yang mana anti nak beli..?"


Tak berfikir panjang, pastinya saya menjawab permata yang tersembunyi.. Bila saya menjawab sedemikian ada sebaris senyuman terukir di bibir ustaz dan zaujahnya.. Lantas dia menjawab,


"Seandainya itu jawapan enti, begitu jugaklah jawapan kami"


Saya bagaikan terpinga-pinga.. Tak mampu menangkap maksud bicara ustaz saya masa tu.. Bila dahi saya kelihatan berkerut-kerut, ustaz dan zaujahnya mampu meneka yang saya masih tak mampu memahami lantas ustaz terus bersuara,

"Permata yang terdedah sering dilihat orang manakala permata yang tersembunyi sangat sukar dilihat orang.. Maknanya permata yang tersembunyi itu sangat tinggi nilainya berbanding permata yang terpamer.. Justeru itu permata yang terdedah dengan pemata yang tersembunyi boleh dikaitkan dengan niqabi yang mempamerkan diri dengan sengaja dan yang sangat menyembunyikan dirinya..


Niqabi yang mempamerkan dirinya dengan sengaja seperti di dalam laman sosial itu dirinya sendiri sebenarnya telah membuatkan ajnabi yang betul-betul menjaga imannya menganggap nisa' itu tidak begitu bernilai walaupun berniqab sebaliknya walaupun mempunyai akaun sendiri namun dirinya tidak pernah dibiarkan terpamer di dunia realiti apatah lagi di dunia maya, itulah permata dan nisa' yang sangat tinggi nilaiannya.. Mungkin ya akan ada yang menyatakan mereka 'solehah' tapi sebagai seorang muslimin, ana tahu bagaimana hati muslimin tu berbicara..percayalah, lebih baik tersembunyi daripada terdedah kerana kelak nisa' yang tersembunyi itulah yang menjadi idaman semua muslimin daripada yang terpamer..


Mana ada muslimin yang inginkan seorang zaujah yang suka menonjolkan diri kerana bagi setiap muslimin seandainya zaujahnya terlalu menonjol, kelak hati mereka sendiri akan sengsara kerna si jantung hati mempunyai ramai peminat.. Dan ingatlah, seandainya berniqab tapi mempamerkan diri sesuka hati tanpa memikirkan kesannya, mereka itu bukanlah golongan muslimah sebaliknya perempuan.. Fahami lah perempuan dan muslimah adalah dua kelompok nisa' yang berbeza.. Kalau tak berniqab dan tak berjilbab labuh tapi dia jaga apa yang telah Islam tetapkan, nisa' itu tergolong dalam kelompok muslimah tapi seandainya berniqab, berjilbab labuh semuanya jaga kecuali suka mempamerkan diri di hadapan khalayak terutamanya di laman maya, nisa' itu sudah pun tergolong dalam kalangan perempuan sahaja bukan muslimah yang dinyatakan"


Apabila ustaz selesai berbicara, hati saya bagaikan disentak.. Bagaikan ada manik-manik jernih mula menakung di persisiran 'pantai'


"YA ALLAH.. Begitu rupanya.. Terasa sangat insaf dan begitu khilaf"


Allah telah menyedarkan saya sebelum saya hanyut diulik bisikan syaitan yang terus membisik dan meracuni anak cucu cicit adam dan hawa..


Dengarilah duhai anak-anak solehah, muhasabahkanlah kembali apa tujuan kalian berniqab.. Sedih saya melihat gambar kalian terpampar begitu sahaja.. Gelisah saya apabila ada muslimin yang memberi bicara..


Dengarilah wahai mujahidah, tiada guna diri terpamer cantik di hadapan masyarakat tapi tak cantik di hadapan ALLAH.. Pandangan manusia sekadar di dunia tetapi pandangan ALLAH membawa ke syurga.. Renung-renungilah..


Akhir qalam dari saya sebagai seorang hamba ALLAH yang dhoif, maafkan sayaseandainya bicara ini mengguris hati.. Maafkan saya seandainya bicara ini terlalu lancang.. Tujuan saya hanya ingin kalian berfikir panjang.. Kalian sebenarnya merendahkan martabat diri kalian sebagai niqabi kerana mempamerkan dengan sengaja.. Kalian seorang gadis, sepatutnya ia di jaga rapi bukan didedah sesuka hati.. Seandainya kalian seorang zaujah, saya tak kisah kerana hak kebenaran untuk mempamerkan itu ada pada zauji kalian.. Dan renungilah sedikit sebanyak bicara ustaz saya.. Mahukah kalian tergolong di dalam kalangan berniqab tapi bukan muslimah..?


Renung-renungkanlah..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

SAYANG, TUNGGU ABANG DI SYURGA

Nur Syifa, seorang perempuan solehah yang tak hanya sekadar cantik, perhiasan iman dan kesolehannya menghiasi setiap langkahnya. Nur Syifa cukup terkenal dikalangan aktiviti kampus. Nur Syifa mulai memasuki sebuah fasa yang sering dialami setiap wanita. Usianya memasuki dua puluh lima tahun, hatinya mulai dihiasi rasa rindu yang tak mampu diurai dengan logika.


Perlahan Nur Syifa menyusun kepingan-kepingan keinginannya dan mengumpulkan segenap kekuatan. Ia menemui murabbinya.


"Mak Cik Hasna, saya ingin menikah. Tolong carikan saya calon ya Mak Cik"


"InsyaAllah dik, biodata dan gambar adik sudah disiapkan..?"


"Sudah Mak Cik, ini biodata saya"


"Oke, adik jangan lupa terus berdoa ya"


Dengan wajah penuh semangat dan azam yang kuat, Nur Syifa melangkah meninggalkan rumah Hasna. Sejak itu ia tak pernah berhenti berdoa. Setiap malam ia semakin rajin berkhalwat dengan Rabbnya. Sujudnya semakin panjang menghiasi setiap solatnya.


"Ya Rabb, hamba menyerahkan semua padaMu. Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba. Hamba hanya ingin seorang lelaki soleh. Yang kan mencintai hamba dengan kecintaanNya padaMu. Yang kan selalu membuat hamba iri dengan ketaatannya padaMu. Hamba ingin seorang lelaki soleh,, yang kan melepas hamba dengan redha dan keikhlasannya ketika hamba berpulang kepadaMu" Itulah sebahagian doa Nur Syifa.


Hari berganti hari, belum ada khabar dari Mak Cik Hasna. Di satu sisi Nur Syifa gelisah, di satu sisi dia terus berusaha menenangkan dan menguatkan hatinya. Baru beberapa ia menyerahkan biodatanya, sedangkan di luar sana mungkin ada yang telah menunggu bertahun-tahun. 


"Ah. Harus tetap semangat..!" Bisiknya dalam hati.


Di tempat lain, sesosok laki-laki soleh, sedang bermunajah di penghujung malam. Hatinya menangis pilu. Beberapa kali hatinya terluka, lamarannya beberapa kali ditolak. Sedangkan usia semakin menunjukkan angka yang semakin tua, belum lagi orangtua yang semakin iba melihatnya tak kunjung bersanding dengan bidadari. Keinginan untuk menikah pun tak bisa dibendung lagi. Ia tak tahu harus berikhtiar apalagi. Ia hanya bisa mengadukan pada RabbNya, memohon segenap kekuatan dan semangat yang sempat padam.


"Nak, ayah dan ibu selalu mendoakan kamu. Mungkin yang kelmarin memang belum yang terbaik buat kamu"


Ia, Ahmad, tak kuasa menahan hiba ketika teringat ucapan ibunya. Sebagai seorang laki-laki, dia cukup ideal. Dia laki-laki yang soleh, tampan dan dari keluarga yang baik.


Suatu hari, ketika ia beranjak dari tempat duduknya, setelah mengikuti kajian yang diadakan ISLAMIC CENTER, ada seorang sahabat menyapanya.


"Assalamualaikum.. Ahmad, apa kabar..?"


"Wa'alaikumsalam, Adit, Alhamdulillah, aku baik. Kamu bagaimana Dit..?"


"Alhamdulillah, baik. Aku dah ada dua orang anak. Isteriku sedang hamil anak yang kedua. Kamu bagaimana..? Sudah menikah..?"


Ahmad yang tadinya ceria menyambut sapaan Adit kini berubah sedih. Adit mengajaknya duduk di bawah pohon besar dekat masjid. Pohon rendang yang sangat menyejukkan. Kemudian Ahmad menceritakan semua kegagalannya menjemput bidadarinya.


"Ahmad, saudaraku, kamu harus tetap semangat. Aku yakin bidadarimu tidak jauh lagi. Oh ya, kebetulan, adik-adik kepada isteriku ada yang meminta tolong untuk dicarikan suami. Bagaimana kalau aku tolong kamu..? Siapa tahu jodoh..?"


"Betul ni Dit..?"


"Ya lah Mad, urusan ini tak boleh lah main-main"


Tidak menunggu lama, beberapa hari kemudian Ahmad silaturahim ke rumah Adit. Adit adalah suami Hasna, guru ngaji Nur Syifa. Adit dan Hasna memberikan beberapa sampul surat tertutup yang isinya biodata muslimah. Ahmad mengambil satu dan kemudian ia istikharah. Tiga hari kemudian, Ahmad menyampaikan kemantapannya dengan muslimah yang pertama kali dia ambil biodatanya. Biodata yang menuliskan nama Nur Syifa. Hasna pun menyampaikan kepada Nur Syifa hingga proses ta'aruf pun terjadi.


Mungkin inilah yang dinamakan jodoh. Keluarga Nur Syifa mahu pun Ahmad sangat bahagia dan sangat merestui keduanya untuk menikah. Pertemuan keluarga pun diatur, kedua keluarga memilih untuk mengatur pernikahan yang sederhana. Semua keluarga terlibat mempersiapkan pernikahan mereka. Termasuk Hasna dan Adit, yang menjadi orang terdekat Nur Syifa dan Ahmad.


Seperti sebuah mimpi yang akan menjadi kenyataan bagi Nur Syifa dan Ahmad. Beberapa waktu lalu mereka masih dalam seribu pertanyaan, menanti siapakan belahan jiwa mereka. Beberapa waktu lalu semua masih terbungkus rahsia dan diselaputi misteri. Sekarang..? Tak terasa sampai di dua hari menjelang pernikahan.


"Astaghfirullah, undangan buat rakan-rakan di kampus.. Terlupa" Rungut Nur Syifa. 


Dengan sepantas kilat Nur Syifa bersiap-siap menuju ke kampusnya. Ia akan menyampaikan undangannya untuk kawan-kawannya di kampus.


"Mau ke mana Nur..? Tergesa-gesa..?" Tiba-tiba ibu menghampirinya.


"Mahu hantar kad undangan pada kawan-kawan di kampus ibu"


"Minta tolong kawan kamu je, kamu jaga dirimu, kan kelmarin sudah sibuk"


"InsyaAllah tidak apa-apa ibu, Nur Syifa berangkat dulu ya"


Nur Syifa akhirnya pulang ke kampusnya naik bas. Jam satu tengahari, udara kota sedang panas-panasnya tapi Nur Syifa masih bersemangat. Saat turun dari bas, menuju gerbang kampusnya ia melihat seorang anak kecil yang comel sekali. Mirip ketika dia masih kecil dulu, pipinya gebu. Anak kecil itu begitu aktif, namun tiba-tiba anak kecil itu terlepas dari genggaman ibunya yang sedang menyambut sapaan seorang wanita. Anak itu berlarian. Nur Syifa melihat sebuah kereta melaju cepat ke arah anak kecil itu. Pantas Nur Syifa berlari dan mendorong anak itu. Braaaaaakkkk…..!!!


Nur Syifa dilanggar, terlempar jauh, bermeter-meter. Tubuhnya terguling hebat. Suasana menjadi riuh, banyak orang berdatangan mengerumuni tubuh Nur Syifa yang berlumuran darah. Nur Syifa tak sedarkan diri. Ia dikejarkan ke hospital terdekat. Keadaan Nur Syifa semakin kritikal. Doktor sedang berusaha menyelamatkannya. Keluarganya mulai tiba, ibu, ayah, adik, kakak dan beberapa ahli keluarganya. Mereka tak mampu menahan air dan menangis dengan sedihnya.


Nur Syifa masih koma, tak sedarkan diri. Ibunya mencuba untuk menguatkan diri, dipakaikannya jilbab pada puterinya yang solehah. Ibu Nur Syifa ingin puterinya tetap cantik dalam balutan jilbabnya, jilbab pink kesayangannya. Tak lama kemudian Ahmad dan kedua orang tuanya datang. Ibu Ahmad yang masuk ke ruang ICU, Ahmad dan bapanya menunggu di luar. Ibu Ahmad tak sanggup menahan airmata pilunya, dia mencium kening calon menantunya yang tersandar tak berdaya. Ahmad pun tak bisa menyembunyikan kesedihannya, dia lebih banyak diam.


Hari ini harusnya Nur Syifa menjadi seorang pengantin. Nur Syifa masih terbaring lemah di ruang ICU, sesekali ia respon pada kehadiran orang-orang didekatnya dengan kerdipan matanya yang sayu. Dengan hati amat perih, Ahmad memasuki ruang ICU ditemani ibunya.


"Ibu, Ahmad punya satu permintaan. Tolong izinkan Ahmad menikah dengan Nur Syifa sekarang ya Bu"


Entah seperti kenapa, ibu Ahmad yang terlanjur mencintai calon menantunya itu mengiyakan permintaan anaknya.


Setelah keinginan Ahmad disampaikan kepada semua keluarga. Pernikahan pun segera disiapkan. Ibunya Nur Syifa dan Ibunya Ahmad mendandani Nur Syifa hingga ia nampak begitu cantik dengan busana pengantin yang sudah dipersiapkan untuk hari bahagianya.


Suasana begitu haru, ayah Nur Syifa sendiri yang akan menikahkan puterinya dengan Ahmad. 


"Saya nikahkan puteri saya Nur Syifa Nur Putri Himawan binti Arief Himawan dengan engkau Ahmad Indrawan bin Husein dengan mas kawin seperangkat pakaian solat dibayar tunai"


"Saya terima nikahnya Nur Syifa Nur Putri Himawan binti Arief HImawan dengan mas kawin sepasang pakaian solat dibayar tunai"


Dan saksi-saksi pun berkata, 


"Sah..!"


Doa barakah pun mengalir menyambut perjanjian suci dua hati. Hanya ada Ahmad dan Nur Syifa di ruang ICU, Ahmad menggenggam tangan Nur Syifa, mencium kening istrinya dan mendoakannya. Nur Syifa meresponnya dengan senyuman. Ahmad bahagia sekali.


"Dik Nur Syifa, emm bolehkan abang panggil Dik Nur Syifa..? Abang gembira sebab akhirnya kita berdua dipertemukan Allah. Dik Nur Syifa bahagia kan..? Oh ya, abang hafal Surah Ar Rahman .. abang bacakan buat adik ya"


Ayat demi ayat surah Ar Rahman mengalun menghiasi suasana romantis dua hati yang sedang mensyukuri kebersamaan mereka. Mungkin terlihat seperti kebersamaan yang sepi, namun dua hati mereka sedang berdialog dengan cinta yang tak dapat terlukiskan oleh tinta. Hanya mereka dan Tuhan yang tahu. Dan, ketika sampai di ayat yang terakhir, tangan Nur Syifa menggenggam erat tangan Ahmad.


"Dik Nur Syifa mahu cakap sesuatu..?" Tanya Ahmad sembari mendekatkan telinganya. 


Namun tak terdengar apa-apa. Ahmad mencoba melihat gerak bibir istrinya yang terlihat lemah.


"Iya Nur Syifa, saya insyaAllah redha.. Sudah, Nur Syifa berehat ya" 


Nur Syifa pun pelan-pelan kembali menggerakkan bibirnya, seakan mengucapkan sesuatu. Terdiam, pelan-pelan Nur Syifa tersenyum dan menutup matanya untuk selamanya. Ahmad tak kuasa menahan air matanya. Isteri yang dicintainya telah pergi. Ahmad teringat dengan sebuah hadis, 

"Isteri yang meninggal dunia dalam keredhaan suaminya akan masuk syurga"
(Ibnu Majah dan Tirmidzi)


"Tunggu abang di syurga ya Dik Nur Syifa" Ucap Ahmad dengan senyum dan airmata yang berlinang bersama.



Asal : Arif Asadi Rindu Ibu (Versi Indonesia)


Diolah oleh : Saya


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...