MENGAPA KAU BERPURDAH

Terlebih dahulu sebelum bait bicara terus menari nari bersama rentak jemari yang lancar berpijak pada papan kekunci, saya ingin memohon seribu kemaafan kepada semua muslimah-muslimah niqabis yang membaca coretan pada kanvas ini yang terasa hati dengan ayat-ayat yang terlukir pada kanvas yang tidak bernyawa ni.

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan rasulNya. sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "ahlulbait" dan hendaklah membersihkan kamu sebersih bersihnya (dari segala perkara yang keji)"
(Al-Ahzab : 33)


Saya bukan nak cari kesalahan kalian sebenarnya tapi saya berkongsi mengikut pengalaman dan mengikut luahan hati niqabi nisa' yang betul-betul menjaga syariatnya.. Pada awalnya saya mengupload gambar saya sebagai profile, kerana gambar yang di upload sebagai pic profile adalah mempamerkan 'kesolehan' diri, ramai yang add saya sebagai friends tanpa perlu saya menge add mereka..


Semakin berjalan waktu, semakin dapat saya perhatikan yang majoriti yang cuba menjadi sahabat saya di FB adalah golongan muslimin.. Yang kebanyakannya sedang menuntut di Mesir, Jordan dan negara-negara anbiya yang lain.. Di samping itu jugak dari pondok-pondok dan pelajar-pelajar dari aliran agama dan juga tahfiz..


Kerana gambar yang terpamer adalah gambar yang menampakkan 'kesolehan' diri, sampai ada yang berani melamar saya di dalam laman sosial FB ni dan ada yang sampai terlalu obses.. Semakin lama saya semakin sedar bahawa memasukkan gambar ke dalam FB adalah satu tindakan yang kurang bijak dan itu seolah-olah sengaja merendahkan martabat diri sebagai seorang niqabi..


Kerana peristiwa demi peristiwa itu, saya menjadi khilaf dan mengambil tindakan untuk memprivatekan semua album dan jugak memadamkan gambar agar tiada yang mampu melihatnya lagi.. Selepas itu, saya merujuk kepada ustaz saya.. Dan ustaz kata saya telah berbuat sesuatu yang salah apabila memasukkan gambar ke dalam akaun sosial macam tu..


Boleh jadi saya boleh terjebak di dalam perkara maksiat seperti zina hati dan mata.. Apabila ajnabi melihat gambar itu, walaupun gambar tu tertutup rapi dengan aurat yang terjaga, muslimin yang berkeinginan untuk memperisterikan seorang niqabi boleh jadi akan merenung gambar itu kerana perasa hati yang mula teruja dek kerana sekeping gambar..


Justeru itu, selepas saya memadam semua gambar saya di dalam laman itu, Allah tunjukkan kepada saya bagaimana rasa kecewanya apabila niqabi nisa' dengan sesuka hatinya memasukkan gambar ke dalam laman sosial tanpa di privatekan gambar itu.. Malah sampai ada -muslimin yang puji melambung tinggi. Sedar ataupun tidak, apabila ada muslimin yang memuji muji keadaan niqabi itu dengan menyatakan,


"Anti nampak solehah"


"Ana menginginkan zaujah seperti ni"


"Sejuknya mata memandang"


"Tenangnya melihat kamu"


Dalam sedar mahupun tak, hati niqabi yang mendapat kata-kata ni dari seorang muslimin akan melonjat lonjat gembira kerana diri telah berjaya menarik perhatian ajnabi yang mungkin pada pandangan muslimah itu tergolong dalam kalangan 'soleh'


Oleh itu, mereka akan semakin rancak untuk meng'upload'kan gambar-gambar mereka semata mata ingin mendapatkan lagi kata-kata seperti itu.. Malah apabila ada niqabi yang rasa bertanggungjawab untuk menegur silapnya muslimah itu, pada awalnya niqabi yang ditegur seolah olah mampu menerima teguran itu tapi pada hakikatnya hatinya langsung tak terusik walaupun muslimah yang menegur itu mengatakan,


"Martabat enti menjadi rendah apabila mempamerkan dengan sengaja"


Itulah hakikat kehidupan sekarang.. Ramai yang mula tergerak untuk berniqab tapi sedarkah mereka apa tujuan niqab yang sebenar..? Berniqab sekarang ni bagaikan menjadi satu trend dan ikutan bukan dipakai kerana ingin mengelak daripada di pandang ajnabi.


Adakah kalian berniqab kerana ingin dipandang sebagai muslimah solehah..?


Adakah kalian berniqab kerana ingin menarik perhatian ajnabi soleh..?


Adakah kalian berniqab kerana mahukan pandangan yang baik di kaca mata manusia..?


Seandainya kalian menjawab ya untuk semua soalan di atas, sebaiknya kalian jangan meneruskan niat kalian untuk berniqab kerana kesannya akan menimpa sama mereka yang berniqab kerana ALLAH SWT.. Tindakan kalian akan membuatkan pandangan negatif masyarakat kepada golongan yang berniqab..

"Dan apabila kamu ingin meminta sesuatu daripada isteri-isteri nabi, maka minta di sebalik tabir"
(Al Ahzab : 53)


Firman di atas merujuk kepada para sahabat.. Perkataan 'isteri-isteri' nabi merujuk kepada semua wanita yang ada.. Ingatlah wahai muslimah sekalian, kalian tak sepatutnya mempamerkan diri kalian kerana apabila ia dilakukan dengan sengaja semua itu akan jatuh hukum HARAM.


Inginkan kalian seandainya ada Adam yang tewas kerana kalian..? Inginkah kalian seandainya keimanan mereka tergugat dek melihat dan menatap gambar kalian dengan penuh minat..? Mesti tak nak bukan..? Seandainya tak nak, kenapa perlu mempamerkan gambar solehah kalian di dalam laman sosial dan sebagainya..? Fikir-fikirkanlah jauh kehadapan duhai niqabi sekalian.. Apabila kalian tersedar dari mimpi ini, kalian akan terasa sangat menyesali tindakan kalian ini..?


Duhai niqabi sekalian,


Saya ingin berkongsi pendapat seorang ustaz saya yang sangat soleh orangnya.. Alhamdulillah beliau telah dikurniakan seorang zaujah yang sangat solehah kerana kesolehan dirinya.. Saya berbincang panjang dengannya tentang niqabi nisa' sekarang dan bagaikan berteka teki beliau tanya kembali kepada ana..


"Antara permata yang terdedah dan permata yang tersembunyi, yang mana anti nak beli..?"


Tak berfikir panjang, pastinya saya menjawab permata yang tersembunyi.. Bila saya menjawab sedemikian ada sebaris senyuman terukir di bibir ustaz dan zaujahnya.. Lantas dia menjawab,


"Seandainya itu jawapan enti, begitu jugaklah jawapan kami"


Saya bagaikan terpinga-pinga.. Tak mampu menangkap maksud bicara ustaz saya masa tu.. Bila dahi saya kelihatan berkerut-kerut, ustaz dan zaujahnya mampu meneka yang saya masih tak mampu memahami lantas ustaz terus bersuara,

"Permata yang terdedah sering dilihat orang manakala permata yang tersembunyi sangat sukar dilihat orang.. Maknanya permata yang tersembunyi itu sangat tinggi nilainya berbanding permata yang terpamer.. Justeru itu permata yang terdedah dengan pemata yang tersembunyi boleh dikaitkan dengan niqabi yang mempamerkan diri dengan sengaja dan yang sangat menyembunyikan dirinya..


Niqabi yang mempamerkan dirinya dengan sengaja seperti di dalam laman sosial itu dirinya sendiri sebenarnya telah membuatkan ajnabi yang betul-betul menjaga imannya menganggap nisa' itu tidak begitu bernilai walaupun berniqab sebaliknya walaupun mempunyai akaun sendiri namun dirinya tidak pernah dibiarkan terpamer di dunia realiti apatah lagi di dunia maya, itulah permata dan nisa' yang sangat tinggi nilaiannya.. Mungkin ya akan ada yang menyatakan mereka 'solehah' tapi sebagai seorang muslimin, ana tahu bagaimana hati muslimin tu berbicara..percayalah, lebih baik tersembunyi daripada terdedah kerana kelak nisa' yang tersembunyi itulah yang menjadi idaman semua muslimin daripada yang terpamer..


Mana ada muslimin yang inginkan seorang zaujah yang suka menonjolkan diri kerana bagi setiap muslimin seandainya zaujahnya terlalu menonjol, kelak hati mereka sendiri akan sengsara kerna si jantung hati mempunyai ramai peminat.. Dan ingatlah, seandainya berniqab tapi mempamerkan diri sesuka hati tanpa memikirkan kesannya, mereka itu bukanlah golongan muslimah sebaliknya perempuan.. Fahami lah perempuan dan muslimah adalah dua kelompok nisa' yang berbeza.. Kalau tak berniqab dan tak berjilbab labuh tapi dia jaga apa yang telah Islam tetapkan, nisa' itu tergolong dalam kelompok muslimah tapi seandainya berniqab, berjilbab labuh semuanya jaga kecuali suka mempamerkan diri di hadapan khalayak terutamanya di laman maya, nisa' itu sudah pun tergolong dalam kalangan perempuan sahaja bukan muslimah yang dinyatakan"


Apabila ustaz selesai berbicara, hati saya bagaikan disentak.. Bagaikan ada manik-manik jernih mula menakung di persisiran 'pantai'


"YA ALLAH.. Begitu rupanya.. Terasa sangat insaf dan begitu khilaf"


Allah telah menyedarkan saya sebelum saya hanyut diulik bisikan syaitan yang terus membisik dan meracuni anak cucu cicit adam dan hawa..


Dengarilah duhai anak-anak solehah, muhasabahkanlah kembali apa tujuan kalian berniqab.. Sedih saya melihat gambar kalian terpampar begitu sahaja.. Gelisah saya apabila ada muslimin yang memberi bicara..


Dengarilah wahai mujahidah, tiada guna diri terpamer cantik di hadapan masyarakat tapi tak cantik di hadapan ALLAH.. Pandangan manusia sekadar di dunia tetapi pandangan ALLAH membawa ke syurga.. Renung-renungilah..


Akhir qalam dari saya sebagai seorang hamba ALLAH yang dhoif, maafkan sayaseandainya bicara ini mengguris hati.. Maafkan saya seandainya bicara ini terlalu lancang.. Tujuan saya hanya ingin kalian berfikir panjang.. Kalian sebenarnya merendahkan martabat diri kalian sebagai niqabi kerana mempamerkan dengan sengaja.. Kalian seorang gadis, sepatutnya ia di jaga rapi bukan didedah sesuka hati.. Seandainya kalian seorang zaujah, saya tak kisah kerana hak kebenaran untuk mempamerkan itu ada pada zauji kalian.. Dan renungilah sedikit sebanyak bicara ustaz saya.. Mahukah kalian tergolong di dalam kalangan berniqab tapi bukan muslimah..?


Renung-renungkanlah..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

2 comments:

Unknown Unknown said...

niqab atau purdah bg sya lebih baik dr yg pkai tudung, berbaju t-shirt dan seluar jeans, memang tutup aurat, tp x sempurna.. sbb menampakkan susuk tubuh atau lenggok tubuh.. cume seeloknya gambar niqab yg diletakkan pd profile seeloknya bersaiz full atau half(ms) jgn terlalu tight mcm diatas, jerawat pon boleh kira.. hehehe.. mata wanita sememangnya menggoda.. menjadikan sifat ingin tahu dan mengenali org tersebut..

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@ZUL AZRI MOHAMED NORDIN Alhamdulillah, terima kasih sebab tegur.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...